Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK-TEKNIK PEMUDAHCARAAN

Selama ini kita memahami peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai penyampai ilmu dan agen perubahan kepada pelajar-pelajar yang menjadi subunit kepada komuniti. Kefahaman mengenai peranan guru sebagai fasilitator masih terpinggir atau masih dianggap sebagai sebahagian kecil daripada tugas guru. Jadi, paradigma peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai penyampai ilmu masih kuat mempengaruhi pemikiran para guru sehingga era industri kini. Kini era industri sudah mula beralih ke era informasi yang menjadikan dunia semakin kecil dan juga menjadikan dunia sebagai sebuah perkampungan global yang tidak bersempadan. Senario tersebut memberi kesan kepada dunia pendidikan. Generasi kini berupaya mendapatkan informasi dan belajar untuk memperolehi ilmu dan kemahiran menerusi pelbagai media seperti internet, perisian multimedia, rangkaian Local Area Network (LAN) dan Wide Area Network ( WAN). Sehubungan ini, ia memberi kesan kepada peranan guru dalam pendidikan yang sepatutnya berubah daripada seorang penyampai ilmu kepada seorang fasilitator. Justeru itu, pendekatan pengajaran guru turut berubah daripada sage on the stage kepada guide on the side. Oleh yang demikian, fasilitator berperanan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Semasa berinteraksi, seseorang fasilitator haruslah memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya. Bagi mencapai matlamat tersebut seseorang fasilitator itu perlulah menguasai teknik-teknik pemudahcaraan yang berkesan. Di antara teknik-teknik pemudahcaraan tersebut ialah :

Penyoalan Percontohan Memberi maklum balas Pengarahan Penstrukturan kognitif Memberi perhatian Renungan Memberi fokus Penentuan tema Mencabar Pendedahan Penentuan matlamat Menjejak