Anda di halaman 1dari 8

Panduan Asas Ubuntu 10.

04 LTS Desktop Edition

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology (www.digide.com.my) dan komuniti Jom Linux (www.jomlinux.com) 1

Notis.
Artikel ini menggunakan lesen Creative Commons Attribution-NoncommercialShare Alike 2.5 Malaysia License.

Keterangan Ringkas Lesen.


Anda adalah bebas: untuk membuat salinan, mengedar, mempamer, atau mempersembahkan karya Tersebut untuk membuat karya terbitan Di bawah syarat-syarat berikut: Pengiktirafan Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). Bukan komersial Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial. Perkongsian Serupa Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini. With the understanding that: Waiver Any of the above conditions can be waived if you get permission from the copyright holder. Other Rights In no way are any of the following rights affected by the license: Your fair dealing or fair use rights; The author's moral rights; Rights other persons may have either in the work itself or in how the work is used, such as publicity or privacy rights. Notice Untuk sebarang pengulangan penggunaan ataupun pengedaran, anda mesti menjelaskan kepada orang-orang lain termaterma lesen karya ini.

Keterangan Penuh Lesen.


Sila rujuk laman ini -- http://creativecommons.org/licenses/by-ncsa/2.5/my/legalcode.

Penafian.
Tanda dagangan Ubuntu adalah hak milik Canonical Ltd dan digunakan di bawah lesen Canonical Ltd. Pandangan pada artikel ini tidak semestinya mewakili polisi dan ketetapan dari Canonical Ltd atau Ubuntu. www.ubuntu.com.
E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology (www.digide.com.my) dan komuniti Jom Linux (www.jomlinux.com) 2

Tanda dagangan lain adalah tertakluk pada hak milik pihak-pihak yang berkaitan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology (www.digide.com.my) dan komuniti Jom Linux (www.jomlinux.com) 3

BAB 1 : ASAS
Perisian Bebas atau Sumber Terbuka.
Pada lewat tahun 1980-an, menjadi kebiasaan bagi peminat atau pengatur cara program komputer untuk berkongsi perisian serta kod sumbernya. Ketika itu, sistem operasi (OS) Unix banyak diguna pakai oleh industri dan akademik. Bagaimanapun, OS ini menjadi terlalu ketat dengan paten sehingga menghalang pengguna komputer bebas untuk menukar kod-kod programnya. Richard Stallman, seorang saintis komputer melahirkan projek untuk mencipta klon kepada OS Unix yang dipanggil GNU - akronim bagi GNU's Not Unix yang mana mengamalkan dasar kebebasan perisian. Falsafah Perisian Bebas (Free software) atau Sumber Terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod sumber, berkongsi dan melakukan perubahan tanpa sebarang halangan. Richard percaya konsep ini lebih menyihatkan serta lebih natural dengan sifat manusia. Perisian Bebas juga lebih fleksibel untuk disesuaikan mengikut kehendak dan keadaan pengguna.

Linux.
Apabila GNU berkembang, banyak aplikasi UNIX telah pun diklon dan secara praktikalnya boleh dikatakan terdapat jumlah perisian yang mencukupi untuk dijadikan suatu OS yang baru akan tetapi GNU kekurangan satu item penting yang dipanggil kernel. Kernel merupakan jantung kepada mana-mana OS yang melakukan fungsi asas seperti menjadi orang tengah dalam komunikasi antara perisian dan perkakasan. Pada tahun 1991, seorang pelajar Universiti Helsinki, Linus Benedict Torvalds melakukan projek peribadi untuk menghasilkan kernel. Kernel ini pada asalnya ingin dinamakan Freax oleh Linus walau bagaimanapun, rakannya, Ari Lemmke yang menjaga server untuk memuat turun kernel ini menamakan direktori Linus sebagai linux. Sejak itu, Linux diguna sebagai nama rasmi kernel ini. Keadaan bertambah rancak apabila Linus mengeluarkan versi kernelnya sebagai Perisian Bebas yang mana mendorong lebih banyak penyumbang kod menyertai projek ini dan seterusnya mematangkan kernel ini untuk digunakan secara massa. Akhirnya, Linux digabungkan dengan aplikasi-aplikasi GNU menjadikannya sebuah OS yang lengkap yang dipanggil GNU/Linux. Tetapi ramai pengguna komputer berasa janggal memanggilnya GNU/Linux kerana tulisannya yang panjang serta pelik dari segi bunyi. Maka kebanyakkan orang hanya menyebutnya Linux.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology (www.digide.com.my) dan komuniti Jom Linux (www.jomlinux.com) 4

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology (www.digide.com.my) dan komuniti Jom Linux (www.jomlinux.com) 5

Dapatkan gajet Linux sekarang!


Http://digiplex.digide.com.my

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology (www.digide.com.my) dan komuniti Jom Linux (www.jomlinux.com) 6

Distribution.
Oleh sebab, Linux bersifat bebas maka sesiapa sahaja boleh menyunting kod-kodnya dan menghasilkan OS baru berasaskan Linux. Ini menyebabkan pelbagai variasi Linux wujud diluar sana. Variasi-variasi inilah yang disebut sebagai distribution atau dalam singkatannya sebagai distro. Antara distro Linux yang terkenal termasuklah Ubuntu, Debian, Red Hat, Fedora, openSUSE dan pelbagai lagi.

Ubuntu.
Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi Linux yang paling popular di kalangan pengguna desktop. Pertama kali dikeluarkan pada 20 Oktober 2004. Ia menekankan pada kepenggunaan dan keselamatan. Ubuntu diasaskan oleh Mark Shuttleworth, seorang ahli perniagaan dari Afrika Selatan. Perkataan Ubuntu berasal dari puak Zulu, Afrika yang bermaksud kemanusiaan kepada yang lain atau humanity towards others.

Sokongan.
Ubuntu mendapat sokongan pembangunannya dari syarikat Canonical Ltd. dan juga ahli komunitinya yang ramai. Ubuntu juga akan mengeluarkan versi baru setiap enam (6) bulan iaitu pada bulan April dan Oktober tiap-tiap tahun. Kemaskini dan naik taraf Ubuntu adalah percuma. Terdapat dua jenis sokongan bagi versi Ubuntu iaitu versi Long Term Support (LTS) dan bukan LTS. Versi Long Term Support (LTS) Biasa atau bukan LTS Tempoh Sokongan Tiga (3) tahun untuk Desktop Edition. Lima (5) tahun untuk Server Edition. 18 bulan untu Desktop Edition dan Server Edition.

Versi Keluaran.
Ubuntu versi baru akan dikeluarkan pada setiap enam (6) bulan yang mana nombor versi itu dipilih mengikut tahun dan bulan ia dikeluarkan. Ia juga akan menggunakan nama kod (codename) bagi setiap versinya. Nama ini dipilih dalam dua perkataan dan menggunakan huruf permulaan yang serupa pada kedua-dua perkataan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology (www.digide.com.my) dan komuniti Jom Linux (www.jomlinux.com) 7

Versi 4.10 5.04 5.10 6.06 LTS 6.10 7.04 7.10 8.04 LTS 8.10 9.04 9.10 10.04 LTS 10.1

Nama Kod Warty Warthog Hoary Hedgehog Breezy Badger Dapper Drake Edgy Eft Feisty Fawn Gutsy Gibbon Hardy Heron Intrepid Ibex Jaunty Jackalope Karmic Koala Lucid Lynx Maverick Meerkat

Tarikh Keluaran 20/10/04 08/04/05 13/10/05 01/06/06 26/10/06 19/04/07 18/10/07 24/04/08 30/10/08 23/04/09 29/10/09 29/04/10 10/28/10

Keperluan Minimum Ubuntu.


Sebelum anda melakukan proses pemasangan Ubuntu, pastikan komputer anda mempunyai spesifikasi minimum seperti : CPU RAM Ruang Cakera Keras 700 MHz 256 MB 4 GB

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology (www.digide.com.my) dan komuniti Jom Linux (www.jomlinux.com) 8

Anda mungkin juga menyukai