Anda di halaman 1dari 3

PENSYARAH:

EN MOHD SUFIAN BIN MAT DERIS PENGAJARAN,TEKNOLOGI & PENAKSIRAN GPF 3046

NAMA : RASHIDAH BT OTHMAN( 028616) KUMPULAN D TAJUK TUGASAN : TUGASAN SINOPSIS DAN ULASAN TARIKH : 5 OGOS 2011

Dayang Keli,Emilda Abdul Kadir & Faridah Marmut, MultiMedia Dalam Pendidikan Islam : Kebaikan Dan Kelemahan Penggunaaan Media Audio Dalam Pengajaran, Artikel Penyelidikan. http://www.scribd.com/doc/48630935/Artikel-ust-anuar-1 Sinopsis : Kajian ini bertujuan mengkaji kepentingan kehadiran media audio dalam dunia Pendidikan Islam.Teknologi multimedia dapat membantu dunia Pendidikan Islam menjadi lebih berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Media audio adalah terdiri daripada satu sumber bunyi atau suara,satu alat peka bunyi,satu sistem pengiriman audio dan satu sistem penerimaan radio. .Elemen audio atau bunyi yang berkesan diterapkan dalam persembahan multimedia bagi menyampaikan maklumat serta mempertingkatkan kefahaman isi kandungan sesuatu topik mata pelajaran.Audio dapat diintegrasikan ke dalam aplikasi multimedia menerusi pelbagai cara sebagai kesan bunyi istimewa seperti suara latar,kesan khas,muzik,suara binatang,ombak dan sebagainya.Kebaikan-kebaikan yang diperolehi,kelemahan serta cabaran dan kekangan guru Pendidikan Islam dalam penggunaan media audio telah dikemukakan dalam kajian ini. Ulasan : Berdasarkan artikel yang bertajuk MultiMedia Dalam Pendidikan Islam : Kebaikan Dan Kelemahan Penggunaan Media Audio Dalam Pengajaran oleh penulis,saya kurang bersetuju atas kelemahan penggunaan media audio dalam beberapa topik yang dikatakan tidak sesuai iaitu solat ketika sakit,solat sunat Hajat,dan pengurusan jenazah bahagian Ibadah Tingkatan 3.Multimedia merupakan salah satu Bahan Bantu Mengajar yang diharapkan dapat membantu mencapai hasil pembelajaran dan objektif sesuatu topik pada waktu yang ditentukan.Media audio dapat diterapkan dalam topik ini iaitu di Fasa Pemerhatian(Set Induksi),untuk solat ketika sakit,boleh diterapkan media audio di set induksi rakaman lakonan orang yang sedang ditimpa sakit,dengan suara yang tersekat-sekat dan selitkan muzik alunan yang bersesuaian,pastinya dapat dikaitkan dengan topik yang akan diajar.

Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal. Pendidikan Islam memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat pendidikan kebangsaan yang menjurus ke arah pembangunan insan yang menyeluruh dan seimbang dari sudut emosi, jasmani, rohani dan intelek. Oleh sebab itu, guru-guru pendidikan Islam memikul tanggung jawab yang besar untuk melahirkan individu yang mampu menjana diri mereka menjadi insan yang berakhlak al-Quran dan dalam masa yang sama mempunyai daya saing dan kemahiran yang tinggi dalam aplikasi teknologi selaras dengan tuntutan semasa negara yang menuju kepada negara maju Manakala Menurut Tajul Arifin (1993), penggunaan ICT akan mempengaruhi perkembangan pendidikan Islam dalam lima tahap iaitu: Meluaskan skop paradigma ilmu Islam Membina Tamadun Islam yang berjaya berasaskan konsep ketauhidan Merangka paradigma dan kurikulum yang sama semua negara Islam Menjadikan Pendidikan Islam sebagai teras ilmu Kesepaduan antara Pendidikan Islam dana Pendidikan Moden Peranan sebagai Guru Pendidikan Islam hendaklah membentuk sikap sebagai pendidik .Guru Pendidikan Islam hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk menggunakan ICT dalam P&P,berubah dari sikap yang pasif kepada aktif dalam menyahut cabaran perubahan dan akan membawa impak tersendiri bagi kerjaya seseorang guru,bekerjasama antara guru dalam mencapai matlamat yang ditentukan,dan hendaklah menjadi seseorang yang bukan hanya seorang pengajar tetapi juga mesti selalu belajar mengajar.

Anda mungkin juga menyukai