Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM DIDIK ANAKKU SK SIKAMAT 2011 Oleh: Unit Pemulihan Khas

1. PENGENALAN Program ini diadakan di bawah kelolaan Unit Pemulihan Khas SK Sikamat, Seremban. Program ini dirangka dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Prasekolah SK Sikamat. Musim cuti sekolah merupakan masa yang paling sesuai untuk ibu bapa mendidik anak-anak di samping meluangkan masa yang berharga bersama mereka. Oleh itu Unit Pemulihan Khas telah menghasilkan buku kerja sebagai perlaksanaan program ini bagi mengisi masa lapang murid-murid ketika cuti sekolah khasnya murid-murid Pemulihan Linus Tahun 1.

2. MATLAMAT Program ini bermatlamat untuk mengurangkan bilangan murid tahun 1 yang kurang menguasai kemahiran asas 3M melalui bimbingan ibubapa dan juga supaya masa cuti murid-murid ini terisi dengan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru.

3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk sikap pentingkan ilmu di kalangan murid yang lemah

dalam pelajaran.
3.2 Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam membimbing anak-anak

mereka di dalam pelajaran semasa cuti sekolah yang panjang.


3.3 Memberi peluang kepada ibu bapa sendiri membimbing di samping

menaikkan prestasi anak mereka sendiri. 3.4 Menggalakkan murid-murid Tahun 1 khasnya murid pemulihan Linus untuk belajar dan tidak hanya bermain di waktu cuti sekolah yang panjang.

4. PENGELOLA Program dikelolakan sepenuhnya oleh Unit Pemulihan Khas SK Sikamat.

5. PERLAKSANAAN PROGRAM Tarikh Hari : : 28 Mei 2011-12 Mei 2011. Sepanjang Cuti Pertengahan Tahun 2011

6. KUMPULAN SASARAN Program ini mensasarkan murid dan ibu bapa murid Pemulihan Khas Tahun 2 dan 3 serta ibu bapa murid Pemulihan Linus Tahun 1 dengan jumlah seramai 40 orang.

7. AHLI JAWATANKUASA 7.1 Guru Linus tahun 1 dan 2 7.2 Guru pemulihan khas

8. STRATEGI PERLAKSANAAN 8.1 8.2 8.3 8.4 Perbincangan dengan ahli jawatankuasa Menghantar kertas kerja program kepada pihak pentadbiran sekolah untuk mendapat persetujuan. Mengeluarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa murid sasaran. Melaksanakan program.

9. PENILAIAN

Keberkesanan program dan pencapaian objektif akan dapat dinilai setelah program dijalankan kelak.

10. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama daripada pihak sekolah dan ibubapa serta murid-murid sendiri agar hasil keberkesanannya dapat dinilai bersama.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

(SITI ZUBAIDAH BINTI MUSA) Guru Pemulihan Khas SK Sikamat, Seremban.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KUIZ BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS TAHUN 2 SK SERI MENANTI MUAR 2010

1. PENGENALAN Program ini diadakan di bawah kelolaan Kelas Pemulihan Khas SK Seri Menanti Muar. Aktiviti kuiz yang dijalankan ini adalah sebahagian daripada aktiviti luar p&p yang dijalankan di dalam bilik darjah. Selain daripada mendapat pengalaman dan pengetahuan baru murid-murid pemulihan khas dapat didedahkan dengan pengalaman sebenar ketika berada di dalam pertandngan kuiz sama seperti murid-murid yang lain. 2. MATLAMAT Program ini bermatlamat untuk melahirkan murid-murid pemulihan khas yang berminat untuk berdaya saing secara sihat di kalangan murid-murid yang lain serta menarik minat mereka untuk turut serta di dalam aktiviti yang baik untuk tahap pengetahuan mereka. 3. OBJEKTIF 3.1 Memupuk pemikiran positif di kalangan murid-murid pemulihan khas dengan budaya bersaing secara sihat. yang boleh diketengahkan dalam aktiviti atau program tertentu.
3.3 Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas untuk

3.2 Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid pemulihan khas

menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pertandingan dan pengetahuan.

4. PENGELOLA Program dikelolakan sepenuhnya oleh Panitia Pemulihan Khas SK Seri Menanti di bawah unit kurikulum. 5. PERLAKSANAAN PROGRAM Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 21 Jun 2010. Isnin 10.30 pagi-11.30 pagi. Bilik Pemulihan Khas

6. KUMPULAN SASARAN

Peserta adalah terdiri daripada 6 orang murid pemulihan khas bahasa melayu tahun 2. 7. KEWANGAN 7.1 Sumber kewangan 7.2 Kos Perbelanjaan Hadiah Sijil Jumlah 8. STRATEGI PERLAKSANAAN 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 Mesyuarat ahli jawatankuasa. Melantik para hakim Pemberitahuan kepada para peserta Melaksanakan aktiviti. Penilaian. : Bimbingan dan Kaunseling. : : RM5.00 x 6 : RM1.00 x 6 = = = RM30.00 RM6.00 RM24.00

9. PERLAKSANAAN PROGRAM

9.1 9.2 9.3 9.4

Penerangan dan arahan kepada peserta. Menjalankan pertandingan mengikut ketetapan. Sesi pemarkahan oleh hakim yang dilantik. Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah.

1. PENILAIAN

Keberkesanan program dan pencapaian objektif akan dapat dinilai setelah program dijalankan dan tamat pertandingan kelak.

2. PENUTUP Adalah diharapkan agar program yang dirancang bersama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama daripada kalangan guru-guru SK Seri Menanti dan murid-murid pemulihan dengan

mematuhi segala peraturan yang ditetapkan semasa pertandingan berlangsung.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

(SITI ZUBAIDAH BINTI MUSA) Guru Pemulihan Khas SK Seri Menanti, Muar

Anda mungkin juga menyukai