Norainica 020045 D 05 TTP

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 23

KAJIAN PERBANDINGAN PELBAGAI GRED KONKRIT SEDERHANA KE ATAS RASUK KONKRIT BERTETULANG DARI ASPEK REKABENTUK DAN EKONOMI

NORAINI BINTI MOHD HAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN PERBANDINGAN PELBAGAI GRED KONKRIT SEDERHANA KE ATAS RASUK KONKRIT BERTETULANG DARI ASPEK REKABENTUK DAN EKONOMI

NORAINI BINTI MOHD HAMIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2005

ii

iii

Untuk mak , abah dan adik-adik tersayang Buat sahabat seperjuangan..yatz dan yang lain.. susah-senang bersama dan.. Kepada yang menghulurkan doa dan sokongan.. terima kasih untuk segalanya..

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Muhammad S.A.W. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke

hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan laporan kajian ini.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Encik Ahmad Zaidon bin Rais selaku penyelia saya di atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan. Semoga dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Amin.

Buat teman-teman seperjuangan yang sama-sama mengharungi detik-detik suka duka dalam proses penyiapan Projek Sarjana Muda ini, terima kasih juga saya ucapkan di atas sokongan dan dorongan kalian. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama. InsyaAllah.

Akhir sekali, terima kasih buat semua yang turut membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses penyiapan laporan ini. Semoga kajian ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua.

Wassalam...

ABSTRAK

Konkrit merupakan bahan binaan terpenting dalam industri pembinaan di Malaysia. Sebab utamanya ialah konkrit sangat baik dalam mampatan tetapi amat lemah dalam tegangan. Oleh itu, untuk meningkatkan kekuatan pada struktur, Objektif kajian ini dilaksanakan ialah

konkrit bertetulang telah diperkenalkan.

untuk mengetahui bilangan dan saiz tetulang tegangan dan mampatan untuk sesuatu rasuk yang sama panjang dengan penggunaan kekuatan ciri konkrit yang berbeza. Seterusnya, mengetahui corak harga bagi rasuk yang menggunakan kekuatan ciri konkrit yang berbeza pada panjang rentang yang sama. Dua proses terlibat dalam kajian ini dalam usaha untuk mencapai objektif yang telah digariskan iaitu rekabentuk rasuk sokong mudah dan rasuk selanjar dan diikuti oleh proses ukur kuantiti dan pengiraan kos bagi rasuk tersebut. Keputusan yang telah diperolehi menunjukkan bahawa untuk keratan rasuk bertetulang tunggal, bilangan dan saiz tetulang yang perlu disediakan semakin berkurang dengan peningkatan kekuatan ciri konkrit yang digunakan. Berlainan pula untuk keratan rasuk bertetulang ganda, tetulang pada zon tegangan semakin meningkat apabila kekuatan ciri konkrit yang besar digunakan. Corak harga untuk setiap rasuk yang direkabentuk banyak

dipengaruhi oleh jenis keratan sama ada keratan bertetulang tunggal atau keratan bertetulang ganda.

vi

ABSTRACT

Concrete is the most essential material in construction field in Malaysia. Concrete is very good in compression but unfortunately weak in tension. Thus, to enhance the strength of the concrete structure, reinforced concrete is introduced. The aim of this study is to determine the numbers and size of reinforcement bar required for concrete beam with certain span length when different characteristic strength of concrete, fcu is apply to design process. Then, it used to estimate the beam cost and to identify the cost pattern in effort to accomplish the economic aspect in this study. Two processes are involved towards achieving the aim, which is design process for simply supported and continuous beams followed by takingoff and cost estimation. The result indicates that for singly reinforced concrete section, tensile reinforcement bars number and size required decrease with the increase of fcu value. While doubly reinforced concrete section, the bars number required for tensile zone is increase with the increase of fcu value. The cost pattern for each concrete beams are mostly influenced by the types of concrete section whether singly or doubly reinforced concrete section.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii x xii xiii xv

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Konkrit Penyataan Masalah Objektif Kajian Skop Kajian Kepentingan Kajian

1 1 1 3 4 4

KAJIAN LITERATUR 2.1 Konkrit 2.1.1 Kebolehkerjaan

7 7 7

viii

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

2.1.1.1 Ujian Runtuhan (Slump Test) 2.1.2 Kekuatan Mampatan Konkrit 2.1.2.1 Umur Konkrit dan Pengawetan 2.1.2.2 Jenis Simen 2.1.2.3 Jenis dan Gred Batu Baur 2.1.2.4 Nisbah Air/Simen 2.1.2.5 Kaedah Penggaulan 2.1.3 2.2 2.3 Ketahanlasakan

7 8 9 9 9 10 10 11 11

Tetulang

Ketahanlasakan Konkrit Dalam Elemen Rekabentuk 12 2.3.1 Semakan Ricih 2.3.2 Pesongan 12 14 14

2.3.3 Keretakan

METODOLOGI 3.1 3.2 Pengumpulan Data dan Maklumat Sistem Kiraan Excel 3.2.1 Proses Merekabentuk Rasuk 3.2.1.1 Rekabentuk Keratan Segiempat 3.2.1.2 Rekabentuk Rasuk Bebibir 3.2.2 Semakan Ricih 3.2.3 Semakan Pesongan

18 18 19 19 20 21 22 23 23

3.2.4 Semakan Retak 3.2.5 Ukur Kuantiti dan Penentuan Kos Untuk Setiap Rasuk 3.3 Menganalisis Hasil Rekabentuk

24 24

ANALISIS DAN KEPUTUSAN 4.1 4.2 4.3 4.4 Analisis Rakabentuk Rasuk Sokong Mudah Analisis Rakabentuk Rasuk Selanjar Tiga Rentang Kos Rasuk Sokong Mudah Kos Rasuk Selanjar Tiga Rentang

25 25 28 41 47

ix

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 Kesimpulan Cadangan

55 55 56

RUJUKAN

57

LAMPIRAN

58

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1 2.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Gred Konkrit Yang Dicadangkan Perkaitan Antara Kebolehkerjaan Konkrit Dengan Nilai Runtuhan Keputusan Rekabentuk Rasuk Sokong Mudah Untuk Rentang 5 m Keputusan Rekabentuk Rasuk Sokong Mudah Untuk Rentang 6 m Keputusan Rekabentuk Rasuk Sokong Mudah Untuk Rentang 7 m Keputusan Rekabentuk Rasuk Sokong Mudah Untuk Rentang 8 m Keputusan Rekabentuk Rasuk Sokong Mudah Untuk Rentang 9 m Keputusan Rekabentuk Rasuk Sokong Mudah Untuk Rentang 10 m Keputusan Rekabentuk Rasuk Selanjar 3 Rentang Dengan Panjang Setiap Rentang 5 m

2 8 32 32 33 33 34 34

35

4.8

Keputusan Rekabentuk Rasuk Selanjar 3 Rentang Dengan Panjang Setiap Rentang 6 m 36

4.9

Keputusan Rekabentuk Rasuk Selanjar 3 Rentang Dengan Panjang Setiap Rentang 7 m 37

4.10

Keputusan Rekabentuk Rasuk Selanjar 3 Rentang Dengan Panjang Setiap Rentang 8 m 38

4.11

Keputusan Rekabentuk Rasuk Selanjar 3 Rentang Dengan Panjang Setiap Rentang 9 m 39

4.12

Keputusan Rekabentuk Rasuk Selanjar 3 Rentang Dengan Panjang Setiap Rentang 10 m 40 41

4.13

Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Dengan Rentang 5 m

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19 4.20 4.21 4.22 4.23 4.24

Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Dengan Rentang 6 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Dengan Rentang 7 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Dengan Rentang 8 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Dengan Rentang 9 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Dengan Rentang 10 m Kos Untuk Rsuk Selanjar Dengan Panjang Setiap Rentang 5 m Kos Untuk Rsuk Selanjar Dengan Panjang Setiap Rentang 6 m Kos Untuk Rsuk Selanjar Dengan Panjang Setiap Rentang 7m Kos Untuk Rsuk Selanjar Dengan Panjang Setiap Rentang 8 m Kos Untuk Rsuk Selanjar Dengan Panjang Setiap Rentang 9 m Kos Untuk Rsuk Selanjar Dengan Panjang Setiap Rentang 10 m

42 43 45 46 47 48 49 50 51 52 53

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 1.1 2.1 2.2 2.3 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.13 Skop Kajian

TAJUK

MUKA SURAT 5 15 16 16 25 28 41 42 44 45 46 47 48 50 51 52 53 54

Posisi Berkemungkinan Berlakunya Retak Pepenjuru Yang Kritikal Untuk Rasuk a/d < h Corak Keretakan Dengan Nilai As/bvd yang berlainan Corak Keretakan Dan Jenis Kegagalan Dengan a/d Yang Berbeza Rasuk Sokong Mudah Yang Direkabentuk Rasuk Selanjar Tiga Rentang Yang Direkabentuk Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Rentang 5 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Rentang 6 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Rentang 7 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Rentang 8 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Rentang 9 m Kos Untuk Rasuk Sokong Mudah Rentang 10 m Kos Untuk Rasuk Selanjar 5 m Setiap Rentang Bagi Setiap Gred Konkrit Kos Untuk Rasuk Selanjar 6 m Setiap Rentang Bagi Setiap Gred Konkrit Kos Untuk Rasuk Selanjar 7 m Setiap Rentang Bagi Setiap Gred Konkrit Kos Untuk Rasuk Selanjar 8 m Setiap Rentang Bagi Setiap Gred Konkrit Kos Untuk Rasuk Selanjar 9 m Setiap Rentang Bagi Setiap Gred Konkrit Kos Untuk Rasuk Selanjar 10 m Setiap Rentang Bagi Setiap Gred Konkrit

xiii

SENARAI SIMBOL

m Gk Qk W fcu fy fyv c L As As b bw h d d hf M x z Asv bv Sv Sb

Faktor keselamatan separa untuk kekuatan bahan Beban mati ciri Beban kenaan ciri Beban rekabentuk Kekuatan ciri konkrit Kekuatan ciri tetulang Kekuatan ciri perangkai (tidak melebihi 460 N/mm2) Penutup Panjang rentang Luas tetulang tegangan Luas tetulang mampatan Lebar atau lebar mampatan untuk keratan segiempat atau bebibir dalam zon mampatan Lebar purata web untuk rasuk bebibir Kedalaman keratan Kedalaman berkesan untuk tetulang tegangan Kedalaman ke tetulang tegangan Tebal bebibir Momen rintangan muktamad Kedalaman ke paksi neutral Lengan momen Jumlah keratan rentas perangkai pada paksi neutral, di keratan Lebar keratan (untuk rasuk bebibir, purata lebar pada rib bawah bebibir diambil) Jarak perangkai sepanjang anggota Jarak bar dibengkok

xiv

SENARAI SIMBOL

V v vc

Daya ricih pada beban muktamad Tegasan ricih pada keratan rentas Tegasan ricih konkrit Luas tetulang tegangan yang disediakan Luas tetulang mampatan yang disediakan Tegasan khidmat pada tetulang tegangan Faktor ubahsuai tetulang tegangan Faktor ubahsuai tetulang mampatan Diameter perangkai Diameter tetulang

As prov As prov fs f.u.t.t p bar -

f.u.t.m -

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C D E

Contoh pengiraan rekabentuk rasuk sokong mudah Contoh pengiraan rekabentuk rasuk selanjar Kos untuk konkrit dan tetulang Contoh pengiraan ukur kuantiti rasuk sokong mudah Contoh pengiraan ukur kos rasuk sokong mudah

58 62 68 69 70

BAB 1

PENGENALAN

1.1

KONKRIT

Konkrit merupakan bahan binaan kejuruteraan awam yang masih lagi mempunyai permintaan yang tinggi dalam bidang pembinaan. Walaupun

penggunaan konkrit ini telah diwarisi sejak dari 6000 tahun dahulu namun sehingga kini ia adalah bahan binaan terpenting. Bolehlah dikatakan bahawa konkrit adalah bahan pencetus kepada ketamadunan manusia dan kemajuan sesebuah negara. Hampir keseluruhan binaan struktur di Malaysia bahkan serata dunia melibatkan penggunaan konkrit. Adalah tidak dinafikan bahawa penggunaan keluli semakin mendapat tempat dalam industri pembinaan dari sehari ke sehari berikutan daripada sifatnya yang lebih tahan lasak dan kukuh serta mudah proses pembinaannya.

Namun begitu, konkrit juga tidak terkecuali daripada mengalami perubahan untuk memantapkan lagi sifatnya terutama dari segi kekuatan, kebolehkerjaan dan ketahanlasakan. Satu kebaikan konkrit yang menjadi perhatian ialah penggunaannya mudah diaplikasikan dalam pelbagai bentuk struktur yang dikehendaki [1]. Konkrit terbentuk hasil daripada bancuhan beberapa komponen utama iaitu simen, aggregat kasar, aggregat halus dan air. Adakalanya, sifat konkrit perlu diubahsuai supaya memenuhi kehendak sesuatu pembinaan maka bahan tambah dicampurkan. Fungsi utama bahan tambah ialah untuk mengubah sifat konkrit dalam keadaan baru atau mengeras [2].

2 Terdapat pelbagai gred konkrit yang dijual di pasaran. Lazimnya, gred

konkrit melambangkan kekuatan ciri konkrit tersebut. Dalam Jadual 1.1 dinyatakan sembilan gred konkrit yang dilabelkan dengan suatu nombor yang sama dengan kekuatan ciri masing-masing dan dinyatakan dalam unit N/mm2 dengan tujuan untuk meminimakan kekeliruan yang mungkin berlaku akibat percanggahan nombor label untuk gred dan kekuatan [3].

Jadual 1.1 : Gred konkrit yang telah dicadangkan [3]. Gred 7 10 15 20 25 30 40 50 60 Kekuatan ciri, fcu N/mm2 7 10 15 20 25 30 40 50 60 lb/in2 1000 1450 2200 2900 3600 4350 5800 7250 8700 Konkrit untuk pra-tegasan tegang-dahulu Konkrit bertetulang menggunakan batu baur ringan Konkrit bertetulang menggunakan batu berat Konkrit kemudian untuk pra-tegasan tegangGred terendah yang sesuai untuk

kegunaan tertentu Konkrit padu (jisim)

Berdasarkan gred konkrit tersebut, ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu konkrit berkekuatan sederhana (normal) dan konkrit berkekuatan tinggi. Lazimnya, konkrit berkekuatan sederhana dilabelkan sebagai gred 20, 25, 30, 35 dan 40 N/mm2. Manakala konkrit berkekuatan tinggi pula antara 50 N/mm2 hingga 100 N/mm2. Kini wujud lagi satu istilah iaitu konkrit berkekuatan ultra-tinggi jika kekuatan mampatannya melebihi 200 N/mm2.

Walaupun konkrit mempunyai sifat-sifat kekuatan dan ketahanlasakan yang tersendiri namun kekuatannya lebih tertumpu kepada kekuatan mampatan. Konkrit amat baik dalam mampatan tetapi lemah dalam tegangan iaitu antara 3 Mpa hingga 5

3 Mpa sahaja. Oleh itu, konkrit bertetulang diperkenalkan. Konkrit bertetulang

didefinisikan sebagai konkrit yang mengandungi tetulang atau bar-bar keluli untuk meningkatkan kekuatan tegangannya. Ini merupakan aplikasi daripada sifat-sifat keluli yang mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi. Maka gabungan antara kedua-dua bahan ini iaitu konkrit dan keluli dapat menghasilkan satu struktur yang stabil dan kukuh dari pelbagai aspek.

1.2

PENYATAAN MASALAH

Selain daripada aspek rekabentuk, ekonomi merupakan satu faktor penting yang dipertimbangkan dalam pembinaan sesuatu struktur. Kekeliruan seringkali timbul ketika membuat pilihan terbaik antara kombinasi gred konkrit dengan saiz dan bilangan tetulang yang digunakan. Persoalan yang timbul ialah adakah dengan menggunakan gred konkrit yang lebih tinggi dapat mengurangkan penggunaan tetulang dan mampukah ia menghasilkan satu struktur rasuk yang ekonomik. Atau mungkinkah rasuk akan lebih ekonomik dengan penggunaan gred konkrit yang lebih rendah tetapi melibatkan penggunaan tetulang yang lebih banyak. Kajian ini adalah untuk mencari satu jawapan ke atas penggunaan gred konkrit yang berbeza dalam rekabentuk rasuk dan mengetahui gred yang mampu memberikan nilai yang paling minima dari segi ekonomi di samping memastikan aspek rekabentuk tidak diabaikan.

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif iaitu:

i.

Untuk mengetahui bilangan dan saiz tetulang tegangan dan mampatan yang perlu disediakan untuk sesuatu rasuk yang sama panjang dengan penggunaan kekuatan ciri konkrit yang berbeza.

4 ii. Untuk mengetahui corak harga rasuk yang menggunakan kekuatan ciri konkrit yang berbeza pada panjang rentang yang sama.

1.4 SKOP KAJIAN

Ruang lingkup kajian ini hanya tertumpu kepada rekabentuk rasuk konkrit bertetulang iaitu rasuk disokong mudah dan rasuk selanjar sahaja dengan menggunakan gred konkrit yang berbeza iaitu gred 20, 25, 30, 35 dan 40 seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.1

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Kerjakerja kejuruteraan awam sangat menitikberatkan soal keselamatan dari pelbagai aspek seperti rekabentuk dan pembinaan sesuatu struktur. Di samping itu, satu aspek lain yang dikira penting dan perlu dipertimbangkan ialah aspek kos dan ekonomi. Adalah menjadi satu idaman untuk menghasilkan satu rekabentuk yang selamat dan sempurna dengan penggunaan kos yang minima. Maka, berdasarkan faktor tersebut kajian perbandingan penggunaan pelbagai gred konkrit sederhana dalam rekabentuk rasuk konkrit bertetulang dilaksanakan.

Kajian ini akan memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai perkaitan pelbagai gred konkrit sederhana antara rekabentuk dan nilai ekonomi. Kajian ini mengambilkira harga konkrit pelbagai gred dan harga tetulang di pasaran pada ketika ini. Oleh itu, maklumat perbandingan harga terkini dapat diperolehi.

RASUK

SOKONG MUDAH

SELANJAR

fcu = 20, 25, 30, 35, 40 N/mm2

EKONOMIK

LUAS TETULANG

BILANGAN TETULANG

REKABENTUK

SAIZ

DAYA RICIH

MOMEN

PESONGAN DAN KERETAKAN

Rajah 1.1: Skop kajian perbandingan pelbagai gred konkrit sederhana ke atas rasuk konkrit bertetulang dari aspek rekabentuk dan ekonomi

Anda mungkin juga menyukai