Anda di halaman 1dari 23

N am a C alo T in g k a N om bo Ka A n gGa k ili

TAJUK 1. Penghargaan 2. Pendahuluan 3. Objektif Kajian 4. Kawasan Kajian 5. Kaedah Kajian 6. Hasil Kajian 6.1 Jenis-jenis kegiatan ekonomi 6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi 6.3 Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara 6.4 Langkah-langkah penyelesaian 7. Rumusan 8. Lampiran 9. Rujukan

MUKA SURAT 1 2 3 4-7 8 9 - 11 12 13 - 15 16 17 18-20 21

Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, En. Ong yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Geografi saya Pn Marina yang memberi tunjuk ajar dan panduan semasa menjalankan kerja kursus ini. Seterusnya ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan, dan sokongan daripada segi kewangan. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang membantu saya menjayakan KGT ini dengan sempurna.

Pendahuluan
i) Kawasan kajian / lokasi kajian Kawasan kajian saya ialah di Chow Kit dan sekitarnya. Kawasan ini terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan ini boleh dihubungi melalui rangkaian jaringan pengangkutan darat yang pelbagai seperti jalan raya, STAR, PUTRA dan Monorel ii) Sebab pemilihan kawasan Saya memilih Chow Kit sebagai kawasan kajian (keranaberhampiran dengan sekolah saya. Ini memudahkan saya dan rakan-rakan sekumpulan mengumpul data dan membuat kajian. Manakala pemilihan Singapura sebagai negara bandingan kerana kemajuan ekonominya mirip dengan negara kita iii) Tempoh masa kajian dijalankan. Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah selama 6-8 minggu bermula Mac hingga Jun

Objektif Kajian
Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut: 1 Jenis-jenis kegiatan ekonomi di sekitar kawasan Chow Kit dan dibandingkan dengan Singapura. 2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di sekitar kawasan Chow Kit dan dibandingkan dengan Singapura. 3 Kesan kegiatan ekonomi di sekitar Chow Kit terhadap pembangunan negara dan dibandingkan dengan Singapura. 4 Langkah- langkah penyelesaian untuk memantapkan kegiatan ekonomi dan seterusnya meningkatkan lagi pembangunan negara 5 Untuk menerapkan rasa bersyukur dan berbangga terhadap pencapaian ekonomi negara.

Kawasan Kajian
Kawasan Chow Kit terletak di tengah-tengah perkembangan pesat bandaraya Kuala Lumpur. Pada mulanya kawasan ini merupakan kawasan perlombongan bijih timah dan kini berkembang pesat sebagai pusat perdagangan. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi jenis tanah pamah yang amat bersesuaian untuk pembinaan petempatan dan ini sekaligus mengggalakkan lagi aktiviti perdagangan.

Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian ini beberapa kaedah digunakan iaitu : 1. Pemerhatian Melalui kaedah ini saya membuat pemerhatian dan mengenal pasti kegiatan ekonomi di kawasan kajian. 2. Rujukan Untuk mendapatkan peta topografi, saya melayari internet dan menggunakan beberapa buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. 3. Bancian Untuk mendapatkan data mengenai bilangan kedai runcit, restoran dan sebagainya ,kaedah bancian telah digunakan. Saya telah membuat bancian ke atas premis-premis ini dari jam 9.00 hingga11.00 pagi pada 10 April 2008

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi


Jenis-jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di Chow Kit adalah perdagangan yang terdiri daripada perniagaan seperti kedai runcit, restoran, gerai-gerai dan perniagaan borong. Perniagaan runcit dijalankan secara kecil-kecilan di sekitar Chow Kit. Manakala perniagaan gerai boleh didapati dengan mudahnya di kawasan ini Saya amat bersyukur kerana kegiatan perniagaan ini memudahkan penduduk untuk memenuhi keperluan mereka

Jenis-jenis Perniagaan yang terdapat di kawasan Chow Kit

Bil 1 2 3 4

Jenis perniagaan Kedai Runcit Restoran Gerai Perniagaan borong JUMLAH

Bilangan 24 9 14 3 50

Sumber:Bancian di kawasan Chow Kit sekitar jam 10.00 hingga 12.00 pagi bertarikh 10 April 2008.

10

11

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi di Kawasan Chow Kit

1. Bentuk Muka Bumi Kawasan Chow Kit berada di kawasan tanah pamah yang sesuai untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan , perindustrian dan perkhidmatan 2. Infrastruktur Kerajaan telah membangunkan infrastruktur di kawasan bagi membantu kemajuan dan perkembangan ekonomi.Antaranya jalan raya, lebuh raya, STAR, PUTRA dan Monorel. Selain itu sistem telekomunikasi telag berkembang pesat. Saya amat bersyukur dengan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan penduduk 3. Pasaran Kawasan kajian menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pengguna di sekitarnya. Pasaran ini merangkumi pasar borong , kedai runcit, restoran dan gerai 4. Perbandingan Singapura juga berkembang maju disebabkan oleh perkembangan infrastrukturnya seperti rangkaian jalan raya yang meningkatkan darjah ketersampaian
12

Kesan Kegiatan Perniagaan di Kawasan Chow Kit Terhadap Pembangunan Negara


Kesan Positif

1. Peluang Pekerjaan Aktiviti perniagaan seperti kedai runcit , restoran, gerai dan kedai borong menyediakan pelbagai peluang perniagaan terhadap penduduk setempat. Contohnya pemandu lori, tukang masak, pelayan restoran dan peruncit 2. Pembangunan infrastruktur Letakan sektor perdagangan merupakan pemangkin kepada pembangunan infrasturktur yang lengkap moden dan pesat. Contohnya pembangunan kemudahan pengangkutan awam 3. Peningkatan taraf hidup Dengan adanya pendapatan, kuasa beli barangan meningkat sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk. Di samping akses terhadap perubatan dan pendidikan dapat ditingkatkan
13

4. Perbandingan Perkembangan yang pesat mendatangkan kesan yang sama di Singapura. Contohnya di Singapura perkembangan

infrastrukturnya pesat dan ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat Saya amat bersyukur dan berbangga dengan pencapaian dan pembangunan yang pesat dari semasa ke semasa yang berlaku di sekitar Chow Kit.

14

Langkah-langkah Penyelesaian
1. Pemindahan Teknologi Dalam usaha untuk memantapkan pembangunan dan penambahan infrastruktur memerlukan pemindahan

teknologi dari luar terutamanya dari negara maju. Contohnya pemindahan kemahiran kepakaran dan teknik pembinaan rel elektrik sperti STAR-LRT, PUTRA, dan Monorel 2. Meningkatkan Kualiti Tenaga Kerja Dalam meningkatkan kualiti tenaga kerja mestilah memenuhi keperluan dan kehendak pasaran khususnya dalam aktiviti perdagangan. Contohnya mengadakan latihan pekerja dan latihan sambil bekerja oleh kerajaan dan sektor swasta. 3. Peranan Aktif Agensi Kerajaan Agensi kerajaan seperti DBKL perlu menyediakan satu pelan pembangunan yang strategik terancang dan sistematik dalam usaha meningkatkan pembangunan yang meyeluruh terutamanya di sekitar Chow Kit seperti menyediakan lot-lot kedai yang lebih tersusun untuk kemudahan peniaga.
15

4. Disebabkan keluasan yang terhad di Singapura pihak pentadbirnya mengambil langkah yang serupa seperti di atas dalam usaha meningkatkan kualiti tenaga kerja, pemindahan teknologi yang lebih efisien dan juga menyusun atur

pembangunan negaranya. Saya sebagai rakyat Malaysia berbangga terhadap usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha memenuhi keperluan dan keselesaan rakyatnya.

16

lampiran 1

Amirul Bin Amin Lorong Hj Hussien 2

Off Jalan Raja Muda Abd Aziz 50300 Kuala Lumpur Tel:0364885980 _________________________________________________________________________________________ ____ Pengetua, Sek Menengah Wangsa Melawati 53300 KUALA LUMPUR Tarikh: 17 April 2008 Tuan/Puan, Menjalankan Kajian Kerja Lapangan Untuk Memenuhi KKG Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya ........................................... membenarkan anak saya ............................, dari tingkatan ............ Untuk menjalankan kerja lapangan bagi memenuhi syarat KKG dalam Sukatan Geografi KBSM tingkatan 3. 3. Saya juga faham bahawa anak saya akan keluar untuk mendapatkan maklumat dalam kajiannya. Saya difahamakan pihak sekolah telah mengambil langkah keselamatan sepanjang kajian 2 ini. 4. Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada anak saya ketika menjalankan kerja lapangan,saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak sekolah. Sekian. Terima kasih. Yang benar,

................................ (Amin Bin Husin)

17 SMK WANGSA MELAWATI JALAN GENTING KLANG 53300 KUALA LUMPUR

_____________________________________________________________________ Ruj. Tuan : Ruj. Kami : SMKWM

Tarikh

: 22 FEB. 2008

Kepada, Ibu / bapa / Penjaga, Tuan / Puan, Kajian Geografi Tempatan (KGT) Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Semua murid Tingkatan Tiga sekolah ini akan terlibat dalam projek KGT. Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Hasil KGT ini akan diberi penilaian. Bagi tujuan ini, semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 4. Dimaklumkan juga bahawa projek ini akan dijalankan pada penggal kedua persekolahan dari Jun hingga Ogos. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

--------------------------------(Pn Che Aini Bt. Che Ali) Pengetua SMK Wangsa Melawati

18 SMK WANGSA MELAWATI JALAN GENTING KLANG 53300 KUALA LUMPUR _____________________________________________________________________ Ruj. Tuan : Ruj. Kami : SMKWM Tarikh : 22 FEB. 2008

Kepada, Sesiapa yang berkenaan, Tuan / Puan, Kajian Geografi Tempatan (KGT) Pembawa surat ini _____________________________________________No. Kad Pengenalan _____________________ adalah seorang pelajar Tingkatan Tiga di sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM. 2. Kerjasama dan bantuan tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ________________________ (Pn Che Aini BT Che Ali) Pengetua SMK Wangsa Melawati

19

Rumusan

Sebagai kesimpulannya hasil dari kajian yang telah saya jalankan menunjukkan kegiatan ekonomi di kawasan Chow Kit berkisarkan perdagangan jenis perniagaan borong, runcit, restoran dan gerai. Antara faktor mempengaruhi kegiatan ekonomi ialah bentuk muka bumi, infrastruktur dan pasaran. Antara kesan terhadap pembangunan negara di kawasan Chow Kit adalah dari segi memberi peluang pekerjaan, peningkatan kemudahan infrastruktur dan juga peningkatan taraf hidup penduduk. Langkah-langkah untuk memantapkan lagi pembangunan di kawasan Chow Kit ialah melalui pemindahan teknologi,meningkatkan kualiti tenaga kerja, dan peranan aktif agensi kerajaan. Saya bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Chow Kit.

20

Rujukan
1. Internet

www.dromoz.com/directory/place/?id=1534&p=Kg+Baru http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Singapura http://images.google.com.my/imgres? imgurl=http://www.johomaps.com/as/malaysia/kualalumpur/klmetro. jpg&imgrefurl=http://www.johomaps.com/as/mala http://maps-guide.org/malaysia/kuala-lumpur/chow-kit-map.htm 2. Buku ilmiah Siva Balan, Hazami Husin, 2008. Zoom In Geografi PMR. Selangor: Info Didik Sdn Bhd Kang Chai Yoeng, 2003. Fokus 2U Geografi PMR. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn Bhd 3. Buku Teks Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003. Geografi Tingkatan 2.Kuala Lumpur :Percetakan Saufi

21

Anda mungkin juga menyukai