Anda di halaman 1dari 59

Panduan Asas Ubuntu 10.

04 LTS Desktop Edition

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 1

Notis.
Artikel ini menggunakan lesen Creative Commons Attribution-NoncommercialShare Alike 2.5 Malaysia License.

Keterangan Ringkas Lesen.


Anda adalah bebas: untuk membuat salinan, mengedar, mempamer, atau mempersembahkan karya Tersebut untuk membuat karya terbitan Di bawah syarat-syarat berikut: Pengiktirafan Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). Bukan komersial Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial. Perkongsian Serupa Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini. With the understanding that: Waiver Any of the above conditions can be waived if you get permission from the copyright holder. Other Rights In no way are any of the following rights affected by the license: Your fair dealing or fair use rights; The author's moral rights; Rights other persons may have either in the work itself or in how the work is used, such as publicity or privacy rights. Notice Untuk sebarang pengulangan penggunaan ataupun pengedaran, anda mesti menjelaskan kepada orang-orang lain termaterma lesen karya ini.

Keterangan Penuh Lesen.


Sila rujuk laman ini -- http://creativecommons.org/licenses/by-ncsa/2.5/my/legalcode.

Penafian.
Tanda dagangan Ubuntu adalah hak milik Canonical Ltd dan digunakan di bawah lesen Canonical Ltd. Pandangan pada artikel ini tidak semestinya mewakili polisi dan ketetapan dari Canonical Ltd atau Ubuntu. www.ubuntu.com.
E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 2

Tanda dagangan lain adalah tertakluk pada hak milik pihak-pihak yang berkaitan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 3

BAB 3 : DESKTOP ANDA


Asas Desktop.
Ubuntu menggunakan persekitaran desktop yang dipanggil GNOME. Ia merupakan desktop yang amat mesra pengguna, ringan dan stabil. Untuk panduan ini, kita akan menggunakan Ubuntu 10.04 LTS Desktop Edition dengan GNOME versi 2.30. Anda boleh melihat versi GNOME dengan klik ke System > Administration > System Monitor. Klik pada tab System. Ia akan memaparkan versi GNOME yang digunakan Ubuntu.

Panel.
Terdapat dua (2) panel pada bahagian atas dan bawah desktop Ubuntu. Panel atas memaparkan dari kiri ke kanan -- Main Menu dan Indicator Applet .

No 1

Item Main Menu

Keterangan Terbahagi kepada tiga bahagian, Applications, Places dan System. Memaparkan status bateri, rangkaian, wifi, suara, emel dan status aplikasi-aplikasi lain. Ini termasuklah Notifications Area, Clock dan Indicator Applet Session.

Indicator Applet

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 4

Panel bawah pula memaparkan dari kiri ke kanan -- Show Desktop, Window List, Workspace dan ikon Trash. No 1 Item Show Desktop. Keterangan Klik untuk mengecilkan semua tetingkap yang dibuka untuk menunjukkan Desktop. Membesarkan kembali semua tetingkap ke keadaan asal apabila diklik sekali lagi. Memaparkan senarai tetingkap yang sedang dibuka. Memberikan anda lebih ruang Desktop dengan menyediakan ruang kerja tambahan. Apa-apa item yang dipadam akan diletakkan di sini.

2 3 4

Window List. Workspace. Trash

Untuk menyunting panel-panel ini klik kanan tetikus pada ruang kosong di panel. Item. Add to Panel. Keterangan. Menambah fungsi tambahan pada panel seperti CPU Frequency Scaling Monitor, Brigtness Applet dan lain-lain. Menetapkan saiz, orentasi, fungsi Autohide, Background untuk panel. Memadamkan panel. Menambah panel baru.

Properties. Delete This Panel. New Panel.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 5

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 6

Main Menu.

Main Menu merupakan menu utama bagi pengguna Ubuntu untuk akses kepada segala isi komputer. Ini termasuklah aplikasi perisian, folder dan sistem serta konfigurasi OS. Main Menu terbahagi kepada tiga (3) bahagian. Item. Applications Keterangan. Akses kepada semua perisian yang terdapat pada Ubuntu termasuklah perisian internet, pejabat, audio, video dan juga kepada Ubuntu Software Center iaitu aplikasi untuk menambah dan membuang perisian. Akses kepada cakera keras, cakera optik, peranti-peranti lain, Home Folder, Network, carian fail dan juga Recent Documents. Akses kepada konfigurasi sistem antaranya kawalan tetikus, Screensaver, Users and Groups, Appearance dan lain-lain. Ia terbahagi kepada dua iaitu Preferences dan Administration.

Places

System

Indicator Applet.

Apa-apa maklumat indikator yang boleh dimanupulasikan akan terpapar di bahagian ini. Secara lalai, ia memaparkan Networking Manager dan juga Sound Preferences. Diikuti dengan paparan tarikh, masa, status dan terakhir butang untuk sesi yang boleh digunakan untuk Log Out, Switch User atau Shut Down. Item. Lock Screen. Keterangan. Mengunci skrin, digunakan ketika anda ingin beredar sebentar dari PC namun tidak mahu komputer dipadamkan. Fungsi unik pada Ubuntu ini membenarkan anda membuka sesi lain yang menggunakan user Guest. Setelah seseorang itu keluar dari sesi ini, segala data akan dipadamkan. Pengguna yang

Guest Session.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 7

menggunakan sesi ini juga tidak boleh akses ke fail anda. Gunakan ini ketika anda ingin memberi pinjam komputer kepada orang lain. Switch From.... Tukar kepada akaun User lain tanpa perlu Log Out akaun yang sedang dibuka. Aplikasi yang sedang digunakan tidak akan ditutup ketika proses Switch User. Keluar dari akaun User yang sedang dibuka. Segala yang sedang berjalan pada User ini akan ditutup. Juga dikenali sebagai Stand By. Ia akan menutup sebahagian perkakasan yang tidak perlu seperti kipas dan cakera keras tapi tidak menutup keseluruhan sistem. Anda dapat menyambung semula kerja anda jika anda memberi input pada PC seperti menekan papan kekunci. Sesuai digunakan ketika anda tidak berada di depan PC untuk jangka masa pendek kerana tidak perlu menunggu PC untuk Boot. Hibernate. Sama fungsi seperti Shutdown. Bezanya, ia akan menyimpan segala data dan aplikasi yang sedang berjalan. Jadi bila buka kembali PC, ia akan memaparkan keadaan sama seperti sebelum ditutup. Menutup dan menghidupkan semula PC secara automatik. Menutup PC dengan cara yang selamat.

Log Out.

Suspend.

Restart. Shutdown..

Show Desktop.

Ia butang kecil yang mempunyai fungsi untuk mengecilkan semua tetingkap yang dibuka dan membesarkan kembali tetingkap ini apabila diklik sekali lagi.

Window List.
E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 8

Menyenaraikan nama-nama tetingkap atau aplikasi yang sedang digunakan. Klik-kanan pada nama ini untuk akses kepada menu tambahan.

Workspace.

Fungsi Workspace memudahkan anda jika perlu membuka pelbagai aplikasi pada masa yang sama. Ia menghasilkan Desktop tambahan memberikan anda ruang lebih untuk melakukan kerja. Boleh klik sebelah kanan atau kiri kotak untuk menukar ruang kerja anda atau;

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 9

Tekan kekunci Windows + E untuk memaparkan Expo. Dwi-klik untuk masuk ke salah satu Workspace.

Trash.

Jika anda ada memadamkan folder atau fail. Ia akan disimpan pada Trash dahulu. Anda boleh akses ke Trash dengan klik skali pada ikon ini.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 10

Antara Muka Nautilus.


Ketika anda menggunakan Ubuntu pasti akan berinteraksi dengan fail dan folder. Bila mana, sesuatu tetingkap dibuka untuk melungsuri direktori dalam komputer anda. Ini bermakna anda membuka Nautilus.

Pengurus fail Nautilus terdiri dari beberapa unsur yang penting. Amat penting bagi anda mengetahui fungsinya supaya dapat mengurus fail dengan lebih baik. No. Item. 1 Menu Keterangan. Membolehkan anda akses kepada banyak tugas Nautilus. Kebanyakkan fungsi ini boleh diakses dengan klik-kanan tetikus pada fail. Anda juga boleh menetapkan Backgrounds and Emblems dan Preferences di sini. Membolehkan anda untuk navigasi Nautilus dengan cepat. Terdapat butang Back, Forward, Up, Stop, Reload, Home, Computer, dan Search .

Toolbar

Membolehkan anda mengesan kedudukan fail, folder atau Location Bar URI. Terdapat dua jenis paparan iaitu berdasarkan teks dan berdasarkan butang. Membantu anda dalam navigasi fail dan folder. Secara lalai, ia akan memaparkan Places di mana hanya sekali klik anda boleh terus ke folder atau peranti yang disambung ke komputer. Menunjukkan bilangan item dalam folder dan juga memaparkan jumlah ruang kosong memori, apabila satu

4 5

Side Pane

Status Bar

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 11

fail dipilih ia menunjukkan nama fail tersebut dan saiznya.

Fungsi Bookmark.
Gunakan fungsi Bookmark untuk meletakkan folder kegemaran anda dibahagian Side Pane yang mana folder ini boleh diakses dengan sekali klik sahaja.
1.

Pilih folder yang ingin di Bookmark.

2.

Seret folder tersebut ke Side Pane.

Menyahpalam Peranti.
Apabila anda memalamkan peranti lain seperti Flash dan pemain MP3. Ikon peranti itu akan muncul di Side Pane. Untuk akses terus anda boleh klik pada ikon itu. Untuk menyahpalam, klik butang Eject.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 12

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 13

Menu Tambahan.
Fungsi-fungsi lain boleh diakses dengan klik-kanan pada folder atau fail.

Item. Open Open in New Tab Open in New Window Open with Other Application... Cut Copy Paste Into Folder Make Link Rename... Move to Trash Compress... Sharing Options Send To... Properties

Keterangan. Membuka folder atau fail. Membuka folder pada tab baru. Membuka folder pada tetingkap baru. Membuka fail dengan aplikasi lain yang bukan lalai. Menyalin item kemudian item asas itu akan dipadamkan setelah salinan selesai. Menyalin item tetapi item asal akan kekal. Menampal item disalin ke dalam sesuatu folder. Membuat pintasan atau shortcut. Menamakan semula fail atau folder. Buang item ke Trash. Memampatkan item. Juga dikenali sebagai Archive. Membuka opsyen untuk berkongsi item dengan rangkaian LAN. Menghantar item ke emel atau bluetooth. Juga fungsi lain. Akses tambahan pada info item.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 14

Tab.
Tab membenarkan anda membuka folder lain dalam satu tetingkap berbanding cara lama yang memerlukan anda membuka tetingkap berlainan.
1.

Klik-kanan pada folder > Open in New Tab.

2.

Nama folder tadi akan muncul pada Tab baru.

3.

Untuk memindahkan fail ke Tab yang lain. Hanya seret fail itu ke arah Tab yang dikehendaki.

Mengarkib Fail.
Arkib atau juga dikenali sebagai Compress membolehkan anda meletakkan pelbagai item dalam satu fail yang dimampatkan saiznya supaya lebih kecil untuk dibawa terutamanya untuk diemelkan pada seseorang.
1.

Klik-kanan pada folder > Compress.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 15

2.

Tetapkan nama fail di Filename dan jenis arkib.

3. 4.

Tetapkan destinasi fail di Location. Pilih Other Options jika anda mahu tambah Password atau memecahkan fail ini ke bahagian lebih kecil.

Properties.
Memaparkan maklumat tambahan item dan konfigurasi. Klik-kanan pada item > Properties.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 16

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 17

Item. Basic

Keterangan. Memaparkan Name, Type, Size, Location, Volume, Accessed dan Modified. Anda juga boleh menukar nama dan ikon fail di sini. Memberikan ikon kecil pada ikon fail sebagai tanda. Memberikan kebenaran untuk mengakses kepada folder atau fail. Terbahagi kepada tiga (3) iaitu Owner, Group dan Other. Pilihan untuk memberikan kebenaran execute juga terdapat di bahagian ini. Memilih perisian untuk membuka fail. Menulis nota atau peringatan pada fail.

Emblems Permissions

Open With Notes

Video/Audio/Image Memaparkan maklumat terperinci fail atau /Document folder. Share Berkongsi fail atau folder dengan PC lain dalam rangkaian LAN.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 18

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 19

Mengurus Sambungan Internet.


Ubuntu boleh berinteraksi dengan pelbagai jenis sambungan internet moden pada masa kini.

Menyambung Wifi.
1.

Klik-kiri pada ikon Network Manager.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 20

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 21

2. 3.

Klik pada senarai Wifi yang tertera. Masukkan kata laluan jika diminta.

4.

Tunggu seketika untuk sambungan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 22

Menyambung Jalur Lebar 3G.


Untuk sambungan modem atau telefon bimbit melalui kabel.

1. 2. 3.

Palamkan modem 3G anda sama ada menggunakan telefon bimbit atau modem khusus 3G. Tunggu seketika untuk Ubuntu mengeluarkan pop up. Pilih model modem/telefon bimbit anda di Create a connection for this mobile broadband device. Seterusnya, klik Forward.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 23

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 24

4. 5. 6.

Pilih negara anda, dalam kes ini pilih Malaysia. Seterusnya, klik Forward. Pilih pembekal perkhidmatan jalur lebar anda sama ada Celcom, Digi atau Maxis. Seterusnya, klik Forward. Pilih pelan yang digunakan anda. Pelan seperti pascabayar dan prabayar mungkin menggunakan tetapan yang berbeza. Seterusnya, klik Forward.

7. 8.

Jika tiada apa-apa perubahan lagi klik Apply. Untuk menyambung ke 3G. Klik-kiri tetikus pada ikon Network Manager. Klik pada nama 3G anda cipta tadi. Tunggu seketika untuk sambung.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 25

Menyambung Sambungan Wayar.


1.

Pasangkan wayar LAN ke komputer. Tunggu seketika untuk Ubuntu mendapatkan alamat IP.

2.

Jika, tiada sambungan secara automatik klik-kiri pada ikon Network Manger klik nama yang tertera di bawah tajuk Wired Network.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 26

Mengakses Rangkaian LAN.


Bagi PC yang disambung ke rangkaian LAN dan mempunyai komputer lain disambung pada rangkaian sama, anda boleh berkongsi fail, mengakses serta memindah fail antara komputer tanpa perlu menggunakan peranti lain. Akses ke komputer lain boleh dicapai dengan cara-cara ini.

Melalui Network pada Nautilus.


1.

Klik Places > Network.

2.

Dwi-klik pada ikon PC yang tertera atau masuk Windows Network. Nota. Perlu diingatkan, kebenaran untuk menulis dan membaca fail hendaklah diberikan oleh PC yang sedang diakses.

Melalui Alamat IP.


1.

Buka apa-apa folder. Contohnya Home Folder.

2. 3.

Tekan Ctrl + L untuk menukar Location Bar kepada alamat. Taipkan smb:// diikuti dengan alamat IP komputer yang ingin diakses. Contohnya jika IP ia 192.168.0.32 .Taipkan smb://192.168.0.32 . Kemudian, tekan Enter.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 27

Mengurus Pencetak.
Aplikasi mengurus pencetak boleh diakses melalui System > Administration > Printing .

Memasang Pencetak.
Kebanyakkan masanya apabila anda menyambung pencetak. Ubuntu akan memasang sendiri pencetak itu tanpa perlu memasang pemacu tambahan. Jika tidak, ikuti panduan di bawah.
1.

Klik butang New.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 28

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 29

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 30

2.

Pilih sambungan yang digunakan. Kemudian, Klik Forward.

3.

Pilih jenama dari senarai. Klik Forward.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 31

4.

Pilih pula model pencetak. Untuk Drivers dicadangkan anda memilih nama yang mempunyai [recommended]. Klik Forward.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 32

5.

Sunting apa-apa yang perlu jika tidak abaikan sahaja. Klik Apply.

6.

Kini pencetak itu akan muncul pada Printer configuration.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 33

DAPATKAN AKSESORI LINUX @ DIGIPLEX http://digiplex.digide.com.my

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 34

Pencetak Dalam Rangkaian.


Untuk menggunakan pencetak lain dalam rangkaian.
1.

Klik Server > Settings.

2.

Tandakan Show printers shared by other systems.

Untuk berkongsi pencetak anda.


1. 2. 3. 4.

Pada tetingkap Printer configuration. Klik Server > Settings. Tandakan Publish shared printers connected to this system. Klik-kanan tetikus pada ikon pencetak yang ingin dikongsi. Klik Shared.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 35

Konfigurasi Pencetak.
Untuk menukar ketetapan pencetak. Dwi-klik pada ikon pencetak yang dikehendaki. Dari sini anda boleh mengubah saiz kertas, kualiti cetakan, orientasi dan pelbagai lagi.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 36

Mengawal Kelantangan Audio.


Ada dua (2) cara mengawal kekuatan audio : Letakkan penunjuk tetikus atas ikon Sound. Kemudian, gunakan skrol tetikus untuk menguat atau memperlahan suara. Atau;

Klik-kiri tetikus pada ikon itu kemudian seret bar yang muncul ke kiri atau kanan. Klik-kanan tetikus pada ikon. Kemudian, klik Mute All.

Untuk membisukan audio :


1. 2.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 37

Sound Preferences.
Sound Preferences membolehkan anda memanipulasikan Sound Effects, Profile Audio Hardware, kenyaringan mikrofon, Connector bagi output audio, mengawal kelantangan bagi aplikasi yang sedang menggunakan audio dan lain-lain. Untuk akses ke Sound Preferences :

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 38

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 39

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 40

1. 2.

Klik-kanan tetikus pada ikon. Klik Sound Preferences.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 41

Tema dan Penampilan.


Terdapat dua (2) cara untuk akses panel Appearance Preferences bagi menukar penampilan Ubuntu anda : Pergi ke System > Preferences > Appearance atau ;

Klik-kanan tetikus pada mana-mana ruang kosong pada Desktop. Klik Change Desktop Background .

Tema.
Untuk menukar tema.
1.

Klik pada tab Theme.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 42

2. 3.

Klik sekali pada tema yang dikehendaki. Tekan Close.

Untuk memasang dan menambah tema.


1. 2. 3. 4. 5.

Klik pada Get more themes online. Setelah Firefox keluar. Cari tema yang dikehendaki dan muat turun. Pada tab Theme tadi klik butang Install. Cari pakej fail yang dimuat turun dan tekan Open. Tunggu seketika untuk Ubuntu mengaplikasikan tema yang baru. Tekan Close jika sudah selesai.

Latar Belakang.
Untuk menukar latar belakang.
1.

Klik tab Background.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 43

2. 3.

Klik sekali pada imej yang dikehendaki. Anda boleh tetapkan style seperti Tiled, Zoom, Centered, Scaled dan Fill Screen.

Untuk menambah latar belakang.


1. 2. 3.

Klik butang Add. Pilih imej dari komputer. Kemudian klik Open.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 44

Masa dan Tarikh.


Untuk menukar masa dan juga tarikh.
1.

Pergi ke System > Administration > Time and Date .

2.

Klik butang dengan imej kunci. Masukkan kata laluan seperti yang diminta.

3.

Ubah masa dan tarikh.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 45

Paparan Monitor.
Menukar resolution, refresh rate, rotation dan detect monitors boleh dicapai dengan akses ke Display Preferences dengan pergi ke System > Preferences > Display.

Memaparkan Imej Pada Projektor.


1.

Palamkan kabel projektor pada laptop atau desktop.

2. 3. 4. 5. 6.

Buka Display Preferences. Ubuntu akan memaparkan nama projektor tersebut. Jika tiada, klik pada Detect monitors. Untuk mengaktifkan paparan projektor, klik kekotak projektor dan klik On. Klik Same image in all monitors jika mahu paparan sama seperti apa yang tertera pada skrin. Pilih rotation jika projektor diletakkan secara lain dari kebiasaan. Kemudian, klik Apply.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 46

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 47

Pengurusan Kuasa.
Anda boleh tetapkan mod yang ingin digunakan komputer seperti Sleep setelah beberapa minit komputer diabaikan, keadaan laptop ketika skrin dilipat atau lain-lain lagi. Pengurusan kuasa yang betul dapat menjimatkan tenaga terutama laptop yang bergantung pada bateri. Anda boleh akses ke Power Management Preferences dengan pergi ke System > Preferences > Power Management.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 48

Membersih Sistem.
Setelah menggunakan Ubuntu beberapa lama, kadang-kala ada fail atau pakej yang tidak digunakan lagi. Proses pembersihan fail ini bolehlah dibuat melalui Computer Janitor. Untuk akses pergi ke System > Administration > Computer Janitor.

Membuang Fail Lama.


1.

Tunggu seketika ketika Computer Janitor sedang loading.

2. 3.

Ubuntu akan memaparkan senarai fail lama yang boleh dibuang. Sila perhatikan senarai ini sama ada terdapat aplikasi atau fail yang masih ingin disimpan. Ini kerana aplikasi yang tiada kemaskini juga akan disenaraikan. Sila butang tanda pada nama yang ingin disimpan. Setelah berpuas hati, klik Do selected tasks.

4.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 49

Kemaskini Ubuntu.
Ubuntu sentiasa dikemaskini, ini memandangkan sifat perisiannya yang berkonsepkan sumber terbuka. Maka banyak kelompangan atau kecacatan perisian dapat dikemaskini dengan pantas. Dari masa ke semasa, Update Manager akan pop up secara automatik dan menyatakan terdapat kemaskini. Anda juga boleh akses ke Update Manager dengan pergi ke System > Administration > Update Manager.

Mendapatkan Server Terpantas.


Jika anda dapati kelajuan muat turun kemaskini tidak selaju prestasi internet anda. Cuba lakukan langkah di bawah.
1.

Klik Settings pada Update Manager.

2.

Pada tab Ubuntu Software, klik Download from.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 50

3. 4.

Pilih Other. Klik pada Select best server pada tetingkap yang keluar.

5. 6.

Tunggu seketika. Setelah Ubuntu memilih server yang pantas. Klik Choose server. Kemudian, tekan Close. Tunggu sekejap untuk Ubuntu mengemaskini data.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 51

Repositories.
Repositories atau singkatannya Repo merupakan cara untuk Ubuntu mengemaskini perisian yang ada dengan lebih teratur dan berpusat. Selalunya setiap perisian yang dipasang akan dibekalkan sekali dengan link Repo. Berbeza dengan OS lain yang anda perlu mengemaskini secara berbeza mengikut perisian contohnya anda kena kemaskini anti virus dan perisian pejabat secara berasingan. Ini kadangkala merumitkan bukan itu sahaja kadangkala kemaskini perisian itu tidak seimbang. Untuk akses ke repositories, pergi ke System > Administration > Software Sources.

Menambah Repo.
Ketika Software Sources sedang dibuka.
1.

Klik tab Other Software.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 52

2. 3. 4. 5.

Klik butang Add. Kemudian, letakkan link Repo pada ruang APT Line. Klik Add Souce. Klik Close. Tunggu seketika untuk Ubuntu dikemaskini.

Authentication.
Kadangkala Repo disertakan bersama Authentication Key. Ini bagi menjamin keselamatan ketika proses kemaskini dilakukan. Ia selalunya dimuat turun dari laman web atau diberikan dalam fail bentuk teks. Untuk menambah Authentication Key.
1.

Pergi ke tab Authentication.

2. 3. 4.

Klik Import Key File... Pilih fail yang berkenaan dan klik OK. Tekan butang Close.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 53

Hardware Drivers.
Kebanyakkan pemacau atau Driver bagi PC telah pun tersedia dalam Ubuntu. Bagaimanapun, ada sesetengah pemacu tidak dapat disertakan sekali dengan Ubuntu kerana isu lesen. Antara pemacu yang perlu dipasang pemacu adalah kad grafik Nvidia atau Ati, sesetengah peranti Wifi dan lain-lain. Untuk itu, ikuti langkah ini jika ingin memasang pemacu terlarang. Akses ke Hardware Drivers dengan pergi ke System > Administration > Hardware Drivers.

1.

Klik Activate pada pemacu yang ingin dipasang.

2.

Tunggu seketika untuk Ubuntu memuat turun dan seterusnya memasang pemacu berkenaan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 54

Mengurus Pengguna Dan Kumpulan.


Kebanyakkan pengguna komputer hari ini akan berkongsi komputer dengan beberapa pengguna yang berlainan seperti ahli keluarga. Justeru, memberikan akaun yang berlainan pada setiap pengguna yang berbeza amat digalakkan bagi mengelakkan fail atau data perngguna berlainan dicampur adukkan. Akses ke Users and Groups dengan pergi ke System > Administration > Users and Groups.

Menambah Pengguna Baru.


1.

Klik Add yang terletak di bahagian kiri bawah.

2.

Masukkan nama penuh di ruang Name dan nama samaran di ruang Short Name.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 55

3.

Anda akan ditanya untuk membuat kata laluan bagi pengguna baru, isikan ruangan ini dan klik Don't ask for password on login jika mahu pengguna baru memasuki akaun tanpa meletakkan kata laluan.

Menetapkan Jenis Akaun.


1. 2. 3.

Klik pada akaun yang ingin anda tukarkan. Lihat Account Type di sebelah kanan. Klik Change. Pilih sama ada Custom, Administrator atau Desktop User.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 56

Akaun yang mempunyai kuasa Administrator boleh memasang, mengubah dan membuang aplikasi-aplikasi serta beberapa ciri yang lain. Sedangkan Desktop User tidak mempunyai kuasa sebegini. Mereka hanya boleh menggunakan perisian tanpa ada kuasa untuk menambah atau membuang perisian terbabit.

Menetapkan Kumpulan.
Kumpulan amat berguna apabila anda ingin memberi atau menghalang akses dari sesetengah pengguna. Katakanlah anda mempunya fail yang ingin diberikan akses kepada hanya pengguna wanita. Anda boleh buat satu kumpulan Wanita dan letakkan pengguna komputer anda yang berjantina wanita ke dalam kumpulan ini.
1. 2.

Pada Users and Groups tekan Manage Groups. Anda boleh menambah pengguna ke dalam senarai yang sedia ada atau klik Add untuk menambah kumpulan baru.

3.

Sebarang kumpulan juga boleh dibuang dengan klik Delete.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 57

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 58

DAPATKAN UBUNTU TERKINI @ DIGIPLEX http://digiplex.digide.com.my

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 59

Anda mungkin juga menyukai