Anda di halaman 1dari 4

Olahraga: Tiada yang luar biasa KALAU tak 'berdrama', itu bukan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Drama yang direka sangat menarik, bukan untuk kepentingan atlet, tetapi pegawainya.Masing-masing diketepikan.Mungkin itu mahu antara menonjolkan cemerlang kewibawaan diri sehingga agenda utama persatuan sanggup 'kejayaan' KOAM sepanjang tahun 2008 di mana pegawainya lebih kerap menghiasi ruang akhbar berbanding pencapaian atlet di bawah naungan mereka.Satu persatu 'drama' yang direka membabitkan 'pelakon' yang sama.Tuduh menuduh macam satu permainan dan akibatnya diri sendiri yang rugi. Insiden salah faham antara Pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi Asia (HPTC), Mohd. Musa Noor Mohd. dengan Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim dianggap kemuncak 'drama' dalam sukan olahraga sehingga melibatkan campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Kenapa perlu berbalah dengan isu yang remeh atau dalam erti kata lainnya, yang tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.Yang ada, cuma merugikan sukan itu sendiri. WATSON masih memegang rekod kebangsaan dalam acara 100m.

Campur tangan menteri pula membuktikan individu tersebut gagal berfungsi dengan berkesan untuk menyelesaikan pertelagahan secara profesional.Itu senario di luar gelanggang yang pada satu ketika menjadi perbualan di kalangan pencinta sukan olahraga tanah air.Ramai yang mempersoalkan kenapa drama seperti itu sering berlaku dalam KOAM melibatkan orang yang sama."Saya memang orang lama dalam sukan ini. Keadaan kecoh seperti ini memang sudah menjadi trade mark KOAM dan yang peliknya melibatkan orang yang sama."Satu ketika dulu KOAM nampak aman sikit tanpa individu ini, tetapi sekarang 'drama' lama berulang dan ia direka individu yang sama," kata bekas atlet tahun 1980- an kepada Kosmo! yang enggan namanya disiarkan. Menurut bekas atlet itu, KOAM seharusnya tidak perlu menimbulkan masalah remeh seperti ini lagi kerana ia merupakan sebuah persatuan paling tua di negara ini."Mereka sepatutnya menuju ke arah kecemerlangan sukan yang dinaungi itu daripada bertelagah dengan isu yang tidak mendatangkan faedah."Sebagai persatuan paling matang dan individu yang telah lama terlibat dalam pengurusan persatuan, sikap profesional itu seharusnya menjadi pegangan. Keutamaan pula ke arah melahirkan atlet berkualiti," kata bekas atlet itu.Menurutnya, ketika zaman dia aktif dulu, drama seperti ini memang biasa berlaku dalam KOAM sehingga menimbulkan rasa bosan di kalangan rakan sepelatihnya."Kalau boleh usahlah diperbesarkan sangat isu remeh. Tumpukan kepada program pembangunan kerana sekarang kita memang kekurangan atlet yang berdaya saing," katanya.Turut menghiasi agenda KOAM bagi tahun 2008 ialah pemilihan semula Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai presiden selepas tidak mendapat tentangan daripada pencabar lain.

Apa yang diharapkan ialah agar Shahidan tampil lebih bersemangat selepas ini untuk mengembalikan kegemilangan sukan olahraga yang suatu ketika dulu pernah melahirkan atlet bertaraf Olimpik.Mengimbas perjalanan sukan olahraga sepanjang tahun 2008, tidak banyak yang boleh dibanggakan.Walaupun ramai muka baru lahir di balapan, tetapi mereka masih tidak menampakkan kemampuan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Nama-nama baru seperti Latif Nyat, Zabidi Ghazali (sekadar menyebut beberapa nama), masih terkapai-kapai mencari rentak sebelum boleh mengatasi kepantasan jaguh dari negara jiran, Thailand.Zabidi adalah produk Sukan Malaysia (Sukma) dan kelibatnya dalam acara 100 meter lelaki pada temasya dwi-tahunan itu seakan-akan memberi kelegaan bahawa negara telah berjaya melahirkan seorang lagi jaguh yang mampu mewarisi pelari terhebat sebelum ini.Ramai yang menganggap Zabidi adalah pengganti Nazmizan Mohamad tetapi setakat ini, rentaknya masih sumbang.Latif pun terus tenggelam selepas unggul pada Sukma Kedah dua tahun lalu. Persoalannya kini adakah atlet olahraga negara sekadar hebat di laman sendiri atau sebaliknya.Adakah KOAM menyedari hakikat ini atau mereka terus bermain 'wayang' tanpa mengendahkan aspek pembangunan.Kejohanan peringkat negeri pun semakin berkurangan kebelakangan ini, tidak sehebat beberapa tahun lalu.Andai masalah penaja yang membantutkan pergerakan, maka mereka perlu buktikan bahawa KOAM adalah sebuah persatuan yang berwibawa, bukan sahaja daripada aspek melahirkan atlet tetapi juga sebuah organisasi yang disegani.Ia akan memberi keyakinan kepada penaja untuk menjadi rakan seperjuangan dalam merancakkan lagi sukan olahraga tanah air.

Bayangkan, andai Majlis Sukan Negara (MSN) tidak memainkan peranan mereka membantu mengembangkan bakat atlet, mungkin negara tidak mempunyai atlet berkualiti untuk diketengahkan di pentas antarabangsa.Memang tidak dinafikan atlet olahraga yang dianggap berjaya sepanjang tahun 2008 boleh dibilang dengan jari.Ramai yang berpendapat bahawa negara hanya mempunyai seorang atlet olahraga iaitu jaguh lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu.Ini kerana, hanya atlet tersebut sahaja yang berjaya mengukir nama ketika yang lainnya terus tenggelam entah ke mana.Pengganti jaguh jarak sederhana, M. Ramachandran pun masih belum ditemui sehingga sekarang.Begitu juga dengan pengganti kepada pelari pecut seperti Watson Nyambek, Nazmizan, G. Shanti, Hamberi Mahat, sehingga kini belum ada yang layak.Begitu juga dengan pengganti kepada Mohd. Zaki Sadri (lompat kijang), Nazar Rahim (cekera), Yazid Imran (merejam lembing) dan juga Wong Tee Kue (baling tukul besi).Akibatnya, catatan 10.30s yang dilakukan oleh Watson dalam acara 100m masih kekal sebagai rekod kebangsaan.Pelari wanita, Siti Fatimah Mohamad dilihat berpotensi tetapi dia tidak mempunyai pendedahan yang cukup sebelum boleh bergelar ratu pecut.Apa pun, andai KOAM menyedari hakikat ini, eloklah tahun 2009 dijadikan permulaan bagi mengembalikan kecemerlangan.Kejohanan terbuka negeri perlu diperhebatkan kerana ia adalah pentas persaingan kepada atlet tempatan untuk membuktikan kemampuan. Tanpa kejohanan tempatan, atlet tiada tempat untuk menilai kemampuan kerana peluang untuk beraksi pada kejohanan peringkat antarabangsa sangat terhad.Mungkin dengan semangat baru Shahidan selepas terus diberi kepercayaan untuk menerajui persatuan sukan tertua di negara ini, sukan olahraga bakal menikmati perkembangan yang lebih hebat pada tahun 2009.

Anda mungkin juga menyukai