Anda di halaman 1dari 22

KAJIAN KES : JENAYAH RAGUT SEMAKIN

MEMBIMBANGKAN

1.0 PEGENALAN
Jenayah ragut kini semakin berleluasa di mana-mana saja, tidak kira di bandar mahupun di
kampung. Agak sukar sebenarnya untuk membanteras jenayah ragut ini kerana kita tidak tahu
bila ia akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya. Mengharapkan anggota polis saja
membanterasnya amat tidak adil sama sekali. Tiada siapapun akan tahu bila jenayah ini akan
berlaku. Silap hari, kita sendiri yang kena ragut walaupun kita ditanamkan sikap berhati-hati
untuk mengelakkannya daripada berlaku.
Bagi penjenayah dan sesiapa saja yang gemar melakukan kejahatan, ragut adalah kerja yang
paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata saja. Apa tidaknya, dengan beberapa
saat saja, dompet, teleIon bimbit atau beg tangan boleh dilarikan. Kebanyakan mereka adalah
golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kebanyakannya juga terbabit dengan
penyalahgunaan dadah. Cara mudah pada mereka untuk mendapatkan wang untuk membeli
dadah ialah meragut. Ada juga yang melakukan jenayah ragut semata-mata kerana inginkan
wang lebih untuk membeli barang berharga kerana gaji yang diterima setiap bulan kecil
sedangkan naIsu kebendaan mereka sangat besar.
Lebih menyedihkan jenayah ragut kini membabitkan pula jenayah kekerasan dan kematian.
Sungguh sedih mendengar berita apabila mangsa ragut terbunuh akibat mempertahankan
barang miliknya daripada diragut. Peragut kini seolah-olah sudah dirasuk hantu apabila
sanggup membunuh walaupun diketahui barang yang diragut tidak setimpal dengan jenayah
yang dilakukan. Mereka seolah-olah sudah terdesak sehinggakan sanggup membunuh kerana
sebuah teleIon bimbit dan wang yang belum diketahui jumlahnya.

Semua pihak perlu memainkan peranan bagi membanteras jenayah rakus yang semakin
mengganas sekarang. Mungkin pendapat apa Iaedahnya menjaga tepi kain orang` perlu
dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini. Kita kena prihatin dan membantu apabila
berlaku jenayah ragut di depan mata kita. Mungkin ada yang berkata kita mungkin menempah
maut apabila hendak membantu mangsa ragut kerana penjenayah mungkin bersenjata.
Pelbagai masalah dan musibah terhasil akibat jenayah ini. Ia bukan sekadar menyebabkan
kehilangan barang berharga milik mangsa tetapi ada kalanya ia turut menyebabkan kehilangan
nyawa. Seorang warga emas berusia 66 tahun maut setelah terjatuh dari motosikal akibat
diragut di Alor Setar, Kedah. Maknanya sesiapa sahaja dan di mana juga mereka berada di
negara ini, mahu tidak mahu akan terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa jenayah .
Pernah berlaku kes orang awam mahu membantu mangsa ragut mati ditikam peragut, sampai
sekarang penjenayah itu masih bebas. Dalam kejadian di sebuah kampung di Pendek, Kota
Bharu, Kelantan, peragut berjaya diberkas dan dibelasah teruk oleh orang awam sebelum
diserahkan kepada polis. Seorang daripada peragut itu menemui ajal.
Orang yang menyebabkan kematian peragut berkenaan diburu dan didakwa. Jika sabit
kesalahan, mungkin dikenakan hukuman mati mandatori. Melihat kepada episod jenayah ini,
rata-rata berakhir dengan orang ramai menjadi mangsa. Mereka kehilangan harta, cedera
malah nyawa. Justeru tidak hairanlah kalau orang awam tidak mahu membantu, apatah lagi
peduli tentang kelakuan jenayah kerana banyak padah daripada Iaedah yang akan diterima.
Antara padahnya ialah boleh terdedah kepada tindakan balas penjenayah dan keduanya jika
penjenayah cedera atau mati walaupun tanpa disengajakan, penjara dan tali gantung menanti
mereka.


.0 EKTIF KAIAN
Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan :
i) Untuk mengenalpasti permasalahan yang menyebabkan ramai rakyat di negara ini
terlibat dan mudah menjadi mangsa kes ragut.
ii) Untuk mengenalpasti punca yang mendorong penjenayah ragut melakukan jenayah
berkenaan.
iii) Untuk mencari jalan penyelesaian serta peranan yang perlu diambil bagi menangani
serta mangatasi jenayah ragut .
iv) Untuk memberi keyakinan, keIahaman serta tindakan yang perlu diambil dalam
menangani situasi dan keaadaan ini.

.0 SKP KAIAN
Tidak dinaIikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan jenayah ragut berdasarkan beberapa Iaktor
seperti jalan, kesesakan, serta mempunyai ramai wanita yang berisiko dan boleh dijadikan
mangsa. Kajian ini lebih ditumpukan kepada golongan wanita di kawasan panas iaitu sekitar
Kuala Lumpur. Kes ragut berlaku hampir setiap hari di mana mangsanya rata-rata adalah
wanita. Kajian disasarkan kepada semua golongan wanita tidak kira muda ataupun tua. Skop
kajian ini melibatkan semua golongan ini kerana mereka merupakan sasaran yang paling
mudah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa seterusnya jika tidak berhati-hati. Mereka yang
terlibat perlu diberi pendedahan dengan lebih meluas supaya terhindar dari menjadi mangsa
jenayah ragut pada masa akan datang.




.0 DATA-DATA YANG ADA.
Statistik jenayah ragut dalam enam bulan pertama tahun ini secara puratanya 26.33 kes sehari
amat mengejutkan dan membimbangkan. Data ini diperoleh daripada sejumlah 4,766 kes
dalam tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah ini direkodkan berdasarkan laporan polis yang
dibuat oleh mangsa jenayah ragut. Memang tidak dinaIikan terdapat mangsa yang tidak
melaporkan kes-kes sedemikian atas sebab-sebab tertentu.
Manakala statistik yang diperoleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, sebanyak
1,915 kes ragut telah dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding 1,058
kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu di Kuala Lumpur.
Terdapat beberapa daerah yang meningkat kadar jenayahnya. Antaranya Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Dang Wangi, mencatatkan peningkatan sebanyak 170 kes kepada 269 pada
tahun ini berbanding 99 kes pada tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberitahu, IPD
BrickIields turut menunjukkan peningkatan yang banyak iaitu 110 kes pada tahun lalu kepada
322 kes bagi tahun 2009.
Menurutnya peningkatan juga berlaku bagi IPD Cheras yang mencatatkan kenaikan 244 kes
daripada 80 kes tahun lalu kepada 324 kes tahun ini.
Bagaimanapun, bagi IPD Sentul ia menunjukkan penurunan sebanyak 63 kes daripada 239
tahun lalu kepada 176 kes tahun 2009.
Walaupun berlaku penurunan di kawasan Sentul, secara keseluruhannya jenayah ragut di
sekitar ibu kota dilihat kritikal dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Fakta kes
ragut tahun 2009 dilampiran 'A

.0 S#TAN PE#ASAALAHAN
Kejadian ragut yang menyebabkan kematian seorang pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman,
Lee Khian Yip, 18 mengejutkan pelbagai pihak. Bagaimanapun, kejadian malang itu dilihat
mencerminkan keadaan yang lebih besar, iaitu jenayah serius yang semakin menular di
kalangan masyarakat.
Saban hari kita dikejutkan dengan insiden ragut sehingga mencetuskan kebimbangan di
kalangan penduduk setempat. Ada yang mula berIikir dua kali sebelum menjejakkan kaki
keluar dari rumah mereka terutamanya pada waktu malam. Kebimbangan mereka
sememangnya berasas apabila insiden ragut kini semakin menjadi-jadi di ibu kota.
Persoalannya wajarkah mangsa-mangsa ini dibunuh? Apakah kesalahan yang dilakukan
mangsa sehingga mereka diberi layanan sedemikian. Terlintas dalam Iikiran kita apakah
manusia kini semakin hilang akal dan berani melakukan apa sahaja mengikut naIsu mereka?
Di manakah sikap kasih sayang yang wujud pada diri mereka? Apa sudah jadi dengan
manusia? Mengapa manusia sanggup merogol, meragut dan membunuh? Apakah Iaedah yang
mereka dapat melalui tindakan tidak berperikemanusiaan itu? Terlalu banyak persoalan yang
tidak dapat dijawab.
Antara Iaktor yang mempengaruhinya ialah latar belakang penjenayah terbabit yang tidak
berpendidikan atau hanya mendapat pendidikan rendah dan jauh dari keluarga menyebabkan
mereka mengambil tindakan sendiri.
Ada yang berpendapat masalah ini berpunca akibat pengaruh materialistik, dengan gaji rendah
tidak sampai RM1,000 tetapi mahu macam-macam. Kalau teleIon bimbit, mesti yang ada
kamera dan hendak pakaian ada jenama. Apabila pendapatan tidak mencukupi untuk

menampung perbelanjaan harian, mereka melakukan jenayah yang dianggap kecil-kecilan
tetapi membawa padah yang tidak kurang buruk, termasuk hingga menyebabkan kematian.
Jenayah kecil-kecilan adalah perkembangan yang berbeza dengan masa lampau seperti
jenayah membabitkan kongsi gelap. Penjenayah begini sebenarnya tidak mempunyai disiplin
seperti anggota geng kongsi gelap yang tahu siapa dan waktu boleh bunuh mangsa. Tetapi
penjenayah kecil-kecilan bertindak mengikut naluri sendiri dan kita tidak dapat menjangka
tindakan mereka kerana apabila terdesak, tindakan seperti membunuh boleh berlaku.
Adakah ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat dan malangnya
gejala ini semakin menular. Apa yang berlaku sekarang tidak muncul dengan tiba-tiba. Kita
perlu akur bahawa masyarakat sekarang, terutama di kawasan bandar tidak lagi sama seperti
masyarakat pada 1950-an atau 1960-an.
Latar belakang mereka yang terbabit dalam jenayah menunjukkan mereka sejak kecil
dibesarkan dalam suasana kurang atau tiada langsung kawalan ibu bapa. Jika sejak kecil
bersikap agresiI, apatah lagi apabila menjadi seorang remaja dan dewasa, kemudian bekerja
dan tinggal berasingan di tempat lain. Keluarga tidak lagi mempunyai kawalan terhadap
dirinya.
Suka atau tidak, masyarakat memainkan peranan sebagai pengawal tingkah laku dan ia
dipraktikkan pada masa lalu. Walaupun masih wujud, tetapi amalan ini semakin pupus ditelan
zaman. Masyarakat hari ini tidak begitu mempedulikan keadaan sekeliling. Menegur
kenakalan anak jiran bukan lagi kebiasaan. Malah, interaksi antara jiran amat terhad. Mereka
hidup tanpa mengenali jiran masing-masing. Kita tidak perlu melihat terlalu jauh. Cuba lihat
diri kita sendiri, terlalu sibuk keluar awal pagi dan pulang lewat malam setiap hari. Ia
memberi peluang kepada penjenayah mengeksploitasi kelemahan ini. Sebagai contoh, seorang

penjenayah dengan mudah memecah masuk sebuah rumah kerana jirannya mungkin
menyangka penjenayah saudara jirannya. Ada juga kes yang jiran tidak mempedulikan
kehadiran orang tidak dikenali di kawasan itu.
Apakah dadah turut menjadi antara punca utama kes jenayah kecil-kecilan yang berbahaya.
Kajian juga tidak menolak kemungkinan penjenayah begini dipengaruhi dadah. Kebanyakan
dadah yang popular sekarang adalah jenis sintetik yang cara pembuatan menggunakan bahan
kimia tidak berkualiti. Rangsangan dadah ini menyebabkan penggunanya hilang kawalan.
6.0 PE#ANAN YANG PE#LU DIAIL AGI ENGELAKDA#IPADA
ENADI ANGSA #AGUT
6.1 Peranan Individu
i) Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-
siar di tempat gelap. Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman, cari
beberapa orang kawan menemani anda jika anda terpaksa menggunakan jalan yang
gelap dan sepi.
ii) Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau
sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah. Elakkan daripada meletak beg duit
anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
iii) Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh
pembonceng motosikal. Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan
barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
iv) Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau
tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.

v) Bila menggunakan liI, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda
biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari liI
dengan segera.
vi) Elakkan membawa wang dalam jumlah yang banyak, sebaliknya bawa seminimum
mungkin.Kepit beg ketika berjalan dan elakkan membimbit atau menyandang beg.
Jangan dedahkan barang kemas yang dipakai.
vii) Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang
pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku
kecederaan kerana diseret.
viii) Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus
lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg
tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
ix) Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan
mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain. Memperhatikan
orang yang disyaki dan cuba bersembunyi identiti mereka dengan memakai topi
keledar,cermin mata hitam ataupun memakai topi dengan menarik ke bawah untuk
menutup muka mereka.
x) Pegang teleIon bimbit pada tangan supaya anda boleh mendapatkan pertolongan bila-
bila masa. Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
xi) Ketika berjalan berseorangan hendak menuju ke kenderaan anda di kawasan meletak
kenderaan. Pastikan anda menggengam kunci yang mana keadaan anak kunci berada
dicelah genggaman jari keluar. Ini memudahkan anda membuat tindakbalas apabila
diserang. Jadikan kunci sebagai senjata untuk mempertahankan diri dan menyerang
kembali peragut. Jangan simpan kunci dalam beg atau poket. Pastikan ia sentiasa
dalam genggaman.

xii) Ketika berjalan kaki di jalan raya. Amalkan sikap berjalan melawan arus kenderaan.
Kebaikannya adalah supaya anda sentiasa berwaspada terhadap kenderaan yang datang dari
hadapan. Jika berjalan mengikut arus kenderaan, anda tidak dapat menjangka apa yang terjadi
kepada. Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan
bertentangan dengan laluan laulintas.
6. Peranan asyarakat
Adalah lebih baik menghalang sesuatu perbuatan jenayah itu sebelum ia berlaku.
Walaupun kita tidak boleh bertindak bersendirian, kita masih boleh menjadi mata telinga
pihak berkuasa bagi membantu menangani kes yang semakin menjadi-jadi ini. Masyarakat
boleh membuat aduan kepada balai polis terdekat atau menghubungi polis segera jika mereka
melihat ada kelakuan orang tertentu yang boleh menimbulkan syak.
Kita boleh memberhentikan kenderaan dan membunyikan hon apabila nampak peragut sedang
melakukan jenayah berkenaan. Cara ini akan membuatkan penjenayah itu tergesa-gesa
meninggalkan tempat kejadian.
Bantuan dengan mengambil nombor kenderaan jika peragut itu menggunakan kenderaan
sedikit sebanyak dapat membantu siasatan polis. Apabila ternampak kejadian berkenaan, kita
boleh menjerit untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk sama-sama memberkas
peragut itu.
Masyarakat perlu tanya apakah sumbangan yang mereka lakukan untuk mengatasi masalah
ini. Suka atau tidak, masyarakat perlu membantu polis untuk mencegah kejadian jenayah dari
terus berleluasa. Penduduk sendiri perlu lebih proaktiI dan bersedia memberikan kerjasama
kepada pihak polis dalam membasmi kegiatan jenayah. Janganlah bersikap acuh tak acuh

kiranya diminta untuk memberikan maklumat penting kepada pihak polis. Beranikan diri
untuk bekerjasama dengan polis.
6. Peranan Pihak erkuasa
Dalam usaha mengatasi jenayah ragut, Polis Kuala Lumpur bertindak mewujudkan operasi
berkonsepkan 'kepolisan agresiI' dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk
mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara.
Bagi pihak polis, pendekatan agresiI itu dilakukan betul-betul agresiI supaya ia dapat menutup
peluang untuk semua penjenayah ragut bermaharajalela.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam komennya terhadap
pendedahan peningkatan kes ragut itu memberi jaminan untuk tidak berkompromi dalam soal
ketenteraman dan keselamatan awam.
Oleh itu, usaha menambah sejumlah 60,000 anggota baru polis diharap mampu
memperkukuhkan usaha pasukan itu memerangi jenayah, bukan sahaja jenayah indeks di ibu
negara, malah semua kategori jenayah di dalam negara. Pemantauan dan operasi polis
menangani ragut ini perlu berterusan.
Polis perlu meningkatkan bilangan anggota berpakaian preman untuk melakukan rondaan
khususnya di kawasan berisiko tinggi. Polis boleh menugaskan lebih ramai anggota yang
tidak beruniIorm bagi memantau kawasan berisiko terutamanya di kompleks beli-belah
kerana di situ terdapat ramai pelancong.




.0 ADANGAN PENYELESAIAN ASAALAH
Kajian Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) membuktikan bahawa pencegahan
jenayah merupakan satu mekanisme yang berkesan dan merupakan cara untuk membendung
serta menghalang dari berlakunya kejadian jenayah. Menerusi kaedah ini, YPJM dapat
mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang boleh
dimainkan oleh mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil dalam usaha
mengekang kes jenayah dari berlaku.
Jesteru itu adalah dicadangkan pelajar PLK UUM bersama-sama PPJM manganjurkan
program seumpama ini ( Pencegahan Jenayah ) bagi memberi kesedaran dan pengetahuan
kepada orang ramai mengenai cara-cara yang betul serta perlu diambil dan dipelajari dalam
usaha mencegah dan menangani jenayah dengan berlandaskan undang-undang.
Keberkesanan program pencegahan jenayah ini dijangka akan dapat merealisasikan impian
masyarakat untuk hidup dalam keadaan selamat dan tenteram serta mampu mengawal tahap
ketakutan terhadap jenayah dalam diri masyarakat.
Mencegah jenayah adalah tanggungjawab bersama dan pelbagai program yang diadakan
adalah bersiIat komuniti bertujuan mendekati masyarakat dalam usaha mengurangkan indeks
jenayah jalanan seperti ragut dan samun. InisiatiI ini dibuat bagi menyelamatkan rakyat
terutamanya belia Malaysia bebas daripada jenayah ragut selaras dengan usaha perdana
menteri mewujudkan rakyat yang menyatu-padukan penduduk tanpa mengira bangsa dan
agama.
Seiring dengan tema kempen iaitu ' Anda Mungkin Seterusnya orang ramai tidak harus
berIikir jenayah tersebut tidak akan menimpa diri mereka, sebaliknya sentiasa sedar bahawa
mereka mungkin akan jadi mangsa seterusnya.


Merah, Hitam dan Putih yang menjadi tema bagi kempen, (Merah) melambangkan bahaya
kegiatan ragut, manakala (Hitam) membawa makna kekejaman dan (Putih) pula sebagai
melambangkan niat baik kempen yang mahu memerangi jenayah tersebut. Kempen setengah
hari ini akan menampilkan beberapa personaliti dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
serta Pegawai Polis Bukit Aman sebagai penceramah. Tajuk ceramah yang akan di sampaikan
di Lampiran B .
.1 Apa #asionalnya Program Yang Diadakan
i) Bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai khususnya mereka yang
menjadi sasaran ragut mengenai risiko jenayah itu.
ii) Dengan menyertai program, peserta dijangka dapat menjamin keselamatan serta
membentuk jati diri. Boleh mempraktikkan cara berjalan dengan betul bagi
mengelakkan kejadian jenayah terutama jenayah ragut.
iii) Dapat menilai risiko, iaitu tidak melawan atau jadi hero. Jika berdepan dengan
kejadian jenayah atau menjadi mangsa, melawan kecuali berkemampuan. Kerana
nyawa lebih penting. Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta
oleh penjenayah.
iv) Dapat membuat laporan polis dengan segera selepas kejadian, mengenalpasti perkara-
perkara penting seperti pengecaman wajah, warna pakaian, nombor pendaItaran
kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis.
v) Berkeupayaan untuk membuat rondaan secara berkumpulan bagi mengurang kan
jenayah. Dengan cara ini orang ramai dapat mengetahui dan terlibat dalam pelbagai
program mencegah jenayah yang diadakan dan memastikan kawasan yang didiami
mereka benar-benar menjadi sebuah kawasan selamat.

vi) Dapat menyalurkan maklumat melalui `Skim Pengawasan Kejiranan` untuk menyemai
semangat kejiranan dalam membendung jenayah di kawasan tempat tinggal.
Pendekatan dalam `Skim Pengawasan Kejiranan` adalah mudah di mana masyarakat
bertindak sebagai `mata dan telinga` kepada pihak Polis dalam mengawasi serta
melaporkan sebarang insiden yang melibatkan keselamatan jiran mereka.
vii) Boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah dikawasan mereka dan
Iaham supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas
seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Dapat menghubungi
balai polis berdekatan atau talian hotline.
Usaha untuk mengurangkan kejadian jenayah perlu dilakukan secara berterusan. Kita tidak
boleh cepat jemu. Program seperti kempen, seminar dan ceramah untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat perlu dijalankan secara berterusan dan sistematik.

8.0 PENUTUP
Tanggungjawab membanteras jenayah termasuk curi ragut tidak seharusnya diserahkan
kepada polis semata-mata. Polis tidak mungkin dapat mengatasi masalah jenayah ini
sepenuhnya memandangkan wujud jurang begitu besar di antara jumlah anggota polis dengan
penduduk.

Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan mencegah kejadian jenayah seperti kes ragut,
rompakan, pecah rumah dan pecah kereta dengan memberi maklumat kepada pihak berkuasa.
Marilah kita menjadikan angka kes ragut yang begitu tinggi itu sebagai kejutan untuk kita
bersama-sama memerangi jenayah di negara kita.

Secara keseluruhannya program yang dicadangkan ini tidak akan berkesan sepenuhnya jika
orang ramai sendiri tidak dididik dengan langkah pencegahan jenayah yang betul. Usaha

mencegah jenayah akan dapat direalisasikan apabila bidang kepolisan menjadi bidang yang
berorientasikan masyarakat. Menerusi konsep ini masyarakat turut sama memainkan peranan
dalam menentukan strategi dan terlibat secara langsung dalam memastikan keselamatan dan
ketenteraman di kawasan mereka.

Usaha perlu dilakukan sedaya mungkin bagi menghilangkan perasaan takut kepada jenayah di
kalangan masyarakat bagi merealisasikan matlamat rakyat didahulukan, kerana apabila
masyarakat merasa amat selamat maka barulah kualiti hidup mereka terjamin. Pendekatan
perlulah bersiIat psikologi yang mampu mendorong masyarakat untuk turut sama memainkan
peranan dalam pencegahan jenayah. Dengan adanya program seumpama ini ianya akan dapat
mengurangkan kejadian jenayah serta ketakutan terhadap jenayah itu sendiri dan mengatasi
dari menjadi mangsa jenayah.


#UUKAN
Cegah jenayah keluarga main peranan penting (2008) . In ummatanwasatan (online)
http.//ummatanwasatan.net (2008, August 23)
International Law Book Services (1999) Kanun prosedur fenayah (Akta 593) . Kuala Lumpur
: Golden Book
Laman web Polis Di Rafa Malaysia
Mohd Reduan Aslie (2006) Panduaan Dan Rufukan PTK Polis.
Kuala Lumpur: Red One Network
Mohd Reduan Aslie (2008) Jenayah di Malaysia . Aliran, Punca , Penyelesaian.
Kuala Lumpur: Red One Network
Noor Azilawati Mohd. Sabda (2007) Langkah Pencegahan Jenayah. Kuala Lumpur : Utusan
Publishers


LAPI#AN A
Fakta Kes #agut 009
i. ANGSA AU - 9 ulai
Pelajar tahun pertama jurusan perakaunan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), Lee
Kean Yip, 18, mati akibat kecederaan kepala dan pergelangan tangan akibat ditetak
dengan parang oleh dua penjenayah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya
di TAR Villa.
ii. KUALA LUPU# - 9 ulai
Seorang jurujual wanita berusia 37 tahun putus jari kelingking kiri dan menerima 18
jahitan di kepala selepas bergelut dengan peragut bersenjatakan parang di Taman Putra
Indah, Seri Kembangan.
iii. APANG - un
Seorang pelajar kolej menerima lebih 70 jahitan akibat ditetak peragut di depan
rumahnya di Taman Putera Sulaiman, selepas menggunakan tangan sebagai perisai
mengelak tetakan bertubi-tubi.
iv. SUANG AYA - 0 un
Seorang peragut yang cuba melarikan diri selepas meragut mangsanya, seorang
eksekutiI wanita yang sedang meletakkan kenderaan di luar rumahnya, maut apabila
motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan.
v. SUANG AYA - 19 un
Seorang peragut maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh
tembok kecil sebelum terjatuh ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan
berisi wang tunai RM650 milik seorang guru, di USJ.

vi. KUALA LUPU# - 1 un
Seorang peragut bermotosikal melarikan sebuah teleIon bimbit yang disangkut di
pinggang seorang pegawai polis yang berpakaian biasa. Pegawai berkenaan cuba
mengejar, tetapi peragut terbabit lebih pantas melarikan diri.
vii. H# AH#U - un
Pengurus Jualan sebuah hotel bertaraI empat bintang, cedera parah di muka selepas
diragut di hadapan lobi hotel tempat kerjanya. Mangsa jatuh tersungkur apabila dua
peragut yang menunggang motosikal merentap beg tangannya dari belakang.
viii. SHAH ALA - 1 ac
Seorang warga emas meragut gelang kaki bernilai RM300 seorang kanak-kanak
perempuan berusia setahun yang didukung ibunya di sebuah pasar malam di Taman Sri
Muda. Peragut terbabit ditangkap dan mengaku bersalah apabila dihadapkan ke
mahkamah.
ix. KUALA LUPU#- 0 Februari
Seorang setiausaha dan pereka graIik, masing-masing kerugian lebih RM200 selepas
menjadi mangsa seorang peragut bermotosikal dalam dua kejadian berasingan di sekitar
kawasan ibu kota.
x. APANG - 8 Februari
Seorang wanita parah apabila kedua-dua tangannya ditetak dua lelaki bersenjatakan
parang yang meragut begnya. Kejadian itu adalah yang kelima dialaminya selepas
empat kejadian sama di Petaling Jaya, Puchong dan Johor Bahru.
xi. SUNGAI ULH - 1 anuari
Seorang peragut maut manakala mangsa dan adiknya yang membonceng motosikal
cedera apabila motosikal kedua-duanya bergesel selepas mangsa mengejarnya sejauh
dua kilometre.

LAPI#AN
CERAMAH YANG AKAN DIBERI SERTA PENCERAMAH
i) Apa Itu Jenayah Ragut ?
Penceramah : DSP Ahmad Rithaudin Ahmad pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Menerangkan apa itu jenayah serta kejadian jenayah yang sering berlaku dalam masyarakat
Malaysia.
ii) Bagaimana Jenayah Ragut Boleh Berlaku
Penceramah : Encik Ahmad Kama Piah pangamal undang-undang.
Menerangkan bagaimana kejadian jenayah sering berlaku , punca-punca serta peluang yang
ada.
iii) Undang-Undang Jenayah Di Malaysia / Cara Membuat Repot Polis
Penceramah : ACP Balakrisnan a/l Raju ketua jabatan Risikan Bukit Aman
Undang-undang jenayah yang ada di Malaysia, menerangkan bagaimana membuat repot polis.
iv) Bagaimana Mengelakkan Jenayah Ragut
Penceramah : Encik Hussin pegawai Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia
Menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mengurangkan kejadian serta
peluang kepada penjenayah.
v) Jenayah Membawa Padah Dan Hukuman Yang Menanti
Penceramah : ACP Abdul Hamid Din pegawai undang-undang Pusat Latihan Polis, Kuala
Lumpur.
Menerangkan kesan-kesan keatas mangsa jenayah serta hukuman yang dikenakan kepada
penjenayah.
vi) Cara-cara Melawan dan Mengelak Jenayah
Penceramah : Encik Sahbudin Aladin jurulatih tempur Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur
Mengajar cara-cara untuk mengelak serta berjalan dengan betul untuk mengelakkan jenayah
ragut serta pergerakan asas pertahanan diri.











KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
3.0 SKOP KAJIAN 3
4.0 DATA-DATA YANG ADA. 4
5.0 SOROTAN PERMASAALAHAN 5
6.0




7.0
PERANAN YANG PERLU DIAMBIL BAGI MENGELAKDARIPADA
MENJADI MANGSA RAGUT
6.1 Peranan Individu
6.2 Peranan Masyarakat
6.3 Peranan Pihak Berkuasa
CADANGAN PENYELESAIAN MASAALAH
7.1 Apa Rasionalnya Program Yang Diadakan


7
9
10
11
11
8.0 PENUTUP 12
RUJUKAN
LAMPIRAN