Anda di halaman 1dari 44

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA SEMESTER 2 TAHUN 2011 KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH TUGASAN 2 & TUGASAN

3 NO. MATRIK PELAJAR NAMA NO. KAD PENGNEALAN E-MEL NAMA PROGRAM : : : : : D2010204115 YEO LI KIEN 760326-01-6902 ylkien042115@siswa.upsi.edu.my PPG-PJJ (AT34) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Sek Rendah ) dengan Kepujian KUMPULAN E-LEARNING : J08

Tugasan 2 :

Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.
Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
1

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk minda kelas pertama. Walaubagaimanapun, sebarang hasrat dan aspirasi negara,

serta masyarakat hanya akan terlaksana jika guru yang ditugaskan mendidik anak bangsa merupakan guru yang benar-benar berkualiti. Setiap orang guru perlu dibimbing untuk mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid. Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru juga sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid diberi pendedahan

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN 2006 2010

- Kementerian

Pelajaran Malaysia

tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program induksi2. Dengan cara ini, profesionalisme guru itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat pertama kali. Terdapat kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah. 3Di samping itu guru-guru yang berkesan ini telahpun diterapkan dalam profesion perguruan di negara-negara maju untuk meningkatkan kualiti guru tersebut. Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion perguruan di negara ini. Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan terutamanya guru-guru berkesan ini.

Lima aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara. Nilai-nilai Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain. Terdapat 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh para guru. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif.

a) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai

berintegriti yang termasuk petunjuk amanah, telus, akauntabiliti, dan adil.


2

Cara memikir atau proses menghurai

(David et al., 2003)

Guru-guru yang berkesan amat diperlukan bagi mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan negara yang berkualiti merupakan salah satu faktor utama yang akan mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Sebagai pendidik , para guru harus sedar bahawa peranan yang dimainkan oleh mereka amat berharga. Pelbagai

pelan boleh dirangka, tetapi perlaksanaannya amat bergantung kepada kualiti guru di setiap pelusuk tanahair.

Guru harus memupuk niai berintegriti4 dengan membentuk personaliti dan ketrampilan yang baik.

Guru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak muridnya mencapai kejayaan yang cemerlang. Guru sebagai penyampai harus mempunyai kemhiran-kemahiran pengajaran yang menjadi prasyarat yang mustahak supaya apa yang disampaikan kepada murid-muridnya akan meninggalkan kesan yang baik. Mempunyai personaliti dan ketrampilan yang baik juga merupakan pelengkap kepada sesuatu kejayaan di sekolah. Seorang pakar psikologi iaitu Gordon Allport berpendapat bahawa personaliti merupakan gabungan sistem psikologi dan fizikal dalam diri seseorang individu yang mempengaruhinya apabila ia bertindak dan
4

Kebulatan, kejujuran dan keutuhan

menyesuaikan diri terhadap persekitaran.

Guru harus memupuk nilai berintegriti dengan menjadi guru yang berpengetahun.

Terdapat penyelidik menjalankan kajian berkaitan ciri-ciri personaliti guru yang berkesan, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pandangan atau persepsi 5guru dan murid mengenai ciri-ciri guru berkesan. Bagi kajian berkaitan personaliti / sahsiah guru, guru dan murid-murid mempunyai pandangan yang sama iaitu guru mestilah berpengetahuan kerana guruguru merupakan contoh kepada murid-muridnya.

Guru harus memupuk nilai berintegriti dengan mengurus masa

dengan baik. Seseorang guru yang berkualiti haruslah mempunyai kemahirankemahiran di dalam pengajaran kerana murid-murid sentiasa memerhati tingkah laku guru-guru. terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan masa. Sebagai seorang yang tahu menghargai masa guru-guru haruslah memulakan pengajaran menepati masa dan menggunakan masa

pengajaran dengan sepenuh dan sebaiknya.


5

Gambaran dalam hati tentang sesuatu, pandangan ( Awang Had Salleh 1980 )

iaitu:

Guru berkualiti kita mestilah memiliki sikap akauntibiliti yang tinggi

- Akauntabiliti terhadap negara Kita mestilah menjalankan tugas menyebarkan cita dan

matlamat Falsafah pendidikan negara, memupuk nilai dan sikap yang murni ke dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara berguna, serta mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan kemasyarakatan.

Akauntabiliti terhadap profesion keguruan Kita hendaklah membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja

dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri kusus dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum.

Akauntabiliti terhadap pelajar dan ibubapa Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta

menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan Kita juga mestilah

keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.

bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran. Akhir sekali kita juga perlu mmberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan lain-lain.

Akauntabiliti terhadap diri sendiri Kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan badan supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna, serta mengawal emosi

sendiri supaya membawa ketenangan jiwa dan ketenteraman jiwa. Kita juga mestilah mengurus kewangan sendiri dengan supaya pendapatan adalah seimbang dengan

bijaksana

perbelanjaan. Di samping itu,kita juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang meluas dan peka kepada peristiwa yang berlaku disekeliling. Seterusnya kita hendaklah melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat bertujuan untuk mengisi masa lapang secara berfaedah.

b) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai

professional yang termasuk petunjuk beretika, iltizam, cinta ilmu, dan kompenten. Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana yang digariskan di dalam FPN, guru yang berkesan bukan sahaja perlu terlebih dahulu memiliki ciri-ciri yang seimbang dan harmonis dalam keempat-empat keperluan tersebut, malah lebih ke hadapan daripada itu. Kita mestilah memastikan keempat-empat keperluan iaitu intelek, rohani, fizikal dan emosi yang ada pada diri kita sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmonis.

Guru harus mencinta ilmu dengan menanamkan sifat ingin tahu. Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar.

Guru harus mencinta ilmu dengan memupuk minat suka membaca. Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang

memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikam pengajaran dengan berkesan. Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di

antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti professional guru yang berkesan.

Guru harus mencinta ilmu dengan mempertingkatkan penguasaan

Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas pada masa kini Maka guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran

penggunaan bahasa ini. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan Bahasa Inggeris guru perlu selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

Guru harus beriltizam7 dengan menyampaikan isi pelajaran dengan baik.

Penyampaian isi pelajaran yang paling berkesan ialah guru-guru perlu menyampaikan isi pelajaran mengikut kebolehan pelajar. Guru-guru berpendapat bahawa memadai dengan menyampaikan pelajaran yang berkesan tanpa ringkasan pelajaran tetapi murid-murid pula beranggapan bahawa mereka perlu diberi ringkasan pelajaran bagi setiap pelajaran untuk meningkatkan pemahaman mereka.
7

Berkomitmen, pembabitan

c) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai semangat berpasukan yang termasuk petunjuk muafakat, fokus matlamat dan hormat-menghormati.

Guru harus bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

keguruan dengan memupuk semangat berpasukan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Guru juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapan kami sebagai guru , contohnya berniaga di waktu persekolahan. Di samping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguhsungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu

sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjjadi seorang guru. pertubuhan guru.

Akhir sekali, kita perlu menjadi

ahli bagi sebuah

Guru harus bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara. Kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Kita juga hendaklah sering

memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,

menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu hormatilah masyarakat tempat kita berkhoidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru derngan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

d) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai berorentasikan pelanggan yang termasuk petunjuk responsif, proaktif, mesra, dan berkualiti.

Guru harus bersikap proaktif dengan mengambil berat terhadap

tingkah laku murid. Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian murid di dalam penilaian dan peperiksaan.
8

Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada

aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Semakan juga amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya
8

Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989)

atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid, pembetulan, diagnosis9 mata pelajaran, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD. Di sini dicadangkan satu cara berkesan untuk memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal10. Guru juga perlulah memberikan perhatian yang serius kepada aspek kemahiran tingkah laku dan disiplin pelajar agar masalah disiplin pelajar dapat ditangani. Didapati segelintir murid yang tidak begitu bersetuju sekiranya guru-guru terlalu mengambil berat tentang tingkah laku mereka semasa di dalam kelas sedangkan hal-hal disiplin perlu diberi perhatian oleh guru-guru. Pengawasan pengajaran guru berkesan ialah dengan cara memberikan latihan atau kerja yang berpatutan kepada murid-murid dan memastikan kerja-kerja yang diberikan itu siap.

Perihal nenentukan jenis penyakit daripada tanda-tandanya Bersifat mengkritik

10

Guru

harus

memupuk

nilai

berorientasi

pelanggan

dengan

bertanggungjawab terhadap pelajar.


11

Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar kita mesti bersikap

adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan lain-lain. Kita perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada halhal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil

bayaran. Di samping itu, kita mesti menunjukkan contoh berpakaian , pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar. Selain daripada itu kita hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Guru harus bertanggungjawab terhadap ibubapa yang sebagai

pelanggan kita. Kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan

menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sentiasalah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, kita mestilah sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan Sekiranya diminta, kita

rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan.

akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka.


11

Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Akhir sekali, kita sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.

e) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai prihatin kebajikan anggota yang termasuk petunjuk empati, penghargaan, keselesaan persekitaran, dan peluang untuk maju.

Guru harus mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT dengan

mencari peluang untuk maju. Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.
12

Untuk kekal sebagai guru

yang berkesan, kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi memerlukan IT dalam pengajaran dan guru untuk sentiasa pembelajaran . menegemaskini Usaha ini kemahiran

menggunakan computer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan mahir dalam bidang ini. guru yang lebih kita mengajar

Kebolehan ini membolehkan

menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggitingginya.


12

Ceramah yang sama (dengan beberapa tambahan kandungan) disampaikan di dalam

Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Selatan, Kuala Krau pada 25 Januari 2003

Guru harus sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogidengan mencari

peluang untuk maju. Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran

terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.

Kesimpulannya
Sesungguhnya kerajaan Malaysia dan anggota masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada kita sebagai guru. Menjelang tahun 2020, harapan

kepada warga guru menjadi semakin meningkat bagi mencapai matlamat Misi Nasional dalam RMK-9. Kegagalan guru untuk berfungsi dengan baik akan

memberi kesan yang besar terhadap pembangunan modal insan yang menjadi hasrat

pemimpin negara dan seterusnya menjejaskan masa hadapan generasi yang akan datang. Oleh itu , kita sebagai guru hendaklah sentiasa berusaha untuk kekal

mempertingkatkan kualiti diri dari masa ke semasa dan berusaha untuk berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan,

kita sebagai gurulah

sebenarnya yang mempunyai peranan yang besar kerana ilmu dan amalan guru adalah menjadi cerminan kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh kerana

system pendidikan negara sentiasa berubah mengikut arus pemodenan dunia, maka kita sebagai guru juga semestinya sentiasa bermahasabah diri agar kualiti diri dan perkhidmatan kita perkhidmatan kita. adalah yang terbaik dan akan kekal sehingga tamat tempoh

Hasrat

murni Falsafah Pendidikan Negara(FPN)

untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak akan tercapai sekiranya kita sebagai guru tidak memiliki ciri-ciri guru berkualiti dalam keempat-empat aspek tersebut (JERI). isi kandungan FPN Oleh itu, kita mestilah sentiasa menghayati

dan penghayatan ini mestilah berkekakalan sehingga tamat Di samping itu kita sebagai guru

tempoh perkhimatan kita sebagai seorang guru. juga

mestilah mempunyai akauntabiliti yang tinggi, iaitu akauntabiliti terhadap

negara, terhadap profesion keguruan, terhadap pelajar dan ibu bapa, serta terhadap diri sendiri. Akhir sekali kita juga mestilah sentiasa bermahasabah diri agar sentiasa

dapat mengamalkan ciri-ciri guru berkualiti yang sebati dengan jiwa dan berkekalan dalam sebarang bentuk perlakuan, pertuturan, pemikiran dan budaya kerja sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam . Jangan biarkan pepatah menyebut

guru kencing berdiri, murid kencing berlari atau seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul mencemari profesion keguruan.

BIBILIOGRAFI
DEWAN MASYARAKAT MAC 2007

MOK

SOON

SANG(2005),

SIRI

PENDIDIKAN

PTK

(TERAS

DAN

PROFESIONAL) Multimedia-ES Resources Sdn Bhd

MOK SOON SANG (2005), SIRI PENDIDIKAN PTK (PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN) - Multimedia-ES Resources Sdn Bhd

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN 2006 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia

Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. SEMESTER 2 TAHUN 2011 William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH www.freewebs.com/oum TUGASAN 2 & TUGASAN 3

NO. MATRIK PELAJAR : D2010204115 http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8 NAMA NO. KAD PENGNEALAN E-MEL NAMA PROGRAM : : : : YEO LI KIEN 760326-01-6902 ylkien042115@siswa.upsi.edu.my PPG-PJJ (AT34) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Sek Rendah ) dengan Kepujian KUMPULAN E-LEARNING : J08

Tugasan 3 1(a) Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan. Profesion Perguruan
Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
13

latihan

ikhtisas13

yang

cukup

bermutu,

bersikap

jujur,

dedikasi,

profesional

bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Bidang keguruan dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi seorang guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Sebagai contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah kerajaan. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Profesion perguruan juga memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dicontohi oleh murid. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan.

Martabat Profesion Keguruan


Martabat14 Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan & kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru. Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan,

kewibawaan, kelayakan, minat , iltizam15 dan berjiwa pendidik layak menjadi


14

Darjat, pangkat, tingkat Komitmen, pembabitan

15

guru.( Petikan dari PIPP-Teras Kelima).

Sesungguhnya guru berkualiti adalah

faktor utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri. Segala ilmu

dan amalan harian guru adalah menjadi gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh kerana itu, para guru adalah perlu untuk sentiasa memelihara imej dan nama baik profesion. Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam

merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, kita semestinya sentiasa memastikan bahawa ciri-ciri guru berkualiti yang ada pada diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru. Ini adalah kerana

gurui adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan. Usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri.

Kod Etika Perguruan


Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Guru bukan sahaja

berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadika bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya. Pengamalan Etika Profesion Perguruan di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan Etika Profesion Perguruan yang telah dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti : Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan.... .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.

Dari penyataan ikrar dan kod Etika Profesion Perguruaa di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan.

Isu tekanan Pada Guru


Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya Sindrom Baru yang menyerang manusia iaitu tekanan. 16Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Secara umumnya, perkataan stres telah digunakan secara meluasnya dalam beberapa konteks yang berbeza. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak.

Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

17

Tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku

terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan,
16

Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) Levine dan Ursin (2009)

17

penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka18 yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif.Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat.

Fenomena tekanan di kalangan guru di Malaysia kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, 19kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi.

Tekanan pada hari ini telah melangkaui sempadan pelbagai jenis bidang pekerjaan, dan tidak lagi terhad kepada mereka yang bekerja di dalam organisasi-organisasi swasta semata-mata tetapi juga melibatkan kakitangan-kakitangan awam seperti guru. 20Perkara ini dapat dibuktikan apabila pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

(NUTP) telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan tahap tekanan yang melanda guru di seluruh Malaysia akibat penambahan tugas yang melampau dan dasar pendidikan yang kerap berubah.

18

Bencana, kecelakaan

19

(Cooper 1995, Hart et al.,1995) dalam Mokhtar (1998) (Utusan Malaysia, 2005)

20

21

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar.

Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan. Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.

Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung22, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.
23

Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan

kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

Kyriacou & Sutcliffe, 1978 menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Guru terpaksa melakukan
21

(Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995


Pilu, sedih

22

23

(Dr.Sapora Sipon, 2007)

kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru.

Akibat kekangan dan pelbagai masalah yang dihadapi, guru sudah pastinya mengalami tekanan serta tidak mampu untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas hakiki mereka yakni menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kegagalan untuk mengajar dengan berkesan akan mengakibatkan pelajar juga gagal untuk memahami perkaraperkara yang telah diajar. Perkara sebegini boleh membebankan pelajar yang sememangnya mahu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Di samping itu, tekanan juga boleh menyebabkan tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negatif sebagai satu bentuk tindakbalas ke atas tekanan yang dihadapi. Guru yang mengalami tekanan juga kemungkinan besar akan bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan seperti itu boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar ini. Tindakan yang tidak betul akan memungkinkan rekod bersih mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan disiplin akan dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.

1(b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. Kesan Isu Tekanan terhadap Diri Guru
Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan guru kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Tindakbalas penyesuaian tekanan

oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur).
24

Tekanan yang tinggi pada guru boleh mengkibatkan

kekecewaan, agresif25, kebimbangan, sifat suka mengelak, peningkatan terhadap tahap ketidakhadiran dan penurunan terhadap prestasi guru. Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi sifat kasih sayang. 26Terdapat kajian-kajian membuktikan sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan, sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum masa kerana dikatakan tertekan.

27

Di peringkat yang lebih makro pula, hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian

Pendidikan yang melibatkan sample seramai 5, 364 guru responden dan dikehendaki dalam jangka masa 2 tahun telah menunjukkan bahawa terdapatnya 1,288 orang guru di Malaysia yang berpenyakit mental. Daripada jumlah ini, 169 orang mengalami psikosis dan 1, 119 orang pula mengalami neurosis.

24

(Smith, 1993; Girdano et al., 1993).


Bersifat menyerang

25

26

(Fejgin et al., 1995; Pastore dan Judd,1992) (New Straits Times, 30 Mac 1990)

27

Di samping itu, tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja meletakkan jawatan dan ini akan memberi kesan dari segi peningkatan kos untuk melatih pekerja baru dan dalam masa yang sama cuba mengekalkan kualiti kerja para pekerja sedia ada. Andainya, punca masalah tekanan guru ini masih tidak dapat perhatian yang serius, maka jumlah guru yang memilih meninggalkan perkhidmatan keguruan pasti akan meningkat.

Walau bagaimanapun, isu tekanan juga membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan. Bagi memastikan motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula, Menurut Jesusdan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan kepuasan. Ianya bermaksud, program-program motivasi ini mampu untuk membina semula semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan Conboy (2000) juga mengatakan, program pendidikan guru telah menunjukkan keberkesanan di dalam meningkatkan kembali motivasi para guru.

Secara keseluruhan, masalah tekanan boleh mempengaruhi kualiti pengajaran guru, secara langsungnya akan menjejaskan produktiviti, prestasi dan kecekapan guru dalam profesion perguruan.

Kesan Isu Tekanan terhadap Murid


Tekanan guru semakin meningkat kerana guru tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh

perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan munasabah, bersikap biadap dengan guru dan sebagainya. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik 28dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini adakalanya telah melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras.

29

Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin yang

berdasarkan emosi yang dilakukan oleh para guru. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh Warden Asrama mereka disebabkan masalah disiplin. 30Pada tahun 2006 pula, seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
31

Sementara itu, pada tahun 2008, seorang pelajar Tingkatan Lima di Kuching,

Sarawak telah ditumbuk dan ditampar oleh guru disiplin sekolahnya atas tuduhan mencuri wang dan pendrive milik rakannya sendiri. Akibat perlakuan guru displin tersebut, pelajar terbabit mengalami trauma untuk ke sekolah kerana takut kejadian yang sama akan berulang kembali.
28

Terlalu keras

29

(Utusan Malaysia, 2007) (Berita Harian, 2006) (Berita Harian, 2008)

30

31

Kesan isu tekanan terhadap ekonomi negara


Guru merupakan golongan yang sangat penting dalam usaha menjana modal insan yang berpendidikan tinggi serta berakhlak mulia. Modal insan yang berkualiti amat diperlukan oleh negara bagi membangunkan Malaysia dalam pelbagai sektor kritikal terutamanya teknologi maklumat, perindustrian, perubatan, perbankan, perdagangan dan sebagainya yang selama ini kita masih berada dalam serba kekurangan. Kebergantungan melampau terhadap pelabur asing semata-mata untuk memajukan sektor-sektor ini boleh memberi kesan buruk kepada kemajuan negara untuk jangka masa panjang apatah lagi Malaysia telah dua kali mengalami kegawatan32 ekonomi yang serius pada tahun 1987 dan 1997. Tanpa kemampuan untuk menggunakan khidmat tenaga tempatan yang berkebolehan bagi mengambil alih kepentingan asing ini, negara akan sentiasa berada dalam keadaan ketidakseimbangan ekonomi kerana terlalu mengharapkan pelaburan dalam pelbagai cara dari luar. Sekiranya pelaburan ini terhenti atau dihentikan, Malaysia akan sekali lagi bakal berada dalam kesukaran yang sama. Oleh itu, amatlah mustahak untuk kerajaan menumpukan kepada usaha melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat tempatan bagi menjana pertumbuhan negara ke arah yang lebih progresif. Untuk mencapai usaha tersebut, tiada alternatif lain lagi melainkan memperkasakan bidang pendidikan daripada peringkat rendah bagi mendidik seterusnya menyiapsiagakan 33rakyat untuk bersaing dalam suasana yang amat kompetitif di peringkat antarabangsa. Apatah lagi negara terpaksa berhadapan pula dengan gagasan terbaru dari
32

Kegentingan, ketegangan Sudah bersedia untuk

33

dunia Barat dengan motto globalisasi dan dunia tanpa sempadan ciptaan mereka.

Atas dasar tersebut, guru kini berada dalam keadaan genting kerana objektif untuk melahirkan modal insan yang cemerlang secepat mungkin terletak sepenuhnya di bahu mereka. Jatuh bangun sesebuah negara bergantung terhadap cara bagaimana rakyatnya dididik oleh guru mereka. Amatlah malang sekiranya perkara ini dibiarkan berlaku kerana negara ini akan dipenuhi oleh golongan sampah-sarap yang boleh mensabotaj kemajuan dan integriti negara dari dalam. Akhirnya Wawasan 2020 yang diuar-uarkan sekian lama untuk menyaksikan Malaysia bangkit sebagai sebuah Negara maju yang setanding dalam pelbagai bidang dengan negara Barat yang lain akan berkubur begitu sahaja.

Dunia globalisasi pada masa kini juga mengakibatkan pelbagai perubahan yang berlaku di seluruh dunia termasuklah dunia pendidikan. Di Malaysia, perubahan-perubahan ini turut meningkatkan tahap tekanan dalam kalangan guru. 34Hal ini demikian kerana bukan semua guru mampu untuk berubah seiring dengan perubahan tersebut. Perubahan yang dimaksudkan termasuklah dasar baru pendidikan negara yang memberi tumpuan terhadap bidang sains dan teknologi, harapan ibu-bapa dan pelajar yang bertambah tinggi untuk berjaya dalam pelajaran, pertambahan tugas-tugas rasmi guru dan sebagainya.

Kesan Isu Tekanan terhadap Sekolah / Pemimpin Sekolah


Selain tugas mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran, guru juga dituntut untuk melaksanakan tugas-tugas sampingan yang lain seperti tugas-tugas ( Sin Chew Daily, 20 Februari 2004)

34

pentadbiran sekolah, contohnya merancang dan menjalankan program serta aktiviti kokurikulum, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Ini telah membuktikan bebanan tugas seseorang guru adalah tinggi kerana terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama dengan keluarga secukupnya. Dengan ini, guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan.
35

Perkara ini telah dibuktikan melalui

pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita Harian, 2009) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut
36

laporan akhbar (Berita Harian, 2008) terdapat seorang guru di Perak yang tidak

menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Ho (1997). Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang
35

(Berita Harian, 2009) (Berita Harian, 2008)

36

tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti UPSR , kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar.

Kesimpulan
Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang enteng37 kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan . Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya.

Walau bagaimanapun, guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini.

37

Mudah, ringan

Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi.

Akhir kata, jangan biarkan pepatah menyebut guru kencing berdiri, murid kencing berlari atau seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul mencemari profesion keguruan.

1(c) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.
Guru merupakan manusia, maka tekanan yang melanda manusia boleh menyebabkan pelbagai kesan yang berbentuk negatif tercetus apatah lagi sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk menangani tekanan tersebut. Pelbagai kesan negatif boleh dilihat berlaku apabila seseorang itu tidak mampu untuk menguruskan tekanan tersebut dengan cara yang betul. Kebanyakan daripada manusia tidak tahu bagaimana untuk melepaskan tekanan ini dan ianya ternyata membawa kepada masalah yang lebih besar dan menjadi lebih sukar untuk diselesaikan.

38

Terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa tekanan adalah satu tindakbalas fisiologikal

dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa
38

Smither (1994)

tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang.

Tambahan pula, Fontana (1989), ada menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Ini bermaksud cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesiapsiagaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar.

39

Terdapat ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi

oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan motivasinya Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan. Jadi teori yang akan diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi Maslow.

(Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000)


39

Struktur dan fungsi di dalam badan organisasi mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia iaitu guru sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks.
40

Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia

itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasihsayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Terdapat kajian mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. Teori ini dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan. Abraham Maslow berpendapat bahawa perkembangan personaliti/ sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan41 pada dirinya. Maslow membuat kajian terhadap kesihatan psikologi berbanding dengan penyakit, tentang
40

Atan Long ( 1976 : 131 ),


Lebih berkuasa atau berpengaruh

41

perkembangan manusia berbandingkan kejumudan42, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. Padanya setiap guru memiliki kebebasan, dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan seseorang guru untuk mencapai kesempurnaan dan dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar.

Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan yang mana buruk bagi memenuhi keperluannya dan memperkembangankan potensinya.

Selain itu, keperluan adalah diwarisi tetapi tingkahlaku untuk mencapainya adalah dipelajari. Oleh itu personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran dan faktor personal dan persekitarannya. Personaliti manusia adalah unik. Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan manusia adalah universal tetapi bagaimana cara seseorang guru memenuhi keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku ini dipelajari. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama. Keperluan pada seseorang guru juga tidak sama. Berdasarkan teori Maslow ini, seseorang guru sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti sikap agresif atau egoistik itu menunjukkan tandatanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Guru juga bersifat bebas dalam had-had tertentu. Guru bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai untuk diri atau murid-muridnya.

42

Perihal kebekuan, kekakuan

Peranan dan tanggungjawab guru pada masa kini sangat mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai pendidik. Proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif baik di dalam dan di luar bilik darjah.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan. Guru merupakan fasilitator kepada setiap muridnya supaya bermotivasi dan berjaya dalam pembelajaran. Dengan ini, tekanan yang guru hadapi akan berkurangan.

Mengikut Maslow, motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik. Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagi kebimbangan atau tertekan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi motivasi, maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi . Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diri seseorang. Pada masa yang sama guru juga menjadi motivator kepada pelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga

mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya.

Sedangkan pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat dalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup keseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi.

Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan motivasinya Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan. Jadi teori yang akan diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi Maslow. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi

aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya.

Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. Guru mesti menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai unsur aktiviti seperti proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran.Ini adalah berguna untuk pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan sebagainya. Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak boleh mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.

Gambar Piramid Teori Hierarki Keperluan Maslow

Kesimpulan
Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal 43sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya.

Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun
43

Yang berguna, sesuai untuk digunakan

seorang pelajar yang memerlukannya. Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.

Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

BIBLIOGRAFI

1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina Aksara. 3. Esah Sulaiman (2003), Modul Pengajaran : Asas Pedagogi. Skudai: Jabatan Asas Pendidikan , Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

4. Evans, P. D., Evans, K. C., Fearne, J. M. (1984). On Choosing To Make Adverse Events Predictable or Unpredictable: Some Behavioural and Psychophysiological Findings. British Journal of Psychology, 75, 377.

5. Kyriacou, C. (1986) Effective Teaching in Schools. UK: Simon and Schuster Education. 6. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition, New York. American Book Company.

8. Mohamad Johdi Salleh. (2004). Pengurusan Standard Guru Efektif. Kertas Kerja SeminarJawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

9. Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur:Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

10. Sumber: |http://www.hmetro.com.my/articles/Bebantugasgurukianmencabar/Article|

Anda mungkin juga menyukai