Anda di halaman 1dari 2

RIDUAN BIN ZAHARI GB100070

LAPORAN FENN-WU (OGOS 1951)1

Lporan Barnes telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Cina dan India. Jawantankuasa Fenn-Wu ditubuhkan pada tahun 1951 bagi mengkaji kedudukan sekolah Cina. Jawatankuasa ini dketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Tugas utama jawatankuasa Fenn-Wu adalah mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah a. Mempertahankan kewujudan sekolah Cina b. Mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka c. Matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan d. Membina maktab perguruan cina e. Menambah bantuan kewangan.

1.0

Isi Laporan

Menentang sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah, yang akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya Menyokong supaya sistem persekolah majmuk dikekalkan dan menekankan keperluan untuk memberi pengiktirafan kepada bahasa Cina selain bahasa Melayu dan Inggeris. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara. Mengkaji dan menyediakan buku-buku teks yang mengandungi unsur Malayan (menggambarkan kecintaan pada Tanah Melayu) untuk digunakan di sekolah-sekolah berkenaan dan perlu membezakan dengan buku-buku teks yang ditulis dalam bahasa Cina.

2.0

Tindakan di Ambil

Ordinan Pelajaran 1951 ditubuhkan bagi mengkaji semula dan membuat perubahanperubahan kepada Laporan Barnes dan Fenn Wu. Antara cadangan ordinan ini adalah: a. Tanah Melayu mempunyai dua jenis sistem sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris, b. bahasa Cina dan Tamil boleh diajar atas permitaan ibubapa jika memenuhi syarat 15 murid, c. bahasa Melayu daiajar di sekolah Inggeris dan begitu juga sebaliknya, d. sekolah venakular Tamil dan Cina tidak diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan kebangsaan.

3.0

Kesinambungan Dari Laporan

Tiada keputusan rasmi yang dapat dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kedua-dua jawatankuasa tersebut. Oleh itu suatu jawatankuasa telah ditubuhkan dimana ahlinya termasuk pemimpin MCA keputusan rasmi yang dapat

MBE 1363 (PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DAN LATIHAN DALAM PTV)

RIDUAN BIN ZAHARI GB100070

dikeluarkan oleh pihak kerajaan daripada Laporan Brnes dan Penyata Fenn-Wu. Satu jawatankuasa yang turut dianggotai pemimpin MCA ditubuhkan bagi menilai dan dan memberi cadangan. Cadangan dari jawatankuasa ini adalah: a. pendidikan Inggeris dan pendidikan Melayu perlu diajar untuk tempoh enam tahun pertama pendidikan di sekolah rendah. b. dua jenis sekolah kebangsaan ditubuhkan, iaitu yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja, samada Inggeris atau Melayu. c. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil masih dibenarkan beroperasi dengan syarat penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu terus digunakan sebagai mata pelajaran di samping subjek yang lain. Syarat-syarat ini kemudiannya dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan itu menetapkan Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan, dengan bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa ketiga tetapi tidak merupakan sebahagian sistem persekolahan kebangsaan. Usul-usul itu bagaimanapun tidak terlaksana kerana kekurangan biaya, kekurangan guru terlatih, dan bantahan masyarakat Cina dan Tamil. Kerajaan sekali lagi membentuk jawatankuasa khas dan salah satu keputusannya ialah penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan di sekolah Tamil supaya akhirnya dapat diserapkan ke dalam sistem persekolahan kebangsaan. Sehingga tahun 1956 temyata bahawa ketetapan tersebut tidak terlaksana juga.

4.0 Rujukan 1. http://kdckdpm06.bravehost.com/peristiwapendidikan.htm (Peristiwa Penting dalam Pendidikan Tanah Melayu dan Malaysia) 2. Federation of Malaya. Central Advisory Committe on Education. (1951, September). Report on The Barnes Report on Malay Education and The Fenn-Wu Report on Chinese Education. 3. http://sarjana.tripod.com/sejarah3.html SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA 4. Najeemah Bt Mohd. Yusof. (2005). Pola Interaksi Sosial Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sekitar Sungai Petani, Kedah. Universiti Sains Malaysia: Tesis Ijazah Doktor Falsafah. 5. http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=274:penyatafenn-wu-1951&catid=19:utasan-pengarah&Itemid=8 penyata Fenn-Wu 1951 6. Hj. Dr. Syed Ibrahim. (2011). Malaysia Kita,Sejarah, Pentadbiran, Dasar-dasar Pembangunan. International Law Book Services. Batu Caves, Selangor.

MBE 1363 (PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DAN LATIHAN DALAM PTV)

Anda mungkin juga menyukai