Anda di halaman 1dari 22

KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI CAWANGAN TERENGGANU

JABATAN PSIKOLOGI TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING MP24193 LAPORAN KERJA KURSUS KUMPULAN TAJUK : TEORI INDIVIDU ALFRED ADLER AHLI KUMPULAN : MEXNUEL PINUS (TP04103009) MOHD FAZLIZAN AFIZI BIN NORDIN (TP04103012) AL HADI BIN MOHD SIDIK (TP 04103001) NORAFIDAH BT. AHMAD (TP04103019) HASDYANA BT. HASAN (TP04103003)

PENSYARAH : MISS FARAH AINI BINTI AZMI

ISI KANDUNGAN PERKARA


PENGHARGAAN PENGENALAN BIODATA TOKOH PANDANGAN TOKOH TERHADAP MANUSIA KONSEP UTAMA FICTIONAL FINALISM USAHA KE ARAH SUPERIORITI PERASAAN INFERIOR/PAMPASAN MINAT SOSIAL & GAYA/CARA HIDUP URUTAN KELAHIRAN JENIS-JENIS CARA HIDUP KENDIRI KREATIF PENDEKATAN TERAPI PSI. INDIVIDU TEKNIK-TEKNIK DALAM PSI. INDIVIDU KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

M/S
1 2 3-5 6 7 8 9 10 11 12-13 14-15 16 17 18 19 20

PENGHARGAAN

Salam 1Malaysia, Kami merafakkan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Cik Farah Aini Bt Azmi, Pensyarah Psikologi Teknik-teknik kaunseling ( MP24193) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini dijalankan. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal peneraju dunia Psikologi di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu psikologi di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang psikologi. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sekian, Terima Kasih.

PENGENALAN
Teori Psikologi Individu memfokuskan kepada keunikan yang dimiliki oleh seseorang individu dan Adler menolak mengenai desakan seksual menentukan personaliti seseorang. Menurut Adler, fenomena psikologi yang dialami oleh setiap individu itu adalah berbeza antara satu sama lain tetapi bersifat konsisten antara satu sama lain iaitu untuk mencapai kehendak superioriti. Kegagalan seseorang individu berhadapan dengan cabaran hidup mendorong individu bersifat lemah, pasif dan defensif iaitu individu ini sedang mengalami inferioriti complex. Kehendak seseorang itu mempengaruhi setiap tindakan mereka berpandukan pula kepada pengalaman di masa lepas yang telah dilalui mereka yang mana mendorong kepada usaha untuk merealisasikan suatu kehendak. Perasaan inferioriti yang wujud secara nyata atau khayalan dalam diri seseorang individu dianggap suatu yang normal. Bahkan, perasaan inferioriti itu menjadi dorongan untuk seseorang individu mencapai keinginan superioriti. Superioriti pula merupakan matlamat hidup seseorang individu di samping menggapai kesempurnaan kendiri yang unggul. Maka, matlamat ini dijadikan pula sebagai panduan hidup seseorang. Matlamat tadi adalah hasil idea yang dibayangkan. Ia diistilahkan sebagai Fictional Finalism. Kematangan atau kebaikan seseorang itu dilihat melalui pandangan seseorang individu itu terhadap kehidupan sosial yang sedang dihadapi. Menurut Adler, dengan berusaha membantu orang lain, sebenarnya kita sedang membantu diri kita dalam mencapai matlamat. Dengan mempunyai kepentingan sosial ( social interest) yang tinggi, individu ini amat mementingkan kebajikan orang lain dan usaha yang dibuat untuk menyumbang kepada kebajikan masyarakat membantu seseorang individu untuk menyesuaikan diri dengan baik di samping mengurangkan perasaan sunyi dan tertekan. Perancangan hidup seseorang individu dianggap unik dan cara hidup mereka dibentuk semasa lima tahun yang pertama. Selain itu, layanan ibu bapa semasa peringkat awal kanak-kanak memberi kesan kepada timbulnya reaksi inferioriti dalam diri anak- anak dan mempengaruhi pembentukan personaliti unik anak- anak dan gaya hidup yang bakal diamalkan ketika dewasa. 2

BIODATA TOKOH

The goal of the human soul is conquest, perfection, security, superiority. Every child is faced with so many obstacles in life that no child ever grows up without striving for some form of significance. -ALFRED ADLER-

Dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Rudolfsheim, Vienna, Austria. Beliau berasal dari keluarga Jewish kelas pertengahan. Beliau berbangsa Yahudi, namun beliau tidak dibesarkan dalam kebudayaan masyarakat Yahudi. Beliau menganuti kepercayaan Protestant. Adler merupakan anak kedua daripada 6 adik- beradik. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Sigmund. Semenjak dari kecil, Adler sering dibanding- bandingkan dengan abiliti abang sulungnya. Beliau dan Sigmund, sememangnya berbeza dari segi keupayaan fizikal. Adler berasa cemburu dengan abangnya yang sentiasa dibanggai dalam pencapaian sukan. Tambahan pula, Adler tidak mampu untuk bergiat aktif sepertimana abangnya, Sigmund kerana beliau telah disahkan menghidap penyakit Pneumonia ketika berumur baru 5 tahun. Lebih menyedihkan, doktor pula mengesahkan penyakit Adler adalah kronik dan sukar dirawat. Bertitik tolak dari peristiwa tersebut, Adler telah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa. Ternyata, cita- cita anak kecil itu telah berjaya direalisasikan apabila beliau berjaya merangkul Ijazah Kedoktoran ketika usianya mencecah 25 tahun, pada tahun 1895. Ijazah tersebut ditauliahkan daripada University of Vienna.

Bercerita soal hubungan Adler dan kelurga, beliau pada mulanya amat dimanjakan oleh ibunya. Namun, ia sekadar bersifat sementara. Pada usia Adler 20 bulan, ibunya menyambut kelahiran adik perempuannya yang baru dan sekaligus perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibunya selama ini telah pula beralih arah. Setelah menyedari situasi itu, Adler mula rapat dengan bapanya. Hubungannya dengan bapanya semakin hari semakin akrab. Bapanya menjadi sumber inspirasi Adler untuk berjaya. Semasa belajar di sekolah rendah, Adler pernah diherdik oleh guru kelasnya kerana prestasi Adler di sekolah amat lemah. Beliau sering gagal dalam peperiksaan terutama dalam mata pelajaran Matematik. Gurunya pernah mencadangkan kepada bapanya untuk memberhentikan Adler dari terus bersekolah. Kata guru itu adalah lebih baik sekiranya Adler dilatih menjadi seorang tukang kasut. Akibat dari herdikan yang diterima, Adler menjadi semakin lemah semangat dan hilang minat untuk pergi ke sekolah. Atas semangat dan kepercayaan yang diberikan oleh bapanya, Adler akhirnya pulih semangat. Beliau tekad untuk membuktikan bahawa beliau turut berpotensi untuk berjaya. Demi memenuhi desakan itu, Adler akhirnya berjaya mengatasi kegagalan beliau. Sejak detik itu, Adler tidak lagi menghadapi kesukaran dalam belajar dan menjadi pelajar nombor satu dalam kelas. Pada tahun 1898, beliau berjaya menghasilkan hasil penulisannya yang pertama. Beliau menekankan hubungan kesihatan dan abiliti seseorang mencapai kejayaan. Kupasan beliau membawa kepada pembentukan prinsip pemikiran baru dalam suasana sekolah- sekolah. Pada tahun 1902, Adler mula menyertai gerakan Freudian atas jemputan Freud sendiri. Mereka banyak membincangkan aspek baru dalam dunia psikopatologi. Namun, sepanjang 4 tahun, Adler bergiat dalam kegiatan Freudian; Adler tidak pernah selari pandangan dengan Freud. Buktinya,jelas dapat dilihat melalui penulisan Adler pada tahun 1907 yang mana mengupas tentang organ inferioriti dan kelebihannya. Adler membantah pandangan Freud terhadap pembentukan personaliti seseorang itu adalah didorong oleh desakan seksual. Maka, pada tahun 1911, Adler memutuskan untuk keluar dari terus bersama dengan gerakan Freudian itu. 4

Adler bersama- sama dengan 8 orang ahli lain yang seangkatan dengan pandangan Adler berjaya menubuhkan sebuah persatuan Society for Free Psychoanalysis. Memandangkan nama tersebut seolah-olah mempersendakan Freud, Adler memutuskan pula untuk mengubah nama tersebut kepada Society for Individual Psychology. Kemudian, pada tahun 1912, Adler menerbitkan pula sebuah buku yang berjudul The Neurotic Constitution yang mana buku ini merupakan usaha Adler untuk lebih memperkembangkan konsep utama yang ada dalam Teori Psikologi Individu. Selain itu, penulisan beliau banyak memfokuskan kepada keunikan personaliti seseorang individu. Seterusnya, beliau menghasilkan pula sebuah buku yang bertajuk Understanding Human Nature. Buku ini digunapakai oleh para pelajar di Viennese Institute for Adult Education. Semasa Perang Dunia Pertama, beliau turut terlibat dalam revolusi Marxism dan bergiat sebagai tentera Austria. Beliau berjaya menubuhkan beberapa buah klinik rawatan mental di Vienna. Namun malangnya, usaha beliau itu akhirnya ditutup oleh pihak Nazi. Justeru itu, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1934 berikutan mendapat tawaran mengajar di Long Island College of Medicine. Hasil perkahwinan beliau bersama Ruissa Epstein seorang wanita berbangsa Rusia, mereka dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu antaranya ialah Kurt dan Alexandra. Kurt dan Alexandra merupakan 2 daripada 4 orang anak Adler dan Ruissa yang bergiat sebagai ahli psikiatri dan meneruskan tradisi mendiang bapa mereka membantu masyarakat sejurus selepas kematian mendiang pada 28 Mei, 1937. Mendiang meninggal akibat serangan sakit jantung semasa lawatan beliau ke Aberdeen, Scotland.

PANDANGAN TOKOH TERHADAP MANUSIA


Setiap individu merupakan makhluk yang bersosial. Personaliti manusia adalah dibentuk oleh persekitaran sosial di mana keinginan bersosial itu telah sedia ada di dalam diri individu secara semulajadi. Ini secara tidak langsung mencirikan bahawa teori personaliti Adler turut menekankan aspek biologikal sepertimana Freud yang menekankan aspek seksual. Keinginan mereka untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan mempunyai semangat kekitaan dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial. Namun, Adler menolak pandangan Freud mengenai naluri dan keperluan biologi merupakan elemen asas personaliti manusia. Menurut Adler, manusia didorong oleh minat sosial. Dalam berusaha untuk bergaul dengan anggota masyarakat, manusia membentuk gaya hidup yang tersendiri. Di sini keperluan memenuhi desakan seksual dilihat memainkan peranan yang kecil. Selain itu, setiap tindak-tanduk manusia mempunyai suatu tujuan tertentu. Tujuan itu ialah untuk memperolehi rasa selamat dan untuk mengatasi perasaan rendah diri. Kedua-dua matlamat tersebut dipercayai sebagai pendorong individu ke arah menakluki kuasa, superioriti, dan kesempurnaan terutamanya matlamat untuk mengatasi perasaan rendah diri. Maknanya, perasaan rendah diri atau inferioriti ini merupakan asas penggerak dan pendorong ke arah kendiri kreatif. Seterusnya, Adler turut berpendapat bahawa alam sedar (self- consciousness) menjadi pusat personaliti manusia. Oleh sebab itu, manusia mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengarah dirinya menurut kehendak dirinya. Tambahan, manusia sedar akan sebabsebab dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan. Dengan itu, mereka sedar akan perasaan inferior yang wujud di dalam diri mereka serta bentuk sebenar suatu matlamat yang perlu ditujui dan dicapai. Jadi, manusia itu bukanlah mangsa kepada nasib. Adler turut menekankan aspek- aspek dalaman yang lain yang mana terdapat di dalam diri seseorang individu iaitu nilai, motif, minat, nilai, persepsi subjektif dan usahanya ke arah kendiri unggul. Aspek- aspek dalaman ini turut menjadikan suatu personaliti milik manusia itu unik dan berbeza antara satu sama lain.

KONSEP UTAMA DALAM TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU


Sebelum Adler memformulasikan Teori Psikologi Individu, beliau telah terlibat dalam pengkajian dan pembinaan teori berkenaan neurosis (dalam H.L & R.R Ansbacher, 1956). Maka, hasil teori beliau adalah daripada konklusi yang dibuat melalui pengkajian awal beliau terhadap para pesakitnya. Konklusi yang dibina berdasarkan pengkajian itu digubal daripada berkaitan dengan individu abnormal kepada individu yang normal. Maka, teori yang terhasil adalah bersifat ekonomikal dan telah memperkenalkan beberapa konsep utama dalam aplikasi Teori Psikologi Individu Adler. Antara konsep- konsep tersebut ialah :

Fictional Finalism Usaha ke arah superiority Perasaan inferior atau pampasan Minat sosial Gaya/Cara hidup kendiri kreatif

FICTIONAL FINALISM
Konsep Fictional Finalism adalah berdasarkan kepada falsafah Hans Valhinger dalam buku beliau The Psychology of as if, pada tahun 1911. Fictional Finalism menunjukkan apa yang sedang diusahakan oleh seseorang individu itu untuk dipenuhi (kehendak) di masa mendatang. Matlamat yang sedang ditujui adalah Fictional Finalism yang mana mengarahkan tingkahlaku seseorang itu sepertimana percaya dan yakinnya individu itu bahawa dirinya ada kemampuan untuk merealisasikan segala impian (fiksyen) agar menjadi nyata pada akhirnya. Impian yang ingin dicapai seringkali bersifat ke arah kesempurnaan (guiding self ideal) danidealistik. Ia wujud dalam diri individu secara sedar atau tidak sedar. Selain itu, fiksyen yang direka ini bersifat positif dan mampu memandu psikologikal individu secara efektif sepanjang berhadapan dengan alam realiti. Contohnya, kepercayaan Muslim terhadap konsep Neraka dan Syurga. Dua perkara tersebut adalah suatu yang ghaib dan penuh keajaiban. Namun, faktor keimanan Muslim membuatkan mereka yakin akan kewujudan perkara ini setelah tibanya Hari Kiamat di mana Syurga diciptakan oleh Allah untuk didiami oleh para Mukmin manakala Neraka menempatkan para hamba yang mungkar dan dilaknat. Justeru itu, segala tindak tanduk manusia adalah berpandukan kepada matlamat yang diinginkan iaitu untuk mendiami Syurga Allah. Maka, jelas bahawa tingkah laku manusia dalam mencorak kehidupan adalah dipengaruhi oleh matlamat yang hendak dicapai. Menurut Adler, seseorang yang normal mampu membebaskan dirinya dari terus dibelenggu oleh fiksyen yang direka dan manusia turut berupaya membelakangkan fiksyen tersebut apabila ia dirasakan sudah tiada kepentingan.

USAHA KE ARAH SUPERIORITI


Konsep ini bererti manusia akan sentiasa berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan kendirinya yang subjektif. Ia merupakan usaha mereka untuk berkembang. Kuasa yang mendorong individu untuk berusaha ke arah superioriti wujud sejak lahir dan setiap individu menggunakan potensi ini mengikut gaya hidup mereka yang unik di samping gigih mencapai matlamat yang diidamkan. Menurut Adler, manusia bergerak ke arah suatu kondisi yang semakin hari semakin baik dan seterusnya manusia akan memiliki rasa puas dan ketika itu, manusia berada di puncak kejayaan dan memperolehi kesempurnaan kendiri yang unggul. Di situ, manusia turut berasa selamat dan berkuasa. segala bentuk inisiatif yang dilakukan merupakan tujuan manusia mengatasi segenap perasaan inferioriti miliknya. Adler turut melabelkan reaksi manusia terhadap perasaan tidak senang atau inferioriti mereka dengan sesuatu situasi yang sedang dihadapi itu sebagai masculine protest. Beliau turut berpendapat, superior dikaitkan dengan kuasa dan sifat kelakian(masculinity). Manakala, inferiority dikaitkan dengan kelemahan dan sifat kewanitaan(femininity). Terdapat 3 tahap berbeza yang mana seseorang individu itu ingin capai dan setiap dari mereka itu berbeza dalam memilih bentuk matlamat antara satu sama lain seperti untuk menjadi agresif, untuk menguasai, dan untuk menjadi individu superior. Jenis matlamat yang dipilih adalah dipengaruhi oleh penglibatan awal kehidupan mereka dalam keluarga (family atmosphere).

PERASAAN INFERIOR ATAU PAMPASAN


Menurut Adler, manusia dilahirkan dengan kekurangan tertentu yang membawa kepada rasa rendah diri. Rasa rendah diri ini akan mendorong individu untuk berusaha mengatasinya agar ia mencapai rasa superioriti dan kesempurnaan. Terdapat dua jenis inferioriti yang kebiasaannya dialami oleh semua individu iaitu rasa rendah diri terhadap aspek fizikal diri atau aspek psikologikal. Rasa rendah diri terhadap aspek fizikal diri digelar inferiority organ. Ia wujud di dalam diri individu kesan daripada tanggapan subjektifnya keatas bentuk fizikal miliknya yang mana dikatakan kurang sempurna. Kebiasaannya, perasaan inferiority organ dialami oleh mereka yang dilahirkan cacat anggota. Ada juga mereka yang sedia normal turut mengalami perasaan inferiority organ kerana diri individu ini berfikiran yang negative dan pesimis terhadap diri sendiri. Maka, tidak hairanlah, jika individu ini mengambil jalan yang drastik dengan menjalani comestic surgery demi mendapatkan kepuasan dan menghilangkanperasaan inferior di dalam dirinya. Contoh: Micheal Jackson menjalani pembedahan plastik yang kompleks demi memutihkan warna kulitnya.Jacko dikatakan ingin lari dari kepompong imej Negro yang merupakan golongan yang lemah dan ditindas. Kemudian, inferior psikologikal yang mana wujud secara subjektif kesan daripada ketidaksesuaian individu menghadapi dunia sosialnya. Perasaan inferior ini turut muncul di dalam diri individu melalui pengaruh layanan ibu bapa yang diterima semasa di awal 5 tahun pertama. Sama ada individu ini dimanjakan atau disisihkan oleh ibu dan bapa menjadi faktor yang menyumbang kepada pembentukan personaliti individu apabila dewasa. Selain itu, layanan ibu bapa yang tidak bertoleransi dengan anak- anak dipercayai mampu memberi kesan kepada anak di mana anak bersikap memberontak dan bersikap anti- sosial. Proses memampas inferioriti ini akan berlaku secara berterusan (cycle through lifetime) dan berlaku di sepanjang hayat. Oleh yang demikian, inferior ini perlu dilihat dari perspektif yang positif.

10

MINAT SOSIAL
Minat sosial merupakan trait yang wujud sejak lahir lagi lagi tetapi perlu dipupuk dan dibimbing. Minat masyarakat ini didasarkan kepada keperluan seseorang individu untuk bermesra dengan orang lain di samping memupuk semangat kekitaan. Sepertimana yang kita maklum, Adler pernah menggariskan bahawa tindak-tanduk seseorang itu adalah bersandarkan kepada suatu tujuan atau matlamat. Di sini, untuk mencapai matlamat kesempurnaan kendiri unggul, seseorang itu memasang strategi dengan berusaha membantu orang lain dan bertingkahlaku yang disenangi oleh masyarakat sekeliling. Sehubungan dengan itu,ia dapat menjauhkan seseorang individu dari berperasaan rendah diri dalam suasana sosial. Seterusnya, individu berkeyakinan menuju ke arah pencapaian Kendiri Unggul di samping memperolehi penerimaan sosial yang tinggi.

CARA HIDUP
Cara hidup merupakan perancangan hidup yang unik dan tersendiri. ia merujuk kepada cara manusia mengejar matlamat. Cara hidup seseorang itu telah dibentuk semasa 5 tahun yang pertama. Demikian, ia digelar critical period di mana ia mempengaruhi reaksi individu kepada inferioriti yang dialami ketika dewasa. Perasaan inferioriti ini wujud secara nyata dan khayalan. Adler ada menekankan tentang family constellation gabungan dalam keluarga yang melibatkan kedudukan kelahiran dan layanan ibu bapa. Perkara tersebut merupakan aspek psikologikal yang penting dalam memahami perihal tingkahlaku seseorang individu.

11

URUTAN KELAHIRAN
ANAK TUNGGAL Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai hanya seorang anak. Maka, oleh sebabsebab tertentu di mana salah seorang pasangan mungkin mengalami penyakit yang menghalang mereka mendapat anak. Demikian, kehadiran anak tunggal dalam hidup mereka dianggap suatu keajaiban Tuhan. Memandangkan pasangan tersebut tidak mempunyai pengalaman sebagai ibu dan bapa, anak ini ditatang bagai minyak yang penuh. Anak ini mendapat sepenuh kasih sayang dari pasangan dan tumpuan perhatian yang diterima pula adalah 200 peratus oleh anak tersebut. Akibatnya, anak ini terlalu dilindungi dan perkembangan anak mampu tergugat. Anak tunggal juga sering mengalami kesukaran dalam perkongsian sesuatu dengan adik- beradik dan rakan sebaya. Ini kerana sebelum ini hidupnya bersendiri dan mendapat tumpuan yang padu daripada kedua orang tuanya. Kebiasaannya, anak ini lebih senang berdamping dengan orang dewasa dan gaya bicara anak tunggal banyak dipengaruhi oleh tutur bahasa orang-orang dewasa. ANAK SULUNG Anak sulung akan mengalami perasaan terlepas pandang oleh kedua ibu bapa. Ini kerana kasih sayang dan tumpuan ibu bapa beralih arah tehadap adiknya. Anak ini mengalami situasi dethroned. Dia harus belajar berkongsi dengan adiknya. Ibu bapa pula meletakkan harapan yang tinggi apabila anak ini melangkah ke alam prasekolah. Ibu dan bapanya sering membahukan tanggungjawab kepada anak ini berbanding dengan adik- beradik yang lain. Kepada adik- adik pula, anak sulung dijadikan sebagai model mereka, Kesan dari layanan yang diterima cenderung menjadikan anak sulung ini bersifat agak tegas dan autokratik. Dia turut merasakan dia sentiasa mempunyai hak kuasa ke atas adik- adiknya. Dia boleh menjadi seorang yang ringan tulang jika ada dorongan yang dihulurkan oleh ibunya atau ayahnya. Kebiasaanya, anak sulung sering beralih mengharapkan keprihatinan daripada ayahnya setelah lahir anak kedua dalam keluarga. 13

ANAK KEDUA Sifat anak ini selalunya lebih agresif berbanding dengan anak sulung. Dia selalu dibantu dalam banyak perkara dan sentiasa ada penyokong di belakang kejayaannya sama ada ibu, bapa atau kakak atau abangnya. Dia turut mempunyai daya saing yang lebih tinggi dan sering kali berlumba-lumba untuk menjadi yang lebih baik daripada adik- beradiknya yang lain. Anak kedua boleh menjadi seorang yang degil atau cuba dilihat menyerlah daripada orang lain dalam apa- apa perkara.

ANAK TENGAH Menurut Adler, anak tengah umpama sandwich. Anak tengah sering merasa dirinya terhimpit dan tidak menyerlah dalam keluarga. Sikapnya juga adalah agresif dan cepat marah. Dalam hidupnya, dia sentiasa ke arah cuba mencari suatu keadilan bagi dirinya sendiri mahupun untuk individu lain. Dia seorang drastik dalam bertindak. ANAK BONGSU Hidupnya dibelakangi oleh banyak ketua. Abang-abang ataupun kakak-kakaknya cuba menjadi pengajar kepadanya dan ini seolah-olah dia mempunyai ramai ibu dan bapa. Namun, dia tidak mengalami situasi dethrone berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia sering berhasrat ingin menjadi besar atau lebih berkuasa daripada orang lain. Dia mempunyai cita-cita yang besar tetapi seringkali kecundang di tengah jalan. Kadangkala anak ini tidak membesar dengan matang dan masih bersifat keanak-anakan walaupun dia sudah remaja. ANAK KEMBAR Salah satu daripada pasangan kembar ini akan bersifat lebih agresif, cerdas, dan aktif. Maka, ibubapa mereka cenderung melihat salah seorang daripada mereka adalah kakak atau abang kepada yang satu lagi.Anak kembar boleh mengalami masalah ketidaktentuan identiti. Pasangan kembar yang lebih menyerlahkan menjadi ketua dan model kepada pasangannya yang lebih lemah dan pasif.

14

JENIS-JENIS CARA HIDUP


Menurut Adler, terdapat 4 cara hidup asas bagi seseorang individu. Cara hidup yang diamalkan adalah merujuk kepada usahanya ke arah memaksimakan potensi diri dan menuju ke arah Kendiri Unggul. Jenis Dominan/ Active Destructive Style Jenis Bergantung/ Passive- Constructive Style Jenis Mengelak/ Passive- Destructive Style Jenis Sosial/ Active- Constructive Style JENIS DOMINAN/ACTIVE DESTRUTIVE STYLE Individu jenis ini mempunyai kesedaran sosial yang rendah. Dia kurang minat terhadapkepentingan dan kebajikan masyarakat. Mereka anti-sosial dan suka menunjukkan superiority dengan menindas orang lain. Ia berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Contoh: Orang kaya memberi derma kepada golongan fakir yang meminta sedekah di jalanan. Orang kaya tersebut menghulurkan sejumlah wang di hadapan khalayak ramai. Tindakan orang kaya itu bukannya ikhlas tetapi atas niat menggariskan perbezaan taraf yang jelas antara orang kaya dan golongan fakir. Kanak- kanak yang mempunyai sikap begini biasanya lebih suka berkawan dengan kanak-kanak yang lebih lemah supaya mereka senang menguasai dan mempengaruhi kanak- kanak yang lemah tadi. Apabila dewasa, mereka lebih suka menjadi penguasa yang boleh memerintah orang lain atau pasangan mereka. Mereka akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan duit.Individu ini bertingkahlaku tanpa melihat kepada orang lain. Sekiranya, individu ini memiliki sifat menguasai yang berlebihan, maka dia cenderung menjadi seorang yang kejam dan delikuen.

15

JENIS BERGANTUNG/POSSIVE CONSTRUCTIVE STYLE Individu jenis ini biasanya bersikap pasif dan kurang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebaliknya, mereka lebih suka bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak yang bersikap begini lazimnya dimanjakan oleh kedua ibu bapa dan jarang diberi tanggungjawab sepanjang kehidupan mereka. Oleh itu, mereka membesar menjadi individu yang kurang yakin dan gemar menyerlahkan diripada pandangan umum. Misalnya, gemar bersolek dan tampil menawan. Individu ini turut gagal menghadapi situasi yang susah dengan sabar. Baginya, segala apa yang dihasratkan mesti dapat dicapai dengan apa cara sekalipun. Bahkan, individu ini sanggup menggunakan khidmat ahli sihir untuk merealisasikan impiannya dengan mudah di samping dia tidak perlu berusaha. JENIS MENGELAK/PASSIVE DESTRUCTIVE STYLE Individu yang mempunyai cara hidup jenis mengelak biasanya kurang berkeyakinan dalam menyelesaikan suatu konflik. Lazimnya, individu ini telah membuat spekulasi awal terhadap sesuatu yang masih belum sahih. Selalunya, persepsi mereka cenderung ke arah pemikiran yang negatif. Mereka turut tergolong dalam individu yang pesimis dan takut memasuki suasana baru. Mereka telah menjangkakan bahawa diri mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru itu dan terus mengambil jalan untuk lari dari menyertai dalam suasana tersebut.Individu ini turut dikatakan suka mengelamun dan berfantasi akan gambaran mereka sebagai superior. JENIS SOSIAL/ACTIVE-CONSTRUCTIVE STYLE Individu yang mempunyai cara hidup jenis sosial lazimnya membesar dalam keluarga yang saling membantu dan sentiasa memberi sokongan moral. Individu ini turut mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan sebarang masalah. Setiap tindakan mereka pula acap kali mengambil kira kebajikan masyarakat. Kepentingan masyarakat diletakkan sebagai prioriti utama dalam kehidupan mereka. Mereka tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan mereka turut senang bekerjasama dan mudah menyesuaikan diri. 16

KENDIRI KREATIF Kendiri Kreatif merupakan suatu yang terdapat di antara rangsangan yang bertindak ke atas individu dan gerak balas. Selain itu, ia merupakan kemuncak pencapaian seseorang. Konsep kendiri kreatif menekankan bahawa manusia bereaksi ke atas alam nyata melalui kombinasi tenaga kreatif yang mana mengubah personaliti diri yang dinamik, cara hidup yang unik, dan persepsi subjektif. Setiap kreativiti yang digubal adalah selaras dengan matlamat yang sedang ingin dicapai iaitu termasuklah untuk mengatasi perasaan inferioriti. Adler turut melihat kepada aspek StimulusResponse dalam menentukan tahap minat sosial yang dianuti oleh seseorang individu dan paras kewajaran individu memilih sesuatu matlamat itu dan akhir sekali, gaya hidup unik yang sedang individu amalkan.

12

PENDEKATAN TERAPI PSIKOLOGI INDIVIDU


Dalam menjalankan sesi kaunseling Adlerian bersama klien, kaunselor

mengenengahkan beberapa pendekatan yang mana bertujuan untuk mendalami faktor-faktor yang menyumbang kepada pengherotan matlamat yang disandang oleh seseorang klien itu. Seperti yang sedia maklum, Adler telah mencadangkan beberapa konsep yang dilalui oleh semua manusia yang mana membawa mereka kepada suatu pembentukan personaliti yang unik. Secara ringkas, fictional finalism diadaadakan dan menjadi pendorong bagi seseorang individu menerajui kehidupannya dengan baik. Perasaan inferior pula wujud di dalam diri individu setelah dia melihat dan mempersepsikan persekitarannya. Maka, timbul pula hasrat ingin memperolehi rasa selamat, sempurna, dan berkuasa dalam diri individu ini. Sehubungan dengan itu, individu ini berusaha pula untuk mencapai superioriti. Di samping berusaha untuk merealisasikan fiksyen ke alam realiti, individu ini turut berkecimpung dalam aktiviti kekitaan dan pelingbatan sosialnya itu selain mampu meningkatkan status sosial mereka, ia turut menjadi salah satu faktor menyumbang kepada kejayaan mencapai suatu matlamat. Dalam Terapi Adlerian, terdapat beberapa bentuk penilaian yang dapat diamalkan oleh seseorang kaunselor. Kaunselor dapat menyelitkan salah satu pendekatan berikut atau kesemuanya. Tujuan pengamalan bentuk-bentuk penilaian berikut adalah untuk memahami personaliti klien dan faktor yang menyumbang kepada pembentukan personaliti unik mereka.

17

TEKNIK-TEKNIK PENILAIAN DALAM PSIKOLOGI INDIVIDU


Analisa Mimpi (Dream Interpretation) Sorotan Zaman Kanak- kanak (Early Recollections) Susunan Kelahiran ( Birth Order) Analisa Mimpi (Dream Interpretation) Tujuan kemunculan sesuatu mimpi akan jelas apabila kita menilai mimpi tersebut melalui perasaan dan emosi yang sedang dialami, dan bukannya melalui persoalan kenapa munculnya sesuatu mimpi dan menilai mimpi bersandarkan fakta realiti. Ini adalah suatu yang mustahil. Setiap mimpi yang muncul dalam tidur seseorang individu, kebiasaannya datang dalam bentuk yang simbolik dan dan memerlukan pentafsiran yang khusus dan pentafsiran tersebut dilakukan oleh pakar secara holistic. Tingkahlaku yang digerakkan di dalam mimpi merupakan kondisi pemikiran yang sedang dialami oleh seseorang individu ketika mereka bermimpi. Menurut ahli Psikologi Individu, gerak-geri mereka di dalam mimpi merupakan sumber pendorong kepada ketingkahlakuan mereka dan matlamat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, apabila seseorang itu bermimpi dirinya sedang mendaki bukit, maka dia ditafsirkan mempunyai matlamat untuk berada di tahap atas atau dihormati. Namun, dirinya dilingkungi perasaan tidak selamat. Kedua, apabila seseorang itu bermimpi dirinya boleh terbang. Maka, dia ditafsirkan mempunyai kepercayaan bahawa dirinya boleh melaksanakan suatu tugasan yang mana individu lain tidak mampu melakukannya. Melalui kedua-dua mimpi tersebut, kaunselor sebenarnya dapat membaca hasrat yang dipunyai oleh kliennya ingin melakukan sesuatu yang mana sebelum ini mereka diselubungi rasa gusar. Demikian, peranan kaunselor ialah cuba berbincang bersama klien untuk merangka strategi yang tepat dan bersesuaian dengan diri klien. Strategi tersebut dijadikan sebagai garis panduan kepada klien bagi memandu dirinya ke arah mencapai matlamat. Matlamat tersebut, sebelum ini adalah kabur dan setelah kaunselor menggunakan pendekatan analisa mimpi ini, maka keputusan analisa mimpi menunjukkan matlamat yang dipunyai klien di sebalik mimpi-mimpi yang telah dialami. 18

KESIMPULAN
Selepas kematian Adler, teori dan pendekatan beliau telah mendapat penerimaan yang meluas oleh badan-badan akademik dan ahli psikologi klinikal. Kemudian, teori Adler telah pula diperkembangkan oleh ahli personalogi yang lain. Antaranya,Harry Stack Sullivan, Karen Horney, Julian Rotter, Abraham Maslow dan Carl Rogers. Pendapat Adler tentang persepsi subjektif dijadikan asas pembentukan Teori Rasional Emotif yang dipelopori oleh Albert Ellis. Teori Adler juga telah mempengaruhi Rollo May dalam menghasilkan Teori Kewujudan beliau. Kini, teori mendiang Adler tidak semasyur teori yang diperkenalkan oleh Freud dan Jung. Ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, idea yang dikemukakan Adler adalah terlalu idealistic memandangkan realiti dalam sesebuah kehidupan adalah tidak semuanya terdorong kearah positif sahaja. Malah tidak semua manusia itu adalah baik dan optimis. Lagipun, Adler turut gagal menjelaskan perkaitan yang berlaku antara masyarakat dan seseorang individu yang mana membawa individu terbabit kepada memperolehi minat sosial. Tambahan pula, teori Adler tidak dihuraikan secara terperinci tentang hubungan satu prinsip dengan prinsip yang lain. Ia dipercayai memerlukan kepada perintis semasa untuk mengkaji semula fakta yang dikemukakan Adler. Walaubagaimanapun, Adler berjaya menunjukkan bahawa manusialah yang menentukan nasibnya sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pilihan yang dibuat. Prinsip Adler yang menolak konsep universaliti antara manusia harus dilihat secara positif dan mendalam. Bagi Kami, Adler berjaya mengumpulkan satu idea yang rasional melaui prinsip manusia itu unik. Ia adalah disebabkan setiap manusia adalah berbeza dari segi persepsi dan tindakan. Maka, apabila manusia sedar diri setiap daripada mereka adalah unik. Secara tidak langsung manusia akan menghormati pendirian orang lain seperti mana orang lain turut menerima kehadirannya dalam masyarakat. Selain itu, manusia turut menyedari akan kepentingan melihat pandangan seseorang itu dari kaca mata mereka dan bukannya membuat suatu spekulasi yang penuh prasangka. Ini tegas dinyatakan oleh Adler kerana baginya manusia itu adalah unik.

19

BIBLIOGRAFI Azlina Abu Bakar@ Mohd, 2002, Psikologi Personaliti Individu, Karisma Publications Sdn.Bhd., Shah Alam: Malaysia. Hall, Calvin S. & Lindzey Gardner, 1970, Theories of Personality 2nd Edition, John Wiley & Sons Inc: USA. Jess Feist, 1994, Theories of Personality 3rd Edition, Brown & Benchmark Publishers: USA. Maddi, Salvatore R., 1968, Personality Theories- A Comparative Analysis, The Dorsey Press: USA. Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh, Hapsah Md. Yusof, 2003, Kaunseling Individu Edisi Kedua, Pearson, Selangor: Malaysia. Sternberg, Robert J, 1997, Pathways to Psychology, Harcourt Brace & Company: USA. Henry T. Stein, 2005, Distance Training in Classical Alderian Psychotherapy, Pada: http:// ourworld.Compuserve. Com/ homepages/ hstein, [ May, 5 2005

20

Anda mungkin juga menyukai