Anda di halaman 1dari 1

Memberi Salam Kepada Bukan Islam

Soalan: Seorang yang bukan Islam telah datang bertanya kepada saya, apakah hukumnya seseorang yang beragama Islam memberi salam kepada orang yang bukan Islam? Ini adalah kerana setiap kali beliau menelefon sahabatnya yang beragama Islam, sekiranya yang mengangkatnya ibu kepada sahabat beliau sering memberi salam kepadanya. Saya memberitahu beliau agar tidak memjawab salam itu dan saya menerangkan kepadanya bahawa ucapan salam ini terbahagi kepada 3 iaitu Wajib, Sunat dan Haram dan lagi "Salam" itu adalah diantara 99 nama Allah. Saya mengharapkan agar pihak tuan dapat memberi pandangan dan hukum terhadap soalan saya ini. Salleh, Gelugor Jawapan: Salam disyariatkan kepada umat Islam sebagai tanda perkenalan antara mereka dan menyalahi cara bertegur sapa yang dilakukan oleh mereka yang tidak beriman kepada Allah dan rasulNya. Salam itu sendiri sebenarnya adalah doa. Ini bermakna jika setiap pagi dan petang kita menerima salam dari saudara seIslam dengan kita samada yang kita kenali mahupun yang tidak kita kenali, kita sudah didoakan rahmat yang banyak dari mereka. Orang yang hidupnya dalam keadaan sentiasa didoakan oleh saudara seIslam dengannya bererti hidupnya adalah berkat. Islam menggariskan hukum memberi salam adalah sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib berdasarkan nas dari AlQuran sendiri. Memandangkan besar kelebihan yang terdapat pada salam itu, kita dilarang dari menyampaikannya kepada orang-orang yang bukan Islam. Malah jika orang yang bukan Islam memberi salam kepada kita, kita hendaklah menjawab : "Waalaikum" sahaja. Namun begitu jika seseorang itu tersalah memberi salam kepada seseorang yang disangkanya adalah muslim, tetapi pada hakikatnya tidak begitu, hukumnya tidaklah berdosa, kerana ia dilakukan tanpa sengaja. Dalam sebuah hadis sahih menjelaskan, sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja tidak membuahkan sebarang dosa kepada pelakunya. Keadaan ini biasanya banyak berlaku kepada pengguna-pengguna telefon di rumah-rumah, padahal orang yang menelefon itu bukan Islam. Seeloknya hendaklah dipastikan terlebih dahulu adakah pemanggil itu Islam atau tidak. Itulah cara terbaik untuk mengelakkan dari terlibat dengan perkara syubhah. Ini boleh dilakukan dengan mengecam suara pemanggil. Melalui suara ini dan gaya bahasa bercakap kita dapat mengetahui biasanya adakah ia Islam atau tidak. Sila rujuk buku-buku berikut:

Anda mungkin juga menyukai