Anda di halaman 1dari 10

BAJU KURUNG Oleh: Prof. Madya Dr.

Haziyah Hussin Abstrak Baju kurung ialah sejenis pakaian tradisional orang Melayu yang dipercayai telah mendapat pengaruh daripada pakaian pedagang Arab dan India serta China. Pakaian Melayu ini, khususnya baju kurung telah menjadi pakaian yang dipakai di Alam Melayu nusantara, khususnya di Malaysia dan juga Indonesia. Baju kurung yang dipakai sekarang ini merupakan baju kurung yang diolah supaya bentuknya lebih anggun dan jahitannya lebih halus. Baju kurung ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar Johor. Ciri yang membezakan baju kurung dengan yang lain ialah bajunya yang labuh serta berlengan panjang, berpesak dan berkekek. Antara ciri yang istimewa atau unik tentang baju kurung termasuklah jahitan tangan yang dinamai sembat yang dijahit pada bahagian kelim dan kelepet. Bahagian leher baju ini pula dijahit dengan jahitan tulang belut yang diilhamkan daripada struktur tulang ikan belut. Pengenalan Pakaian orang Melayu masa kini lahir daripada perkembangan pakaian orang dahulu melalui proses pengubahsuaian. Proses ini berlaku kesan daripada peradaban awal masyarakat di tempat itu sendiri, dan juga daripada pengaruh pedagang Arab dan India serta China. Berdasarkan pengaruh tersebut, budaya Melayu diolah dan digabung menjadi budaya yang indah dan unik. Bertitik tolak daripada perkembangan inilah pakaian wanita dan lelaki di Alam Melayu semakin berkembang dan pelbagai. Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah baju Melayu, manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah baju kurung, baju kebaya panjang, baju kebaya pendek, baju kurung Kedah dan baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau. Walau bagaimanapun, tumpuan penulisan ini

hanyalah kepada baju kurung jenis pesak gantung dan pesak buluh (pesak biasa) sahaja. 7.2 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Asal usul dan sejarah pemakaian baju kurung sangat sukar ditentukan. Persoalan tentang siapa yang mula-mula menghasil dan memakainya timbul kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah Nusantara. Berdasarkan maklumat dalam Archjadi Judi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun, potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam. Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri, iaitu pakaian baju kurung Melayu asal. Berbeza daripada baju kurung sekarang yang longgar dan labuh, baju yang dipakai oleh mereka ketika itu dalam keadaan ketat dan singkat. Berdasarkan maklumat Sejarah Melayu, Tun Hassan Temenggung merupakan orang pertama mengubah suai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai kini. Mohd. Said (1931) menyatakan pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura. Seorang pengkaji sejarah pakaian dan tekstil, Gettinger (1979) pula telah menyatakan baju kurung merupakan pakaian yang dipakai oleh penari istana di Palembang. Beliau juga menyatakan pakaian tersebut popular di Sumatera pada abad ke-20. Tenas Effendy (1989) telah mengumpul ungkapan orang tua di daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia (Semenajung Tanah Melayu) tentang baju kurung. Baju kurung yang digambarkan oleh beliau ialah baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit dengan jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. Pakaian ini merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli dalam golongan masyarakat untuk pelbagai majlis dan adat.

Mengikut Siti Zainon (2006) pula, baju kurung ialah pakaian yang popular di kalangan orang Melayu. Pakaian ini merujuk kepada pola panjang untuk baju wanita, manakala pola pendek untuk baju lelaki. Baju kurung mempunyai ciri khusus yang membezakannya dengan pakaian lain. Pengertian kurung mempunyai persamaan dengan konsep pakaian menutup anggota tubuh. Ciri ini didapati menepati dengan konsep cara Melayu selepas kedatangan Islam. Beliau juga telah mendapati pelbagai jenis kurung mendapat inspirasi daripada baju kurung, antaranya ialah Kurung Kedah, Kurung Cekak Musang, Kurung Teluk Belanga dan Kurung Pesak Gantung. Kini baju kurung yang labuh paras lutut hanya disebut sebagai baju kurung sahaja dan telah dikhususkan untuk pakaian wanita. Dari segi sejarah pula, baju kurung lelaki dan wanita pada asalnya dinamakan baju kurung teluk belanga. Nama itu diambil daripada nama suatu tempat di Teluk Belanga, Singapura, sempena pemakaian baju tersebut oleh Sultan Abu Bakar semasa bersemayam di sana. Nama baju itu diberi berasaskan perubahan oleh baginda, khususnya daripada segi potongan yang lebih anggun dan jahitan yang lebih halus dengan memperkenalkan jahit tangan tulang belut di bahagian leher dan sembat di bahagian kelim dan kelepet (Azah Aziz 2006). Untuk Artikel Lengkap, dalam [Sains dan Teknologi Alam Melayu>>

From Wikipedia Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan

mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Apabila disebut saja baju kurung, tergambarlah kepada kita pakaian yanglabuh, besar dan menyelubungi seluruh badan. Namun begitu, baju inisentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabilake majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian sahaja. Pakaian inimenampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selainmenambahkan kelembutan kepada gerak-geri seorang gadis yangberpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati. Sejarah baju kurung Suatu yang sukar untuk dibuktikan dengan tepat tentang siapa yang mula-mula memakai baju kurung. Ini berlaku kerana baju kurung dalam bentukasalnya telah lama dipakai oleh berbagai penduduk di wilayah nusantara.Menurut Judi Achjadi dalam buku Pakaian mempunyai Daerah Wanita Indonesia,menyatakan seperti potongan bahawa leher baju kurung Tunik, diperkenalkan di Indonesia olehpedagang-pedagang Islam dan India Barat. Baju ini pengaruhTimur Tengah berbentuk iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silamZaman Kesultanan Melayu Melaka, penduduknya telah mempunyaipakaian mereka sendiri iaitu pakaian baju kurung Melayu asal. Bajukurung ini berkeadaan ketat dan singkat.Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentukbaju melayu yang dipakai kini.Menurut Dato Haji Muhammad Said Haji Sulaiman dalam buku PakaianPatut Melayu, pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor semasapemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di TelukBelanga,

Singapura.Mengikut Mattiebelle Gettinger, baju kurung telah dipakai oleh penariistana di Palembang dan pakaian ini telah menjadi popular di Sumaterapada abad ke-20.

Ciri-ciri baju kurung tradisional IMG:http://img149.imageshack.us/img149/979/bajukurung02fb3.jpg) Baju kurung tradisional berkeadaan longgar, bertangan panjang danberpesak serta kembang dibahagian bawah. Baju Melayu yang digunakan untuk kaum lelaki menggunakan ciri-ciri bajukurung yang sama tetapi dipakai dengan seluar dan samping. (IMG:http://img224.imageshack.us/img224/4997/bajukurung03im9.jpg) Bagi kaum wanita, baju kurung dipakai dengan kain sarung ikatan ombakmengalun. Jenis Kain Pakaian basahan dirumah selalunya diperbuat daripada kain kapasataupun kain yang tidak terlalu mahal.Pakaian rasmi menggunakan kain yang lebih berharga seperti kain sutera,kain broked, kain baldu dan sebagainya. Perbezaan Baju Kurung Lelaki dan Perempuan Perbezaan antara baju kurung lelaki dan baju kurung perempuan menurutbuku Pakaian Patut Melayu.LelakiLabuh: Bawah punggungAlas Leher: Lebar Poket: DuaPerempuanLabuh: Bawah lutut.Poket: Tiada Jenis Baju Kurung * Baju Kurung Teluk Belanga* Baju Kurung Cekak MusangBaju Kurung Teluk Belanga(IMG:http://img140.imageshack.us/img140/4413/telukbelangabl7.jpg)Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahandi hadapan sepanjang lima inci.Pada keliling tebukan leher baju, dilapik dengan kain lain dan

dijahitsembat halus, manakala pada bahagian pinggir bulatan itu dijahitkantulang belut halus. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempatpengancing baju iaitu rumah kancing dengan menggunakan jahitanbenang yang dinamakan jahitan insang pari. (IMG:http://img246.imageshack.us/img246/5518/telukbelanga02ww0.jpg) (IMG:http://img138.imageshack.us/img138/9651/telukbelanga03xu6.jpg) Potongan lengan baju ialah panjang dan longgar serta berkekek saputangan atau berkekek gantung.Potongan bahagian badan pula lurus dan kembang di bawah.Baju ini biasanya dipakai dengan lehernya dikancing dengan satu butang.Biasanya butang yang digunakan berwarna emas atau perak atau berbatuberlian atau batu lain yang bernilai. Jika kancing yang digunakan diikat dengan sebiji batu dipanggil sebagaikancing garam sebuku dan jika diikat dengan beberapa batu dipanggilkancing kunang-kunang sekebun (IMG:http://img114.imageshack.us/img114/6094/telukbelanga04lv7.jpg) Baju Kurung Teluk Belanga bagi lelaki (IMG:http://img54.imageshack.us/img54/2373/telukbelanga05bt6.jpg) Baju Kurung Teluk Belanga bagi perempuanBaju Kurung Cekak MusangMenurut buku Pakaian Patut Melayu, baju kurung ini telah diperkenalkan padatahun 1930-an oleh Tuan Haji Osman (juga dikenali sebagai Tuan Busu) yangtinggal di Teluk Belanga.Baju ini dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji). Tuan Busutelah memendekkan jubah hingga ke paras punggung dan diubahsuai mengikutbentuk baju kurung Teluk Belanga.Baju kurung ini berbentuk seperti baju kurung Teluk Belanga, kecuali bahagianlehernya tegak dan bahagian belah baju dihadapannya tertutup. Bahagian leher baju ini dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau Sembilan butir butang.

Pada masa sekarang baju kurung versi lelaki lebih dikenali dengan nama bajuMelayu. Baju ini juga pernah dicatatkan dalam buku Life and Customs oleh R.O.Winstedt yang

dipetik daripada Logan, J. I. A. cetakan tahun 1909 mengenai bajuyang dinamakan baju kurung Chikah Munsang. (IMG:http://img288.imageshack.us/img288/8895/cekakmusang01bi2.jpg) Baju Kurung Cekak Musang bagi lelaki (IMG:http://img434.imageshack.us/img434/7771/cekakmusang02vb7.jpg) Baju Kurung Cekak Musang bagi perempuan Kain Sarung Baju kurung Melayu menggunakan kain sarung ikatan ombak mengalun iaitulipatan kain yang berombak-ombak yang dilipat di bahagian tepi kiri atau kananbadan.Kain sarung digunakan sebagai kain tudung yang juga disebut sebagai kaindagang. Kain dagang digunakan untuk berlindung daripada cahaya matahariapabila berada diluar rumah dan berada di dalam rumah ianya diikat padapinggang sahaja. (IMG:http://img501.imageshack.us/img501/4952/kasinsarung01jl6.jpg) KiriPakaian kain dagang semasa berjalan-jalanKananPakaian kain dagang semasa berada di rumah Seluar Orang lelaki pada kebiasaannya memakai baju kurung dengan seluar panjangyang dipakai bersama kain sarung yang diikat dipinggang hingga paras lutut.Jenis seluar yang biasa digunakan:* Seluar panjang : labuhnya sehingga atas buku lali* Seluar Acheh : labuhnya sehingga atas betis* Seluar katuk : labuhnya sehingga atas lutut* Seluar sampit : labuhnya sehingga atas pehaBagi yang memakai kain sarung tanpa seluar dipanggil sebagai pakaianketumbing. Kain sarung ini dipakai labuh hingga ke buku lali. Biasanya dipakaiketika dirumah atau semasa ke masjid atau surau. (IMG:http://img444.imageshack.us/img444/3484/seluarpanjangmelayuto4.jpg) Seluar Panjang (IMG:http://img172.imageshack.us/img172/5200/seluarpanjangachehml5.jpg) Seluar Acheh Samping

Samping ialah nama baru yang membawa maksud kain sampingan bagimengiringi baju dan seluar pakaian melayu. Kain ini berasal daripada kain sarungatau kain lepas orang zaman dahulu.Terdapat beberapa gaya ikatan samping: Ikatan pancung*Ikatan kembung*Ikatan lingkup(IMG:http://img291.imageshack.us/img291/7121/sampingikatanpancungax4.jpg) Samping ~ Ikatan PancungIkatan pancung iaitu ikatan samping yang menggunakan kain lepas dililitkandipinggang dan sebelum sampai ke penghujung kain, kain ini dipancung iaitu kaindisemat sambil membiarkan hujung atau punca kain terkulai ke bawah. (IMG:http://img291.imageshack.us/img291/3435/sampingikatankembungqy7.jpg)Sampin g ~ Ikatan KembungIkatan kembung diperkenalkan setelah orang mula menjahit dikedua-dua hujungkain untuk dijadikan sarung. Ikatan kembung berbentuk seperti pemakaiansamping pengantin yang digunakan pada hari ini. Perkataan kembung diambildaripada keadaan kain yang kelihatan kembung apabila kain sarung ditarikberboson-boson ke bahagian tengah atau tepi badan untuk dipintal dan diikatberbagai-bagai cara ke pinggang. (IMG:http://img119.imageshack.us/img119/6136/sampingikatanlingkupgq3.jpg) Sampin g ~ Ikatan LingkupIkatan lingkup merupakan ikatan bagi pakaian biasa seperti yang biasa digunakanpada masa kini. Ikatan ini hanya digulungkan saja bahagian atas sampingsamada dengan cara ikat lingkup ke hadapan atau ikat lingkup ke tepi. Keadaanini tidak meninggalkan kesan kembung. jemekelate Feb 19 2008, 11:11 PM Sejarah Baju Kurung Siapakah yang mula-mula membuat Baju Kurung? Baju Kurung adalah Baju tradisional Melayu yang bolehlah ditafsirkan sebagai baju longgar atau tertutup. Ini bersesuaian dengan konsep islam yang mengkehendaki Wanita menutup aurat mereka. Baju Kurung adalah baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Pakaian ini juga

adalah pakaian rasmi Di Malaysia dan juga di Brunei. Namun, adakah anda tahu Sejarah Baju Kurung? Dari manakah asal-usul Baju Kurung bermula?

Suatu masa dahulu, pakaian orang Melayu seharian hanyalah gaun sederhana kerana ketika itu kain sangat mahal dan agak sukar didapati. Kebanyakan orang hanya menutup pakaian di bawah tubuh. Lelaki hanya bercelana panjang dan perempuan biasanya hanya berkemban sehingga ke paras dada. Jika anda ada melihat Filem Melayu lama, Sultan biasanya menghadiahkan Sepersalinan Pakaian kepada hulubalang yang berjasa dengannya. Namun, kedatangan pedagang yang berhenti rehat di perairan sekitar Selat Melaka pada ketika itu membantu kepada perubahan Fesyen di tanah Melayu. Pedagang tidak hanya membawa barangan mereka ke Tanah Melayu, malahan fesyen yang pelbagai. Pada ketika itu, pedagang dari China, India, Timur Tengah (Arab) dan negara-negara Eropah berkumpul di Tanah Melayu untuk melakukan aktiviti jualbeli dan sistem barter. Mereka membawa bersama mereka barang-barang dan juga cara berpakaian mereka yang unik kepada orang Melayu. Pelbagai jenis kain mudah didapati pada ketika itu. Ketika Empayar Melaka sedang pada puncaknya pada abad ke-15, dengan Islam sebagai agama utama, Pakaian tradisional Melayu, Baju Melayu mula direka. Ini jelas

dinaytakan di dalam buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin". Baju Kurung ketika itu merujuk kepada baju yang digunapakai oleh lelaki dan perempuan melayu. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat. Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini. Pada ketika itu, telah wujud protokol untuk berbaju kurung ketika mengadap Sultan. Ada juga yang mengatakan baju kurung mula popular di akhir abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Ianya dikatakan direka oleh HRH Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Beliau memperkenalkan Baju Kurung Teluk Belanga sempena ibu negeri Johor dahulu di Teluk Belanga (sekarang ini di Singapura) sebelum ibu negeri Johor bertukar kepada Johor Bahru. Pada ketika itu, nama Baju kurung Teluk Belanga adalah untuk lelaki dan wanita. Apabila tanah melayu semakin berkembang pesat, Nama "Baju Melayu" digunapakai untuk baju kurung yang digunakan oleh lelaki dan nama baju kurung kekal digunakan oleh wanita. Read more: http://bajukurungbudak.blogspot.com/2011/03/sejarah-baju-

kurung.html#ixzz1b7eccmsS Under Creative Commons License: Attribution

Anda mungkin juga menyukai