Anda di halaman 1dari 7

Nama Calon : _______________________________________

Nombor Surat Beranak : ________________

Bahasa Melayu Sastera (SK) 2009 1 jam

SASTERA (SK)
Angka Giliran

LATIH BIMBING BAHASA MELAYU SET SATU TAHUN ENAM : 2009

012 BAHASA MELAYU


Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C. 2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan.

Kod Pemeriksa:
Bahagian No. Soalan Markah

A B C
JUMLAH MARKAH

50

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman yang bercetak

012 Latih Bimbing Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak Set 1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 012 : SET 1

PETIKAN 1 Sampai sahaja di rumah, Anis menyambut ayahnya di muka pintu. Encik Yusof tersenyum sambil menghulurkan begnya kepada Anis. Encik Yusof meminta segelas air sejuk. Cuaca panas tengah hari itu membuatkan dia berasa begitu haus. Puan Marina menghulurkan segelas air sejuk kepada suaminya. Dia kasihan melihat suaminya berkerja tidak kira siang ataupun malam. Mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan usaha keras suaminya selama ini. Siapa kata hidup bersandarkan kerja melukis dan kreatif tidak mampu hidup senang? Perkara yang penting, ada kemahuan dan kesungguhan pasti beroleh kejayaan. Datangkah pembeli lukisan abang itu? tanya Puan Marina. Pemandunya sahaja yang datang. Datuk Kamal tidak dapat datang kerana ada mesyuarat penting, beritahu Encik Yusof kepada isterinya. Datuk Kamal bayar seperti dijanjikah? tanya Puan Marina. Datuk Kamal seorang yang menepati janji. Abang suka berurusan dengannya. Dia tahu menilai kretiviti orang seni seperti kita ini, kata Encik Yusof kepada isterinya. Encik Yusof membuka dompet duitnya dan menunjukkan sekeping cek kepada isterinya. Puan Marina tersenyum memendang ke arah cek tersebut. Berbaloi penat lelah suaminya selama ini. Alhamdulilah. Berkat rezeki Tuhan berikan kepada kita sekeluarga, kata Puan Marina. Esok abang hendak pergi ke bank. Hendak tunaikan cek tersebut. Sebahagiannya kita simpan, sebahagian lagi kita gunakan untuk keperluan kita sekeluarga. Sambil itu, bolehlah saya hantar awak ke klinik. Sejak kebelakangan ini, awak asyik demam sahaja, kata Encik Yusof kepada isterinya. Tidak payahlah. Saya demam biasa sahaja. Telan panadol sihatlah. Bukannya sakit tenat, kata Puan Marina. Sebelum tenatlah kita perlu bertindak. Esok kalau dah melarat tiada penawarnya, kata Encik Yusof lagi. Jangan buang duitlah. Beli ubat di farmasi pun sudah memadai, kata Puan Marina lagi. Itu sahajalah alasan awak. Berjimat memang bagus, tetapi biar kena pada tempatnya. Kesihatan adalah harta yang paling berharga. Kalau duit melimpah ruah tetapi kesihatan tergadai tiada gunanya, kata Encik Yusof lagi. PETIKAN 2 Encik Yusof memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah papan yang besar dan cantik. Kelihatan rumah itu sunyi namun berkelipan dengan lampu. Kelihatan ada beberapa orang perempuan sedang berjalan di dalam rumah itu. Mereka ternampak kereta Anis dan sekeluarga. Encik Yusof terlebih dahulu keluar. Kelihatan seorang lelaki dan perempuan yang sudah tua tercegat di anak tangga. Mereka masing-masing kelihatan tergamam apabila melihat Encik Yusof di hadapan mata mereka itu. Anis mengekori ayahnya dari belakang. Anis menjadi gugup dengan tiba-tiba apabila berjumpa dengan atuk dan neneknya. Sungguhpun belum diperkenalkan lagi kepada atuk dan neneknya, namun hati Anis kuat berkata bahawa itulah atuk dan neneknya. Anis, salam dengan atuk dan nenek, kata Encik Yusof. Tanpa membantah, Anis terus bersalaman dengan atuk dan neneknya. Air mata Anis menitik di atas tangan atuk dan neneknya. Suasana sungguh pilu. Tubuh kecil Anis terus dirangkul oleh neneknya. Mereka seolah-olah telah mengenali Anis dan mereka amat merindui saat itu. Siang dan malam mereka berdoa agar sempat dipertemukan dengan anak dan cucunya. Kenapa engkau begitu memarahi kami Yusof. Sudah besar cucu emak baru kamu mahu pulang membawanya berjumpa dengan kami, kata Mak Bedah iaitu ibu kepada Puan Marina. Maafkan saya emak. Selama ini saya banyak berdosa dengan emak, kata Encik Yusof sambil menangis. Encik Yusof terus bersalaman dengan ayah dan ibu mertuanya. Mereka berpelukan. Ina mana? tanya Mak Bedah. Sebentar emak. Emak jangan terkejut apbila berjumpa dengan Ina nanti, kata Encik Yusof. Kenapa dengan anak emak ? tanya Mak Bedah. Nenek bersabar, ya, kata Anis. Sekali lagi Mak Bedah memeluk erat Anis. Encik Yusof terus bergegas ke kereta untuk mendapatkan isterinya di dalam kereta. Puan Marina dipapah keluar. Mak Bedah terkejut melihat keadaan Puan Marina. Begitu juga dengan saudara-maranya yang

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 012 : SET 1

lain. Mereka tidak menyangka sama sekali akan dipertemukan dengan marina dalam keadaan sebegitu. PETIKAN 3 Hujan masih mencurah. Pagi masih awal benar. Sejuk menikam hingga ke tulang hitam. Suasana di Kampung Aman masih dibungkus kegelapan. Hakimi bingkas bangun. Dia menoleh ka arah abangnya, Amir yang masih lena. Abang, bangun. Hari ini kita mula bersekolah. Bangunlah, bang. Nanti lewat pula. Perlahan-lahan Hakimi mengejutkan abangnya. Amir menggeliat malas. Terasa berat hendak bangun dari katilnya. Sayang benar hendak meninggalkan bantal kesayangannya. Sekian lama menghabiskan cuti penggal persekolahan di rumah, terasa malas pula hendak ke sekolah. Sekejap lagilah, Hakimi. Abang mengantuk sangat ni... jawab Amir. Matanya masih tertutup. Tangannya juga masih erat memegang selimut. Alah... janganlah begitu, bang. Sudah pukul enam suku pagi ini. Tahun ini Hakimi dilantik menjadi pengawas. Hakimi kenalah tunjukkan contoh yang baik kepada kawan-kawan, ujar Hakimi, separuh merajuk. Mendengarkan kata-kata Hakimi itu, Amir terus bangun. Dia tidak mahu dirinya, Hakimi pula yang menerima akibat. Amir tidak sanggup menghampakan harapan adiknya itu. Puan Rohani, ibu Amir dan Hakimi awal-awal pagi lagi sudah pergi menoreh getah di kebun pusaka peninggalan arwah suaminya yang seluas tiga ekar berhampiran dengan rumah mereka. Itulah mata pencarian keluarga Amir. Selain itu, ibunya juga membuat kuih untuk dihantar ke kedai kopi Pak Hamid di simpang tiga. Sebagai abang, Amirlah yang menyediakan kelengkapan Hakimi untuk ke sekolah. Dia tidak mahu menambahkan beban ibunya. Hakimi sudah siapkah? Abang tunggu dibawah, ya! Kawankawan Hakimi sudah menunggu tu! laung Amir. Bakul kuih berada di tangannya. Hakimi terkocoh-kocoh turun dari tangga. Beg sekolahnya dimasukkan ke dalam bakul basikal. Amir hanya menggeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan, Hakimi... jangan tergopoh-gapah. Bukankah ibu selalu berpesan, berhati-hati dalam perjalanan ke sekolah... kata Amir sambil tersenyum melihatkan keletah adiknya. PETIKAN 4 Amir termenung. Peristiwa yang terjadi beberapa hari yang lalu masih terbayang-bayang di ruang matanya. Amir terlalu kesal dengan peristiwa yang berlaku. Tanpa sedar, sebenarnya dia telah melakukan kesalahan besar terhadap ibunya sendiri. Amir menangis sendirian lalu menghantuk-hantukkan kepalanya ke dinding. Dia amat terkilan kerana tidak dapat melihat wajah ibunya buat kali terakhir. Jauh di sudut hatinya, dia memang teramat ingin untuk pulang. Sebagai anak sulung, sepatutnya dia yang menjadi tonggak dalam keluarga. Dia mahu memikul keranda yang memuatkan jenazah ibunya sekali gus menguruskan urusan pengebumian. Seharusnya dia berada di sisi Hakimi untuk

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 012 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 012 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 012 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 012 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM