Anda di halaman 1dari 2

Se0apa- S|-e Sea|a: J|aaaq

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana
dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun di Dewan lmu ini untuk
menyempurnakan Majlis Makan Malam Amal anjuran Persatuan bu Bapa dan Guru Sk
Bukit Beruntung. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa
pelaksana yang terlibat .
Sekalung terima kasih diucapkan kepada pihak PBG kerana memberi peluang
kepada saya mengabadikan ukiran kata sebagai huluran salam perkenalan. barat kata,
"tak kenal maka tak cinta, bila sudah kenal barulah kemesraan akan terjalin " Justeru itu
sebagai guru besar yang telah diberi kepercayaan untuk meneraju sekolah yang ramai
pelajar maka saya percaya keakraban, komitmen dan tanggungjawab sosial begini
akan dapat diteruskan untuk memantapkan SK Bukit Beruntung dalam pelbagai aspek.
Kejayaan merealisasikan Majlis Makan Malam 2011 ini, saya juga merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli
Jawatankuasa PBG , guru-guru Penolong Kanan, guru-guru atas sokongan moral,
material, kepakaran melatih peserta persembahan ,menggembleng tenaga disamping
kerjasama untuk mendapatkan kutipan dana dengan menjual kerusi dan meja.
Harapan saya agar hubungan yang baik serta erat khususnya dengan PBG dan ibu
bapa secara amnya dapat dijalinkan dengan lebih mantap dan mesra demi mencapai
matlamat secara holistik. nstitusi sekolah bukan hanya melahirkan generasi yang
cemerlang akademik sahaja tetapi melahirkan modal insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. ( JERS).
Melalui pertautan silaturahim dan hubungan muhibbah PBG, marilah kita bersama-
sama berganding bahu dan berjalan seiringan berusaha mempertingkat kemajuan dan
kecemerlangan sekolah ini agar SK Bukit Beruntung menjadi sebuah sekolah yang
unggul .
Akhir kata, sebelum mengundur diri sekalung penghargaan kepada dermawan yang
telah menyumbang dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan usaha murni ini.
Salam hormat.
4- u:|aa /t u/d aaaa

Anda mungkin juga menyukai