[sunting] Belle
Butik beraneka jenama yang ditujukan kepada peminat fesyen yang muda dan sering mengikut trend semasa. Jenama pakaian dan aksesori yang dijual di sini termasuk D&G oleh Dolce and Gabbana, Seven Jeans, Cacharel, Chlo serta Roberto Cavalli.
[sunting] Isetan
Syarikat gedung serbaneka dari Jepun, Isetan mempunyai cawangan di Suria KLCC. Isetan merupakan salah satu penghuni utama Suria KLCC, mengambil ruang mengufuk setinggi lima aras setara dengan ketinggian Suria. Gedung ini kerap dikunjungi oleh pelancong dari Jepun, Korea, Singapura serta pembeli tempatan yang mengejar pelbagai jenis barang dan jenama. Jenama barangan mewah dan pakaian rekaan khas seperti Dior, Celine, DKNY, Calvin Klein dan Polo Ralph Lauren mendirikan kedai kecil di dalam Isetan.
[sunting] Kinokuniya
Kedai buku Kinokuniya mendirikan cawangan besar di Suria KLCC, mengambil dua aras dan menghadap kawasan kolam di luar Suria KLCC. Kinokuniya menerapkan fungsi lazim sesebuah kedai buku dan menampilkan kafe.
[sunting] Petrosains
Pusat Petrosains Petronas terletak di tingkat empat Suria KLCC dan menumpu pada industri penggalian minyak di Malaysia. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi pusat ini. Petrosains dikenali dengan laluan Dark Ride, Flight Simulators dan Adventure, serta bahagian Molecular Magic, Geotime Formation dan Petrojaya.