Anda di halaman 1dari 4

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

.: TEKNOLOGI ITIK :.
Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan menternak ayam.

:: PANDUAN MENTERNAK ITIK CHECK UTAMA 1


PEMILIHAN BAKA Ciri-ciri baka itik yang berkualiti ialah : Mempunyai daya hidup yang tinggi. Bebas dari kecacatan. Penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260-300 biji setahun) Saiz badanya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 1.8 kg Ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia manakala itik padaging adalah Mascovi.

CHECK UTAMA 2
PERUMAHAN DAN PERALATAN Ciri-ciri perumahan dan peralatan : 1. Peredaran udara yang sempurna. 2. Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3-4 kaki persegi. 3. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. 4. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk rumah yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

CHECK UTAMA 3
PERALATAN Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, lampu minyak tanah, Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam) Sarang bertelur\ Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya.

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

CHECK UTAMA 4
PEMAKANAN Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik 1. Makanan komersil 2. Makanan campuran sendiri

1. Makanan Komersil Kandungan Protin 0 - 2 minggu 2 - 3 minggu 4 - 16 minggu 16 minggu dan semasa bertelur "Duck Starter " "Duck Starter " dicampur "Duck Grower" "Duck Grower" "Layer" 20% 16% 17% Tenaga 2700-3000 2500-2800 2600-2900

Umur

Jenis Makanan

2. Makanan Campuran Sendiri Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain. Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:Umur 0 - 4 minggu 5 minggu - 22 minggu 22 minggu ke atas (semasa bertelur) Berat Makanan 1.2 kg - 1.6 kg 11.0 kg - 11.8 kg 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor / hari

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

CHECK UTAMA 5
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT Menjaga kebersihan ladang setiap masa Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat antistress harus diberi pada umur itik 1-3 hari. Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai. Mencucu reban dengan pembasmi kuman seperti Iysol, lindoress sebelum ketibaan anak-anak itik yang baru. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

CHECK UTAMA 6
KEPERLUAN CAHAYA Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari. Tujuan pencerahan cahaya ialah: Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap. Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur.

Itik-itik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus.

CHECK UTAMA 7
PENGURUSAN Aspek-aspek yang terlibat : Persediaan sebelum ketibaan anak itik Pemeliharaan semasa perindukan Pengurusan semasa membesar Pengurusan semasa bertelur

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

CHECK UTAMA 8
PENGHASILAN Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah:Telur Itik Segar Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas Roche). Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 15.0. Telur Masin Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. Cara untuk memproses telur masin boleh didapati di bahagian penerbitan.

CHECK UTAMA 9
PENGURUSAN REKOD Tujuan pengurusan rekod: i ii iii Mewujudkan pengurusan yang sistematik. Membuat penilaian samada projek menguntungkan atau tidak. Memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.

Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan : Rekod pemeliharaan / pengurusan Rekod kewangan