Anda di halaman 1dari 3

Oleh

: DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Tempat : Pejabat Perdana Menteri Tarikh : 14/05/2009 Tajuk : PERUTUSAN SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2009 PERUTUSAN YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2009 PADA 14HB MEI 2009 (KHAMIS), JAM 8.30 PAGI ................................................ Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saudara dan saudari, 1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Negara kepada semua warga belia Malaysia. Sesungguhnya sambutan hari belia menjadi bukti pengiktirafan berterusan oleh pihak kerajaan dalam menjadikan golongan belia sebagai rakan kongsi utama untuk membangun dan memajukan negara ini. Teringat saya kepada kata-kata sarjana Islam tersohor iaitu Imam Al-Ghazali bahawa, untuk menaakul rupa bentuk sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah pada anak-anak mudanya pada hari ini. Kata-kata ini menunjukkan perihal negara yang mempunyai kepentingan dalam masa depan saudara dan saudari semua sebagai penentu rupa wajah Malaysia pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan saudara dan saudari adalah kejayaan negara . Menyedari realiti saudara dan saudari sebagai anggota masyarakat yang paling idealistik, saya mencabar saudara semua untuk jangan lagi sekadar berpuas hati berada di gerigi peristiwa, sebaliknya marilah bersama-sama untuk mencipta sejarah. Marilah bersama-sama pentadbiran saya sebagai pelaku-pelaku aktif dalam proses membawa pembaharuan dan perubahan ke arah mencipta Malaysia yang kita impikan. Saya amat yakin sebagai orang muda saudara dan saudari tentunya mempunyai banyak idea untuk dikongsi dalam menjana pembangunan negara. Justeru, sebagai langkah penghakupayaan dan pewajaan saya menyarankan ruang dialog yang lebih luas di antara saudara dan saudari dengan kepimpinan tertinggi negara. Langkah ini merupakan usaha kerajaan bagi memahami keperluan, kehendak dan kemahuan para belia. Malah, pendapat yang mengatakan bahawa hanya kerajaan mengetahui apa yang baik untuk golongan

2.

3.

4.

5.

belia sudah ketinggalan. Lantas untuk memahami aspirasi dan denyut nadi belia, kerajaan kini lebih bersedia menjadi pendengar yang baik dan mempunyai empati terhadap sudut pandangan, keluh kesah, rintihan, pendapat serta saranan saudara dan saudari sekalian. Namun pada waktu sama, pertubuhan-pertubuhan belia perlu insaf bahawa masih ramai rakan-rakan saudara yang berada di luar lingkungan keahlian pertubuhan-pertubuhan sedia ada. Cabarannya di noktah ini ialah bagaimana saudara saudari semua dapat menambat hati golongan tersebut agar mereka juga dapat menyumbang ke arah pembinaan sebuah negara bangsa. Kita tahu, era dan revolusi bidang ICT menuntut kepada pendekatan yang penuh kreatif dan inovatif dalam berkomunikasi dengan mereka. Oleh yang demikian media alternatif mesti dimanfaatkan sepenuhnya dalam menawan imaginasi golongan muda. Dalam konteks ini, saya menyeru kepada semua agensi kerajaan yang berurusan dengan golongan belia untuk mengkaji semula pendekatan mereka. Janganlah kita bersifat menghakim dan menghukum. Kita sewajarnya cuba memahami apakah cita rasa golongan muda. Kita perlu lebih akomodatif dan prihatin kepada citra mereka. Turunlah padang dan dengarlah suara-suara belia akar umbi dan tidak sekadar menunggu mereka untuk datang berjumpa dengan kita. Dalam melaksanakan sebarang program pula, berundinglah dengan kumpulan sasar kita iaitu golongan belia agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan nanti lebih menepati warna dan sentuhan jiwa golongan muda. Dewasa ini pula, Malaysia berhadapan dengan cabaran besar untuk merealisasikan wawasan menjadi sebuah negara maju dengan rakyat yang berpendapatan tinggi atau high income. Baru-baru ini saya telah menggariskan matlamat kerajaan untuk mencipta model baru ekonomi negara yang berasaskan kreativiti dan inovasi. Atas sebab itu, sebagai generasi pewaris, saudara dan saudari harus menyediakan diri untuk model baru ekonomi ini. Sebaiknya, bagi memastikan kejayaan, warga belia perlu mendakap konsep pembelajaran seumur hidup dan bersedia untuk learn, unlearn dan relearn ilmu pengetahuan serta kemahiran secara berterusan. Jelasnya, Kerajaan tidak akan berdikit dalam iltizam mempersiap-siagakan warga belia dengan peluang-peluang untuk menggarap ilmu dan kemahiran dengan secukupnya agar mereka not only survive but thrive in this new economy.

6.

7.

Saudara dan saudari, 8. Pada hemah saya, sebagai golongan yang dilahirkan pascamerdeka, umur belia adalah tapak paling subur untuk merealisasikan konsep 1Malaysia. Ingatlah bahawa di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Lantaran itu, saudara saudari sekalian harus melihat antara satu sama lain dengan pandangan Malaysia. Dalam kata lain sungguh pun kita terdiri daripada pelbagai agama,bangsa dan suku mahupun keturunan, kita harus insaf bahawa di bumi Malaysia inilah kita dilahirkan, di bumi inilah kita mencipta kehidupan dan di bumi

inilah kita bersemadi. Maka di bumi inilah juga kita wajib menumpahkan baiah, setia, waad dan janji. 9. Sedarlah bahawa kerukunan yang kita capai selama ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia telah dirintis oleh mereka yang terdahulu dengan segala jerih dan kepayahan. Kerana itulah saya percaya, 1Malaysia akan menjadi lebih bermakna sekiranya golongan muda turut mengambil pendekatan 1Youth 1Malaysia atau 1Belia-1Malaysia . Ini adalah konsep penting untuk diterapkan dalam pergerakan belia kita. Langkah yang seribu itu bermula dengan yang satu, Malaysia tidak akan menjadi 1 sekiranya belianya tidak berpadu. Dari itu, terletak di jemala para belia satu amanah sebagai pewaris yang sewajarnya meneruskan perjalanan yang mulia ini dengan memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional yang telah dibina. Jika tidak segala apa yang kita bangunkan akan hancur dan ranap begitu sahaja. Akhir kata, kepada para belia dan anak muda remaja, ayuhlah bersama menyingsing lengan bagi menabur bakti demi pertiwi. Sememangnya tidak ada perkhidmatan yang lebih tinggi nilainya mahupun lebih mulia daripada mencurah jasa kepada negara. Jadikanlah waktu muda ini sebagai landasan bagi mengumpul bekal dan pengalaman untuk meniti hari-hari mendatang. 1Malaysia belia berwawasan, penggerak kejayaan. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

10.

Kemaskini Terakhir pada 15/05/2009 Ucapan ini telah dibaca sebanyak 1005 kali

Sumber : Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Anda mungkin juga menyukai