Anda di halaman 1dari 1

Malaysia sudah pun menerima taraf negara yang merdeka.

Di sebalik kenikmatan yang dirasai sebagai rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas, sudah pasti terdapat tokoh-tokoh yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan. Mereka inilah yang digelar negarawan. Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak mungkin bagi kita untuk melupakannya. Ramai yang tertanya-tanya, mengapa kita perlu mengenang kembali jasa tokoh kemerdekaan negara? Jawapannya yang pertama ialah semangat patriotisme. Sebagai contoh, apabila kita mencintai sesuatu, kita pasti tidak ingin ada sesuatu yang menyakitinya,bukan? Kita akan menghargai sesiapa yang berjaya menyelamatkan perkara yang kita cintai tatkala kita tiada di sisi. Begitu juga dengan patriotisme. Kita mencintai Malaysia dan tokoh-tokoh kemerdekaan telah berjaya menyelamatkan maruah tanah air ini daripada dirobek dan wajar bagi kita menghargai tokoh-tokoh kemerdekaan negara dengan cara mengenang jasa mereka. Bagi mencapai kemerdekaan, tokoh-tokoh yang memperjuangkannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berlainan, mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah. Oleh itu, amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air. Tokoh kemerdekaan menjadi satu bukti yang mantap mengenai dasar kerjasama dan usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat. Mereka telah meletakkan batu asas kepada kemajuan negara dengan cara memerdekakannya.Usaha yang dilakukan oleh mereka wajar kita kenang. Sudah tentu mereka tidak ingin usaha mereka selama ini sia-sia. Sehubungan itu, kita perlu menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam pekerjaan demi kemajuan negara. Konklusinya, tokoh-tokoh kemerdekaan sememangnya patriot kerana mereka sanggup mengorbankan jiwa dan raga demi tanah air yang tercinta. Sebagai generasi pelapis, kita dapat menjadi patriot dengan cara mencintai tanah air dan mengenang jasa orang yang mencintai tanah air itu.