Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH... Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T di atas segala keizinannya , Program Kepimpinan Pengawas 2011 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Program Kepimpinan Pengawas 2011 ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan

Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin, Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam. Program ini melibatkan 141 orang peserta iaitu terdiri daripada 24 orang pengawas sekolah, 51 orang pengawas pusat sumber sekolah serta 24 orang ketua kelas dan penolong dari tahun 3, 4 , 5 dan 6. Program ini telah selamat dilaksanakan pada 12hb Mac 2011. Program ini telah berjalan lancar dengan sokongan dan komitmen daripada warga sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar SKCBM, Pn. Rosnah bt Omar, Guru Penolong Kanan HEM Pn. Hjh. Mazlina bt Abd Muthaliff, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Siti Suria bt. Walat, Guru Penyelia Petang, Pn. Che Mahizan bt Saad, Ketua Unit Disiplin Sekolah, En. Misbah bin Abu Bakar yang berusaha keras merialisasikan perjalanan program ini dengan

jayanya serta semua AJK yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan program ini. Sekiranya semua perkara dijalankan secara kerjasama serta toleransi pasti akan memberikan hasil yang baik. Kepada semua warga SKCBM sokongan dan kerjasama semua amatlah dihargai, jadikanlah ia sebagai satu kenangan dan ilmu yang paling bermakna. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang program ini berlangsung samada sebelum , semasa mahupun selepas terdapat sebarang kelemahan atau menyinggung mana-mana pihak. Segala yang baik dan sempurna itu datang daripada Allah S.W.T dan segala kekurangan dari diri hambu mu ini. Sekian, terima kasih.

................................................. (FARAHIYAH BINTI JAAFAR) Penyelaras, Program Kepimpinan Pengawas 2011 1

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

NAMA PROGRAM / AKTIVITI

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

TARIKH

12hb Mac 2011

TEMPAT

Dewan Sekolah Convent Bukit Mertajam

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN KERJASAMA UNIT DISIPLIN & PUSAT SUMBER SEKOLAH SKCBM

AHLI JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PENGERUSI : PN. ROSNAH BT.OMAR PROGRAM NAIB PENGERUSI : PN.HJH MAZLINA BT ABD MUTHALIFF PN.SITI SURIA BT WALAT PN.CHE MAHIZAN BT. SAAD SETIAUSAHA : EN.MISBAH BIN ABU BAKAR PENYELARAS : CIK FARAHIYAH BT. JAAFAR DOKUMENTASI : CIK FARAHIYAH BT. JAAFAR AJK PERLAKSANA : PENCERAMAH JURUGAMBAR PENGACARA MAJLIS PERSIAPAN TEMPAT MAKANAN : : : : : EN.TN HAJI YUSOFF B.MAT EN.MISBAH BIN ABU BAKAR EN.MOHD. RODHI BIN DAUD EN.MISBAH BIN ABU BAKAR PN.HAMIDAH BT. AHMAD PN.FAZLIYANA BT.JAMALUDIN PN.CHITRA DEVI A/P NARAYANASAMY PN.SHARIFAH BT. AWANG PN.SUHAILA BT SHAARI EN.MOHD RODHI BIN DAUD PN.TANG YOO KHAM PN.SHARIFAH BT. AWANG PN.FAZLIYANA BT.JAMALUDIN

AUDIO VISUAL PENDAFTARAN

: :

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

DISIPLIN MURID

PN.CHITRA DEVI A/P NARAYANASAMY PN.TANG YOO KHAM PN.HAMIDAH BT. AHMAD

SASARAN

Pengawas Sekolah Pengawas Pusat Sumber Ketua Kelas/Penolong Jumlah

24 51 24 141

OBJEKTIF

a)

b)

c) d)

Menyampai maklumat kepada pengawas-pengawas dan ketua-ketua kelas tentang tugas dan peranan mereka. Memberi motivasi kepada pengawas dan ketua-ketua kelas untuk berkhidmat dengan semangat yang tinggi dan komited kepada tugas. Memegang amanah yang diberikan kepada mereka dengan rasa bertanggungjawab. Mengetahui tugas sebenar pemimpin-pemimpin sekolah seterusnya menjadi contoh kepada muridmurid yang lain.

RASIONAL / JUSTIFIKASI PROGRAM

Melalui kursus ini yang talah dijalankan ini diharap dapat melahirkan satu barisan pemimpin yang mempunyai keyakinan diri, bermotivasi, berkemahiran dan berkhidmat dengan cemerlang untuk sekolah.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Program ini bertujuan untuk memotivasikan dan membuka minda semua para pengawas dan ketua serta penolong ketua kelas agar bijak membuat keputusan, mengambil tindakan di dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahk dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

a) b) c) d) e)

Warming up Ice Breaking Ceramah dan Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kawad Kaki Tayangan gambar-gambar selepas program sehari

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

REFLEKSI / IMPAK KESELURUHAN PROGRAM

Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan baik serta semua murid dapat mengambil bahagian didalam setiap aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan pemerhatian , muridmurid dan guru menunjukkan minat yang tinggi kerana program ini merupakan satu pendedahan ilmu serta pengalaman yang berharga bagi murid-murid dalam mempraktikan tugas seharian mereka sebagai pemimpin di sekolah. Sesungguhnya program seperti ini mesti diteruskan bagi melahirkan generasi pemimpin yang bermotivasi tinggi, memiliki peribadi yang cemerlang, berpersonaliti dan sahsiah yang unggul.

PENUTUP

Bengkel seperti ini merupakan satu usaha untuk memupuk dan menanamkan sifat kepimpinan. Pemimpin yang unggul adalah pemimpin yang dihormati kerana peribadinya dan amanah yang dipegang dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan jitu dengan adil dan saksama. Semoga dengan berlangsungnya program ini, para peserta akan lebih bersedia dan berkejayakinan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah kepada mereka sepanjang tahun 2011.

Disediakan Oleh :-

Disahkan Oleh :

....... Farahiyah Binti Jaafar Penyelaras Program Kepimpinan Pengawas 2011

................................................ Pn. Rosnah Binti Omar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Anda mungkin juga menyukai