Anda di halaman 1dari 14

Amalan pemakanan tidak betul punca kencing manis

(Utusan Malaysia, Rabu - 20 Februari 2002) Lelaki yang mengamalkan corak pemakanan kaya dengan daging merah, produk tenusu tinggi lemak dan roti yang dibuat daripada tepung gandum biasa, menghadapi kemungkinan 60 peratus lebih tinggi mengidap kencing manis selepas berusia 40 tahun. Sementara mereka yang mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, gandum tulen, ikan dan ayam menghadapi risiko penyakit kencing manis jenis 2. Kencing manis jenis 2 meliputi 90 peratus daripada 16 juta kes kencing manis di Amerika Syarikat. Ianya dihidapi oleh mereka yang berusia lebih 40 tahun disebabkan sama ada tubuh mereka tidak menghasilkan insulin mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin secara berkesan. Di AS kes kencing manis meningkat sehingga 29 juta dalam tempoh 50 tahun memandangkan penduduknya gemar mengambil makanan ringan dan cenderung mengalami obesiti apabila usia meningkat tua.

Makanan segera lebih bahaya daripada rokok (Berita Harian, Rabu 21 Feruari 2007) Batu Pahat, Johor (Malaysia) Menteri Kesihatan mengandaikan makanan segera yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda dan beliau juga menyifakan makanan segera lebih bahaya daripada rokok dan minuman keras. Pengambilan makanan segera dari sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan lemah dari awal lagi kerana sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi paras minimum yang diperlukan badan kita.

Roti canai, nasi lemak dikira makanan segera (Berita Harian, Rabu 28 Februari 2007) Ipoh, Perak (Malaysia) Definasi dan skop makanan segera yang dikatakan boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit kronik, bukan hanya membabitkan yang ditawarkan dirangkaian restoran berjenama popular, malah beberapa hidangan tradisi seperti kuetiu goreng, nasi lemak serta roti canai juga boleh dikategerikan sebagai makanan segera. Makanan itu yang popular di kalangan masyarakat tempatan mempunyai kalori tinggi dan menjadi penyebab pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi.

Sebiji epal sehari boleh kurangkan kolestrol


Berita Harian, Jumaat - 3 September 1999 California - Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Penyelidik di Univesiti California Davis (UC - Davis), baru-baru ini telah melaporkan kajian mereka mengenai khasiat epal dan jusnya untuk kesihatan jantung. Epal mengandungi elemen kesihatan, phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Makanan berlemak punca penyakit jantung meningkat


Berita Harian, Rabu - 1 September 1999

Ipoh, Perak (Malaysia) - Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, masyarakat sekarang perlu mengambil berat tentang penjagaan kesihatan. Ini boleh dilakukan melalui pemeriksaan fizikal, mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam kerana pengambilan makanan berlemak dan berminyak oleh masyarakat moden sekarang termasuk di negeri ini, adalah antara punca meningkatnya penyakit jantung. Pembangunan dan kemajuan ekonomi yang semakin pesat juga merubah cara hidup masyarakat yang mudah terdedah kepada pelbagai penyakit jika mereka mengabaikan aspek kesihatan terutama di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Makan coklat baik untuk kesihatan


Utusan Malaysia, Jumaat - 20 Ogos 1999 London - Penyelidik mendapati coklat adalah sumber sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannya di dalam teh. Makanan anak mesti berkhasiat (Berita Harian, Rabu 27 Jun 2007) Nibong Tebal, Pulau Pinang (Malaysia) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan ibu bapa di kawasan luar bandar supaya memberikan makanan yang berkhasiat dan seimbang kepada mereka dan mendidik anak supaya tidak tergila-gila kepada makanan segera. Timbalan Menterinya berkata demikian sebagai mengulas keputusan kabinet mengharamkan syarikat atau restoran makanan segera di negara ini menaja program kanak-kanak dan mengiklankan produk mereka di media elektronik. Ancaman penyakit gaya hidup mewah (Berita Harian, Jumaat 15 Jun 2007) Petaling Jaya, Selangor (Malaysia) Menurut Menteri Kesihatan, banyak penyakit berjangkit yang pernah dianggap terkawal kini muncul semula dan orang ramai berdepan dengan ancaman baru kesihatan, termasuk penyakit berpunca daripada gaya hidup mewah dan moden. Oleh itu, semua negara di dunia perlu merumuskan satu rangka kerja atau mekanisme bagi mengekang ancaman penularan penyakit berjangkit dan persediaan menangani kemungkinan kemunculan gejala baru. Penyakit kini menjadi punca kedua terbesar kematian di dunia selain faktor semula jadi seperti cuaca, bentuk muka bumi dan genetik, manakala pada masa sama manusia turut menyumbang kepada penyebaran banyak ejen penyakit.

Kempen kurangkan penggunaan gula


Berita Harian, Khamis - 3 Jun 1999 Kuala Lumpur (Malaysia) - Gabungan Persatuan dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPKM) merancang mengadakan kempen bersepadu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bagi menggalakkan peniaga mengurangkan penggunaan gula. Usaha ini akan dijalankan secara berperingkat. Sebelum ini, Kementerian Kesihatan pernah mengeluarkan arahan mengurangkan penggunaan gula di dalam makanan dan minuman tetapi kurang mendapat sambutan orang ramai terutama peniaga. Dengan mengurangkan penggunaan gula di dalam makanan dan

minuman peniaga secara langsung dapat membantu masyarakat dari segi menjaga kesihatan dan membantu negara menjimatkan kos import gula.

Gula dalam minuman ringan dikurangkan separuh


Berita Harian, Khamis - 8 April 1999 Kuala Lumpur (Malaysia) - Apabila pindaan Peraturan-peraturan Makanan 1985 diluluskan akhir tahun ini, kandungan gula dalam semua minuman ringan akan dikurangkan kepada paras tidak lebih enam miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter minuman. Bagi pemanis tiruan pula, kandungan aspartame dan acesulfame potasium yang dibenarkan tidak melebihi 18mg, manakala sucralose pula tidak lebih enam mg bagi setiap 100ml minuman ringan. Sebelum ini, kajian pakar dan Universiti Malaya (UM) mendapati kandungan gula dalam sebotol minuman coca-cola (485ml) ialah kira-kira 65mg (6.5 sudu teh), manakala sebotol jus mangga (332ml) mengandungi 60mg gula. Timbalan Menteri Kesihatan berkata, kebanyakan syarikat pengeluar minuman tempatan bersetuju mengurangkan kandungan gula dalam keluaran mereka.

Berita baik untuk penggemar coklat


Berita Harian, Khamis - 1 April 1999 Virginia (Amerika Syarikat) - Menurut Persatuan Pembuat Coklat, penggemar coklat boleh bergembira kerana kajian mendapati coklat mengandungi antibiotik polyfenol iaitu sebatian sama seperti dalam buan-buahan, sayuran dan wain merah yang disifatkan pakar saintis boleh mengurangkan risiko barah dan penyakit hati. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada sebatian itu boleh diserap badan.

Makanan segera antara punca masalah berat badan


Berita Harian, Jumaat 4 Februari 2000 Kuala Lumpur (Malaysia) Faktor utama yang menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan dan kegemukan ialah corak pemakanan masyarakat kini yang beralih kepada makanan segera dan ini juga sekaligus meningkatkan masalah penyakit berkaitan permakanan seperti penyakit jantung dan kencing manis. Jika corak pemakanan tidak sihat terus diamalkan oleh penduduk di negara ini, masalah berat badan berlebihan dan kegemukan dijangka akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pengambilan protein, karbohidrat dan kalori daripada sumber daging meningkatkan kolesterol dalam darah sekali gus mendedah penguna kepada pelbagai penyakit. Bagi mengatasi masalah ini, Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dengan kerjasama Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA), Persatuan Kajian Kegemukan (Maso) dan Yayasan Jantung berhasrat menubuhkan Pusat Pengurusan Maklumat mengenai Pemakanan Mac ini.

CAP dakwa ketupat plastik jejas kesihatan (Berita Harian, Khamis 2 November 2006) Georgetown, Pulau Pinang (Malaysia) Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ketupat yang dibungkus dalam plastik boleh menjejaskan kesihatan termasuk menyebabkan mandul kerana beg plastik itu adalah dari jenis High Density Polyethylene (HDPE). Apabila plastik HDPE direbus untuk tempoh yang lama, bahan volatile organic carbon (VOC) iaitu sejenis bahan beracun akan meresap keluar daripada plastik itu dan meresap ke dalam nasi.

Hidup lebih lama jika makan sayur, buah (Berita Harian, Khamis 27 April 2006) London Sekumpulan penyelidik Britain mendakwa perbuatan berhenti merokok, bersenam lebih kerap dan mengamalkan pemakanan seimbang mampu memanjangkan jangka hayat seorang itu selama 11 hingga 12 tahun. Kajian terbaru Universiti Cambridge itu mendakwa, amalan memakan lima hidangan sayuran dan buah-buahan sehari misalnya, dapat menambah umur seorang itu selama tiga tahun. Perbuatan tidak merokok pula menambah hayat lima tahun manakala senaman, biarpun secara sederhana dapat merokok tiga tahun lagi dalam usia seseorang itu. Risiko wanita gemuk (Berita Harian, Selasa 23 Mei 2006) Washington, Amerika Syarikat Wanita yang gemuk ketika dewasa menghadapi risiko tinggi sepanjang hayat untuk menghidap penyakit barah payu dara. Kajian itu mengukuhkan lagi bukti bahawa berat badan dan barah payu dara amat berkait rapat. Kajian ke atas lebih daripada 44,000 wanita mendapati semakin gemuk seseorang wanita itu, semakin tinggi risiko mereka terhadap semua bentuk, tahap dan paras penyakit barah payu dara. Faedah senaman (Berita Harian, Isnin 15 Mei 2006) Washington (Amerika Syarikat) Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendakwa amalan bersenam mampu mengurangkan risiko barah kulit. Penyelidik Universiti Rutgers mendakwa, tindakan bersenam itu dapat meningkatkan kadar kematian sel barah berkenaan.

Kafein dalam kopi tingkat risiko serangan jantung (Berita Harian, Khamis 9 Mac 2006) Washington (Amerika Syarikat) Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mendakwa kopi boleh menyebabkan serangan jantung berikutan kehadiran bahan kafein dalam kopi. Risiko kopi terbukti lebih tinggi di kalangan mereka yang memiliki metabolisma kafein yang perlahan, berusia kurang 50 tahun. Golongan ini adalah empat kali ganda mengalami serangan jantung berbanding rakan sebaya yang minum sedikit atau tidak minum langsung kopi. Gelap boleh elak kanser (Berita Harian, Isnin 18 Jun 2006) London Menurut satu penyelidikan baru, tidur dalam keadaan lampu yang terpasang atau berjaga sehingga lewat malam dikenal pasti sebagai antara punca seseorang wanita boleh diserang barah payu dara. Kajian menunjukkan cahaya lampu pada waktu malam mengganggu salah satu pertahanan semula jadi tubuh yang paling kuat menentang barah iaitu melatonin yang digelar hormon kegelapan. Ia dikeluarkan oleh kelenjar pineal pada waktu malam dan terutamanya pada awal pagi yang menghalang pertumbuhan barah dan meningkatkan system komunikasi.

Risiko ambil zat besi asid folik (Berita Harian, Jumaat 20 Januari 2006) New York The Lancetnedisi 14 Januari melaporkan, kanak-kanak pra-sekolah yang diberi diet tambahan zat besi dan asid folik berisiko tinggi untuk jatuh sakit atau mati di kawasan yang banyak mencatat kes malaria. Bagaimanapun,seorang lagi penulis mendapati di kawasan yang kurang kes malaria, besi dan asid folik tambahan tiada risiko kematian malah membantu melindungi daripada cirit-birit, berak berdarah dan penyakit pernafasan akut. Minuman boleh perkuat ingatan (Berita Harian, Rabu 18 Januari 2006) Sydney (Australia) Kajian terbaru menunjukkan minuman bergas yang mungkin boleh merosakkan gigi boleh meningkatkan daya ingatan seseorang. Penyelidik Scotland mendapati mereka yang mengambil 50 gram kandungan gula bersamaan dengan kandungan dalam setin minuman boleh meningkatkan ingatan hamper satu perlima. Kesannya mungkin membantu menghalang penyakit nyanyuk di kalangan orang tua. Kari boleh sekat sel kanser (Berita Harian, Rabu 18 Januari 2006) Washington (Amerika Syarikat) Penyelidikan mendapati kari dapat mencegah barah prostat kerana ia mengandungi bahan kimia yang penting untuk melawan barah manakala satu lagi kajian mengatakan pendedahan kepada cahaya matahari juga mengurangkan risiko lelaki kena kanser itu kerana sinaran matahari menambah vitamin D pada kulit sekaligus membantu mengurangkan risiko kanser prostate. Tahun lalu Unversiti Texas mendapati kari menghalang pertumbuhan sel barah kulit dan barah payu dara menakala Universiti California di Los Angeles mendapati ia menghentikan penyebaran plak otak menyakitkan di kalangan pesakit Alzheimers. Risiko guna syampu kimia (Berita Harian, Rabu 18 Januari 2006) London (England) Menurut saintis, penggunaan syampu kimia untuk menghapuskan kutu boleh menyebabkan kanak-kanak berdepan risiko dua kali ganda untuk menghidap leukemia. Pendedahan kepada racun penghapus serangga lain ketika masih didalam rahim atau sebagai kanak-kanak turut meningkatkan risiko dua kali ganda dijangkiti barah. Teh tarik bukan punca strok Menteri Kesihatan (Utusan Malaysia, Jumaat 6 Januari 2006) Pulau Pinang (Malaysia) Menurut Menteri Kesihatan, antara punca seseorang itu diserang strok ialah kerana darah tinggi, kencing manis, tekanan hidup dan merokok bukannya disebabkan kegemaran meminum teh tarik Teh tarik dikatakan punca strok mungkin kerana ia mengandungi gula atau susu pekat manis berlebihan dan boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis iaitu salah satu faktor seseorang diserang penyakit strok. Malaysia mencatat 50,000 kes strok setahun dan ini bermakna setiap sejam, enam rakyat Malaysia diserang strok dan sememangnya ia adalah satu kadar yang tinggi

Kalsium, vitamin D tak dapat halang osteoporosis (Berita Harian, Selasa 21 Februari 2006) Washington (Amerika Syarikat) Menurut kajian terbaru inisiatif kesihatan wanita, pil makanan tambahan Kalsium dan vitamin D, mungkin tidak berkesan bagi menghalang osteoporosis bagi wanita selepas menopause. Untuk mengekalkan kesihatan tulang, manusia perlu mendapatkan makanan seimbang serta melakukan senaman terutama senaman berat seperti melompat. Daging Merah mungkin punca barah (Berita Harian, Khamis 2 Februari 2006) London Sekumpulan saintis Britain mendakwa, pengambilan banyak daging merah boleh merosakkan DNA pada badan, termasuk menyebabkan masalah barah usus. Kajian sebelum ini menunjukkan mereka yang lebih banyak makan daging merah, lebih berkemungkinan menghidap barah usus. Penemuan itu juga dapat memberikan beberapa petunjuk mengenai usaha mewujudkan ujian awal bagi mengesan setiap perubahan berkaitan penyakit itu. Kandungan gula jus kesihatan terlalu tinggi (Berita Harian, Isnin 10 Julai 2006) London Menurut pakar, kebanyakan minuman berasaskan buah untuk kanakkanak yang dilabel menyihatkan sebenarnya mengandungi lebih banyak gula berbanding Coca Cola. Ibu bapa selalu percaya kandungan buah-buahan menjadikan jus adalah alternative menyihatkan berbanding minuman ringan tetapi hakikatnya, minuman popular kanak-kanak seperti Ribena dan Capri-Sun tidak mengandungi banyak buah sebaliknya gula. Minuman bergula boleh menyebabkan gigi reput, peningkatan berat badan malah mungkin menyebabkan kanak-kanak mengelak dari memakan buah sebenar. Pamer kalori makanan segera Mei (Berita Harian, Selasa 13 Mac 2007) Putrajaya (Malaysia) Kementerian Kesihatan memberi tempoh sehingga Mei ini kepada semua pengeluar makanan segera untuk mempamerkan kandungan khasiat dan kalori produk mereka termasuk pada papan tanda, risalah dan iklan bagi mengelak kekeliruan pengguna. Pengeluar juga perlu menyatakan kandungan kalori makanan yang boleh diambil orang dewasa dan kanak-kanak setiap hari untuk panduan. Pelaksanaan peraturan baru ini adalah antara langkah tambahan untuk mengatasi masalah obesiti dan penyakit kronik di kalangan kanak-kanak yang dikatakan berpunca daripada tabiat mengambil makanan segera. Masalah obesiti (Berita Harian, Isnin 12 Mac 2007) England Dalam tempoh 25 tahun akan datang, majoriti penduduk Britain akan mengalami masalah obesiti kerana kebanyakan mereka memilih cara hidup tidak sihat. Kebanyakan mereka mencatatkan rekod kematian akibat penyakit seperti

diabetes, serangan jantung dan kanser. Makan cepat punca gemuk (Berita Harian, Khamis 1 Mac 2007) London (England) Semakin ramai rakyat Britain berdepan fenomena yang mengejutkan menghabiskan makan malam secara keseorangan dalam tempoh cuma 14 minit. Hasil tinjauan terbaru menunjukkan keadaan itu yang turut dipersalahkan sebagai punca peningkatan masalah kegemukan atau obesiti di kalangan rakyat negara itu, jaun berbeza dengan keadaan 20 tahun lalu apabila sekurang-kurangnya 33 minit dihabiskan untuk bersembang sambil makan bersama orang tersayang. Walnut kurangkan risiko sakit jantung (Berita Harian, Khamis 12 Oktober 2006) London Menurut satu kajian walnut pada masa depan akan menjadi makanan sihat kerana ia boleh meningkatkan keupayaan badan untuk melawan kesan diet lemak. Saintis menunjukkan walnut mentah boleh meningkatkan keanjalan arteri, mengurangkan serangan jantung dan penyakit koronari. Walnut mengandungi bahan kimia semulajadi yang membantu menghalang kesulitan arteri, mengurangkan risiko tersumbat. Risiko guna telefon bimbit (Berita Harian, Sabtu 15 Januari 2005) London Ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak mereka di bawah usia lapan tahun tidak terdedah kepada penggunaan telefon bimbit berlebihan kerana ia dikaitkan dengan masalah ketumbuhan pada telinga dan otak. Satu kajian selama 10 tahun di Sweden mendapati pengguna kerap telefon bimbit lebih terdedah kepada ketumbuhan tidak berbahaya di telinga dan otak manakala kajian di Belanda menunjukkan perubahan dalam fungsi kognitif. Tapai ubi mampu cegah kanser (Berita Harian, Rabu 12 Januari 2005) Serdang, Selangor (Malaysia) Sekumpulan pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kajian mereka mendapati tapai ubi mungkin mampu membantu mencegah kanser kerana ia mengandungi banyak bakteriosin. Bakteriosin ialah sejenis protein yang dihasilkan melalui proses penapaian - memberi hasil positif terhadap aktiviti antikanser. Walaupun bakteriosin dikenal pasti menunjukkan tindak balas yang positif untuk menggalakkan aktiviti antikanser, ini tidak berpotensi bagi mengubat penyakit berkenaan. Golongan muda kini kurang sihat (Berita Harian, Isnin 3 Januari 2005) London Golongan muda sekarang yang menikmati kehidupan selesa dan kemudahan serba canggih sebaliknya terbukti kurang sihat berbanding generasi ibu

bapa mereka ketika muda. Ramai golongan muda kini lebih berisiko menghidap penyakit serius akibat gaya hidup masing-masing. Budaya pengambilan makanan dan minumann ringan adalah antara penyumbang utama peningkatan kes kegemukan atau obesiti yang menjadi punca penyakit jantung dan penyakit barah. Tabiat minum kopi boleh halang barah hati (Berita Harian, Khamis 17 Februari 2005) Washington (Amerika Syarikat) Penyelidik Jepun mendapati amalan meminum kopi dapat membantu menghalang serangan jenis barah hati paling biasa. Dalam kajian lain mendapati kafein dalam kopi dapat meningkatkan kecergasan mental pada ramai peminumnya walaupun ia membuatkan ramai menjadi gementar. Sebahagian kajian lagi mendapati kafein memburukkan gejala menopous atau menambahkan kesan sampingan sesetengah antibiotik. Bagaimanapun, anailsis mendapati 52 peratus penurunan dalam barah rektal di kalangan peminum yang selalunya minum dua atau tiga cawan kopi tiada kafein. Ramai rakyat Malaysia gemuk (Berita Harian, Jumaat 25 Mac 2005) Kuala Lumpur (Malaysia) Berdasarkan data yang disediakan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO), rakyat Malaysia kini mengambil lebih banyak kalori, terutama lemak dalam makanan harian mereka dan ini mengakibatkan sebahagian besar daripada mereka terlebih berat badan. Sehubungan itu, kerajaan bercadang memperkenalkan Pelan Bertindak Nasional Bagi Pengambilan Zat yang menggariskan sasaran, strategi dan perancangan 10 tahun untuk memupuk amalan pemakanan sihat di kalangan rakyat, sekali gus membanteras penyakit berjangkit. Telefon bimbit punca barah otak (Berita Harian, Rabu 16 Mac 2005) London Persatuan Pengguna Britain mengeluarkan amaran kepada rakyat negara itu supaya tidak memberikan telefon bimbit kepada kanak-kanak terutama yang berusia kurang daripada lapan tahun berikutan dakwaan ia boleh meyebabkan barah. Menurut penyelidik Britain, penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah boleh mengakibatkan barah.

Ketawa kurangkan risiko sakit jantung (Berita Harian, Rabu 9 Mac 2005) Washington (Amerika Syarikat) Menurut penyelidik Amerika, ketawa dengan kadar tertentu setiap hari mungkin baik untuk jantung kerana ia membolehkan salur darah berfungsi dengan lebih berkesan. Bagaimanapun, mereka yang cenderung untuk murung, pula menghadapi risiko kematian meningkat kerana sakit jantung, berdasarkan kajian lain. Tetapi penyelidik berkata, mereka tidak mencadangkan kita agar ketawa tetapi tidak beriadah, sebaliknya menasihatkan kita supaya sentiasa ketawa dengan kadar tertentu.

70 peratus rakyat tidak bersenam terdedah penyakit kronik (Utusan Malaysia, Khamis 3 Mac 2005) Putrajaya, Kuala Lumpur (Malaysia) Laporan Tinjauan Kesihatan Penyakit Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti fizikal menyebabkan mereka terdedah kepada risiko penyakit kronik. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan berkata, hanya 11.6 peratus sahaja dari kalangan rakyat yang melakukan senaman secara tetap seperti yang disyorkan iaitu tiga kali seminggu. Orang gemuk mudah kena penyakit otak (Berita Harian, Sabtu 30 April 2005) London Kajian terbaru mendapati mereka yang gemuk ketika berusia 40-an mungkin menghadapi risiko untuk menjadi nyanyuk, mengalami masalah ingatan atau menghidap dimensia ketika tua. Kajian berkenaan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Britain dan menjadi petunjuk paling menyakinkan bahawa gemuk tidak baik untuk otak. Gemuk, rokok masalah kesihatan utama Melayu (Berita Harian, Selasa 26 April 2005) Singapura Kegemukan dan merokok masih menjadi masalah kesihatan utama yang membelenggu masyarakat Melayu Singapura. Menurut laporan Berita Harian Singapura, orang Melayu mempunyai kadar kegemukan 19.1 peratus berbanding kaum India 13.4 peratus dan kaum Cina hanya 4.2 peratus. Dalam masalah merokok pula, kajian berkenaan menunjukkan ramai wanita muda Melayu mengamalkan tabiat merokok. Secara umumnya, amalan merokok setiap hari di kalangan orang dewasa Singapura berkurangan daripada 15.2 peratus pada 1998 kepada 12.6 peratus tahun lalu. Orang gemuk, merokok lebih cepat tua (Berita Harian, Jumaat 17 Jun 2005) London Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, mendapati kegemukan dan tabiat merokok mempercepatkan proses penuaan manusia. Kajian itu menunjukkan orang yang gemuk dan juga merokok mempunyai telomere pendek. Telomere adalah bahagian penutup kromosom yang menyekat bahagian itu daripada cepat kendur atau tua serta mengawal ketegangan kromosom sekaligus bertindak sebagai kunci yang menentukan proses penuaan. Kismis kawal bakteria punca penyakit mulut (Berita Harian, Jumaat 10 Jun 2005) Washington (Amerika Syarikat) Menurut pengkaji Amerika Syarikat (AS), kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampu mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi. Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut.

Ubat antiradang tingkat risiko serangan jantung (Berita Harian, Jumaat 10 Jun 2005) Paris Satu penyelidikan terbaru Britain yang disiarkan mendakwa ada bukti menunjukkan ubat antiradang yang digunakan secara meluas, khususnya di kalangan mereka mengalami masalah sendi seperti arthritis boleh meningkatkan risiko serangan jantung buat kali pertama. Ubat yang dikenali Ubat Anti Radang Bukan Steroid (NSAIDS), lazimnya disyorkan bagi mengurangkan kesakitan penyakit seperti athritis dan ketegangan urat tetapi timbul kebimbangan mengenai keselamatannya 4.4 juta rakyat gemuk menjelang 2020 (Berita Harian, Jumaat 3 Jun 2005) Kuala Lumpur (Malaysia) Kerajaan menganggarkan 4.4 juta rakyat berusia lebih 18 tahun di negara ini akan mengalami kegemukan atau obesiti menjelang 2020 berbanding kira-kira 3.3 juta orang dewasa yang menghadapi gejala itu ketika ini. Punca utama yang menyumbang kepada masalah obesiti ialah perubahan gaya hidup serta corak pemakanan yang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat. Soya lambatkan osteoporosis (Berita Harian, Khamis 14 September 2005) Chicago Amalan memakan makanan berasaskan soya dapat mengurangkan perkembangan osteoporosis pada wanita selepas menopaus. Risiko tulang rapuh berlaku dengan pantas di kalangan wanita ketika lima hingga tujuh tahun selepas menapaus apabila paras estrogen turun dan mungkin menyebabkan mereka kehilangan sehingga lima peratus ketumpatan tulang setiap tahun. Cara lain untuk wanita menapaus mengurangkan risiko kerapuhan tulang seperti dicadangkan Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika (FDA) adalah dengan bersenam serta menambah pengambilan kalsium dan vitamin D. Hidap barah ovari jika minum susu berlebihan (Berita Harian, Jumaat 3 Disember 2004) London Menurut satu penyelidikan yang disiarkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), meminum susu dalam jumlah yang banyak mungkin meningkatkan risiko mendapat barah ovari. Kajian ke atas lebih 60,000 wanita mendapati meminum lebih dari dua gelas susu sehari meningkatkan risiko menghidap tahap paling serius penyakit itu. Sebelum ini, produk tenusu dikaitkan dengan barah termasuk barah payudara dan prostat.

Hukum berkaitan rokok ada dalam kitab


(Utusan Malaysia, Selasa - 19 Mac 2002) Ipoh, Perak (Malaysia) - Fatwa mengharamkan rokok tidak perlu ditekankan kerana hukumhukum berkaitan merokok telah ada dalam kitab-kitab tafsir Islam. Menurut Mufti Negeri Perak, terdapat tiga hukum merokok dalam kitab-kitab itu iaitu haram, makruh dan harus mengikut situasi. Merokok adalah haram jika ia merosakkan, makruh jika tidak mendatangkan sebarang kesan dan harus apabila seseorang merasa pening atau sakit jika tidak merokok. Soal mengeluarkan fatwa tidak perlu ditekankan sekiranya isu bahaya merokok dilihat dalam konteks yang melibatkan semua kaum dan agama. Jika ia dijadikan undang-undang negara penguatkuasaannya boleh dilakukan oleh polis dan agensi lain.

Pati bunga raya boleh kurangkan kolesterol (Berita Harian, Khamis 16 September 2004) Taipei (Taiwan) Menurut satu penyelidikan yang dipetik Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), pati bunga raya dikatakan mempunyai khasiat kesihatan seperti teh untuk mengurangkan kolesterol. Sepasukan penyelidik dari Universtii Perubatan Chung San di Taiwan mengatakan bunga itu mengandungi antioksidan yang mampu mengawal tahap kolesterol dan mereka berminat untuk mengenal pasti jika penyelidikan jangka masa panjang akan memberi kesan pada manusia. Penduduk kita hadapi masalah kegemukan serius Dr. Tee (Utusan Malaysia, Selasa 14 September 2004) Kuala Lumpur (Malaysia) Penduduk negara ini menghadapi masalah kegemukan yang serius apabila 16 peratus daripada mereka mempunyai lebihan berat badan dan enam peratus lagi obesiti (kegemukan yang melampau). Masalah berat badan dan obesiti ini kebanyakannya berlaku di bandar berbanding luar bandar. Kedua-dua masalah ini adalah ibu kepada segala penyakit dan dua penyakit utama ekoran masalah obesiti ialah penyakit jantung dan diabetes. Purata tujuh daripada 100 rakyat Malaysia hidap diabetes (Berita Harian, Selasa 14 September 2004) Kuala Lumpur (Malaysia) Purata tujuh daripada 100 rakyat Malaysia menghidap diabetes dan setakat ini lebih dua juta orang menghidap penyakit tersebut. Penyakit ini semakin menular di kalangan masyarakat luar bandar. Penyakit diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali ganda menghidap sakit jantung dan empat hingga enam kali ganda lebih cenderung diserang angin ahmar dan strok. Penyakit jantung turut menyerang orang muda (Utusan Malaysia, Selasa 14 September 2004) Kuala Lumpur (Malaysia) Penyakit jantung yang menjadi salah satu penyakit utama menyebabkan kematian di negara ini bukan sahaja menyerang individu berumur 60 tahun ke atas, tetapi juga seawal usia 20 tahun. Menurut rekod Institut Jantung Negara (IJN) terdapat pesakit yang berumur 21 tahun menerima rawatan pembedahan pindah koronari. Kajian Kementerian Kesihatan pula mendapati kadar umur pesakit jantung di negara ini adalah lebih muda berbanding dengan negara-negara lain. Pisang boleh mengurangkan risiko sakit leukimia (Berita Harian, Isnin 13 September 2004) Washington (Amerika Syarikat) Menurut satu kajian yang disiarkan New Scientist, buah oren dan pisang diakui mampu mengurangkan risiko jangkitan leukemia jika diberikan kepada kanakkanak sedang membesar. Bagaimanapun, penyelidik mengingatkan tanpa melakukan ujian secara rawak, sukar untuk menentukan sejauh mana pengambilan buahan itu mampu melindungi mahupun membuat saranan kepada orang ramai. Rakyat Malaysia malas bersenam, tak jaga makan (Berita Harian, Isnin 21 Jun 2004) Kuala Lumpur (Malaysia) Ramai penduduk Malaysia masih tidak sedar kepentingan bersenam, mengikuti pemakanan seimbang dan menghindar diri daripada gejala merokok yang menjadi faktor utama penyakit kronik seperti sakit jantung dan angin ahmar. Ini jelas daripada peratusan penduduk Malaysia yang bersenam rendah iaitu hanya 31 peratus, berbanding 40

peratus di kalangan penduduk di negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. Makanan ringan dalam tin racun dirampas (Berita Harian, Isnin 25 Oktober 2004) Padang Besar Lebih 100 tin racun kitar semula yang diisi makanan ringan untuk dijual di negara ini dirampas di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand. Tin yang dikitar semula yang dibawa masuk dari negara jiran itu juga tidak sempurna apabila ada kesan kemek seluruh bahagiannya. Pelbagai makanan yang dibawa masuk dari Thailand juga turut dirampas kerana diragui kandungannya disamping tidak mempunyai label bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mengikut Akta Perihal Makanan 1985. Air buatan Pepsi tidak selamat (Berita Harian, Jumaat 23 Julai 2004) New Delhi (India) Pusat Sains dan Alam Sekitar India (CSE) mendakwa minuman Mauntain Dew keluaran syarikat gergasi minuman ringan Amerika Syarikat PepsiCo mengandungi kafein yang membahayakan kesihatan kanak-kanak, wanita hamil dan ibu yang menyusu badan. Dakwaan itu bagaimanapun disangkal syarikat gergasi berkenaan yang menegaskan kandungan Mountain Dew di India adalah sama seperti produk itu yang dijual di negara lain. Tampar nyamuk bahaya (Berita Harian, Rabu 21 Julai 2004) Toledo, Ohio Penyelidik berkata, menjentik nyamuk ialah cara terbaik menghalau haiwan itu berbanding memukulnya dengan kuat kerana perbuatan itu meningkatkan risiko jangkitan jika bahagian badan nyamuk terkena kulit. Artikel mengenai perkara itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England yang memberi tumpuan kepada kes seorang wanita berusia 57 tahun di Pennysylvania yang meninggal dunia pada tahun 2002 akibat jangkitan kulat bergelar Brachiola algerae di ototnya. Penulis itu merumuskan wanita berkenaan memukul kuat nyamuk yang menghisap darahnya, menyebabkan bahagian badan serangga itu terkena bekas gigitan. Susu daripada darah (Berita Harian, Rabu 21 Julai 2004) Moscow (Russia) Sekumpulan saintis Russia mendakwa berjaya menghasilkan pelbagai produk tenusu, termasuk susu dan kopi daripada darah yang rasanya menyamai makanan sebenar. Sumber darah diperoleh dari sebuah kilang pembungkusan daging yang mengeluarkan kira-kira tujuh tan darah sehari. Produk diperbuat daripada darah yang mengandungi protein unik dapat dihadam dua kali lebih cepat seperti telur. Coklat hitam bantu pulih edaran darah (Berita Harian, Isnin 30 Ogos 2004) Munich (Greece) Coklat hitam dikatakan dapat membantu memulihkan peredaran darah dan menurut saintis Greece, buat pertama kalinya mereka berjaya membuktikan bagaimana coklat hitam dapat membantu fungsi saluran darah dengan mencairkannya sekaligus mengekang pembentukan gumpalan darah yang mungkin mengganggu kesihatan. Beberapa bahan dalam coklat hitam itu yang melindungi jantung mengadungi sejenis antioksidan tahap tinggi dikenali sebagai falavnoids.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada makanan segera, anda mungkin menjadi terlalu gemuk hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran McDonald's!

Makanan mendatangkan kanser............


Makanan mendatangkan kanser Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser. 1. Jika anda makan satay.............jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen, 2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke ( minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore" 4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Balik pi lah belek sendiri kandungannya. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, " Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.? 5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koay teow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond = Licence to kill! 6. Bawang Goreng segera. Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Anda mungkin juga menyukai