Anda di halaman 1dari 7

Mayat Mangsa Bunuh Ditemui Terapung

Mayat seorang lelaki dengan tangan dan kakinya diikat yang dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung di pesisiran pantai Batu Maung di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Supt. Hatta Mohd. Zain berkata, mayat itu ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari pesisiran pantai oleh seorang pekerja pembinaan jambatan kedua. Siasatan awal mendapati mayat lelaki itu sudah seminggu dicampak ke dalam laut berdasarkan keadaan mukanya yang hancur dan juga reput di beberapa bahagian anggota, katanya.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan doktor di Hospital Pulau Pinang mendapati mangsa mati akibat lehernya dikelar. Sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi manamana balai polis berhampiran, katanya.

Anak Di Culik Dirogol


by Mrbelia on 07:43 AM, 11-Apr-11

ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.

Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.

Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam. Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu. Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan suspek ke Kuala Balai Polis Sala, Kuala Kedah, kira-kira katanya ketika jam dihubungi, di 10 sini, pagi. semalam. Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit. Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan. Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit, katanya. Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan.

Dibunuh sebelum dibakar


Comments (1) By Utusan Online - Jenayah, April 11, 2011 4:53 am

Dibunuh sebelum dibakar

Oleh NORAZMAN ABDUL RAHIM utusanjohor@utusan.com.my

MERSING 10 April Hajat dua anggota tentera untuk menangkap ikan di Pantai Sekakap di sini, terbantut apabila mereka menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan rentung pagi ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota tentera terbabit kirakira pukul 10.30 pagi memaklumkan penemuan mayat tersebut. Menurutnya, mayat itu ditemui ketika kedua-dua anggota tentera itu mencari kayu untuk memasang jaring ikan di belukar pantai berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Jalan Mersing-Sekakap. Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai wanita berdasarkan jam tangan dan gelang kaki pada tubuh mangsa yang 95 peratus hangus terbakar. Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain kurang 24 jam lalu sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian lalu dibakar di kawasan pantai yang terletak kira-kira 50 meter dari Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sekakap dan satu kilometer dari Kem Iskandar, dekat sini, katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Mohd. Nor berkata, mangsa dipercayai berumur lingkungan 25 tahun berdasarkan keadaan fizikalnya manakala bahagian kaki yang tidak terbakar menunjukkan mangsa berkulit cerah. Selain itu, katanya, terdapat seutas rantai pada leher mangsa yang tertera perkataan Suemzar. Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan berkenaan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan akan ditempatkan di bilik mayat hospital berkenaan sementara menunggu pengecaman ahli keluarga, katanya. ANGGOTA polis membawa mayat wanita yang dipercayai dibunuh sebelum dibakar di Pantai Sekakap, Mersing, semalam.

Sehubungan itu, Mohd. Nor meminta waris atau ahli keluarga yang kehilangan anak perempuan terutama remaja di bawah umur 25 tahun kurang daripada 24 jam lalu menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Abd. Aziz Che Embong di talian 07-7993507 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, 07-7994222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiga cikgu mati lemas, nahas Oleh Mohamed Suhaidi Amin bhkt@bharian.com.my 2011/05/18
Kejadian berlaku ketika berkelah di pantai, pulang sambut Hari Guru KEMAMAN: Kegembiraan warga pendidik susulan pengumuman insentif oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Hari Guru kelmarin, tidak dapat dikongsi bersama oleh tiga guru apabila mereka maut dalam dua kejadian berasingan di sini dan Port Dickson. Di kawasan perkelahan Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, dua sahabat karib yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kijal di sini, ditemui lemas ketika mandi manda di pantai itu, jam 10.45 pagi semalam.

Mohd Anuar Harun, 28, dari Marang, Terengganu dan Md Iskandar Aris, 26, dari Muar, Johor, cuba diselamatkan dua penyelam yang kebetulan sedang menjalani latihan skuba berdekatan tempat keduadua mangsa lemas. Usaha menyelamat dilakukan dua penyelam terbabit bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa kerana kedua-duanya sudah tidak bernyawa akibat lemas di dasar pantai. Seorang saksi kejadian, Mohd Azlizan Othman, 23, yang sedang berkelah bersama keluarganya kira-kira 300 meter dari tempat mangsa lemas, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai pengutip sampah di kawasan berkenaan yang kemudian terus bergegas ke tempat kejadian. Saya turut membantu mengangkat mangsa bersama beberapa orang awam yang turut berada di tempat kejadian. Bagaimanapun, ketika kedua-dua mangsa dinaikkan ke pantai, mereka didapati sudah tidak bernyawa, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Mohd Anuar adalah guru Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Md Iskandar, guru mata pelajaran Agama Islam dan J-Qaf. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, mengesahkan kejadian berkenaan ketika dihubungi, semalam. Di PORT DICKSON, seorang guru lelaki berusia 56 tahun maut selepas keretanya terbabas dan merempuh sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan pulang menghadiri sambutan Hari Guru di Kilometer 23 Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Md Nordin Md Daud memandu Proton Iswara seorang diri pulang ke rumahnya di Taman Seri Rembau, Rembau di sini, selepas diraikan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa. Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh dalam keadaan hujan lebat.

Keretanya kemudian merempuh bahagian depan sebuah bas sekolah yang datang dari arah bertentangan. Mangsa tersepit di dalam kereta itu berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat sebelum disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan, katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Anda mungkin juga menyukai