Anda di halaman 1dari 2

1238A Kompleks Guru, SMK Dato Ismail, 34900 Pantai Remis, PERAK DARUL RIDZUAN.

Pengarah, Bahagian Perkhidamatan dan Aduan, Majlis Perbandaran Manjung, 34000 Manjung, PERAK DARUL RIDZUAN. 20 MEI 2011.

Tuan, Aduan tentang Perkhidmatan Mengangkut Sampah Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili penduduk di Kompleks Guru ingin mengemukakan perasaan tidak puas hati tentang mutu perkhidmatan lori pengangkut sampah di kawasan kami.

2.

Sejak akhir-akhir ini, lori pengangkut sampah yang berkhidmat di sini tidak mengikut

jadual yang sepatutnya. Kami difahamkan bahawa lori pengangkut sampah akan mengutip sampah sebanyak tiga kali seminggu, iaitu pada hari Selasa, Khamis, dan Sabtu. Malangnya, sebulan yang lalu, lori pengangkut sampah hanya datang sebanyak sekali seminggu, iaitu pada hari Khamis. Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada kami. Sebagai contohnya, sampah sarap yang tidak dikutip telah menimbulkan bau busuk. Hal ini telah menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan dan menggangu keselesaan penduduk di taman ini.

3.

Selain itu, bau busuk dan sampah yang berlonggok telah menimbulkan masalah lain

pula. Hal ini menyebabkan lalat dan langau mengerumuni sampah. Sebagai contohnya, sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak tikus dan lalat yang menggangu kehidupan dan ketenangan kami. Kami khuatir bahawa keadaan yang berterusan ini akan menjadi punca kepada penyakit seperti taun, tifoid, dan sebagainya. Oleh itu, kami merayu agar masalah ini diselesaikan sebelum timbul masalah yang lebih besar.

4.

Kami juga tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pekerja lori mengangkut sampah

yang tidak bertanggungjawab. Pekerja-pekerja tersebut bekerja terlalu kasar tanpa mengambil kira keselamatan harta benda kami. Sebagai contohnya, mereka tidak mengangkat tong sampah kami dengan cermat, sebaliknya mereka membaling tong sampah itu ke tanah. Perbuatan mereka itu menyebabkan tong sampah pecah dan sampah sarap bertaburan di tepi jalan. Keadaan ini menyebabkan anjing liar sering datang ke kawasan kami.

5.

Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi

masalah-masalah seperti yang telah dinyatakan itu. Tindakan yang wajar melambnagkan kecekapan pihak tuan dan kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Amirul Mukminin (AMIRUL MUKMININ BIN RAZALI) Wakil Penduduk, Kompleks Guru.