Anda di halaman 1dari 13
PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU TAHUN 4 Tarikh Tahun Masa Bilangan Murid Mata Pelajaran Tema Tajuk : 12 Julai 2008 : 4 : 8.00 – 9.00 pagi : 25 orang : Bahasa Melayu : Pembangunan : Putrajaya Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 ii. Menyatakan isi penting berdasarkan bahan yang dibaca.. Fokus Sampingan 9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan. Aras 2 i. Mengimlak pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan. 1 Objektif Pelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 daripada 6 isi penting tentang teks. 2. Mengimlak 5 daripada 6 ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul. Sistem Bahasa: • • Tatabahasa : Kata Berimbuhan Kosa Kata : pentadbiran,bandar,lokasi,bestari,strategik,konsep,tradisional,rekreasi dan internet. Pengisian Kurikulum : • • • Ilmu : Kajian Tempatan Nilai : cinta akan tanah air, menghargai , patriotisme Kemahiran Bernilai Tambah :i. Kemahiran Berfikir : mengakses maklumat, mencirikan ii. Belajar Cara Belajar : Kemahiran Belajar :membaca luncuran,mencatat nota Kemahiran Maklumat : Membuat Rujukan iii. Kecerdasan Pelbagai : kinestetik, intrapersonal, interpersonal, verbal Linguistik. Bahan Bantu Mengajar: • • • • Gambar Putrajaya Borang Pengurusan Grafik Borang Kaset lagu “ Keranamu Malaysia” dan “ Fikirkan Boleh ” Pengetahuan Sedia Ada : • Murid pernah membaca atau melihat dalam televisyen tentang Putrajaya. 2 Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit) Isi Pelajaran 1. Rakaman lagu “Malaysia Boleh ”. (Lampiran 1) 2. Gambar bandar-bandar utama di Malaysia i. Kuala Lumpur ii. Ipoh iii. Johor Baharu Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Murid-murid menyanyikan lagu “ Malaysia Boleh” secara kelas. 2. Murid-murid menamakan bandar utama di Malaysia berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru. Catatan Kecerdasan Pelbagai: Kinestetik Intrapersonal Interpersonal -Pita rakaman -Lampiran 1 -Gambar Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal Interpersonal -Gambar -Borang (Lampiran 2) Langkah 1 1. Borang (15 minit) (Lampiran 2) 2. Soalan i. Apakah yang kamu tahu tentang Putrajaya? ii. Apakah yang kamu ingin tahu tentang Putrajaya?. Langkah 2 1. Borang (20 minit) 2. Petikan Putrajaya (Lampiran 3) 3. Isi-Isi Penting (Lampiran 4) i. Pusat Pentadbiran ii. Sempena nama Perdana Menteri yang pertama. iii. Bandar Bestari tunggal di Asia. iv. Dalam kawasan Koridor Raya Multimedia 1. Guru memberi borang dan meminta murid-murid mengisi ruangan A (perkara yang diketahui) dan B (perkara yang ingin diketahui) tentang Putrajaya. 2. Secara individu murid mengisi ruangan A dan B. 1. Guru memberikan teks Putrajaya dan meminta murid-murid membaca secara luncuran untuk mendapatkan gambaran umum tentang teks. 2. Guru meminta murid-murid mengisi ruangan C ( perkara yang dipelajari) berdasarkan teks yang dibaca. 3. Murid-murid mengisi ruangan C. 4. Murid-murid menyatakan dan mencatat isi-isi penting dalam borang pengurusan grafik yang telah diedarkan. 5. Menjawab soalan secara lisan melalui pengetahuan sedia ada. Nilai: Patriotisme Menghargai Ilmu : Kajian Tempatan Belajar Cara Belajar : Membaca luncuran Mencatat nota (isi-isi penting) -Borang ( L2,L3,L4 ) 3 Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru berbincang dengan murid-murid tentang cara untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan dengan Putrajaya. 2. Murid-murid mengisi ruangan D ( bagaimana mendapatkan maklumat tambahan ). 1. Guru berbincang dengan murid-murid tentang kata nama am dan kata nama khas dengan merujuk teks Putrajaya. Catatan Langkah 3 Cara Mendapatkan Maklumat: (10 minit) 1. Pusat Sumber 2. Internet 3. Akhbar 4. Makalah Langkah 4 Tatabahasa (5 minit) i. Kata Nama Am ii. Kata Nama Khas Belajar Cara Belajar: Membuat Rujukan Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal -Borang L2 Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal Intrapersonal KB :Mencirikan -L3 Penutup ( 5 minit) Rakaman lagu “ Keranamu Malaysia “ (Lampiran 5) Penutup Sosial 1. Murid-murid menyanyi lagu “ Keranamu Malaysia ” dengan iringan rakaman muzik. Penutup Kognitif 1. Murid-murid membuat kesimpulan tentang apa yang mereka peroleh dalam pembelajaran pada hari ini. Kecerdasan Pelbagai: Kinestetik Intrapersonal Interpersonal -Pita rakaman -L5 Refleksi : …………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………........ 4 Lampiran 1 FIKIRKAN BOLEH Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Usahalah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Berfikir boleh melakukan Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan Kau boleh (3x) 5 Lampiran 2 Tajuk : Putrajaya A Apa yang telah diketahui B Apa yang ingin diketahui C Apa yang telah dipelajari D Bagaimana mendapatkan maklumat tambahan 6 Lampiran 3 Aktiviti 1 Baca dengan teliti teks di bawah ini. PUTRAJAYA Putrajaya ialah pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan yang baru. Namanya diambil bersempena Perdana Menteri yang pertama,Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Bagi tujuan membina bandar ini,tanah seluas 14,780 hektar di Perang Besar telah dipilih untuk dibangunkan. Kawasan ini dipilih berdasarkan lokasinya yang strategik di antara Bandar Raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur. Putrajaya dibangunkan mengikut konsep bandar dalam taman. Ciri-ciri keindahan alam sekililing di kawasan itu turut diambil kira. Di samping itu reka bentuk bangunannya pula mengambil kira ciri-ciri moden dan tradisional. Di sini dibina bangunan pentadbiran kerajaan, pusat perdagangan,pusat kebudayaan, dan kawasan rekreasi. Putrajaya juga merupakan bandar bestari tunggal di Asia yang dibangunkan di dalam kawasan Koridor Raya Multimedia. Di sini dilengkapi dengan rangkaian komputer yang canggih supaya urusan pentadbiran dapat berjalan lebih lancar dan berkesan. Lampiran 4 7 Latihan 1. Senaraikan isi–isi penting daripada teks . PUTRAJAYA 8 Lampiran 5 KERANAMU MALAYSIA Buruh nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakar IT pakar ekonomi Jaguh sukan dan jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam siber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota atau pun di desa Kita semua pasti berasa bangga Keranamu,kami mendapat tuah Keranamu nyawa bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Demi bangsa kemakmuran negara Keranamu,kami bebas mereka Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara Keranamu negara Malaysia Malaysia Terima kasih Malaysia (b) Berdasarkan rancangan pengajaran harian di atas, isikan ruang kosong di bawah tajuk “elemenelemen” bagi setiap langkah ASSURE dalam jadual di bawah. 9 Langkah-langkah ASSURE A - analisis pelajar S - nyatakan objektif Elemen-elemen Murid pernah membaca atau melihat dalam televisyen tentang Putrajaya. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.. Menyatakan sekurang-kurangnya lima isi penting tentang teks. Mengimlak lima ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul. Perbincangan, pita rakaman, lampiran Secara praktikal Soal jawab, Tanya soalan, perbincangan Semasa pengajaran dan selepas pengajaran S - pilih kaedah, media dan bahan U - gunakan media dan bahan R - dorong penglibatan pelajar E - nilai dan semak (c) Isikan analisis objektif pengajaran pada ruang kosong di bawah tajuk “objektif pengajaran” dalam jadual di bawah: Hasil Pelajaran (1) Elemen Objektif Pengajaran Tingkah laku / kebolehan Situasi Kriteria / piawai Objektif pengajaran yang lengkap : 1. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 daripada 6 isi penting tentang teks. Membaca, menyata Guru memberikan soalan latihan Menjawab 5 daripada 6 isi penting Objektif Pengajaran Hasil Pelajaran (2) 10 Elemen Objektif Pengajaran Tingkah laku / kebolehan Situasi Kriteria / piawai Mengambil imlak Objektif Pengajaran Menulis maklumat dari bahan (petikan) Mengimlak 5 daripada 6 ayat dengan ejaan dan tandabaca yang betul Objektif pengajaran yang lengkap : Hasil Pelajaran (2) : Mengimlak 5 daripada 6 ayaat dengan ejaan dan tandaa baca yang betul. (d) Sediakan analisis domain objektif pengajaran dalam bentuk jadual berikut: Domain Objektif Pengajaran Peringkat Pembelajaran Tingkah Laku yang Dinyatakan dalam Objektif Pengajaran Objektif 1 : menyatakan Objektif 2 : mengimlak kognitif afektif kefahaman pengetahuan (e) Sediakan analisis penggunaan kaedah pengajaran dan media pengajaran dalam bentuk jadual di bawah: 11 Kaedah Pengajaran Perbincangan Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Media yang Digunakan Gambar –gambar bandar utama di Malaysia Menanyakan soalan: Menjawab pertanyaan Apakah nama guru bandar-bandar yang ditunjukkan. i. Apakah yang kamu tahu tentang Putrajaya? ii. Apakah yang kamu ingin tahu tentang Putrajaya?. Menjawab pertanyaan guru: - Putrajaya bangunan yang terdapat di Kuala Lumpur. - Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Menyatakan dan mencatat isi-isi penting dalam borang pengurusan grafik yang telah diedarkan. Soaljawab Gambar, borang (Lampiran 2 ) Inkuiri Menyuruh muridmurid menyatakan dan mencatat isi-isi penting. Borang pengurusan grafik, petikan. Sumbangsaran SENARAI RUJUKAN 12 Buku : Eggen, P.D. (1998). Strategies for teachers. New Jersey : Prentice Hall. Kellough, R.D dan Kelloug, N.G (1998). Secondary school teaching : Aguide to methods and resources, planning for competence. Englewood Cliffs, NJ :Prentice Hall. Omardin Ashaari (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3 : Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah. Shah Alam : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia : Pusat Perkembangan Kurikulum. Laman web : http://www.apastyle.org/elecsource.html http://www.intime.uni.edu/model/learning/lear.html 13