Anda di halaman 1dari 12

660207045112 HBML3303

660207045112 HBML3303

660207045112 HBML3303

1.0 PENGENALAN

Pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan secara umum meliputi pengaplikasian aspekaspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantik. Dalam pengajaran penulisan di sekolah menengah, pelajar sebenarnya dilatih untuk mengungkapkan gagasan dan buah fikiran dengan tepat dan jelas tentang segala perkara, sama ada yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan harian serta pengalaman dalam berbagai-bagai jenis penulisan. Guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa membincangkan penulisanan, rumusan penulisanan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa. Sebagai contohnya, semasa penulisan, rumusan penulisanan dan mengalih bentuk teks, pelajar-pelajar terpaksa membina ayat-ayat yang melibatkan pelbagai aspek tatabahasa. Perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Di samping itu, pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus... 1.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah Menengah Konsep pengajaran bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280281) mempunyai beberapa tujuan: i. Membolehkan pelajar

Bercerita; dan Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan.

ii.

Membolehkan pelajar menulis

Pengalaman sendiri;
1

660207045112 HBML3303

Cerita; Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri; Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkara yang sesuai; dan

Surat kiriman formal dan tidak formal.

Terdapat empat perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh murid sebelum menulis, terutamanya penulisan yang berformat umum seperti perbincangan, pendapat, huraian dan fakta. Ini bertujuan supaya murid dapat menghasilkan penulisan yang dikehendaki oleh pemeriksa, iaitu:

Ditulis mestilah tepat dengan kehendak soalan dan format (T); Menulis isi yang cukup serta huraian yang lengkap (I); Mempamerkan penggunaan bahasa yang baik, sama ada ejaan, tanda baca, kosa kata, istilah, frasa, ayat dan sebagainya (B); dan

Menunjukkan kemampuan mengolah bahasa dengan baik (P).

Untuk memastikan kehendak pertama dipenuhi, murid hendaklah dapat mentakrif soalan dengan tepat. Murid mestilah mempunyai strategi tertentu. Strategi yang dicadangkan ialah T, K, F. Maksudnya, murid dikehendaki meneliti soalan penulisan daripada tiga perkara, iaitu:

Tema (T); Kata kunci soalan (K); dan Format (F).

2.0 KONSEP DALAM PENULISAN 2.1 Panduan Penulisa

660207045112 HBML3303

Sebelum membuat penulisan, kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b) Isi-isi dan c) Penutup

3.0 KAEDAH PENULISAN Dalam merancang dan membentuk model pengajaran, terdapat kaedah dan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya berasaskan kemampuan dan pencapaian murid-muridnya, dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai. Antara kaedah yang boleh digunakan dalam penulisan ialah :

a) Kaedah Komunikatif Kaedah komunikatif dapat diaplikasikan dalam pengajaran penulisan dengan pelbagai cara, antaranya:

Menjelaskan tujuan setiap latihan atau aktiviti pengajaran pembelajaran penulisan yang dijalankan;

Mengadakan aktiviti perbincangan, sumbang saran atau bersoal jawab untuk memastikan pelajar mengikuti dan memahami isi-isi penulisan.

b) Kaedah Bergambar dan Carta Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berdasarkan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai ABM dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan.

660207045112 HBML3303

Namun demikian, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian yang menggunakan slaid.

Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan, ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Namun teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton.

Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran, iaitu:

Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai ABM dan tahap peringkat pelajar, di samping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;

Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkaraperkara yang dapat diperkatakan mengenainya;

Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat;

Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan;

Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan

Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan. Mempelbagaikan latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti lakonan, simulasi, drama, main peranan dan sebagainya yang mewujudkan unsur-unsur komunikasi dalam kalangan pelajar.

3.1 Kaedah Penulisan Pendahuluan Jenis-jenis pendahuluan :(i) pendahuluan jenis definisi
4

660207045112 HBML3303

(ii) pendahuluan jenis pendapat (iii) pendahuluan jenis suasana (iv) pendahuluan jenis persoalan (v) pendahuluan jenis peribahasa Aspek yang seterusnya yang perlu diberikan perhatian oleh murid adalah pengenalan bagi sesebuah penulisan. Pengenalan penulisan yang berformat umum hendaklah mengandungi ayat rangsangan dan arahan. Apakah ayat rangsangan? Ayat rangsangan adalah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan penulisan. Kebiasaannya, ayat (1) hingga ayat (4) dalam pengenalan merupakan ayat rangsangan. Ayat yang akhir dalam perenggan pengenalan ialah ayat arahan (AA). Apakah ayat Arahan? Ayat arahan ialah ayat yang menjawab soalan penulisan. Dalam ayat tersebut, terdapat kata kunci bagi soalan. Ayat tersebut adalah ayat yang menjurus kepada kehendak penulisan atau ayat yang menyatakan fokus utama bagi perbincangan penulisan. Ayat tersebut juga dapat membantu pemeriksa, sama ada murid untuk memahami atau tidak tentang sesuatu kehendak soalan. Penulisan murid akan terpesong jika aspek ini tidak difahami. Secara ringkasnya, perenggan pengenalan wajar mempunyai bentuk seperti yang berikut: Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat Rangsangan 1 (AR1) Ayat Rangsangan 2 (AR2) Ayat Rangsangan 3 (AR3) Ayat Rangsangan 4 (AR4) Ayat Arahan (AA)

Kaedah penulisan yang dipilih ialah kaedah bergambar yang bertajuk Remaja dan Program PLKN`. Pelajar diminta memberikan pendapat mereka berdasarkan gambar yang diberikan. Panjang huraian yang diperlukan ialah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

660207045112 HBML3303

Contoh: Program Latihan Khidmat Negara {PLKN) ialah satu program yang diwujudkan khas untuk remaja. Remaja yang terpilih wajar bersyukur kerana dapat menyertai program yang bertujuan mendisiplinkan diri

3.2 Kaedah Penulisan Isi Selepas itu, murid hendaklah menulis perenggan isi berdasarkan kandungan yang dicatatkan sebelum itu. Dalam setiap perenggan, murid hendaklah menulis dan menghuraikan satu isi sahaja. Jika satu perenggan dimuatkan beberapa isi, perenggan ini akan dikatakan perenggan yang mempunyai isi yang tidak berkembang. Perenggan isi yang berkembang mestilah mempunyai satu ayat isi, dan beberapa jenis ayat yang lain. Perenggan isi adalah berbeza dengan perenggan pengenalan. Perenggan isi mempunyai ayat tertentu yang tidak sama dengan ayat dalam pengenalan. Perenggan isi mestilah mempunyai Ayat Judul (AJ), iaitu ayat isi. Kadangkala ayat ini juga dikenali sebagai Ayat Topik (AT). Dalam setiap perenggan isi, ayat judul mesti ada, sama ada pada ayat pertama perenggan isi atau ayat kedua atau ayat ketiga. Ayat judul ini perlu dihuraikan supaya isi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau pemeriksa. Ayat ini dikenali sebagai Ayat Huraian (AH). Ayat Huraian (AH) ialah ayat yang memberikan huraian lanjut tentang ayat isi. Dalam sesuatu perenggan isi, kemungkinan terdapat dua hingga tiga ayat huraian. Huraian ini bergantung kepada sejauh manakah ayat huraian dapat membuat huraian yang jelas tentang isi perenggan tersebut. Ayat huraian ini dapat dibantu dengan kehadiran Ayat Contoh (AC).

Ayat Contoh ialah ayat yang memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini juga dikatakan sebagai ayat bukti. Selepas itu, perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melalui Ayat Penegas (AP). Ayat Penegas adalah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi. Ayat Penegas hendaklah memberikan penegasan terhadap isi yang disampaikan atau dibincang. Secara ringkasnya, binaan perenggan isi adalah seperti berikut: Ayat 1 Ayat Judul (AJ)
6

660207045112 HBML3303

Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat 6 Ayat 7

Ayat Huraian 1 (AH1) Ayat Huraian 2 (AH2) Ayat Huraian 3 (AH3) Ayat Huraian 4 (AH4) Ayat Contoh (AC) Ayat Penegas (AP)

Contoh: 1. Program ini diharapkan dapat memberikan ilmu dan pengalaman berguna kepada remaja. Progran yang bukan berbentuk ketenteraan ini bertujuan menyerapkan semangat patriotisme 2. Aktiviti yang dijalankan menjadikan mereka individu yang memahami aspirasi Negara. Disamping itu, program ini juga ingin menyemai sikap berakhlak, berperibadi dan berpesonaliti mulia. 3. Antara aktiviti yang diwajibkan kepada peserta ialah latihan fizikal, motivasi dan khidmat masyarakat. 4. Kerjasama yang wujud dalam aktiviti pelbagai kaum itu diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum dalam kalangan remaja. 5. Semua pihak perlu memberikan kepercayaan kepada kerajaan untuk menjayakan agenda Negara ini agar remaja dapat mengharungi hidup pada masa hadapan.

3.3 Kaedah penulisan Penutup Penulisan perenggan penutup memerlukan pelajar membuat rumusan keseluruhan isi. Perenggan penutup penulisan jenis ini juga mempunyai ayat-ayat yang tertentu. Sebagai contoh, ayat yang perlu dibina dalam perenggan penutup mestilah ayat yang berupa kesimpulan secara keseluruhan, ayat yang menyatakan pendirian atau pendapat, ayat yang
7

660207045112 HBML3303

berbentuk komen atau penilaian dan sebagainya. Perkara yang pasti adalah ayat-ayat yang terdapat dalam perenggan penutup bukan berbentuk ayat yang terdapat dalam pengenalan atau perenggan isi. Secara ringkas, perenggan penutup mempunyai ayat-ayat seperti berikut: Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat Kesimpulan Umum Ayat Pendapat Ayat Komen Ayat Penilaian Ayat Penutup

Contoh: Program ini perlu mendapat sokongan semua pihak untuk melahirkan remaja yang berwawasan dan seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020.

4.0 KESIMPULAN Dalam penulisan berformat umum, pemilihan kaedah yang baik akan memudahkan proses pembelajaran kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah. Kaedah yang sesuai dan penggunaan bahan bantu belajar yang menarik akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran penulisan. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.

660207045112 HBML3303

BIBLIOGRAFI

660207045112 HBML3303

Sharar Mad Jisin. (2007). Bimbingan dan Panduan Penulisan PMR. Selangor Darul Ehsan, Arah Pendidikan Sdn.Bhd. Sulaiman Masri, Mashudi Bahari & Juliliyana Mohd.Junid. (2007). Bahasa Melayu Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: Utusan publications & Distributors Sdn.Bhd. Nornajmah Najmudin, Khairiah Rahmat & Alit Rahmat. (2007). Teks dan Rujukan Lengkap Bahasa Melayu SPM, Selangor Darul Ehsan, Arah Pendidikan Sdn.Bhd. Mohd. Dahalan Mohd. Ramli, Abdul Ghalib Yunus, Ghazali Lateh & Azmi Misron. (2005). Bahasa Melayu SPM, Selangor Darul Ehsan, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. http://muslimnetwork.wordpress.com/2009/12/13/kepentingan-penggunaan-bahasa/
http://www.bmspm.net/panduanmenuliskaranganolehGC.htm http://www.bmspm.net/#KARANGAN

10

Anda mungkin juga menyukai