Anda di halaman 1dari 14

1.

0 TEORI PEMOLEHAN BAHASA


1.1 Pengenalan

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa nggeris di sekolah
melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk
memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.

Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi
menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh
sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.

Penulisan ini akan membincangkan bagaimana dan apa usaha yang guru lakukan
untuk membantu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran
membaca meskipun sudah lima tahun setengah melalui pembelajaran di sekolah
rendah. Beberapa aspek yang akan disentuh dalam perbincangan ini adalah teor-teori
pemerolehan bahasa, kaedah dan pendekatan pengajaran serta beberapa perkara
tentang pemilihan, penyesuaian dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar.

1.2 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada
pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan
Konstruktivis.

1.2.1 Teori MentaIis (peIopor - BIoomfieId, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks)
Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull
dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui
proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah
menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.

Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu
dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka
sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

1.2.2 Kebaikan

Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:

a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara
berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara
lebih bersistem.
b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta
suasana dalam bilik darjah.
c. Menekankan aspek peneguhan. ni bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu
bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

1.2.3 KeIemahan

Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:

a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar,
contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. ni bermakna dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu
bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. ni bermakna guru
mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran
bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.

c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia
lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam
proses pembelajaran mereka. ni bermakna murid mengharapkan bantuan daripada
guru untuk belajar.

1.3 PengapIikasian teori daIam keIas bacaan

Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara
berulang-ulang. ni bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata
contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi
sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti
yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada
penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar, pengulangan adalah
sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran
pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan
dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar
diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut.
Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.

1.4 Teori PembeIajaran MentaIis (PeIopor - Noam Chomsky)

Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-
kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu
bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi
konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak
akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar
bertutur.




1.4.0 Kebaikan

a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu
pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan
murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru
dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid
berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat,
kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.

c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan
pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai
digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

1.4.1 KeIemahan

a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan
kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. ni akan
menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan
bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

1.5 ApIikasi daIam keIas bacaan

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan
melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. ni bermakna,
murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai
dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan
dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu
dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah
ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru
menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah
menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama,
guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada
pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya
mencapai kriteria tersebut.

1. 6 Teori Konstruktivis

Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang
berpusatkan pelajar. ni bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk
memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini
mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan
pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu
menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat
mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula
hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa
hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan
penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana
pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.

1.6.0 Kebaikan

a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman
baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan
perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham.

b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan
berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan
penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah.

c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di
kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun
tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas.

1.6.1 KeIemahan

a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang
minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan
pengalaman sedia ada mereka. ni menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai
bahan bantu sebelum dapat melaksanakan pengajarannya.

b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia
ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama
dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia
murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.

1.7 ApIikasi daIam keIas bacaan

Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan
pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang
diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang
dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu
sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti
pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan
murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka
pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang
telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan
pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan
pembelajaran yang baru.

1.9 Teori pembeIajaran dan pengajaran
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembeIajaran
para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. ni bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. ni bermakna, guru boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti
harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai
urutan yang baik. a perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.
Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh
pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
2.0 Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
O Kaedah sumbang saran
O Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
O Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
O Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
O Kaedah oudioligual
O Kaedah kodkognetif
O Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan
bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran
dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh
digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah
dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru
melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar
merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar
dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja
teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik
penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-
contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat
melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan
idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi
contoh-contoh dan iluktrasi. dea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah,
lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang
mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi,
bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

3.0 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK - KANAK
Umur 3 tahun, umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900 hingga
1,000 perkataan. Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan apabila mencapai umur
6 tahun. Apabila kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke sekolah, perbendaharaan kata
mereka bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 80,000 perkataan.
Perkembangan pesat bahasa ini disumbangkan oleh kepesatan minda kanak-kanak
mengingat makna perkataan baru selepas mendengarnya bagi kali pertama atau
bercakap sekali dua dengan rakan-rakannya.
Walaupun kadang-kadang sebutan sesuatu perkataan kurang tepat, ia diperbaiki
dengan teguran dan kekerapan bercakap dengan orang dewasa seperti ibu, bapa atau
adik-beradik saudara. Kanak-kanak mula bercakap menggunakan ayat yang ringkas
dan mudah. Jawapan mereka juga mudah dan singkat. Semakin lama bercakap,
mereka dapat memahami sebab dan akibat, kerana perkembangan mental yang
bertambah baik. Sebutan dan tatabahasa yang baik menjadikan orang dewasa dapat
memahami bahasa mereka. Jika tidak difahami, mereka cuba menerangkannya dengan
lebih jelas.
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan
menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-
ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan
bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat
huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Perkembangan bahasa
kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama.
Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan
naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-
simbol lahir secara sedar.
Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang
sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan
luahan perasaan.
Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan proses
pengajaran (Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis.
Dengan meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar
mempelajari konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).
3.1 PERKEMBANGAN BAHASA MENURUT BERBAGAI KOMPONEN
Perkembangan bahasa kanak - kanak dapat dilihat juga daripada pemerolehan bahasa
mengikut komponen-komponennya.
3.1.0 Perkembangan Pragmatik
Perkembangan komunikasi anak sesungguhnya sudah dimulai sejak dilahirkan,
pertama dari tangisannya bila bayi merasa tidak nyaman, misalnya kerana lapar, lampin
basah. Dari sini bayi akan belajar bahawa ia akan mendapat perhatian ibunya atau
orang lain saat ia menangis sehingga kemudian bayi akan menangis bila meminta
orang dewasa melakukan sesuatu buatnya.
Pada usia 3 minggu bayi tersenyum saat ada rangsangan dari luar, misalnya wajah
seseorang, tatapan mata, suara dan gelitikan. ni disebut senyum sosial. Usia 12
minggu mulai dengan pola dialog sederhana berupa suara balasan bila ibunya memberi
tanggapan. Usia 2 bulan bayi mulai menanggapi ajakan komunikasi ibunya. Usia 5
bulan bayi mulai meniru gerak-geri orang, mempelajari bentuk ekspresi wajah.
Pada usia 6 bulan bayi mulai tertarik dengan benda-benda sehinga komunikasi menjadi
komunikasi ibu, bayi dan benda-benda. Usia 7-12 bulan anak menunjuk sesuatu untuk
menyatakan keinginannya. Gerak-geri ini akan berkembang disertai dengan bunyi-bunyi
tertentu yang mula konsisten. Pada masa ini sampai sekitar 18 bulan, peranan gerak-
geri lebih menonjol dengan penggunaan satu suku kata.
Usia 2 tahun, anak kemudian memasuki tahap sintaksis dengan mampu merangkai
kalimat 2 kata, bertindak balas terhadap pasangan bicaranya dan masuk dalam dialog
singkat. Anak mulai memperkenalkan atau merubah topik dan mulai belajar memelihara
alur percakapan dan menangkap persepsi pendengar. Perilaku ibu sebagai fasilitatif
akan membantu anaknya dalam memperkenalkan topik baru. Lewat umur 3 tahun, anak
mulai berdialog lebih lama sampai beberapa kali giliran.
Lewat umur ini, anak mulai mampu mempertahankan topik yang selanjutnya dan mulai
membuat topik baru. Hampir 50 peratus kanak-kanak 5 tahun dapat mempertahankan
topik melalui 12 kali giliran. Sekitar 36 bulan, terjadi peningkatan dalam keaktifan anak
berbicara memperoleh kesadaran sosial dalam percakapan. Ucapan yang ditujukan
pada pasangan bicara menjadi jelas, tersusun baik dan teradaptasi baik untuk
pendengaran.
Sebahagian besar pasangan berkomunikasi dengan anak adalah orang dewasa,
biasanya orang tua. Saat anak mulai membangun jaringan sosial melibatkan orang di
luar keluarga, mereka akan memodifikasi pemahaman diri dan bayangan diri dan
menjadi lebih sedar akan lingkungan sosial. Persekitaran linguistik mempunyai
pengaruh bermakna pada proses belajar berbahasa. bu memegang peranan dalam
membangun dan mempertahankan dialog yang benar. Anak berada pada fase mono
dialog, percakapan sendiri dengan kemauan untuk melibatkan orang lain. Monolog kaya
dengan lagu, suara, kata-kata tak bermakna, fantasi dan ekspresi perasaan.
3.1.1 Perkembangan Semantik
Kerana faktor lingkungan sangat berperanan dalam perkembangan semantik, maka
pada umur 6-9 bulan anak telah mengenal orang atau benda yang berada di
persekitarannya. Leksikal dan pemerolehan konsep berkembang pesat pada masa pra
sekolah. Terdapat indikasi bahawa anak dengan kosa kata lebih banyak dan lebih
popular di kalangan teman-temannya.
Dianggarkan terjadi penambahan 5 perkataan perhari di usia 1,5 sampai 6 tahun.
Pemahaman perkataan bertambah tanpa pengajaran langsung orang dewasa. Terjadi
strategi pemetaan yang cepat pada usia ini sehingga anak boleh menyambung suatu
kata dengan rujukannya. Pemetaan yang cepat adalah langkah awal dalam proses
pemerolehan leksikal. Selanjutnya secara berperingkat anak akan mengertikan lagi
maklumat-maklumat baru yang diterima.
Definisi kata benda anak usia pra sekolah meliputi fisik seperti bentuk, ukuran dan
warna, fungsi, pemakaian dan lokasi. Definisi kata kerja anak pra sekolah juga berbeza
daripada kata kerja orang dewasa atau anak yang lebih besar. Anak pra sekolah dapat
menjelaskan siapa, apa, di mana, untuk apa, untuk siapa, dengan apa, tapi biasanya
mereka belum memahami pertanyaan bagaimana dan mengapa atau menjelaskan
proses.
Anak akan mengembangkan kosa katanya melalui cerita yang dibacakan orang tuanya.
Begitu kosa kata berkembang, keperluan untuk mengorganisasikan kosa kata akan
lebih meningkat, dan beberapa rangkaian semantik atau antara relasi akan terbentuk.
3.1.2 Perkembangan Sintaksis
Susunan sintaksis paling awal terlihat pada usia kira-kira 18 bulan walaupun pada
beberapa anak terlihat pada usia 1 tahun bahkan lebih dari 2 tahun. Awalnya berupa
kalimat dua kata. Rangkaian dua kata, berbeza dengan "kalimat satu kata sebelumnya
yang disebut holofrastis . Kalimat satu kata biasa ditafsirkan dengan
mempertimbangkan konteks penggunaannya.
Peralihan dari satu kata menjadi kalimat yang merupakan rangkaian kata terjadi secara
bertahap. Pada waktu kalimat pertama terbentuk iaitu penggabugan dua kata menjadi
kalimat, rangkaian kata tersebut berada pada jalinan intonasi. Jika kalimat dua kata
tersebut memberi makna lebih dari satu, maka anak akan membezakannya dengan
menggunakan pola intonasi yang berbeza. Perkembangan pemerolehan sintaksis
meningkat dengan pesat pada waktu anak menjalani usia 2 tahun, yang mencapai
puncaknya pada akhir usia 2 tahu

















Nama : NorIisawani bt RamIi
I/c : 850330-11-5582
REFLEKSI

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, Encik Ayob bin Sukani di atas bimbingan dan nasihat beliau yang telah
diberikan sepanjang penyediaan tugasan bagi subjek PERMATA ini. Pada mulanya
saya mendapat tajuk ini, saya tidak memahami apa yang dikehendaki dan saya
berusaha untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut di internet. Akhirnya usaha saya
tidak sia-sia kerana banyak maklumat yang saya perolehi dan akhirnya saya
memahami serba sedikit akan tajuk yang telah saya dapat itu.

Oleh kerana tugasan ini adalah tugasan yang berkumpulan kami telah mambuat
perbincangan kumpulan untuk berbincang tajuk tugasan tersebut. Kami juga telah
diagihkan tugas untuk memudahkan tugasan ini dijalankan. Ahli kumpulan kami terdiri
daripada tiga orang iaitu Zuraida bt Zabidi, Nirzawati bt Mohd Ridzwan dan saya sendiri
Norlisawani bt Ramli.

Harapan saya agar bahan yang saya tugasan dapat dibuat rujukan dalam proses
pengajaran saya di pusat permata kelak. Akhir sekali bersyukur ke hadrat lahi kerana
berkat doa dan kesabaran saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya memohon maaf jika tugasan yang saya lakukan ini banyak kekurangan
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari
kelemahan saya sendiri. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai