Anda di halaman 1dari 63

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

AUTOBIOGRAFI 1. Karangan autobiografi biasanya mengisahkan tentang riwayat hidup sesuatu benda. 2. Karangan jenis ini biasanya memerlukan calon membayangkan diri calon sebagai sesuatu benda / perkara secara terperinci. 3. Karangan jenis ini dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya ialah : a) autobiografi benda b) autobiografi binatang c) autobiografi pokok / tumbuhan 4. Karangan calon boleh menyentuh perkara-perkara seperti berikut: a) tempat dibuat atau tempat asal b) rupa bentuk dan sifat c) siapa diri d) tempat-tempat yang dilalui e) fungsi atau tugas pada setiap hari f) pengalaman g) perasaan terhadap sesuatu perkara atau seseorang h) kesudahan hidup 5. Karangan mestilah ditulis secara berperenggan mengikut urutan. 6. Karangan perlu mempunyai pendahuluan, empat isi utama, dan penutup. Isi-isi perlu ditulis dalam perenggan yang berlainan. 7. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan ayat yang pendek serta jelas. 8. Calon boleh memasukkan pendapat dan cadangan terhadap perkara yang diceritakan.

Aku Senaskhah Surat Khabar

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. Selain aku, ada berpuluh-puluh lagi rakan sejenisku yang sama bentuk fizikalnya denganku. Namaku Harian Metro. Aku siap dicetak pada awal pagi. Pada setiap hari, isi kandunganku berubah-ubah. Dalam badanku terdapat banyak berita dan peristiwa yang terjadi di dalam dan luar negara. Selain berita, aku turut memuatkan maklumat tentang hiburan, sukan, budaya, iklan dan sebagainya. Setelah siap dicetak, aku dihantar ke pusat pengedaran. Kemudian, aku dibawa oleh seorang penjual menaiki motosikal. Aku diikat bersama beberapa orang kawan aku yang berlainan nama. Sampai di sebuah rumah, aku dicampakkan oleh penjual tadi di halaman rumah itu. Aku terasa amat sakit. Nasibku agak baik kerana terjatuh di atas rumput. Sepatutnya aku dijual dengan harga satu ringgit senaskhah. Namun , disebabkan aku mempunyai pelanggan tetap, dia membayar hargaku pada setiap awal bulan. Aku diambil oleh seorang wanita dan dibawa masuk ke dalam rumah. Aku diselak sehelai demi sehelai. Selepas itu, seorang lelaki yang bertali leher mengambilku pula. Aku terus dibawa ke meja makan. Dia membaca aku sambil bersarapan pagi. Kemudian, seorang budak lelaki begitu asyik meneliti isi kandunganku di bahagian rancangan televisyen. Pada hari itu, mereka bertukar-tukar membaca isi kandunganku. Menjelang waktu malam, aku seolah-olah tidak dipedulikan lagi. Keesokannya aku dimasukkan ke dalam rak. Di sini, aku bertemu dengan kawan-kawanku yang kelihatan sudah usang dan tidak terurus. Seminggu selepas itu, aku bersama kawan-kawanku tadi dimasukkan ke dalam sebuah stor. Tinggallah aku di situ dalam keadaan gelap-gelita.

Aku Sekaki Payung

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar . Aku dibuat di sebuah kilang di Malaysia. Badan aku diperbuat daripada kain yang berwarna-warni, rangka besi dan plastik. Badan aku akan dikembangkan apabila hendak digunakan. Jika tidak, badan aku sentiasa menguncup.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Dari kilang tempat aku dilahirkan, aku telah dihantar ke sebuah kedai. Di kedai itu aku digantung di suatu tempat bersama rakan-rakan aku yang lain. Mereka cantik-cantik belaka. Pada suatu hari, seorang gadis telah tertarik kepada kecantikan aku, lalu membeli aku. Apabila hujan atau panas, aku sedia berbakti kepada tuan aku itu. Kawankawan tuan aku memuji kecantikanku. Aku turut berasa gembira kerana aku sentiasa dipuji. Tuan aku sungguh gembira kerana aku berjasa kepadanya. Dia menjaga aku dengan cermat. Aku berasa bangga kerana dapat berbakti serta disayangi tuan aku. Pada suatu hari, tuan aku merungut kerana aku tidak dapat digunakan lagi. Aku berasa sedih kerana badanku uzur dan tidak dapat berbakti kepada tuan aku lagi. Hayatku berakhir apabila aku dibuang ke dalam tong sampah. Aku Sebuah Tudung Saji Aku sebuah tudung saji. Aku diperbuat daripada daun mengkuang. Aku dihasilkan di sebuah kampung yang terpencil oleh seorang perempuan bernama Mak Limah. Aku mempunyai reka bentuk yang menarik. Tubuhku dibaluti oleh kain baldu berwarna merah dan dilukis dengan gambar setangkai bunga berwarna hijau dan kuning. Pada suatu hari aku dibeli oleh seorang peniaga. Aku dibawa ke kedainya. Aku dipamerkan di suatu sudut di kedai itu. Pada suatu hari seorang wanita kaya telah tertarik dengan kecantikan aku. Wanita itu membeli aku tanpa tawarmenawar lalu membawa aku balik ke rumahnya. Di rumah, aku menjalankan tugasku menudung makanan supaya tidak dihinggapi lalat. Ketika menjalankan tugas, aku terpaksa menghidu bau pelbagai jenis makanan. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan dan bulan barganti tahun. Masa begitu cepat berlalu tanpa disedari kini badanku mulai uzur. Aku tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Aku kini dijadikan bahan perhiasan oleh tuan aku. Kini, aku digantung di ruang tamu. Aku gembira kerana masih dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku Sebatang Pen 3

Nama dan asal usul

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

i. riwayat hidup - tempat tinggal - dijaga ii. penggunaan - menulis / mengarang / mengira - menyiapkan kerja sekolah iii. peristiwa gembira - dibawa ke sekolah / ke pejabat - dapat berbakti kepada tuan iv. peristiwa sedih - habis dakwat / hilang / jatuh / dicuri / rosak / buruk beli baru - dibuang / disimpan untuk kenangan tamat riwayat Aku Sebuah Makmal Komputer 1. Sebuah makmal komputer 2. Terletak berhampiran dengan bilik guru 3. Dibina pada tahun 2003. Dibina daripada batu-batan dan simen 4. Dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah 5. Terdapat 20 buah komputer kerusi dan meja 6. Kegunaan makmal 7. Dijaga dengan baik 8. Kesudahan masih berkhidmat

Aku sepasang kasut riwayat hidup - asal nama diberi 1. 2. 3. 4. 5. dipamerkan di kedai dimiliki orang ketika masih baru mendapat sanjungan dan pujian tidak digunakan dengan cermat tidak digunakan lagi - menghabiskan sisa-sisa hidup

Di antara sahabat kamu, tentu ada seorang yang paling rapat dengan kamu. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Sahabat Baik Saya. Sahabat Baik Saya. orang yang paling rapat i. latar belakang ii. pendidikan iii. sikap / sifat iv. cita-cita v. sumbangan vi. hobi harapan Tajuk-tajuk Karangan Autobiografi Aku sebuah beg sekolah Aku sebuah jam tangan Aku sebuah basikal Aku sebuah kereta Aku sebuah pondok telefon Aku sebiji bola Aku sehelai baju Aku sebatang penyapu Aku sebuah bas sekolah Aku sebilah parang Saya sebuah tudung saji Saya sebuah rumah Saya seorang nelayan Saya seorang guru Saya seekor nyamuk Aku sebuah beg sekolah Aku sebuah jam tangan Aku sebuah basikal Aku sebuah kereta Aku sebuah pondok telefon Aku sebiji bola Aku sehelai baju Aku sebatang penyapu Aku sebuah bas

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

BIOGRAFI

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

1. Karangan biografi menceritakan diri seseorang seperti riwayat / kisah , tugas , kejayaan dan jasa seseorang kepada masyarakat. 2. Antara riwayat hidup tokoh yang dipilih ialah negarawan , karyawan , ahli perniagaan , seniman , tokoh akademik dan lain-lain. 3. Murid-murid perlu mempunyai maklumat yang cukup tentang tokoh yang ditulis. 4. Tuliskan latar belakang seseorang itu dengan jelas seperti : a ) umur , tarikh lahir , b ) asal , tempat lahir , c ) pendidikan , sekolah , universiti , d ) jawatan , pangkat , e ) kejayaan dan sebagainya. 5. Nyatakan peranan dan jasanya kepada masyarakat,bangsa, negara dan sebagainya. 6. Jelaskan keistimewaan , anugerah yang diterima atau sumbangan yang diberikannya. 7. Penggunaan ungkapan yang sesuai amat penting untuk menulis sebuah karangan biografi yang baik.

2)Pemimpin Yang Saya Hormati

Banyak pemimpin yang berjasa kepada negara kita. Namun pemimpin yang saya hormati ialah Dato Seri Dr. Mahathir Muhammad. Dr. Mahathir Muhammad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Setar. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Sheikh Muhammad dan Puan Tempawan. Beliau menamatkan pengajian sekolah rendah dan menengah di negeri Kedah. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Singapura. Beliau berjaya dalam bidang politik. Sepanjang pengalamannya, beliau dilantik memegang pelbagai jawatan penting. Pada tahun 1981,Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Dr. Mahathir membawa pelbagai pembangunan dan kejayaan kepada negara kita. Beliau disanjung di arena dunia. Oleh sebab itu, saya amat menghormati beliau. 3)Jiran Saya Jiran saya bernama Encik Lim Fong. Dia seorang pegawai polis. Dia bertugas di Balai Polis Buklit Aman. Isterinya bernama Puan Cecelia Tan. Dia mempunyai seoarang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Semua anaknya sudah besar. Encik Lam Fong seorang yang peramah dan baik hati. Dia suka menolong orang yang dalam kesusahan. Dia selalu berbual-bual dengan ayah saya pada waktu petang. Puan Cecelia pula bersahabat baik dengan ibu saya. Mereka selalu pergi ke pasar bersama-sama. Saya berasa gembira kerana mempunyai jiran yang baik seperti mereka.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

4)Guru Kelas Saya

Saya belajar dalam Tahun Enam Bestari. Guru kelas saya ialah Cikgu Mala. Beliau berumur 26 tahun. Beliau berasal dari Negeri Kedah. Beliau merupakan guru baru di sekolah saya. Beliau mengajar mata pelajaran Matematik mengambil hati murid-murid. Semua murid di kelas saya suka akan Cikgu Mala. Beliau seorang yang penyabar. Beliau tidak berasa bosan mengajar kami. Beliau juga tidak penat semasa mengajar kami di sekolah. Saya sungguh berbangga dengan guru saya.Saya sangat menghormati Cikgu Mala. di kelas saya. Cikgu Mala sangat sayangkan murid-muridnya. Beliau seorang guru yang baik. Beliau pandai

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

5)Sahabat Karib Saya Saya mempunyai ramai sahabat. Tetapi sahabat saya yang paling karib

ialah Ramesh. Dia berumur sebelas tahun. Dia tinggal berhampiran dengan rumah saya. Kami tidak belajar di sekolah yang sama. Ramesh dan saya bertemu pada setiap petang. Kami bermain pelbagai jenis permainan bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Ramesh ialah seorang budak yang pandai. Dia juga seorang budak yang baik. Bapanya ialah seorang doktor. Ibunya pula seorang guru. Ramesh sangat gemar membaca. Kami pergi ke perpustakaan awam pada setiap hari Sabtu. Ramesh bercita-cita hendak menjadi seorang doktor seperti bapanya juga. Sebenarnya,Ramesh ialah sahabat saya yang sungguh mengagumkan.

6) Keluarga Saya

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Nama saya ialah Barathan. Keluarga saya adalah sebuah keluarga yang kecil . Saya bersama keluarga saya tinggal di Taman Cenderawasih. Dalam keluarga saya ada seramai lima ahli. Nama ayah saya ialah Encik Maniam. Ibu saya bernama Puan Santha. Saya adalah anak bongsu. Saya mempunyai seorang abang dan kakak . Mereka bernama Siva dan Susi. Ayah saya bertugas sebagai posmen. Dia bekerja di Pejabat Pos Bagan Serai . Ibu saya seorang suri rumah . Abang dan kakak saya masih bersekolah. Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau. Ibu bapa saya sangat sayangkan kami. Mereka selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami.

1)Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1902 di Alor Setar. Tunku mendapat pendidikan awal di Kedah.Kemudian, melanjutkan pelajaran Ke England. Selepas tamat pengajian, beliau memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan.Pada tahun 1951 ,beliau menjadi Presiden UMNO. Tunku berusaha keras untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Setelah itu ,Tunku menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tunku menjadi Perdana Menteri yang pertama. Tunku menjadi Perdana Menteri selama 15 tahun.Beliau membawa pelbagai kemajuan kepada negara kita. Walaupun Tunku sudah meninggal, jasanya akan dikenang untuk selama- lamanya.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

CERITA / CEREKA 1. Karangan jenis ini merupakan suatu karangan yang menceritakan sesuatu perkara atau peristiwa. 2. Kamu perlu memahami soalan atau tajuk yang diberikan. 3. Cerita kamu hendaklah sesuatu yang diterima akal sungguhpun ia hanyalah suatu rekaan. 4. Cerita itu boleh berbentuk imaginasi, pengalaman kamu, atau kehidupan makhluk lain. 5. Ia mesti mempunyai perkembangan, ketegangan/kemuncak dan penutup. 6. Untuk menjadikan karangan kamu lebih menarik, selitkan dialog dan peribahasa. 7. Setiap cerita yang ditulis mestilah diselitkan dengan nilai-nilai murni seperti rajin, bertanggungjawab, suka tolong-menolong, kasih sayang, dan sebagainya. 8. Dialog yang digunakan hendaklah dalam bahasa Melayu baku dan bukan loghat daerah. 9. Akhiri cerita kamu dengan baik. Jangan biarkan cerita kamu tergantung; iaitu tanpa penutup atau tidak lengkap. 10. Karangan kamu boleh ditamatkan dengan memberi suatu rumusan atau buah fikiran yang membina. 11. Kamu boleh menggunakan bahasa yang kreatif, iaitu bahasa yang berbunga-bunga.

10

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Kebakaran Suatu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kedai telah berlaku di kampung saya. Kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi. Pada masa itu, semua penghuni rumah sedang tidur nyenyak. Encik Chong segera mengejutkan ahli-ahli keluarganya apabila mendapati bilik tidurnya dipenuhi asap tebal. Encik Chong dan keluarganya sempat menyelamatkan wang tunai, barang kemas dan dokumen penting. Penduduk kampung berusaha sedaya upaya untuk mengawal api yang semakin marak daripada merebak ke rumah-rumah lain. Tidak lama kemudian, pasukan bomba tiba di tempat kejadian. Ahli-ahli bomba bertungkus-lumus untuk memadamkan api. Akhirnya api dapat dipadamkan. Encik Chong mengalami kerugian sebanyak lapan puluh ribu ringgit. Mujurlah, tiada nyawa yang terkorban dalam kebakaran itu.

11

Melawat Ke Negeri Melaka

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Pada cuti penggal pertama yang lalu, saya telah mengikuti rombongan anjuran sekolah ke Negeri Melaka. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas. Setelah mengharungi perjalanan selama tujuh jam , akhirnya kami sampai ke Negeri Melaka. Tempat yang mula-mula kami lawati ialah Kota A Famosa. Di situ saya dan rakan-rakan dapat melihat sejarah peninggalan orang Portugis. Kami bergambar untuk dijadikan kenangan. Kami seterusnya pergi ke Taman Buaya. Di taman ini saya dapat melihat pelbagai jenis buaya yang dipelihara . Antaranya buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kami juga berpeluang untuk melihat pertunjukan bagaimana keberanian seorang penjaga buaya bermain dengan buaya. Selepas itu, kami menuju ke Perigi Hang Tuah. Di situ kami mengambil gambar untuk kenangan. Tempat terakhir yang kami lawati ialah Zoo Melaka. Di sana pelbagai jenis binatang dapat saya lihat antaranya rusa, kijang, harimau dan lain-lain lagi. Tepat pukul 7.00 petang, kami bertolak pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

Pergi Ke Pasar 12

Pada hari Ahad yang lalu, saya telah mengikuti emak pergi ke pasar. Kami berjalan kaki ke pasar yang terletak berhampiran dengan rumah kami.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Di pasar terdapat banyak gerai yang menjual sayur, ikan, daging, kuih-muih dan buah-buahan. Pakaian dan barangan plastik juga ada dijual di situ. Pada mulanya, saya dan emak berjalan menuju ke gerai menjual ikan. Emak telah membeli dua kilogram ikan kembung. Selepas itu, emak membeli beberapa jenis sayur, kuih-muih dan buah-buahan. Banyak orang sedang membeli-belah di pasar. Suasana di situ sibuk dan riuh dengan jeritan penjual. Para penjual menjerit-jerit untuk menarik perhatian pelanggan. Pelanggan-pelanggan pula sibuk tawar-menawar dengan penjual untuk mendapatkan harga yang paling murah. Saya dan emak keluar dari pasar setelah membeli barang-barang yang diperlukan.

Pertandingan Kebersihan Antara Kelas

13

Pada hari Selasa yang lalu, sekolah saya telah mengadakan pertandingan tahun empat, lima dan enam. Pada pukul 9.00 pagi, murid-murid mula membersihkan kelas masingmasing. Saya dan kawan-kawan sedarjah menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Kami mengelap lantai, meja, kerusi, tingkap, almari dan

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

kebersihan antara kelas. Pertandingan kebersihan itu diadakan bagi kelas-kelas

papan putih. Apabila letih, kami berehat sambil minum air. Selepas itu, saya dan kawan-kawan menyusun meja dan kerusi di dalam kelas dengan rapi dan teratur. Ada kawan yang sibuk menghiasi kelas. Kerja kami selesai kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah merupakan hakim bagi pertandingan kebersihan antara kelas ini. Mereka datang ke kelas untuk menilai dan memberi markah. Saya dan kawan-kawan sedarjah berasa sungguh gembira pada hari itu kerana kelas kami telah diumumkan sebagai johan dalam pertandingan kebersihan itu.

Sambutan Hari Ibu

14

Hari Ibu disambut setiap tahun. Pada 8 Mei yang lalu, saya dan keluarga telah meraikan Hari Ibu dengan meriahnya. Pada hari itu, saya dan kakak menghadiahi ibu sejambak bunga mawar berwarna merah. Kami juga menghulurkan kad ucapan kepada ibu. Kad-kad ucapan itu sungguh istimewa dan bermakna bagi ibu. Kami tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Ibu kepadanya. Selepas itu, kami menyanyikan

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

lagu khas untuknya. Ibu saya berasa sungguh gembira dan terharu pada ketika itu. Pada waktu malam, kami sekeluarga makan bersama di sebuah restoran terkemuka di pekan. Ayah memesan beberapa jenis makanan kegemaran ibu. Sebelum pulang ke rumah, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di tepi pantai. Hari Ibu disambut khas untuk memperingati jasa dan pengorbanan ibu. Saya berasa sungguh gembira dan puas hati pada hari itu.

Perkhemahan Pasukan Pengakap Pasukan pengakap sekolah telah mengadakan satu perkhemahan pada 13 Oktober 2006 di kawasan perkhemahan Kota Tinggi. 15

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Sebanyak dua puluh orang ahli pengakap telah menyertai perkhemahan ini. Guru penasihat kami, Cikgu Ling telah mengetuai kami. Setibanya di kawasan perkhemahan, setiap ahli pengakap memulakan tugas masing-masing. Kami bekerjasama mendirikan khemah. Selepas itu, kami mengutip ranting kayu dan mengambil air. Beberapa orang pengakap sibuk memasak. Tidak lama kemudian, kami pun menikmati makanan yang disediakan. Kami berehat sambil berbual-bual. Unggun api dinyalakan sebelum makan malam. Kami duduk mengelilingi unggun api itu. Kami makan sambil berbualbual. Selepas itu, pelbagai jenis permainan telah diadakan. Pada keesokan harinya, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

Hari Yang Paling Malang Bagi Diri Saya Pada suatu pagi, saya terlewat bangun dari tidur. Tanpa berlengah-lengah, saya terus bersiap untuk ke sekolah. 16

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Dari jauh, saya nampak bas berhenti. Saya segera berlari ke perhentian bas untuk menaiki bas itu. Tetapi, malangnya saya terlambat. Bas itu telah itu telah beredar dari situ . Saya terpaksa menaiki bas yang lain. Setibanya di sekolah, saya mendapati sekolah sunyi, tiada kereta dan tiada murid lain kecuali saya. Alamak, saya terlupa bahawa hari itu adalah cuti khas bagi sekolah saya. Setelah tidak tahu mahu ke mana , saya pun berjalan pulang ke rumah. Nasib saya sungguh malang. Tiba-tiba guruh berdentum dan kilat sabungmenyabung. Sejurus kemudian, hujan turun dengan lebatnya. Saya tetap meneruskan perjalanan walaupun kehujanan. Tiba-tiba saya tersepak seketul batu lalu terjatuh. Kedua-dua belah kaki saya luka dan berdarah. Apabila sampai di rumah, saya terus membersihkan diri. Kakak menyapu ubat pada luka kaki saya. Hari itu merupakan hari yang paling malang bagi diri saya.

Banjir Di Kampung Saya Pada hari Ahad yang lalu, kampung saya telah dilanda ribut dan hujan yang lebat. Hujan yang turun tidak berhenti-henti selama 12 jam menyebabkan air melimpah dan kampung saya mengalami banjir. 17

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Pada tahun ini banjir yang berlaku lebih teruk dari tahun sebelumnya. Banyak rumah telah ditenggelami air. Tanaman orang kampung saya habis musnah manakala ternakan dihanyutkan air. Apabila keadaan agak membimbangkan, kami sekeluarga mengemaskan barang-barang. Kami dibawa keluar dengan sebuah bot penyelamat. Kami ditempatkan di pusat pemindahan banjir. Kami diberi makanan dan perubatan. Beberapa hari kemudian, kami dibenarkan pulang ke rumah masingmasing. Kami bergotong-royong membersihkan rumah. Saya berdoa agar banjir seperti itu tidak akan lagi melanda kampung kami.

KARANGAN FAKTA 1. Karangan jenis fakta juga dikenali sebagai karangan jenis kenyataan atau rencana. 2. Karangan yang ditulis hendaklah mempunyai fakta yang tepat iaitu bukan rekaan, logik dan menepati kehendak soalan. 3. Karangan jenis ini ialah karangan tidak berformat. 4. Karangan jenis fakta mesti mempunyai format biasa iaitu: pengenalan, isi dan penutup. 5. Pada bahagian pengenalan, kamu hendaklah memberi sedikit huraian tentang tajuk yang dibincangkan. 18

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

6. Bahagian isi merupakan bahagian yang paling penting dan perlu dihuraikan dengan jelas. Kamu harus mampu mengeluarkan empat fakta utama. 7. Kamu perlu menyatakan isi terlebih dahulu, menghuraikannya, dan seterusnya memberikan contoh-contoh yang berkaitan. 8. Fakta yang kamu sajikan jangan berulang-ulang. Setiap fakta atau isi yang ditulis mestilah disusun mengikut kepentingannya. 9. Untuk menuilis karangan ini kamu hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk yang dipilih. 10. Pada bahagian penutup karangan, satu kesimpulan ringkas harus dibuat terhadap isi-isi yang telah dikemukakan. 11. Gunakan bahasa yang tepat, ringkas dan mudah difahami. Kamu juga boleh mengaitkan karangan kamu dengan peribahasa yang betul. Tulisan kamu juga mestilah jelas agar tidak menyukarkan pemeriksa untuk membaca karangan kamu.

Malaysia banyak mempunyai tempat menarik yang boleh dikunjungi. Tulis suatu karangan tentang tempat-tempat menarik di sebuah negeri di Malaysia. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Semua negeri di Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong ke negeri itu. Salah satu negeri yang menarik dan popular di Malaysia ialah negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah.
19

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Banyak tempat menarik yang dapat dilawati apabila berkunjung ke negeri Melaka. Antara tempat yang popular ialah Air Keroh. Di sini, pelancong boleh melawat Taman Mini Malaysia, Dataran Pahlawan, Taman Buaya, dan Zoo Melaka. Pelancong boleh mencuba menaiki kereta lembu juga. Bandar Hilir terletak di tengah-tengah Bandar Raya Melaka terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti A. Famosa, Istana Melaka, dan Muzium Melaka. Pelancong boleh membeli-belah dan mencuba keenakan masakan Melaka yang terkenal dek kepedasannya. Selain Bandar Melaka, pengunjung boleh melawat perigi Hang Tuah. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering airnya walaupun ketika musim kemarau. Pada sebelah malamnya pula, pelancong boleh menikmati hidangan ikan bakar di Umbai atau di Serkam. Ikan- ikan yang disediakan juga segar. Pendek kata, segala-galanya ada di Melaka. Kata orang Jika ingin melawat Malaysia, maka lawatilah negeri Melaka kerana segala-galanya bermula di negeri bersejarah itu.

Tulis suatu karangan yang bertajuk Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Hutan, sungai, laut, udara dan sebagainya penting kepada semua kehidupan di muka bumi. Kita perlu menjaga alam sekitar supaya semua dapat hidup harmoni. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan manusia. Hal ini dapat mencegah pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi dan taun. Setiap insan harus juga ada perasaan tanggungjawab untuk memelihara alam sekeliling. Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.
20

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Selain itu, penerokaan hutan yang tidak terkawal akan mewujudkan ketidakseimbangan ekosistem seperti kurangnya sumber air akibat daripada berkurangnya kawasan tadahan hujan. Penerokaan tanpa kawalan juga akan memusnahkan flora dan fauna yang berharga. Penerokaan perlu demi pembangunan namun haruslah diseimbangkan dengan keperluan akan datang. Sebagai contoh , hutan balak perlulah ditanam semula dan haiwan-haiwan liar dipindahkan ke hutan simpan supaya hidupan ini tidak pupus. Oleh itu, semua pihak harus sedar tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Janganlah rosakkan alam ini dan jagailah sebaik mungkin.

Amalan bergotong-royong merupakan amalan yang baik dan terpuji. Tulis suatu karangan tentang semangat bergotong-royong di Bandar. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pepatah ini menyatakan bahawa betapa perlunya semangat gotong-royong diamalkan. Semangat ini masih dapat dilihat di kampung-kampung, namun bagaimana pula dengan masyarakat di bandar? Sebenarnya, semangat gotong-royong di bandar sememangnya telah lama diamalkan. Lazimnya, Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung / Taman (JKKK) diwujudkan hampir di setiap kawasan perumahan.
21

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Jawatankuasa ini lazimnya akan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat di kawasan tersebut. Sebagai contoh , jika berlaku kematian, maka AJK masjid, surau, atau tempat ibadat agama yang lain yang akan menguruskannya. Budaya bergotong-royong juga dapat dilihat di majlis-majlis perkahwinan. Biasanya dua atau tiga minggu sebelum majlis berlangsung, suatu mesyuarat pengagihan tugas akan diadakan. Setiap orang akan diberikan tugas tertentu. Majlis berkhatan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tidak kurang meriahnya. Biasanya, masyarakat bandar akan mengadakan majlis berkhatan secara beramai-ramai. Mereka bekerjasama mengadakan majlis. Hal ini juga dapat menjimatkan kos. Oleh itu, jelaslah bahawa semangat bergotong-royong sememangnya turut diamalkan di bandar-bandar besar meskipun tidak secara menyeluruh. Budaya ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga.

Makanan Berzat Penting Dalam Hidup Kita. Tulis suatu karangan tentang Makanan Berzat Penting Dalam Hidup Kita. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Makanan yang berzat adalah keperluan utama badan. Makanan berzat penting untuk pertumbuhan. Kita memerlukan protein, vitamin, zat besi, garam mineral, dan zat-zat lain untuk membesar dengan cergas. Makanan yang berzat dapat menjadikan badan kita sihat. Badan yang sihat memungkinkan kita melakukan pelbagai kegiatan dan pekerjaan. Contohnya, para petani perlu mempunyai tubuh badan yang sihat untuk membanting tulang di tengah bendang. Makanan yang berzat dapat menggantikan tenaga yang hilang. Oleh itu, orang yang makan makanan yang berzat lazimnya sentiasa sihat. Otaknya pun cerdas. Dengan otak yang cerdas dapatlah kita melakukan sesuatu tugas itu dengan sempurna.
22

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Badan kita juga tidak mudah diserang penyakit sekiranya kita makan makanan yang berzat. Ini kerana badan kita dapat melawan serangan penyakit. Janganlah memakan makanan ringan dan makanan segera terlalu kerap. Makanan seperti ini sebenarnya kurang berzat dan tidak baik untuk kesihatan. Kesimpulannya, kita perlu memakan makanan yang berzat dan seimbang. Utamakanlah kesihatan tubuh badan kerana otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.

Tulis suatu karangan yang bertajuk Masa Itu Emas. Panjangnya karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata. Masa itu emas. Kata-kata hikmat ini sering kita dengar kerana masa sangat berharga. Oleh sebab itu, kita harus menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Pelbagai kegiatan dapat kita lakukan untuk mengisi masa lapang. Antaranya termasuklah melakukan sesuatu hobi seperti melukis, membaca, menjahit, dan sebagainya. Sesetengah orang mengisi masa lapang mereka dengan menyertai kegiatan-kegiatan tertentu. Contohnya, seni pertahanan diri dan kelas muzik. Kegiatan seperti ini dapat memahirkan diri kita dalam sesuatu bidang yang berguna untuk masa depan. Bagi orang yang berkemampuan , mereka dapat memenuhi masa lapang dengan melawat ke tempat-tempat yang menarik atau melancong ke luar negeri. Melalui kegiatan ini, mereka dapat menambah pengetahuan dan pengalaman.

23

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Walau apa jua kegiatan yang dilakukan, kita harus melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Dengan cara yang demikian, barulah kita dikatakan dapat memanfaatkan masa.

BERITA 1. Berita ialah karangan yang melaporkan tentang sesuatu kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku. 2. Karangan jenis berita memberikan pengetahuan, hiburan, dan maklumat kepada orang ramai. 3. Terdapat enam perkara penting dalam sesebuah berita iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana serta apa kesudahannya. 4. Sesuatu berita hendaklah terdiri daripada perkara-perkara yang berikut: tajuk, tempat dan tarikh/hari sesuatu peristiwa itu berlaku, maklumat utama dan maklumat tambahan. 5. Tempat dan tarikh kejadian dinyatakan pada permulaan sesebuah berita. 6. Isi berita yang paling penting hendaklah digunakan sebagai permulaan berita. 7. Berita ditulis dalam bentuk perenggan dan setiap perenggan mestilah mempunyai satu isi sahaja. 8. Sedutan kata-kata dan pendapat orang tertentu hendaklah ditulis untuk menguatkan lagi berita kamu. 9. Berita kamu mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat isi selain pendahuluan dan penutup. Isi berita hendaklah tepat, ringkas, jelas, mudah dan padat. 24

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

10. Karangan ini adalah karangan berformat, jadi kamu hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan.

Contoh Berita 1 Sebagai seorang wartawan majalah sekolah , kamu diminta menulis satu berita tentang kebakaran . Rangka karangan
Pendahuluan -peristiwa / kejadian yang berlaku - kebakaran kedai emas Isi-isi penting -orang yang terlibat dalam kejadian -tindakan yang dilakukan -bantuan orang ramai -bantuan pihak bomba Penutup -ucap terima kasih

KUALA LUMPUR , Jumaat Seorang taukeh emas mengalami kerugian sebanyak 1.2 juta apabila kedai emasnya yang terletak di Jalan Chow kit telah dijilat api. Taukeh tersebut, Encik Liew Ah Tong berkata kejadian itu berlaku dalam sekelip mata sahaja akibat pendawaian elektrik yang telah lama . 25

Menurut Encik Liew semua pekerja dan pembeli yang berada di dalam kedai terselamat. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba kerana bertungkuslumus memadamkan api daripada merebak ke tempat lain . Selain itu, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang terlibat memadamkan kebakaran tersebut. Dengan berkat kerjasama dan semangat tolong-menolong ini kebakaran tersebut dapat dipadamkan dan tidak ada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku . Jurucakap bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menerima aduan tentang kebakaran tersebut.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Contoh Berita - 2 . Kamu telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya antara seorang murid dengan penunggang motosikal . Sebagai seorang pemberita, kamu ditugaskan untuk melaporkan berita kemalangan tersebut. Rangka karangan
Pendahuluan -seorang murid dilanggar motosikal Isi-isi -murid cedera parah -penunggang motosikal cedera ringan -murid itu tidak berhati-hati -jalan raya menjadi sesak seketika Penutup -menasihati semua pengguna berhati-hati di jalan raya

AMPANG, 26 Mei - Seorang murid , Kumar a/l Muthu , 12 , telah dilanggar oleh sebuah motosikal pada jam 4.20 petang di simpang jalan masuk ke Jalan Mewah 2/3C di sini . Kumar yang mengalami cedera parah di bahagian kaki dan paha kiri dirawat di Hospital Pantai . Dia menggunakan jalan itu berulang-alik ke sekolah dari rumahnya setiap hari . 26

Penunggang motosikal , Chua Boon Seiw , 27 , hanya cedera ringan di lutut dan pergelangan tangan . Dia dirawat di klinik berdekatan. Orang ramai yang berada di situ telah membantu keduadua mangsa tersebut . Salah seorang saksi yang melihat kejadian itu , Ahmad bin Abu , 35 , berkata Kumar tidak menoleh ke kiri dan kanan sebelum sebelum melintas masuk ke simpang itu. Penunggang motosikal itu tidak sempat memberhentikan motosikal lalu terlanggar Kumar. Jalan raya yang menjadi sesak akibat kemalangan itu berjaya dikawal oleh dua orang pegawai polis . Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang datang membantu. Pengguna jalan raya terutama murid-murid juga diingatkan agar berhatihati menggunakan jalan raya.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Contoh Berita 3 Kamu ialah seorang pengarang sebuah majalah sekolah. Tuliskan berita tentang sambutan Hari Keluarga yang telah diadakan di sebuah sekolah. Rangka karangan
Pendahuluan tempat diadakan sambutan Hari keluarga tujuan Hari keluarga diadakan pelbagai acara diadakan acara kebudayaan , persembahan murid, pameran gerai makanan murid dan guru dimeriahi dengan acara sukaneka Isi-isi penting

Penutup

PARIT BUNTAR , 7 Ogos - Sambutan Hari Keluarga telah diadakan di SJK(T) Saint Marys dekat sini semalam . Hari keluarga ini dihadiri oleh guru-guru , kakitangan sekolah , dan juga para ibu bapa murid di sekolah tersebut . 27

Menurut Guru Kanan Kokurikulum sekolah tersebut, Puan Kalaiarasi , 36 , tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang Hari Keluarga tersebut. Pameran hasil kerja para pelajar turut dipamerkan di dewan sekolah . Acara kebudayaan juga diadakan .Beberapa orang artis tempatan telah dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Keluarga ini . Hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian , tarian dan drama oleh murid-murid sekolah . Gerai-gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan juga terdapat di sana sini. Kebanyakan gerai ini diusahakan oleh kakitangan sekolah dan juga murid-murid . Ini bertujuan melatih murid-murid dalam bidang keusahawanan. Acara sukan turut memeriahkan lagi sambutan pada hari itu. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan yang melibatkan penyertaan ibu bapa , guru-guru dan murid-murid.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Contoh Berita 4 Andaikan kamu seorang pemberita . Kamu ditugaskan membuat liputan tentang pameran Gaya Hidup Sihat yang diadakan ditempat kamu. Tuliskan berita kamu itu dengan lengkap. Rangka karangan
Pendahuluan -bila dan tempat berlangsung Isi-isi -pihak yang merasmikan tujuan diadakan -sebab-sebab perlu menyaksikan pameran -tempoh pameran diadakan , manfaat -aktiviti yang diadakan sepanjang pameran Penutup -pendapat seorang pengunjung

PARIT BUNTAR , 12 April - Majlis perasmian Gaya Hidup Sihat di Dewan Merdeka berlangsung dengan meriah pada hari ini .

28

Pameran tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan diharap dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat . Masyarakat perlu menyaksikan pameran ini agar dapat mengetahui caracara untuk membentuk kehidupan yang sihat, kata Menteri Kesihatan. Pameran selam seminggu itu akan memberi pendedahan tentang cara untuk menjaga kesihatan , pertandingan melukis , kempen derma darah dan rawatan kesihatan secara percuma merupakan antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang pameran tersebut berlangsung. Salah seorang pengunjung yang ditemui berkata , Mulai hari ini , saya akan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan membuat senaman untuk mengekalkan kesihatan.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Contoh Berita 5 Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin pada Sabtu lepas . Kamu dikehendaki menulis berita tentang acara tersebut . Rangka karangan
Pendahuluan -bila dan di mana diadakan Isi-isi - tujuan untuk melatih berniaga - perasmian oleh Pegawai Daerah - barangan yang dijual - harapan Guru besar Penutup - keuntungan sebanyak RM2,500.00

NIBONG TEBAL , Sabtu Sekolah Kebangsaan Sungai Duri (SKSD) mengadakan Hari Kantin bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini . Hari Kantin bertujuan untuk melatih sikap suka berniaga di kalangan muridmurid. Selain itu, semangat kerjasama juga dapat dipupuk . Perasmian Hari Kantin telah dilakukan oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan , Encik Omar Abdul Aziz . Ibu bapa dan penduduk berdekatan turut hadir untuk memeriahkan acara tersebut. Selain jualan barang-barang makanan, murid-murid juga menjual bunga , barang-barang cenderahati , minuman , majalah serta buku-buku lama . Acara persembahan hiburan seperti nyanyian dan tarian turut diadakan . Guru Besar , Encik Nazri Rahim , berasa bangga atas kejayaan Hari Kantin pada tahun ini. Beliau bercadang untuk mengadakan Hari Kantin lagi pada tahun hadapan . 29

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Beliau juga gembira dengan kesungguhan guru-guru dan murid-murid untuk menjayakan Hari kantin tahun ini . Jumlah keuntungan pada hari itu ialah sebanyak RM2,500.00

DIALOG 1. Karangan dialog / perbualan dibahagi kepada dua iaitu : a ) dialog harian b ) wawancara / temu ramah . 2. Perbualan jenis dialog ialah perbualan jenis tidak rasmi. Boleh dilakukan sama ada di tepi jalan , di kantin , melalui telefon dan sebagainya . 3. Perbualan jenis wawancara pula berbentuk rasmi . Biasanya dilakukan di pejabat , di rumah orang yang ingin diwawancara , di pentas dan sebagainya. 4. Biasanya melibatkan dua pihak iaitu pihak yang bertanya dan pihak yang menjawab soalan . 5. Penggunaan tanda baca perlu diberi perhatian. Contohnya penggunaan noktah bertindih ( : ) , huruf besar (A B C ), tanda soal ( ? ), tanda koma ( , ) dan lain-lain. 6. Dialog harian menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas. 7. Wawancara menggunakan bahasa yang lebih formal dan menyebut gelaran bagi orang yang diwawancara seperti Datuk , Datin , Tuan , Puan, saudara dan sebagainya.

30

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Perbualan telefon Fatimah : Helo, boleh saya bercakap dengan Suzi ? Suzi : Ini Suzi bercakap .

Fatimah : Apa khabar, Suzi ? Suzi : Khabar baik .

Fatimah : Suzi, pada petang ini saya hendak pergi menyaksikan pertunjukan sarkas bersama adik saya. Sudikah kamu mengikut kami ? Suzi : Boleh, apa salahnya . Pukul berapakah kamu hendak pergi ?

Fatimah : Pukul 5.00 petang. Suzi : Di manakah pertunjukan itu diadakan ?

Fatimah : Pertunjukan itu diadakan di Taman Ria Jaya , Sungai Petani. Suzi : Berapakah harga tiket ?

Fatimah : Harganya ialah RM10 sahaja. Suzi : Kalau begitu, tak apalah. Di manakah saya harus menunggu kamu berdua ?

Fatimah : Tunggulah berhampiran Kelab Cinta Sayang pada pukul 5 petang. Suzi : Baiklah , kita berjumpa di sana.

31

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Perbualan di pasar Puan Kamisah : Selamat pagi, Encik Chong . Penjual ikan : Selamat pagi, Puan Kamisah. Apa khabar ?

Puan Kamisah : Khabar baik . Nampaknya banyak juga ikan hari ini. Penjual ikan : Ya, pada waktu pagi memang banyak ikan.

Puan Kamisah : Ikan apa yang ada ? Penjual ikan : Ada ikan merah, ikan kembung, ikan parang dan lain-lain lagi.

Puan Kamisah : Berapakah harga ikan parang ini ? Penjual ikan : Lima belas ringgit sekilo .

Puan Kamisah : Lima belas ringgit ! Amboi, mahalnya ! Kurangkanlah sedikit. Penjual ikan : Maafkan saya ,kak . Harganya tidak boleh kurang lagi. Kalau kakak mahu yang murah, ambillah ikan kembung ini.

Puan Kamisah : Baiklah. Kalau begitu, timbangkan ikan kembung sekilo. Penjual ikan : Ini ikannya, kak.

Puan Kamisah : Ini duitnya. Penjual ikan : Terima kasih.

Puan Kamisah : Sama-sama.

32

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Perbualan di klinik Doktor : Selamat pagi, adik . Kumari : Selamat pagi, doktor. Doktor : Kamu sakit apa ? Kumari : Saya sakit perut . Doktor : Sejak bila adik sakit perut ? Kumari : Sejak pagi tadi, doktor . Doktor : Baiklah, saya akan periksa kamu sekarang . Kumari : Bagaimana ,doktor ? Doktor : Kamu mengalami keracunan makanan. Kumari : Apa sebabnya doktor ? Doktor : Adakah adik makan makanan yang sudah basi ? Kumari : Tidak, doktor. Semalam saya hanya makan sekeping kuih lapis. Doktor : Mungkin kuih yang kamu makan itu sudah basi . Kumari : Oh, begitu ! Doktor : Di manakah kamu membeli kuih itu ? Kumari : Saya membeli kuih itu di sebuah gerai di tepi jalan. Doktor : Baiklah ,saya akan memberi ubat. Lain kali jangan makan makanan yang dibeli di gerai tepi jalan. 33

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Kumari : Baiklah, doktor.

Perbualan di sekolah Noni Ramizah Noni Ramizah : Apa khabar Mizah ? Kenapa muram sahaja ni, ada apa-apa masalah ? : Saya telah kehilangan wang sebanyak sepuluh ringgit. Mesti ada orang yang curi wang saya itu ! : Bila wang awak hilang ? Sebelum ini di mana awak letakkan wang awak itu ? : Saya letakkan wang itu di dalam beg saya sejak dua hari lalu. Selepas waktu rehat tadi saya dapati wang itu telah hilang. Saya rasa Mat Zin yang curi sebab dia berada di dalam kelas sepanjang waktu rehat tadi. : Mizah, tidak baik menuduh orang tanpa usul periksa. Lagi pun kejadian itu sebenarnya berpunca daripada kelalaian awak sendiri. Semua pelajar sering dinasihati agar tidak menyimpan wang di dalam beg sekolah atau jangan membawa wang yang banyak ke sekolah. Menuduh orang adalah perkara yang tidak baik. Rasanya elok kalau kita berjumpa dengan Cikgu Ahmad. Beliau adalah guru disiplin dan guru kaunseling . Mungkin beliau dapat menyelesaikan masalah awak ini. : Baiklah Noni. Saya ikut nasihat awak itu dan saya menarik balik tuduhan saya tadi. Mungkin betul juga kata awak. Semuanya berpunca daripada kelalaian saya sendiri. : Bagus Mizah, macam itulah baru betul ! Tindakan yang sebeginilah yang sepatutnya dimiliki oleh semua orang di atas muka bumi ini. Barulah hidup kita aman.

Noni

Ramizah

Noni

34

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

LAPORAN 1. Karangan jenis ini ditulis untuk melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa, contohnya kegiatan persatuan, lawatan, sukan, mesyuarat, pameran, pertandingan dan peristiwa lain yang penting. 2. Berikan tajuk kepada laporan kamu. Tuliskan tajuk menggunakan huruf besar keseluruhannya atau untuk huruf pertama setiap perkataan dalam tajuk tersebut. 3. Kamu mesti mengandaikan diri kamu sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan sebagainya. 4. Seseorang yang menyediakan laporan itu mestilah benar-benar mengetahui segala butiran tentang hal atau peristiwa yang dilaporkan. 5. Laporan dibuat dengan berdasarkan soalan-soalan seperti: apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa. 6. Ada tiga cara menulis laporan: a) mengikut tajuk-tajuk kecil seperti ahli-ahli jawatankuasa, kegiatan persatuan, rancangan masa depan dan sebagainya b) berbentuk laporan akhbar, iaitu melaporkan sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku berdasarkan soalan-soalan siapa, apa, di mana, bagaimana, mengapa dan bila. c) Berbentuk cerita, iaitu melaporkan sesuatu peristiwa atau kejadian berdasarkan pengalaman sendiri, pembacaan atau mendengar cerita orang lain 7. Laporan ditulis sama seperti karangan biasa iaitu mempunya pendahuluan, perenggan dan penutup. 8. Pengakuan pelapor ditulis sebelah kiri laporan iaitu selepas perenggan terakhir. Kata-kata seperti Disediakan oleh ditulis selepas melangkau dua atau tiga baris selepas perenggang terakhir. Ini diikuti oleh tanda tangan penulis. 9. Tarikh mestilah diletakkan di sebelah kanan, iaitu sejajar dengan Laporan disediakan oleh, atau Dilaporkan oleh, dan sebagainya. 10. Nama penuh ditulis di dalam kurungan menggunakan huruf besar dan di bawahnya ditulis nama jawatan dan nama persatuan. 11. Karangan ini ialah karangan jenis berformat, jadi kamu harus mengikut format. 12. Karangan jenis laporan ini hampir serupa dengan berita. Cuma yang berbeza ialah formatnya sahaja. 35

13.

Karangan ini ialah karangan berformat, jadi kamu harus mengikut

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

format yang telah ditetapkan.

Laporan Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Kesang Tua Guru Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK : Puan Normah Rejal : Saharah Rahim : Selamat Arbain : Zakaria Johar : Michael Teo : Nanthini a/p Satis : Rohana Idris Persatuan Seni Lukis sekolah ini merupakan persatuan yang paling aktif pada sepanjang tahun. Jumlah ahlinya sebanyak 77 orang, iaitu bilangan tertinggi di kalangan persatuan di sekolah ini. Tujuan persatuan ini dibentuk adalah untuk menanam minat murid-murid terhadap bidang seni lukis. Selain itu, persatuan ini dapat mencungkil bakat murid-murid yang berpotensi dalam bidang seni lukis. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antara aktiviti ini ialah peraduan merekacipta kulit majalah sekolah, pertandingan melukis poster bersempena dengan kempen antidadah, lawatan ke Galeri Seni Lukis Negara di MATIC, Kuala Lumpur, dan melukis mural pada dinding sekolah. Peraduan mencipta kulit majalah sekolah telah dimenangi oleh Abdul Razak Othman manakala johan pertandingan poster disandang oleh Junid Onn. Sementara itu, Anuar Ali muncul sebagai johan dan Esah Jantan sebagai naib johan dalam pertandingan melukis poster. 36

Bersempena dengan Kempen

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Membaca peringkat sekolah, satu lagi

pertandingan melukis poster juga telah diadakan. Tujuan pertandingan itu adalah untuk menanam minat membaca dan melukis di kalangan murid-murid sekolah ini. Lawatan ke Galeri Seni Lukis Negara telah dapat menambahkan pengalaman para ahli persatuan. Lawatan ini berupa suatu pembuka mata kepada mereka yang benar-benar ingin memajukan diri dalam bidang seni lukis. Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat dan ahli-ahli yang sama-sama menjayakan semua aktiviti persatuan ini. Sekian. Laporan disediakan oleh, Selamat (SELAMAT B. ARBAIN) Setiausaha Persatuan Seni Lukis, Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin, Melaka 8 OGOS 2005

37

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

LAPORAN PERSATUAN KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SERI MAJU TAIPING Persatuan ini telah mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 25.01.2005 yang lalu. Seramai 70 orang ahli telah hadir ke mesyuarat itu. Mesyuarat diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru. Berikut ialah nama-nama ahli jawatankuasa itu. Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : Anand a/l Tamil Selvan : Rumeswary a/p Gerison : Asiwarya a/p Dramandran : M.Alaudin a/l M.Kassim : Thayalan a/l Yoharajan : Indraganthi a/p Tamilarasan Sepanjang tahun ini Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seri Maju telah mengadakan pelbagai aktiviti, antaranya ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara pada 10 Jun 2005 yang lalu. Seramai 30 orang ahli telah mengikuti lawatan tersebut. Persatuan ini juga turut mengadakan pertandingan Kuiz Kajian Tempatan antara kelas-kelas Tahun Enam. Pasukan yang menjadi juara ialah Kelas Enam Mawar. Selain daripada itu, persatuan ini juga telah menyediakan sebuah bilik khas yang digunakan oleh ahli-ahli persatuan memberi bimbingan kepada mereka yang lemah dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Sekian semoga persatuan akan terus maju.

38

Disediakan oleh, rumeswary (RUMESWARY A/P GERISON) Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan .

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

20 Oktober 2005

LAPORAN LAWATAN KE SYARIKAT BUKU MURNI Pada hari Sabtu, 27 Januari 2007 Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya mengadakan lawatan sambil belajar ke Syarikat Buku Murni di Kuala Lumpur. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas oleh guru kami. Seramai 40 ahli persatuan dan 5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut. Tujuan utama lawatan ini ialah untuk melihat cara-cara buku dicetak. Kami tiba di syarikat itu pada pukul 9.30 pagi. Kedatangan kami telah disambut dengan mesra oleh pengurus syarikat itu. Mula-mula kami dibawa ke bilik mesyuarat. Di situ kami diberi taklimat tentang perjalanan syarikat itu. Kemudian, kami dibawa ke bilik percetakan oleh pengurus syarikat itu. Kami berpeluang melihat cara-cara buku dicetak dan dijilid. Pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing. Buku-buku yang dicetak dibawa ke bilik khas dan disusun dengan teratur. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami dibawa ke bilik khas untuk makan. Selepas itu, kami bertolak pulang ke rumah dengan perasaan sungguh gembira. Lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman kami. Disediakan oleh, Bakiyahletchumi (BAKIYAH LETCHUMI A/P THAYALAN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Seri Maju. 5 FEBRUARI 2007

39

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Laporan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Beruang Sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Beruang yang ke 15 telah diadakan pada hari Ahad 25 Januari 2003. Sukan tahunan ini bermula pada jam 9.00 pagi di padang sekolah. Seminggu sebelum sukan tahunan, pelbagai persiapan telah dibuat. Kawasan padang dihias dengan bendera-bendera yang berwarna-warni. Muridmurid pula dilatih oleh guru-guru. Sebanyak lima buah khemah didirikan. Sukan tahunan sekolah saya dimulakan dengan acara perbarisan. Muridmurid berbaris dengan segak mengikut rumah masing-masing. Selepas itu, ketua murid melafazkan ikrar sukan. Kemudian, Guru Besar memberi ucapan. Selepas itu, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah berucap dan merasmikan sukan tahunan sekolah. Pelbagai acara sukan diadakan. Di antaranya lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh, tarik tali, dan sukaneka. Acara-acara untuk ibu bapa dan pegawai sukan turut diadakan.

Selepas semua acara sukan tamat, murid-murid berbaris masuk ke padang sekolah. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Rumah Merah menjadi johan sukan tahunan pada tahun ini. Sambutan hari sukan sekolah saya sangat meriah. Disediakan oleh, Anbarasi (ANBARASI A/P ASOKAN) Setiausaha, Rumah Merah, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Beruang. 31 Januari 2003

40

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

SURAT KIRIMAN TAK RASMI 1. Surat jenis ini ialah surat yang ditulis kepada sahabat handai, ahli-ahli keluarga atau saudara-mara. 2. Nama, alamat pengirim dan tarikh ditulis di sebelah kanan atas surat. Alamat mestilah ditulis dengan lengkap supaya memudahkan penerima membalas surat kamu nanti. 3. Terdapat dua cara untuk menulis tarikh. Kamu boleh menulis 18 Mei 2006 atau 18hb Mei 2006. Jangan tulis seperti 18/05/06 atau 18.05.06. 4. Terdapat beberapa jenis tidak rasmi iaitu surat bertanya khabar, surat tahniah, surat takziah dan sebagainya. 5. Bagi surat jenis ini kata-kata tujuan bergantung kepada siapa penerima surat tersebut. 6. Gunakan panggilan sapaan mengikut pangkat dan usia. Antara panggilan hormat yang boleh digunakan ialah Saudar, ayahanda, Bonda dan Nenda. 7. Ganti nama-ganti nama yang sesuai mesti digunakan. Ganti nama tersebut adalah seperti bi bawah: Pengirim Penerima surat a) Anak (anakanda) Ayah (ayahanda) b) Anak (anakanda) Ibu (bonda) c) Adik (adinda) Abang (kekanda) d) Abang/kakak (kekanda) Adik (adinda) e) Cucu (cucunda/cunda) Nenek/datuk (nenda) f) Saya Saudara/saudari/sahabatku g) Saya Cikgu/tuan/puan 8. Kandungan surat kamu ini hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat isi penting. Isi-isi surat bergantung kepada tujuan surat itu ditulis dalam bentuk perenggan. 9. Gunakan ayat-ayat yang pendek tetapi padat.. 10. Penutup surat hendaklah diakhiri dengan salam hormat, penghargaan, ucapan terima kasih dan doa. 11. Akhiri surat kamu dengan pengakuan pengirim seperti Yang benar, Yang ikhlas dan sebagainya. 12. Ini diikuti pula oleh tanda tangan pengirim. Jika kamu telah menulis nama kamu di atas alamat, kamu tidak perlu menulis nama selepas tandatangan.

41

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

38,Kampung Baru, 28300 Triang, Pahang Darul Makmur. 20 Oktober 2006.

Ke hadapan sahabatku Lim Siew semoga berada dengan sihat dan sejahtera. Saudari, Surat saudari telah selamat saya terima.Saya ucapkan terima kasih. Tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelas.Dalam peperiksaan kali ini saya mendapat tempat kedua.Saya berasa sedih akan keputusan itu. Saudari tentu masih ingat kawan kita Sim Min , dia telah mendapat tempat pertama dalam kelas saya . Manakala Lim Chong pula mendapat tempat ketiga. Selepas peperiksaan , pasukan pandu puteri sekolah saya hendak mengadakan malam unggun api . Saya berasa gembira dengan rancangan tersebut.Inilah kali pertama saya menyertai acara tersebut. Akhir kata , sampaikan salam saya kepada keluarga saudari . Sekian,terima kasih. Sahabatmu,

Lam Zien
(Law Zien Ee)

42

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Bilik 6,Asrama Bakti , Kolej Ampuan, 20000 Kuala Terengganu 5 Februari 2006.

Menemui ayahanda dan keluarga semoga sihat dan sejahtera selalu. Ayahanda , Anakanda bersama pasukan hoki anakanda telah sampai dan ditempatkan di sini pada petang semalam.Dalam pertandingan Hoki Perempuan tersebut ,pasukan anakanda dimasukkan dalam Kumpulan B bersama pasukan Kedah,Johor,dan Perlis. Pada pukul 8.30 pagi nanti pasukan Melaka akan menghadapi perlawanan pertama.Kami akan menentang pasukan tuan rumah, iaitu Terengganu.Doakanlah semoga pasukan anakanda mendapat kemenangan. Hanya setakat ini daripada anakanda yang jauh.

Anakandamu,

Sheela..
( Sheela )

No 3,Jln Teratai, 43

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Taman Siara, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 2 September 2004.

Menemui sahabatku Meena yang berada di Parit Buntar ,semoga sihat sejahtera. Saudari Meena, Pada 31 Ogos yang lalu,saya berpeluang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pahang.Suasana sambutan sungguh meriah.Pagipagi lagi orang ramai telah datang bagi menyaksikan acara sambutan itu. Acara perbarisan dimulakan pada pukul 9.00 pagi.Peserta-peserta

perbarisan memberikan tabik hormat kepada Sultan Pahang. Kemudian, mereka melafazkan ikrar,menyanyikan lagu Negaraku,lagu negeri Pahang dan lagu tema hari kebangsaan.Saya turut berdiri menyanyikan lagu-lagu tersebut.Acara sambutan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Terima kasih.Jumpa lagi.

Sahabatmu,

maisara

41,Jalan Intan, Taman Intan, 44

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

34020 Taiping, Perak.

18 Disember 2005. Menemui saudara Thanesan yang berada di Kulim dengan selamatnya. Saudara, Saya menulis surat ini untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang saudara dalam peperiksaan UPSR.Saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa saudara mendapat 7A dalam peperiksaan itu. Kejayaan saudara itu telah memberi dorongan kepada saya supaya belajar dengan tekun.Saya berharap agar saya juga akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Akhir kata,sambutlah salam mesra daripada saya.Selamat belajar. Sekian. Sahabatmu, Reena.

25A,Taman Bintulu, 97000 Bintulu, Sarawak. 45

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

8 Mei 2006. Menemui sahabatku Rosli, Saudara, Dua minggu yang lepas saya telah mengirimkan sebuah bungkusan untuk saudara . Adakah saudara telah menerima? Untuk pengetahuan saudara,kain yang saya kirimkan itu ialah kain pua kumbu.Kain itu adalah antara barangan kraf tangan yang terkenal di Bumi Kenyalang. Bagi masyarakat Iban,kain ini biasanya dijadikan selimut.Selain itu, kain ini sering digunakan dalam upacara kelahiran dan perkahwinan.Bagi saudara,elok rasanya kain ini dijadikan perhiasan dinding di bilik saudara. Saya rasa sampai di sini dahulu untuk kali ini.Sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Sekian,terima kasih. Sahabatmu, mesra

Kanang

SURAT KIRIMAN RASMI 1. Surat rasmi ialah surat yang mempunyai tujuan tertentu atau rasmi seperti membuat permohonan, membuat pesanan, membuat aduan, meminta kebenaran, membuat penghargaan, membuat cadangan dan membuat jemputan rasmi. 2. Surat rasmi ialah karangan berformat. 3. Nama dan alamat pengirim ditulis di penjuru kiri bahagian atas surat. Kemudian buat satu garisan melintang di bawahnya. 46

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

4. Nama, jawatan dan alamat penerima ditulis di bawah garisan melintang, iaitu sejajar dengan alamat pengirim. Baris terakhir alamat penerima hendaklah digaris. Alamt penerima hendaklah ditulis dengan lengkap. 5. Tarikh ditulis di sebelah kanan, iaitu di baris yang sama dengan baris yang terakhir alamat penerima. Tarikh hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah. 6. Langkau sebaris dan tulis kata-kata penghormatan untuk penerima surat. 7. Gunakan panggilan hormat penerima yang bersesuaian dengannya seperti Tuan, Puan, Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri dan sebagainya. 8. Langkau sebaris lagi untuk menulis tajuk surat. Tajuk surat ditulis selepas panggilan hormat penerima dan gariskan di bawahnya. Gunakan huruf besar untuk setiap awal perkataan. 9. Isi surat hendaklah tepat, pendek dan tidak berbunga-bunga iaitu jelas dan terus kepada tujuan surat. Penggunaan kata kiasan dan sebagainya tidak digalakkan dalam surat rasmi. Surat kiriman rasmi memerlukan empat isi. 10. Setiap perenggan isi diberi nombor serta tanda noktah (.) kecuali pada perenggan pertama. 11. Bagi perenggan yang mempunyai pecahan gunakan huruf abjad seperti (a), (b), (c) dan sebagainya. 12. Akhiri surat rasmi dengan pengharapan dan ucapan terima kasih. 13. Pengakuan pengirim seperti Yang benar atau Yang ikhlas hendaklah ditulis di sebelah kiri dan diikuti dengan tanda tangan, nama pengirim dalam huruf besar dan jawatan yang disandang. 14. Gunakan ayat-ayat yang mudah, ringkas dan tepat.

Soalan : Sediakan surat memesan buku kepada syarikat penerbit. Sekolah Kebangsaan Mawar, 34,Taman Dato' Senu, Sentul, 51000 Kuala Lumpur. ______________________________________________________________________________________ Pengurus Pengeluaran ,

47

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Penerbit Seri Intan Baiduri, Jalan Intan, Taman Setapak, 53300 Kuala Lumpur. Tuan, Memesan Buku Sehubungan dengan perkara di atas,saya ingin memesan buku-buku daripada syarikat tuan. 2. Berikut disenaraikan buku-buku yang berkenaan. Bilangan 8 buah 9 buah 17 Harga RM 72.00 RM 81.00 RM 153.00 Judul buku Revisi Cemerlang BM Tahun6 Revisi Cemerlang Bi Tahun 5 Jumlah 3. 4. 5. kasih. Sekian,terima kasih. Yang benar, Badrul Hisham (BADRUL HISHAM ABDUL LATIFF) Setiausaha Persatuan Bahasa, Sekolah Kebangsaan Mawar. 25 JANUARI 2007

Bersama-sama surat ini saya sertakan sekeping kiriman wang pos bernilai RM 153.00 Saya berharap agar tuan dapat menghantarkan buku-buku tersebut kepada saya dengan Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan,saya dahului dengan ucapan terima

(Ringgit Seratus Lima Puluh Tiga Sahaja ) yang bernombor A7654875 sebagai bayaran. secepat yang mungkin.

Soalan : Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu hendak melawat negeri Melaka. Kamu telah diarahkan oleh guru persatuan untuk memohon kebenaran daripada guru besar.Lengkapkan surat tersebut.

Persatuan Kajian Tempatan, Sekolah Jenis Kebangsaan( Tamil) Gemas, 73310 Gemas, Negeri Sembilan.

48

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

________________________________________________________________________________________ Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gemas, Negeri Sembilan. Tuan , Memohon Kebenaran Melawat Tempat Bersejarah di Melaka. Merujuk perkara di atas,saya selaku pengerusi Persatuan Kajian Tempatan di sekolah ini, ingin memohon keizinan daripada pihak tuan untuk melawat ke negeri Melaka. 2. Seramai 42 orang murid daripada Tahun Enam dan Lima orang guru pengiring akan 15 JANUARI 2007

menyertai rombangan ini. Lawatan ini diadakan pada 26 Mei 2007. 3. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat keindahan dan kesan-kesan sejarah di negeri

Melaka. Hasil lawatan ini akan dapat membantu kami menambahkan pengetahuan tentang sejarah Melaka. 4. 5. Kami bersedia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.Kami berjanji akan Kami berharap permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan daripada

menjaga nama baik sekolah kita apabila tiba di sana nanti. pihak tuan. Sekian,terima kasih. Yang benar, Theebagren (THEEBAGREN A/L JAYASEELAN) Pengerusi Persatuan Kajian Tempatan. Soalan : Selaku Setiausaha Hal Ehwal Penduduk,kamu ingin membuat aduan tentang keadaan kebersihan yang kurang memuaskan di tempat kamu.Tulis sepucuk surat aduan kepada setiausaha Majlis Perbandaran di tempat kamu. Setiausaha Hal Ehwal Penduduk, Taman Pelangi Jati, Jalan Bayam, 48000 Petaling Jaya. ________________________________________________________________________________________ Setiausaha, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Jalan Utama,

49

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

46000 Petaling Jaya. Tuan, Aduan Keadaan Kebersihan

11 SEPTEMBER 2006

Saya mewakili penduduk di Taman Pelangi Jati,ingin membuat aduan tentang keadaan kebersihan di kawasan sekitar taman tersebut. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan,berhampiran dengan Taman Pelangi Jati terdapat kawasan pembuangan sampah-sarap yang terbiar . Keadaan kebersihan di sekitar tempat tersebut amat tidak memuaskan. Di kiri dan kanan jalan raya kelihatan sampah-sarap bertaburan . 3. Di tempat pembuangan sampah-sarap terdapat banyak lalat dan tikus.Nyamuk juga membiak di tempat-tempat air bertakung di sekitar tempat pembuangan sampah-sarap tersebut.Bau dari tempat ini juga mengganggu ketenteraman dan kesihatan penduduk sekitarnya.Kami bimbang keadaan yang tidak bersih ini akan mendatangkan penyakit. 4. Kami amat berharap pihak tuan dapat menghantar pegawai kesihatan untuk memeriksa

tempat kami serta mengambil tindakan.Semoga aduan ini mendapat perhatian sepenuhnya daripada pihak tuan. Sekian,terima kasih. Yang benar, Soh Kim Hui (SOH KIM HUI ) Setiausaha Hal Ehwal Penduduk, Taman Pelangi Jati. Soalan : Kamu ialah ketua pasukan bola sepak sekolah.Pasukan kamu ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah sekolah lain. Tulis sepucuk surat jemputan kepada ketua pasukan bola sepak sekolah tersebut. Ketua Pasukan Bola Sepak, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jin Hua, Pandan Jaya, Ampang. ________________________________________________________________________________________ Ketua Pasukan Bola Sepak, Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil ) Sinwa, 45600 Kajang. 2006 Saudara, 06 OKTOBER

50

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Jemputan Mengadakan Perlawanan Persahabatan Saya selaku ketua pasukan bola sepak Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jin Hua, ingin menjemput pasukan bola sepak sekolah saudara untuk mengadakan perlawanan persahabatan. 2. Perlawanan ini bertujuan untuk mengisi masa lapang selepas UPSR, di samping menguji kemantapan setiap pasukan bagi menghadapi pertandingan antara sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi. 3. Perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 28 Oktober 2006, jam 8.30 pagi. Kami sebagai pasukan tuan rumah, mengharapkan agar pasukan bola sepak sekolah di daerah kita akan berjaya mencatatkan nama pada pertandingan akhir bola sepak antara daerah nanti. 4. Saya berharap agar saudara dapat memberi jawapan dengan segera.Ini bagi memudahkan kami membuat persiapan. Semoga kita sama-sama dapat mengharumkan nama sekolah melalui sukan ini. Sekian,terima kasih. Yang benar, Choong Zheng Feng (CHOONG ZHENG FENG) Ketua Pasukan Bola Sepak, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)Jin Hua. Soalan : Andaikan kamu sebagai guru besar. Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di sekolah,tulis sepucuk surat kepada Jabatan Pengangutan Jalan di negeri kamu untuk menjemput seorang penceramah dari jabatan tersebut. Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Ara, 45000 Bangsar. ___________________________________________________________________________ Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan , Cawangan Selangor, Jalan Tengku, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tuan, Jemputan Mengadakan Ceramah 04 JANUARI 2007

51

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Merujuk perkara di atas,saya selaku guru besar di sekolah ini ingin menjemput seorang penceramah dari jabatan tuan untuk memberi ceramah di sekolah ini. 2. Ceramah ini merupakan salah satu aktiviti Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh sekolah kami di kalangan murid-murid sekolah.Ceramah tersebut akan diadakan pada 25 Mac 2007,yang bertempat di dewan sekolah kami pada jam 09.00 pagi. 3. Kami amat berharap pihak tuan dapat menghantar seorang penceramah untuk menyampaikan ceramah yamg bertajuk "Keselamatan di Jalan raya Tanggungjawab Setiap Individu". Kami berharap ceramah ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap keselamatan mereka ketika di jalan raya. 4. Semoga pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkin bagi memudahkan kami membuat persiapan. Sekian,terima kasih. Yang menjalankan tugas, Nyanasambanthan (NYANASAMBANTHAN A/L MURUGAN) Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Ara.

SYARAHAN 1. Syarahan biasanya disampaikan dalam sesuatu pertandingan atau majlis tertentu. 2. Teknik penyampaiannya berbeza daripada karangan biasa kerana ia perlu disesuaikan mengikut sesuatu pertandingan atau majlis. 3. Syarahan pula biasanya disampaikan dalam sesuatu pertandingan, keraian atau upacara majlis rasmi yang lebih mirip kepada memberi penerangan tentang sesuatu perkara atau isu. 4. Syarahan perlu dimuatkan dengan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, para hakim dan para hadirin mengikut pangkat dan jawatan masing-masing dari yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah. 5. Kamu harus memasukkan empat isi utama. Gunakan fakta dan isi-isi yang bernas dan padat serta meyakinkan hadirin. 6. Kemukakan isi-isi itu satu persatu mengikut susunan yang baik dan teratur. 7. Gunakan ayat yang ringkas dan jelas. 8. Untuk menjadikan syarahan kamu lebih menarik, selitkan simpulan bahasa, peribahasa, kiasan dan ibarat, kata-kata hikmat, dan sebagainya di tempat yang sesuai. 9. Akhiri syarahan dengan ucapan terima kasih.

52

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Kamu menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah Jauhi Sikap Malas. Tulis teks syarahan kamu itu selengkapnya.

Selamat sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil, dan hadirin sekalian. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Jauhi Sikap Malas. Hadirin yang saya hormati, Sikap malas ialah satu sikap yang buruk. Disebabkan sikap malas, banyak kerja terbengkalai dan tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Antara contoh yang boleh dikaitkan dengan sikap malas ialah malas belajar. Jika sikap ini diamalkan, sudah tentu kita tidak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Akibatnya kita akan gagal dalam pelajaran. Contoh seterusnya ialah malas mengemas. Tempat tinggal menjadi berselerak dan tidak terurus. Lebih buruk lagi jika ada keadaannya busuk dan boleh mendatangkan penyakit.

53

Oleh itu, marilah kita menyemaikan sikap rajin dan menjauhi sikap malas supaya hidup kita sentiasa sejahtera. Sekian, terima kasih.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Kamu menyertai satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah Memupuk Keyakinan Diri. Tulis teks syarahan itu selengkapnya. Selamat pagi kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana dan para hadirin sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Memupuk Keyakinan Diri. Hadirin yang saya hormati, Keyakinan diri ialah kemampuan menghadapi cabaran dalam kehidupan. Pada hari ini, setiap orang perlu mempunyai keyakinan diri untuk mencapai kejayaan. Memandangkan banyak cabaran yang harus ditempuhi, maka keyakinan diri adalah penting supaya kita tidak mudah berasa putus asa. Tanpa keyakinan diri yang kukuh, seseorang akan berasa takut apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Misalnya, jika ia gagal dalam peperiksaan. Namun begitu, dengan adanya keyakinan diri, dia pasti akan bangkit semula dan berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. 54

Oleh itu, marilah kita sama-sama memupuk keyakinan diri agar kita menjadi lebih cekal dalam mengharungi kehidupan. Sekian, terima kasih.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Kamu menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah Elakkan Pembaziran Air.Tulis teks syarahan kamu itu selengkapnya. Selamat sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil dan hadirin sekalian. Pada hari ini,saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Elakkan Pembaziran Air. Hadirin yang saya hormati, Air amat penting kepada segala hidupan di muka bumi ini. Manusia menggunakan air untuk minum, memasak, dan membasuh pakaian. Selain itu, air juga penting untuk kesuburan tanah dan menjadi sumber minuman kepada makhluk lain. Tanpa air, kita semua pasti akan mati. Oleh itu, wajarlah kita menggunakan air dengan berjimat cermat. Sikap suka membazirkan air akan membawa keburukan. Jika air tiada, kita pasti dilanda masalah. Bagaimanakah kita hendak mandi, minum, memasak dan mencuci pakaian? Akhir kata, saya ingin menyeru hadirin sekalian supaya merenung isi syarahan saya pada hari ini. Marilah kita sama-sama mengelakkan pembaziran air. 55

Sekian, terima kasih.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Kamu menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah Memupuk Semangat Perpaduan.Tulis teks syarahan kamu itu. Selamat sejahtera saya ucapkan kepda pengerusi majlis, panel hakim yang adil dan bijaksana, serta hadirin sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Memupuk Semangat Perpaduan. Hadirin yang saya hormati, Negara kita mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Kita semua hidup dalam suasana aman dan damai. Kedamaian ini wujud kerana kita semua bersatu padu. Semangat perpaduan ini memungkinkan negara kita dikagumi di seluruh dunia. Jika kita tidak memiliki semangat perpaduan, sudah tentu hidup kita kucarkacir dan berpecah-belah. Lihatlah rakyat negara lain yang sentiasa bersengketa dan berperang. Akibatnya, negara musnah dan rakyat menderita. Kita harus bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi. Oleh itu, wajarlah kita terus memupuk semangat perpaduan ini di kalangan generasi muda agar negara kita aman dan makmur selama-lamanya. Sekian, terima kasih.

56

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Kamu menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah Faedah Membaca Surat Khabar.Tulis teks syarahan kamu itu. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bestari, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan satu syarahan yang bertajuk Faedah Membaca Surat Khabar. Saudara saudari sekalian, Surat khabar merupakan media massa utama di negara kita. Surat khabar juga terdapat dalam pelbagai bahasa. Contohnya Bahasa Melayu, Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan lain-lain lagi. Kita harus membaca surat khabar. Jikalau tidak kita mungkin menjadi katak di bawah tempurung. Membaca surat khabar menjadikan seseorang lebih perihatin. Rakan-rakan sekalian, Apabila kita ada masa lapang, kita harus membaca surat khabar. Dengan itu, kita dapat menambahkan kosa kata dan juga kita dapat mempelajari perkara baru saban hari. Para hadirin sekalian, Kita boleh membawa surat khabar ke mana-mana juga dengan mudah dan harganya pula sangat murah jika dibandingkan dengan media massa yang lain. Surat khabar juga menjadi sebuah alat hiburan yang menarik.

57

Akhir kata, kita haruslah sentiasa membaca surat khabar untuk menambah ilmu pengetahuan. Sekian, terima kasih.

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

UCAPAN 1. Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis atau upacara tertentu. 2. Teknik penyampaiannya berbeza daripada karangan biasa kerana ia perlu disesuaikan mengikut sesuatu majlis. 3. Ucapan biasa digunakan untuk tahniah atau takziah, perasmian, perpisahan, penerangan dan ucapan terima kasih. Ucapan biasanya lebih kepada memberikan penerangan, pujian, dan penghargaan. 4. Ucapan perlu dimuatkan dengan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, para hakim dan para hadirin mengikut pangkat dan jawatan masing-masing dari yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah. 5. Kamu harus memasukkan empat isi utama. Gunakan fakta dan isi-isi yang bernas dan padat serta meyakinkan hadirin. 6. Kemukakan isi-isi itu satu persatu mengikut susunan yang baik dan teratur. 7. Gunakan ayat yang ringkas dan jelas. 8. Untuk menjadikan ucapan kamu lebih menarik, selitkan simpulan bahasa, peribahasa, kiasan dan ibarat, kata-kata himat, dan sebagainya di tempat yang sesuai. 9. Akhiri ucapan dengan ucapan terima kasih.

58

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

UCAPAN PERPISAHAN Andaikan bahawa anda ketua murid. Anda dikehendaki berucap dalam majlis perpisahan murid-murid Tahun Enam. Guru Besar dan guru-guru akan hadir dalam majlis itu. Tulis ucapan tersebut. Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, dan pelajar-pelajar sekalian. Tanpa disedari sudah enam tahun kita belajar di sekolah ini. Kalau dahulu kita buta huruf tetapi kini kita sudah pandai membaca, menulis, dan mengira. Segala ilmu yang kita peroleh ini adalah atas usaha dan penat lelah guruguru yang mengajar kita. Pengorbanan dan jasa guru-guru akan kami kenangi hingga akhir hayat. Oleh sebab itu, saya bagi pihak murid-murid Tahun Enam ingin mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan guru-guru. Kami juga ingin meminta maaf atas segala kesilapan kami selama ini. Akhir sekali, kami akan menjaga displin dan berusaha meningkatkan taraf pencapaian akademik dan kokurikulum. Sebelum mengundur diri, izinkanlah saya berpantun: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. 59

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

Sekian, terima kasih.

UCAPAN KERAIAN Sekolah kamu meraikan Hari Guru pada 16 Mei 2007. Kamu sebagai wakil murid dikehendaki menyampaikan ucapan pada hari itu. Selamat pagi dan salam sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guruguru, dan rakan-rakan yang dikasihi. Hari ini ialah Hari Guru. Hari Guru diadakan pada setiap tahun untuk mengenang dan menghargai jasa para guru. Di sini saya mewakili semua murid mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Kawan-kawan sekalian, guru bagaikan lilin yang membakar diri sendiri dan menerangi orang lain. Sejak kecil lagi, kita diasuh mengenal huruf, membaca, dan mengira oleh guru. Guru-guru juga banyak menerapkan nilai murni melalui pengajaran yang disampaikan. Mereka telah mengorbankan banyak masa untuk mengajar dan membimbing para murid supaya mereka berjaya dalam pelajaran. Di samping itu, guru juga membentuk budi pekerti yang mulia. Kita haruslah sentiasa menghormati, mengingati, dan membalas jasa baik guru. Balasan paling baik yang dapat kita lakukan ialah belajar dengan tekun dan mengikuti nasihat mereka. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya mewakili semua murid memohon ampun dan maaf kepada semua guru. Kami berjanji akan menjadi murid yang baik dan akan belajar bersungguh-sungguh. Semoga semua guru hidup sihat dan bahagia. Sekian, terima kasih.

60

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

UCAPAN PERASMIAN Andaikan bahawa anda Pengarah Pendidikan Negeri yang dijemput untuk merasmikan bangunan tambahan di sebuah sekolah. Tulis ucapan perasmian tersebut. Yang Berusaha Guru Besar, Puan Rahimah Ibrahim, guru-guru, dan hadirin sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya berasa bangga kerana dijemput untuk merasmikan pembukaan bangunan tambahan sekolah yang serba lengkap ini. Pembinaan bangunan tambahan ini sudah pasti memberikan keselesaan kepada murid-murid di sini. dengan pelbagai kemudahan. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, diharapkan juga segala kegiatan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Pembinaan bangunan tambahan ini pasti akan dapat menampung jumlah murid yang kian bertambah. Oleh sebab itu, saya berharap agar masalah kekurangan kelas tidak berlaku lagi di sekolah ini. Saya berharap juga agar kemudahan-kemudahan tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya untuk manfaat murid-murid sekolah ini. Akhir kata, dengan rasa sukacita dan penuh kesyukuran saya merasmikan pembukaan bangunan tambahan sekolah ini. Sekian, terima kasih. Hal ini demikian kerana bangunan ini dilengkapi

61

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

UCAPAN ALUAN Serombongan ahli dari Persatuan Matematik sekolah lain telah mengadakan kunjungan persahabatan ke sekolah anda. Sebagai pengerusi persatuan, anda dikehendaki berucap untuk mengalu-alukan kedatangan mereka. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin sekalian. Berkumpulnya kami di dewan ini adalah ini adalah untuk menyambut kedatangan semua ahli Persatuan Matematik SJK (C) On Boon yang mengadakan kunjungan persahabatan ke sekolah kami. Saya sebagai pengerusi Persatuan Matematik sekolah ini mengalu-alukan kedatangan anda semua dan diucapkan selamat berkenalan. Kawan-kawan sekalian, Saya harap lawatan ini dapat mendedahkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Matematik di sekolah ini kepada Persatuan Matematik SJK(C) On Boon. Selain itu, kunjungan persahabatan ini juga dapat mengeratkan persahabatan sesama murid. Para murid akan mendapat lebih banyak kawan selain daripada kawan di sekolah yang sama. Akhir sekali, kita juga dapat bertukar pendapat dan juga nota pelajaran dalam Matematik. Oleh itu, dengan secara tidak langsung pencapaian Matematik dapat dipertingkatkan. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika terkasar bahasa. Sekian, terima kasih.

62

Panitia Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kerian 2007

UCAPAN PENERANGAN Andaikan bahawa anda diundang untuk berucap dalam suatu majlis anjuran Persatuan Pengguna. Tajuk ucapan yang anda pilih ialah Kempen Inflasi Sifar. Tulis ucapan tersebut. Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, Pengerusi Persatuan Pengguna, dan para hadirin sekalian. Terima kasih kerana sudi mengundang saya untuk berucap dalam majlis ini. Inflasi bermaksud permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan yang melebihi penawarannya. Hal ini menyebabkan harga barang dan perkhidmatan bertambah tinggi. Oleh sebab itu, kita perlu membantu menjayakan kempen ini. Sebagai pengguna, kita dapat mengawal harga barangan jika mengambil langkah-langkah yang betul. Langkah yang paling penting ialah dengan mengawal perbelanjaan. Secara tidak langsung, langkah ini menggalakkan kita membuat simpanan. Selain itu, kita digalakkan membeli barang sewaktu jualan murah juga. Akhir sekali, belilah barang-barang buatan setempat. Dengan cara ini, kita akan dapat berjimat cermat dan sekali gus dapat mengawal inflasi. Sebelum ucapan ini diakhiri, saya menyeru semua pengguna agar merancang perbelanjaan dengan teliti. Semoga Kempen Inflasi Sifar akan berjaya dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

Li/sjktsm07.

63