Anda di halaman 1dari 1

Arina:Hai Alia.Apakah yang sedang awak lakukan itu? Alia :Oh,Arina.Saya sedang membaca buku.Awak dari mana?

Arina:Saya baru pulang bermain badminton. Alia :Rajin benar awak bermain badminton. Arina:Terima kasih,Alia.Saya ingin mengucapkan tahniah kepada awak kerana kamu berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan syarahan di sekolah itu. Alia :Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu. Arina:Saya kagum melihat kamu bersyarah pada minggu lepas.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ? Alia :Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu .Di samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Arina:Oh,begitu rupanya. Alia :Saya selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap. Arina:Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan Davian dan beberapa pelajar yang lain dalam pertandingan itu.Bolehkah saya meminjam buku Bahasa Melayu awak? Alia :Boleh.Datanglah ke rumah saya pada petang nanti. Arina:Baiklah,Saya ingin pulang ke rumah dahulu.Bye Alia :Bye

Anda mungkin juga menyukai