Anda di halaman 1dari 27

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Kajian ini adalah untuk menilai kesan tahap prestasi murid dalam pembelajaran matematik, dalam tajuk luas berasaskan kaedah konstruktivisme yang akan dijalankan di dalam kelas yang mempunyai aras kebolehan yang berbeza . Penyelidik akan

membuat kajian tajuk ini kerana ianya sangat sesuai untuk pelajar menguasainya dalam membina dan membentuk keyakinan diri pelajar dalam pelbagai bidang akedemik dan kemahiran semasa dalam peringkat persekolahan mahupun selepas habis dari dunia persekolahan. Setiap insan memerlukan ruang dalam hidup ini untuk melalui kehidupan justeru itu penyelidik akan menjalankan kajian ini agar dapat membantu pelajar yang akan keluar kepada dunia sebenar kehidupan mengunakan kemahiran membina pengetahuan dari proses pengajaran dalam kehidupan yang mendatang dan menjadi individu berkeyakinan dalam melakukan apa sahaja tindakan yang positif untuk agama, bangsa, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara yang tercinta. Sebilangan pelajar tidak berminat terhadap membuat anggaran, melukis rajah atau lakaran, mereka mempunyai satu tanggapan bahawa kebolehan dan pemahaman kritis perlu ada sebelum menguasai tajuk ini, ditambah lagi dengan simbol- simbol, unit ukuran, skala dan

pemahaman ayat matematik dalam kemahiran tertentu, menambahkan lagi rasa bosan terhadap kemahiran tersebut.

Catatan paling awal mengenai geometri dapat ditelusuri hingga ke zaman Mesir kuno, peradaban Lembah Sungai Indus dan Babylon. Peradaban-peradaban ini diketahui memiliki keahlian dalam saliran, irigasi, pengendalian banjir dan pendirian bangunanbangunan besar. Kebanyakan geometri Mesir kuno dan Babylon terbatas hanya pada perhitungan panjang segmen-segmen garis, luas, dan isipadu.

(http://id.wikipedia.org/wiki/Geometri ). Sejarah tajuk luas adalah bermula dengan pengukuran jarak dan sudut di atas atau berdekatan di permukaan bumi, ianya adalah turutan proses penemuan data yang berkaitan ciri- ciri fizikal bumi terutama dalam hubungan titik kedudukan dan magnitud ( arah), bukti kajian dan maklumat direkodkan dari zaman dahulu kala lagi, iaitu 5000 tahun dahulu seperti India, China, Babylon dan Mesir. Pengukur di zaman tamadun Mesir dipanggil Harpedonapata (rope strecher). Mereka menggunakan tali dalam membuat anggaran untuk menentukan jarak ukuran. Luas segitiga ditemui kemudian dimajukan oleh tamadun Mesir dan diformaliskan oleh Pythagoras. Kaedah pengajaran berasaskan konstruktivisme yang penyelidik gunakan menumpu terhadap cara belajar membina dan mengembangkan idea. Premis asas konstruktivisme adalah pelajar membina pengetahuan secara aktif dan bukan dengan menyerap idea yang dituturkan kepada mereka atau melalui latihan berterusan. Banyak kajian tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah matematik menunjukkan bahawa pelajar membina pengetahuan berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan ilmu pengetahuan bukan diterima secara pasif melalui deria atau komunikasi. Selain itu kajiankajian yang lepas mendapati bahawa pengajaran yang menggunakan pendekatan hafalan untuk mempelajari matematik menyebabkan pelajar hanya menghafal fakta- fakta,

Pembinaan konsep serta kaedah penyelesaian masalah tidak terbina kukuh mereka hanya dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan sahaja, tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka kepada topik- topik yang lain. Mengikut Slavin (1997), Mazur dan Rocklin (1987), pembelajaran biasanya didefinasikan sebagai perubahan individu disebabkan oleh pengalaman, manakala mengikut Stalling (1973), bahawa pembelajaran berdasarkan 3 kriteria yang penting iaitu :

i. ii. iii.

Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran dan Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan.

1.2

Pernyataan masalah

Masalah yang akan dikaji dalam kajian ini ialah untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar tahun lima SJKT Saraswathy yang terletak di Sungai Buloh , Selangor Darul Ehsan dalam tajuk luas, berasaskan kaedah konstruktivisme . Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor- faktor yang boleh meningkatkan prestasi pelajar dari awal ujian pra yang akan dijalankan, kesilapan- kesilapan yang akan

dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan yang akan disediakan oleh pengkaji semasa pembelajaran disampaikan. Kaedah konstruktivisme yang akan dijalankan oleh pengkaji, diharap benar- benar dapat menarik perhatian dan minat pelajar menemui pembelajaran yang bermakna dengan

mengambil kira aspek minat, penyertaan pelajar, alatan yang digunakan, komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar berjalan dengan berkesan.

Pencerapan melalui pemerhatian dan soal selidik akan dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran akan dianalisis untuk mengetahui punca salah tanggapan murid dalam menguasai kemahiran ini. Ujian pos juga akan dijalankan selepas pembelajaran dan pengajaran yang akan dianalisis mengikut standard yang akan ditetapkan.

1.3

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan mengetahui tahap keberkesanan kaedah pengajaran konstruktivisme yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik bagi tajuk luas dapat membantu meningkat prestasi pelajar tahun lima lima SJKT

Saraswathy yang terletak di Sungai Buloh , Selangor Darul Ehsan . . Meneliti dan mengenalpasti kesalahan pelajar dalam menjawab soalan ujian pra dan ujian pos. Pencapaian pelajar akan dinilai, ianya dianalisis oleh pengkaji. Soal selidik juga dijalankan. ( Lampiran D akan dilampirkan ). Pengkaji akan menyediakan rancangan pengajaran. Perkara yang akan diambil kira ialah bahan bantuan pengajaran, ketepatan bahan yang dirancang, dan tarikan minat murid. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah konstruktivisme akan digunakan dalam kemahiran yang akan pilih oleh penyelidik.

1.4

Objektif Kajian.

Kajian ini akan dijalankan secara terperinci untuk mencapai objektif berikut: i. Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai tajuk luas semasa di tahun 4 diharap dapat membantu menjayakan kajian ini. ii. Pelajar eksprimen boleh menyelesaikan 10 soalan subjektif kemahiran luas melalui ujian pos yang akan di jalankan. iii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme akan membantu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar tahun lima dalam menguasai tajuk luas.

1.5.

Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut:

Persoalan kajian 1 : Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai tajuk luas memudahkan mencapai objektif kajian.

Persoalan kajian 2:

Mendapatkan perbezaan antara pencapaian kumpulan eksprimen ( KE ) dan kumpulan kawalan ( KK ) dalam ujian pra.

Persoalan kajian 3 : Dapatkan perbezaan perbandingan pencapaian skor min kumpulan eksprimen ( KE ) dan kumpulan kawalan ( KK ) dalam ujian pos..

1.6. Rasional Kajian. Kajian ini akan memberikan maklumat kepada guru- guru tentang kepentingan pelbagai kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat pembinaan konsep kepada pembinaan pengetahuan seharusnya disampaikan secara aktif dan bukan menyerap idea yang dituturkan secara langsung kepada mereka atau melalui latihan yang berterusan dalam memahami operasi penyelesaian dalam matematik. Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru, sekolah-sekolah dan pihak- pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak kepada Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat untuk meningkatkan lagi ilmu pendidikan kepada rakyat Malaysia, amnya. Guru yang berkualiti, dengan kerjasama semua pelajar, ibubapa, pemimpin dan juga kerajaan dapat melahirkan rakyat yang mantap dan berkualiti terutamanya dalam bidang teknologi yang mana penguasaan subjek matematik dan sains adalah penting ke arah pencapaian matlamat negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

1.7.

Definisi Operasional

Memperkenalkan matematik merupakan bentuk berbahasa dan berkomunikasi yang melibatkan simbol- simbol dan ungkapan- ungkapan dan mempunyai pembendaharaan kata yang cukup dalam matematik.

1.8.

Batasan Kajian

Batasan kajian ini hanya akan ditumpukan kepada hubungan pembinaan pengetahuan matematik dalam tajuk luas bagi pelajar eksprimen. Faktor-faktor lain seperti motivasi, minat dan sikap juga akan diambil kira dalam menyediakan bahan bantu mengajar dalam kajian ini . Pengkaji akan menggunakan keputusan gred matematik untuk menilai dan mengetahui tahap prestasi pencapaian dari awal hingga ke akhir kajian. Instrumen kajian akan terdiri daripada 4 set. Set pertama ialah soalan ujian pra, set kedua ialah borang pencerapan melalui pemerhatian dan soal selidik. Set ketiga ialah ujian pos dan set keempat ialah analisis daripada ujian yang akan dijalankan.

1..9.

Rumusan

Bab ini menghuraikan latar belakang, tujuan, hipotesis, kepentingan dan batasan kajian ini. Mengikut Shoenfeld, (1985) dan mengikut Boaler ( 1998), EDUQ 2055,

Perancangan Kurikulum Pendidikan Matematik. Pengalaman berjaya dalam mengurus pengetahuan sendiri akan membantu pelajar menyelesaikan masalah-masalah dengan berkesan. Oleh itu, guru yang pengkhususannya dalam bidang matematik hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka untuk

menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan mengikut kesesuaian untuk setiap topik matematik peringkat sekolah. yang akan diajar pada semua

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1. Pendahuluan

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai hubungan kaedah pengajaran konstruktivisme dalam pelajaran matematik untuk pelajar tahun lima dalam tajuk luas terhadap prestasi pencapaiannya. Kaedah konstruktivisme akan digunakan dalam kajian ini kerana mengikut kajian tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah, menunjukkan bahawa pelajar membina ilmu pengetahuan matematik berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan ilmu pengetahuan bukan diterima secara pasif melalui deria atau komunikasi. Kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran sebagai suatu proses yang akan

memindahkan pengetahuan daripada pemikiran guru kepada pemikiran pelajar melalui proses membina pengetahuan. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa kaedah pengajaran mempengaruhi prestasi pencapaian akedemik pelajar. Pengetahuan yang dibina oleh pelajar bergantung kepada persediaan guru dan pelaksanaan kaedah

pengajaran yang efektif.

Komunikasi yang interaktif dalam bilik darjah, guru perlu bersikap terbuka, sikap ambil tahu, dan keinginan untuk mendengar apa yang dinyatakan oleh pelajar. Memupuk suasana dalam bilik darjah yang boleh menggalakkan perbincangan antara pelajar dengan guru, pelajar dan persekitaran .

2.2

Strategi-strategi kaedah konstruktivisme.

Berdasarkan pengajaran konstruktivisme , beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:

2.2.1.Autonomi dan inisiatif pelajar diterima dan digalakkan. i. Idea pelajar dihargai. Pandu pelajar memperbetulkan salah konsep terhadap kemahiran, hargai sumbangan yang dibuat dan beri contoh atau penjelasan tambahan untuk membolehkan pelajar mengubah suai pemahaman mereka. ii. Pelajar digalakkan berfikir sendiri tanpa bergantung kepada orang lain, bimbing pelajar dengan menyoal kembali, memberi cadangan atau meminta mereka memikirkan soalan dengan cara berbeza. iii. Galakkan pelajar bertanggungjawab dengan pelajaran sendiri.

2.2.2 Guru menanya soalan bentuk terbuka dan memberi pelajar masa yang mencukupi untuk memikirkan jawapan.

2.2.3 Pemikiran peringkat tertinggi digalakkan. 2.2.4 Pelajar berinteraksi sesama mereka dan dengan guru. Ini membantu pelajar untuk bertukar pendapat dan mengukuhkan kefahaman mereka. Pendekatan

konstruktivisme selalunya digabungkan dengan pendekatan koperatif untuk menyediakan suasana pembelajaran dalam kumpulan dan meningkatkan interaksi. 2.2.5 Pelajar digalakkan untuk mengalami sesuatu situasi seperti menjalankan ujikaji, mengemukakan hipotesis dan menguji hipotesis yang dibuat.

2.2.6 Penggunaan bahan seperti data, bahan manipulatif dan bahan interaktif di galakan. Kesesuaian pendekatan konstruktivisme jelas ditunjukkan dalam penyelidikan oleh Abdul Razak (1993) . Beliau mendapati bahawa minat para pelajar terhadap matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru. Pengajaran yang berteraskan konstruktivisme dengan penekanan terhadap konsep mendatangkan rasa minat dan kesedaran dalam diri pelajar terhadap kepentingan matematik dan berusaha menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran yang lain juga dalam kehidupan harian. Mereka didapati lebih berhati- hati, bekerjasama, mempercayai serta saling menghormati antara satu sama lain.

2.3

Kajian Pendekatan Luar Negara

Kajian Third International Mathematics and Sciences Study (TIMSS ) dan TIMSS-R oleh Assciation for the evaluation oh educational Achievement.( 1995 ) pencapaian matematik dan sains pelajar Amerika berbanding dengan pelajar 42 buah negara lain.

10

Kajian TIMSS dijalankan pada tiga tahap, tiga tahap persekolahan yang berbeza. Bidang yang dikaji merangkumi matematik pecahan, algebra, geometri, perwakilan data, kebarangkalian dan pengukuran. Fokus terhadap latihan perguruan, peruntukan masa pengajaran dan penekanan dalam pengajaran, bagaimanapun Malaysia tidak terlibat. Dalam kajian ini, pelajar Jepun telah menduduki tempat ketiga tertinggi daripada 26 negara selepas Singapura dan Korea. Sebanyak 71% guru matematik Jepun melaporkan bahawa pemikiran matematik seperti meneroka, memahami konsep dan menemui beberapa bentuk penyelesaian merupakan matlamat pengajaran berbanding hanya 24% guru matematik Amerika.. Di Amerika 96 peratus daripada masa pembelajaran matematik digunakan untuk membuat tugasan matematik dengan menggunakan prosedur dan rutin, berbanding Jepun 41 peratus. Dalam pengajaran matematik di Jepun pelajar diminta untuk mengemukakan penyelesaian, membuktikan atau mengemukakan prosedur baru yang memerlukan mereka memikir dan menaakul. Selepas TIMSS, Kajian TIMSS-R dijalankan pada tahun 1995 dengan pengumpulan data pencapaian pelajar Gred 8 ( lebih kurang pelajar Tingkatan 2 ) dari 38 buah negara. Kajin ini melibatkan 180 000 pelajar dan ujian yang dijalankan adalah dalam 34 bahasa. Bagaimanapun dapatan kajian TIMSS-R tidak jauh berbeza dengan dapatan kajian TIMSS. Sesetengah pendidik Amerika tidak menerima dapatan kajian TIMSS dan TIMSS-R. Menurut mereka tidak adil kerana pendekatan yang digunakan oleh mereka tidak sama dengan tiga negara Asia yang menduduki tangga teratas. Menurut pengkritik, ketiga- tiga negara tersebut terlalu menekan prestasi akademik, pelajar disuruh belajar

11

terus menerus dan kebanyakan pelajar pula akan mengikuti kelas tuisyen selepas waktu persekolahan formal. Di Amerika pelajar digalakan untuk melibatkan diri di dalam pelbagai kegiatan ko- kurikulum dan pelajar Amerika tidak mengikuti tuisyen. Memang benar konsep kelas tuisyen memang tidak ada di Amerika. Dengan itu pengkritik merasakan pelajar Amerika tidak menunjukkan prestasi yang baik kerana pada peringkat awal persekolahan menengah, mereka sememangnya tidak terlalu menekankan prestasi akademik , seperti mana yang dibuat dikebanyakan negara Asia. Pelajar Malaysia telah mendapat tempat yang ke 16 daripada 38 negara yang menyertai TIMSSR bagi pencapaian keseluruhan dalam ujian pencapaian matematik yang dijalankan. Antara dapatan yang merunsingkan pakar pendidik matematik Malaysia ialah kurangnya kebolehan pelajar Malaysia dalam menjawab soalan matematik dalam bentuk ayat, terutama soalan yang kompleks dan mengandungi banyak maklumat. Kajian menunjukkan pencapaian pelajar Malaysia adalah yang terbaik dalam soalan yang memerlukan pelajar menjalankan kerja terus ( soalan yang tidak memerlukan penafsiran), misalnya penambahan nombor yang agak besar tetapi prestasi menurun dengan drastik apabila soalan menjadi lebih kompleks.

2.4 Kajian Kesalahan Pelajar dalam tajuk luas . Konsep luas perlu diperkenalkan kepada pelajar dengan membina pengetahuan melalui penerokaan dan menemui beberapa bentuk penyelesaian yang lain merupakan matlamat pengajaran.

12

Kelemahan dan kekuatan pelajar- pelajar perlu direkodkan untuk memastikan pelajarpelajar mengetahui perkembangan pembelajaran mereka berdasarkan markah ujian yang mereka dapati sebagaimana yang ditunjukkan dalam rekod yang akan disediakan. Menurut Sharma ( 1993 ) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik iaitu perkembangan kognitif pelajar, persionaliti atau gaya pembelajaran matematik, kemahiran dan bantuan pra syarat untuk pembelajaran matematik dan matematik sebagai bahasa berkomunikasi kedua. Perkembangan kognitif merupakan perkembangan pertama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini merujuk kepada keupayaan minda iaitu proses konitif pelajar untuk berfikir, menaakul dan menyelesaikan masalah.

Beberapa pengkaji telah menjalankan kajian terdapat faktor- faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar kita dalam matematik iaitu : 1. Pendekatan yang di ambil terhadap kandungan pendidikan itu sendiri dan 2. Bentuk kaedah penyampaiannya. Kajian-kajian lepas itu mendapati kesalahan yang paling kerap dilakukan pelajar mengikut Clement (1980), ialah kombinasi matematik asas di dalam Alkwarizmi serta penggunaan operasi yang salah. Didapati dalam bidang matematik seperti aritmetik. Mengikut laporan Penilaian Kemajuan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 1969, mereka mendapati pelajar yang berumur 9, 12 dan 13 tahun memperlihatkan kemajuan dalam kemahiran peringkat rendah, tetapi kemajuan mereka untuk menghujah, menyelesaikan masalah dan menganalisa keadaan secara kritikal adalah lemah.

13

Laporan ini memperlihatkan bahawa pelajar belajar matematik dengan cara hafalan kerana mereka menganggap matematik adalah sukar dan jalan mudah ialah dengan menghafal. Keadaan ini menyebabkan pelajar memanipulasikan simbol-simbol tanpa memahami konsep matematik yang sebenar.

2.5

Rumusan

Hasil tinjauan literatur, dapatlah dirumuskan bahawa banyak kajian kes telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas yang menunjukkan prestasi sebenar pelajar tidak mengukur pengetahuan matematik mereka. Pelajar dapat mempertingkatkan pembinaan konsep matematik dari pengalaman pelajar, mereka yang melalui atau menerima pengalaman dari pembelajaran akan dapat membina pengetahuan asas dalam matematik dengan lebih berkesan lagi dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian juga ke dalam subjek pelajaran lain. Kajian ini seterusnya mengkaji sejauh mana pembelajaran berasaskan kaedah konstruktivisme boleh berjaya dijalankan di sesebuah sekolah dengan lebih efektif dan dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid tahun lima dalam tajuk luas .

14

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan

Kajian ini merupakan satu kajian yang akan mengkaji kes pengunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah konstruktivisme untuk pelajar tahun lima dalam tajuk luas segiempat subjek matematik. Prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik di SJKT Saraswathy yang terletak di Sungai Buloh , Selangor Darul Ehsan akan dapat diukur. Berikut adalah rekabentuk kajian, sampel dan populasi, prosedur pengumpulan data dan juga prosedur analisis data yang akan dijadikan panduan dan juga garis kasar bagaimana kajian tersebut akan dilaksanakan di sekolah yang dipilih.

15

3.2

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk satu kajian kes dalam dua kelas pelajar tahun lima dari sebuah sekolah yang akan digunakan sebagai kajian kes. Dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah konstruktivisme ke atas 73 sampel sebagai intervensi. Soalan ujian juga akan diberikan untuk mengukur pencapaian prestasi pelajar dalam matematik. Mereka ini juga akan dijadikan sampel untuk ujian pra, satu kumpulan sebagai kumpulan eksperimen manakala satu lagi sebagai kumpulan kawalan. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian selama 10 jam di kelas yang akan dikaji. Pada akhir minggu yang ke 5, pengkaji akan memberi ujian pos kepada semua pelajar yang berada dalam kelas itu. Keputusan pelajar kajian kes akan disemak dan akan dibandingkan dengan ujian pra untuk dibuat laporan prestasi. Pengkaji memilih cara ini adalah kerana ianya adalah cara yang relevan dan cara yang digunakan oleh para pengkaji yang lepas.

3.3

Sampel Kajian

Sampel Kajian akan terdiri daripada pelajar- pelajar tahun lima, di SJKT Saraswathy, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan . Pelajar ini terdiri daripada pelajar dari dua buah kelas, Bilangan pelajar seramai 73 orang, sampel kajian terdiri daripada 37 orang yang akan dipilih dari kelas eksprimen (KE) dan 36 orang murid dari kelas kawalan (KK) yang mana pencapaian prestasinya sederhana melalui penentuan kelas melalui pencapaian akademik dalam peperiksaan semester. Pelajar tahun lima dipilih kerana mereka tidak akan menghadapi peperiksaan umum pada tahun depan.

16

Jadual 3.3 Contoh Jadual maklumat responden dalam perwakilan bilangan dan peratus

17

Responden Kajian

Kelas Eksperimen ( KE )

Peratus (%)

Kelas Kawalan ( KK )

Peratus (%)

Lelaki Perempuan Jumlah

____ orang ____ orang ____ orang

____ orang ____ orang ____ orang

3.4

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang akan digunakan ialah kaedah pengajaran konstruktivisme, ( Lampiran B akan dilampirkan ). Soalan ujian pra dan ujan pos akan direkabentuk oleh penyelidik daripada tajuk kemahiran 10.2 Area of Composite 2-D Shapes di samping itu, soal selidik juga akan dijalankan untuk mengetahui keberkesanan kaedah pengajaran konstruktivisme terhadap keberkesanannya. ( Lampiran D akan dilampirkan ).

3.4.1 Ujian Pra Ujian pra akan mengandungi 10 soalan subjektif. Soalan- soalan ini telah ditulis oleh penyelidik Chan Yook Lean, iaitu soalan nombor 1 hingga 10, Penerbit Sasbadi ( 2007), Total Reference Mathematics Year 5 KBSR. Kesahan dan

18

kebolehpercayaannya tidak dapat dipertikaikan lagi kerana penulis dan penerbitnya mempunyai kredibiliti dalam bidang penerbitan pendidikan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. ( Lampiran C akan dilampirkan ). Set kedua maklumat pencerapan pemerhatian dan soal selidik yang akan digunakan mengikut senarai semak dan yang akan mempunyai kadar ukuran. Maklumat yang dicerap akan dinilai mengunakan ukuran analitik yang menggunakan nombor.

3.4.2 Ujian Pos Set ketiga ujian pos pula, pengkaji masih akan mengekalkan penulis yang sama dan bilangan serta soalan yang sama seperti dalam ujian pra supaya pengesahan dan kebolehpercayan kajian ini dapat dicapai. Set keempat analisis keseluruhan kajian, pengkaji akan menggunakan proses menganalisis data dari peringkat pra analisis, peringkat kemaskini data, akan mempamerkan hasil data dalam jadual, peringkat pengesahan data dan dapatan serta akan interpretasi atau penghasilan dengan menggunakan frekuensi, skor min dan peratusan perbandingan.

3.5

Kajian Rintis pelajar tahun lima dari SJKT

Kajian rintis akan dijalankan dengan melibatkan Saraswathy

yang terletak di Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini akan

dijalankan selama 6 minggu bermula dengan ujian pra, kelas rawatan, ujian pos dan

19

berakhir dengan analisis data yang terkumpul. Seterusnya pengkaji akan menjalankan kelas rawatan. Seorang guru pembimbing pengkaji dari sekolah ini akan membantu memudahkan pengkaji menjalankan kajian rintis ini nanti.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik di dalam kelas tahun lima. Semua pelajar akan mengambil ujian pra dan seterusnya kumpulan eksperimen akan diajar selama 10 jam dalam masa minggu keempat dan kelima tempoh dari 6 minggu kajian. Pengkaji akan mengambil masa selama satu jam seminggu untuk mengumpulkan data serta melihat keberkesanan bahan yang disediakan dalam kajian ini nanti. Semasa sesi ujian pra yang akan dijalankan, pengkaji akan memberikan satu penerangan ringkas mengenai tujuan sesi dan bagaimana ia akan dijalankan. Pelajar dikehendaki duduk di tempat masing-masing. Pelajar akan diberikan masa selama 40 minit untuk menjawab soalan tersebut. Pelajar diingatkan supaya tidak meniru rakan kerana perbuatan mereka akan mengakibatkan kebenaran kajian diragui. Pengkaji akan menemubual setiap responden dan mencatatkan data yang dikehendaki bagi setiap sesi intervensi selama 6 minggu. Jadual pengumpulan data adalah seperti di bawah.

Jadual 3.6 Jadual pengumpulan data

20

Bil 1

Masa Minggu 1

Bil.pelajar (orang)

Rancangan Ujian pra

Catatan Pelajar Tahun 5 M dan 5 R

Minggu 1 2 Minggu 2 5 M dan 5 R Pencerapan dari Minggu 3 3 pemerhatian dan soal selidik Analisis hasil pencerapan Merancang pengajaran 4 5 6 Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 dan pembelajaran Merancang pengajaran Pelajar Tahun dan pembelajaran Ujian Pos Analisis Data 5M Pelajar Tahun 5M Pelajar Tahun 5M Analisis data ujian pra Pelajar Tahun

Pengkaji akan melaksanakan kelas intervensi dengan menggunakan huraian sukatan pelajaran tahun lima dan buku latihan kerja , ianya akan dijalankan dalam tiga peringkat di mana setiap satunya mengambil masa 60 minit.

Jadual 3.6.1 Pelaksanaan Kelas Intervensi

21

Intervensi 1 (concept) 8.10 9.10 ( 1 hour ) Class : 5 M Weeks : 3rd

Objectives 1.Students will understand the concept of areas

Exercises

Page 201

2. Formula of the areas is recognising by Work sheet student Topic 10.2 : Areas Sub topic shapes : Areas of Composite 2-D

Intervensi 2 8.10 - 9.10 ( 1 hour ) Class : 5 M Weeks : 3rd

Objectives

Exercises

1. Students be able to apply the formula to Page 202-203 answer a exercise questions. Topic 10.2 : Areas Sub topic Shapes : Areas of Composite 2-D Text book

Intervensi 3 (combination) Objectives

Exercises

8.10 - 9.10 ( 1 hour ) Class : 5 M Weeks : 4th

1. Enrichment for students Topic 10.2 : Areas Sub topic Shapes : Areas of Composite 2-D

Page 204 Work book

22

Pose test ( 8.10- 8.50) 40 minutes Weeks : 5th

1. Pose test.

Pose question

test

3.7 Analisis Data Kedua-dua instrumen kajian bagi kedua-dua kumpulan yang akan digunakan ke atas responden akan dianalisis oleh penyelidik. Data yang akan dikumpulkan dari instrumen kajian akan dianalisis secara statistik deskriptif dengan mencari frekuensi dan peratusan tahap pencapaian yang akan ditunjukkan oleh pelajar.

3.7.1

Ujian Pra Ujian Pra akan disediakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan pelajar terhadap tajuk luas. Data ini akan dianalisis untuk mendapatkan min bagi kedua-dua kumpulan. Kumpulan eksperimen KE ( kelas A ) akan diajar secara pendekatan konstuktivisme manakala kumpulan kawalan KK ( kelas B ) akan diajar oleh guru mereka sendiri. Hasil ujian pra yang akan dikumpul adalah bahan penting untuk membantu penyelidik membina pengetahuan pelajar di dalam kelas rawatan. Jadual 3.7.1 Skema Pemarkahan Analitik

23

Peringkat Memahami bahasa istilah

Markah 0 1 2

Kategori Langsung tidak memahami istilah bahasa. Sebahagian daripada istilah disalah tafsir. Memahami istilah sepenuhnya.

Memahami langsung mencari luas

arahan soalan

Langsung tidak memahami

Memahami

2 Memahami soalan 0

Memahami semua . Tiada jawapan atau jawapan salah.

berbentuk dua hala 1 Kesilapan menyalin, kesilapan menghitung sebahagian jawapan daripada beberapa jawapan

Jawapan yang betul dan label yang betul bagi jawapan.

Memahami

soalan

Tiada jawapan atau jawapan salah. .

anlitikal dan kritikal 1 Kesilapan menyalin, kesilapan menghitung

24

sebahagian jawapan daripada beberapa jawapan

Jawapan yang betul dan label yang betul bagi jawapan.

3.7.2

Ujian Pos

Kumpulan eksperimen ( KE ) dan kumpulan kawalan ( KK ) akan diberikan ujian pos untuk mendapatkan data dan membuat analisis. Dalam kajian kes ini nanti, analisis berasingan bagi setiap sampel akan dibuat sebelum suatu kesimpulan dibuat. Pengaruh perbandingan dan analisis menyeluruh akan dilakukan untuk keseluruhan instrumen kajian.

3.8

Ringkasan

Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian kes untuk mengkaji sejauh mana pelajar tahun lima, akan memahami tajuk luas. Pembelajaran berasaskan kaedah konstruktivisme boleh meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran matematik. Oleh kerana kelas matematik yang diajar akan berjalan seperti biasa, perbandingan juga akan dilaksanakan 25

dengan mengikuti masalah dan kesukaran yang akan dihadapi oleh pelajar yang lemah dalam kelas itu. Dapatan daripada ujian pos yang akan diberikan pada akhir minggu ke-6 pengajaran dan sesi intervensi di kelas ini kelak adalah sangat penting untuk mengetahui perbandingan perbezaan prestasi di kalangan pelajar ini.

Rujukan

Asiah Abu Samah (1982). Perkembangan Kurikulum Matematik di Sekolah di Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan di Simposium Kebangsaan Matematik : Universiti Kebangsaan Malaysia, 12- 14 Ogos 1982. Carlan V.G, Rubin R., Morgan B.M, (2004). Cooperative Learning Mathematics Problem Solving and Latnos. The University Of Texas at Brounsville and Texas Southmost College. Chan Yook Lean. (2007). Total Reference Mathematics Year 5 KBSR. Petaking Jaya, Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn Bhd. Clarke. D.M . (1997) . The changing role of the mathematics tescher. Journal of Research on Mathematics Education. 28: 93 : hlm 278 308 http//:www.ask.com./cooperative learning.

26

David Lim Chong Lim. 2005. School-based Research HBEF 4106.OUM: Kuala Lumpur. Dr.David Lim Chong Lim , Dr.Nor Azizah (2006) Kaedah Penyelidikan dalam pendidikan.HBEF 2503 OUMH. Kuala Lumpur. Ismail Zain , (2001). Faedah Pembelajaran Koperatif dalam Bilik Darjah. Dalam Utusan Malaysia bertarikh 28 Mac 2001 Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan, Kuala Lumpur: Sentosa Sdn. Bhd. hlm 282

Kilpatrick,J (1987). What constructivism might be in mathematics education. Dalam J.C. Bergeron, N Herscoviv & C.Kieren (Eds). Proceedings of the Eleventh International Conference for the Psychology of Mathematics Education: Vo.1 (hlm, 3- 270. Montrel: International Group for the Psychology of Mathematics Education. Mohamad Khariruddi Bin Yahya , Marzita Binti Puteh , Santhi Periasamy (2006). Mathematics Textbook Year 5: Dewan Bahasa dan Pustaka Slavin, R, & Oickle, E (1981, April). Effect of cooperative learning teams on students achievement and race relations. Sacramento: State of California Department of Education, Educational Demographics Unit, Program Research Division. SBEM 3303,(2005). Methodology in Teaching Mathematics. Hlm 103-104

27

Anda mungkin juga menyukai