Anda di halaman 1dari 23

Prinsip Pengajaran MT Mengajar dari mudah ke sukar Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran perlu selari dengan perkembangan kognitif

pelajar. Jika tidak pengajaran dianggap membosankan dan sukar. Pelajar sekolah rendah belum bersedia menyelesaikan masalah yang abstrak atau dalam bentuk lebih mudah. Secara tidak langsung motivasi instrinsik dan hipotesis. Setiap tajuk perlu disusun dan diperingkatkan. Oleh itu penyampaian tajuk pelajaran menjadi atas inisiatif sendiri. Dari konkrit ke abstrak Murid pemulihan amat perlu didedahkan dengan objek benda maujud ketika mengajar konsep atau tajuk baru dalam matematik bagi memudahkan kefahaman mereka. Oleh itu, semua konsep matematik yang baru bagi mereka haruslah menggunakan contoh-contoh konkrit. Pada peringkat sekolah rendah mereka tidak memahami hukum-hukum matematik seperti hukum sekutuan, hukum taburan dan hukum tukar ganti. Ramai murid sekolah rendah yang hanya tahu menghafaz apa yang diajar guru mereka tanpa memahami konsep matematik yang sebenarnya. Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pengajaran matematik harus dikaitkan dengan situasi kehidupan sebenar murid tersebut. Dari spesifik ke umum Dari umum ke spesifik Konsep pengajaran MT Kemahiran pranombor ini konservasi. Pengkelasan pra-nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu motivasi ekstrinsik akan tercapai bahkan memupuk kesedaran murid untuk belajar

diperkenalkan sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran melibatkan pengkelasan, turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan

Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya seperti mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil, panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk dan jenis. i) Warna - mengenal warna - menamakan warna - mencantumkan kad warna - mengasingkan warna - mengasingkan warna dengan benda-benda - mewarna mengikut arahan yang diberi ii) Saiz iii) membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek menamakan saiz mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz memadankan saiz yang sama mewarnakan saiz yang sama

Bentuk mengasingkan benda mengikut bentuk menamakan bentuk memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit mewarnakan bentuk-bentuk yang sama

iv)

Jenis menamakan benda mengikut jenis mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud) mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar) mewarna/melukis benda mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya. Turutan/ seriasi Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna. Perbandingan kuantiti Kemahiran ini akan membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: i) mengasingkan kumpulan ii) yang banyak atau lebih yang sedikit atau kurang yang sama banyak yang tidak sama banyak

mewarnakan kumpulan yang banyak atau lebih yang sedikit atau kurang yang sama banyak yang tidak sama banyak

iii)

menamakan kumpulan yang banyak atau lebih yang sedikit atau kurang yang sama banyak yang tidak sama banyak

Konservasi Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), konservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik khususnya aspek pranombor, konservasi dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.

Punca Dan Jenis Masalah Matematik


2.1

Faktor-faktor yang menghalang Penguasaan Kemahiran Matematik Sekolah a) Pihak pentadbir

2.1.1

Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR b) Kelas Pemulihan

Tempat tidak sesuai seperti di bawah tangga Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian

Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan


2.1.2

Guru Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia ada murid, tiada aktiviti pengukuhan Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai Emosi guru garang, tidak sabar Kurang prihatin
Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul

Guru kurang berminat Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara individu Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan
2.1.3

Ibu Bapa Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku, dan sebagainya Tidak memberi dorongan Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak Sibuk dengan hal sosioekonomi Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak

2.1.4

Murid
a.

Masalah kurang kecerdasan @ mental

Warisan daripada genetik ibu bapa Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan Kekurangan makanan yang berzat b. Faktor sikap o Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai tidak berminat

c.

Faktor Masalah pengamatan


Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor

d. Faktor fizikal

o Makanan yang tidak berzat o Murid cepat letih tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah o Keletihan o Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik o Berpenyakit - kerap tidak hadir ketinggalan dalam pelajaran e. Tidak Inggeris
f.

boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa

Penempatan murid yang tidak sesuai


Disleksia, slow learner dan sebagainya

2.1.5

FAKTOR LAIN

Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar Sukatan Pelajaran yang terlalu umum Persekitaran P & P yang tidak ceria
2.2

Jenis-jenis dan ciri-ciri masalah seperti Anxiety, Disleksia, Mathophopia, Diskalkulia, Masalah ruang, dan lain-lain

2.2.1

Anxiety ( Kerisauan ) Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan perasaan trauma mahupun risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau.

Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety Kognitif Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti

Somatik Menjadi terlalu berjaga-jaga dirasakan terhadap boleh sebarang mengancam kemungkinan Emosi Tidak dapat mengawal diri
2.2.2

yang

keselamatannya. Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh serta sistem pencernaan terganggu

Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci

Tingkah Laku Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca anxiety

Disleksia (Dyslexia) Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis matematik

Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia Pendengaran

Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf Payah menyebut huruf m dengan n

Pertuturan / Penulisan Kesalahan mengeja perkataan Contohnya mengeja magic sebagai mjc Susunan huruf terbalik Contohnya mengeja does sebagai dose Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama

Contohnya mengeja should sebagai shud Kesalahan/ kurang tepat sebutan Tidak lancar, tersekat atau gagap
2.2.3 Mathophopia

Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi keupayaannya dalam matematik. Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia
2.2.4 Diskalkulia

Tidak suka matematik Berasa tidak pasti / kurang yakin Pencapaian lemah Kekurangan minat Sikap tidak ambil peduli

Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara normal Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia

Pengiraan Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor Sukar memahami konsep nombor Membaca dan Menulis nombor Terkeliru nombor 12 dengan 21 Salah membaca nombor 5004 dibaca lima ratus empat Arah Sukar memahami arah kiri atau kanan Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta

2.3

Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.


2.3.1 Pra nombor

a)

Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan sama banyak seperti tidak sama banyak , kurang dan lebih.

2.3.2 Disleksia (Dyslexia)

a)

Tidak boleh menulis angka dengan tepat nombor seperti


6 ditulis 7 ditulis

2.3.3 Mathophopia

a)

Tidak

dapat

mengasingkan

kumpulan-kumpulan

mengikut

bentuk, saiz, warna dan jenis benda seperti empat segi sama dan tepat, warna merah dan jingga

2.3.4 Diskalkulia

a) Tidak memahami dan keliru nilai tempat nombor

Lima ratus tujuh ditulis 57

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH 1. Permudahkan masalah wujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya memperolehi jawapan. 2. Melukis gambarajah Melalui lukisan gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara teratur. 3. Memodelkan / menjalankan simulasi / melakonkan Dengan menggunakan model konkrit penyelesaian masalah dapat dihayati dengan jelas dan mudah. 4. Mengenalpasti pola Pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru yang wujud dalam bentuk gambar atau nombor. 5. Menyenaraikan / menjadualkan secara sistematik Jadual yang dibina mestilah teratur dan tersusun supaya maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh digunakan. 6. Cuba jaya. Tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian 7. Pembalikan Pembalikan antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pola, persamaan dan lain-lain 8. Menaakul secara mantik Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada beberapa bahagian2 tertentu. Bahagian-bahagian kecil yang telah diselesaikan akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut

9. Menggunakan kaedah algebra Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut

6.1 Kaedah-Kaedah Pengajaran Matematik Kaedah Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, pemprosesan kumpulan. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah Belajar diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teamsgames-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan

menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Kaedah Pembelajaran Kontekstual Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, seharusnya

mampu

membawa

pelajar ke matlamat

pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak

balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata Kaedah Konstruktivisme Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental. Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning). Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivism adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Kaedah Pembelajaran Mastery

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan. Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi pemulihan dan yang berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan.

Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui prinsip-prinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah dikuasai. Di samping itu murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran. Proses penyelesaian masalah menurut Model Polya 1. Langkah 1 : Memahami dan mentafsir masalah Soalan untuk membantu memahami masalah: i. ii. iii. iv. Adakah anda memahami semua perkataan? Bolehkah anda menyatakan kembali masalah dalam ayat2 anda sendiri? Apa yang tidak ketahui? Maklumat apa, jika ada, hilang @ tidak diperlukan?

2. Langkah 2 : Rancangan Apa hubungan antara data dan unsur yang tidak diketahui? Apakah masalah ini mirip dengan masalah lain yang telah anda selesaikan? 3. Langkah 3: Melaksanakan Rancangan Guna strategi yang telah anda pilih dalam menyelesaikan masalah Semak setiap langkah dalam perancangan Pastikan bahawa langkah-langkah yang diambil betul

4. Langkah 4 : Mengimbas kembali Baca semula soalan Adakah anda menjawab soalan yang dinyatakan? Adakah jawapan anda benar? Apakah jawapan anda logik akal?

Langkah 1 - Fahami Masalah Untuk menyelesaikan sesuatu masalah pelajar perlu memahami apakah yang disoal (tugasan). Teknik-teknik dan strategi-strategi yang boleh membantu pelajar untuk memahami masalah adalah membaca masalah dengan teliti, jika perlu baca beberapa kali, menyenaraikan maklumat atau fakta-fakta yang diberi, mengenal pasti frasa-frasa penting, mengenal pasti maklumat atau fakta yang tersirat dan mengenal pasti syarat-syarat tertentu atau kekangan-kekangan terhadap masalah.

Langkah 2 Rancang Apabila masalah telah difahami sepenuhnya langkah seterusnya ialah menentukan pendekatan atau kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah. Antara strategi yang sesuai ialah menggunakan pengetahuan lampau untuk merangka sesuatu teknik, mencari pola, menggunakan penaakulan induktif, melukis rajah, membuat jadual atau carta, mencuba jaya, bekerja ke belakang dan menyatakan semula masalah jika perlu.

Langkah 3 Laksana Di peringkat ini teknik yang telah ditentukan pada peringkat merancang (Langkah 2) dilaksanakan. Pelajar memerlukan dua kemahiran iaitu, menterjemah dan memproses. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling sukar kerana pelajar perlu menterjemah dan melakukan proses dengan mengabungkan maklumat, konsep dan fakta menggunakan prosedur dan operasi pemikiran.

Langkah 4 - Semak

Pada langkah akhir ini pelajar perlu menyemak semula penyelesaian terhadap masalah. Ini termasuklah menyemak ketepatan dan kemunasabahan keputusan dan menentusahkan syarat-syarat telah dipenuhi. Selain itu strategi alternatif untuk

menyelesaikan masalah dilaksanakan. Masalah serta kaedah penyelesaian yang telah ditemui ini boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah serupa kemudiannya.

Pengesanan Masalah Menggunakan Kaedah Newman Newman (1983), menyatakan masalah utama murid dalam menjawab soalan berbentuk perkataan terletak kepada peringkat kefahaman dan transformasi,iaitu menukarkan perkataan dalam soalan kepada ayat atau simbol matematik. Cramer & Karnowski, 1995) mengungkapkan ; Childrens informal language can indicate a readiness to translate to formal abstract symbol.For example,when student can talks about their action with manipulatives or describe how problems can be solved with manipulatives or describes how story problems can be solved with manipulatives or pictures,they are ready to record their ideas with written symbols. Melalui kemahiran berbahasa dalam matematik murid atau pelajar akan berkomunikasi dengan matematik terutamanya dengan kurikulum matematik yang menjadi pilihan kepada abad ini dan abad yang mendatang.

5 soalan / arahan Newman 1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu? 2. Beritahu cikgu, apa soalan itu mahu awak lakukan? 3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan? 4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu dan bercakap kuat semasa membuatnya supaya cikgu faham bagaimana awak berfikir? 5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar? 5 fasa Newmans Error Analysis:

1. Pembacaan/Reading: Kebolehan membaca semula soalan kepada diri sendiri dengan senyap dan meminta bantuan guru jika terdapat perkataan yang tidak difahami. 2. Pemahaman/Comphrehension: Kebolehan memberitahu guru mengenai kehendak soalan 3. Transformasi/Transformation: Kebolehan untuk mendapatkan jawapan Kemahiran proses/Process Skill: Keupayaan menyelesaikan masalah tersebut dan kemudiannya memberitahu guru apa yang dia (murid) fikirkan 5. Pengenkodan/Encoding: kebolehan menulis jawapan dengan betul

PEMBINAAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tujuan pengunaan bahan-bahan bantu mengajar ialah: i. ii. iii. iv. Memberikan rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian murid. Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid. Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran & pembelajaran. Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.

v.

Memberi

keseronokan

belajar

keinginan

untuk

berjaya

dalam

pembelajaran kepada murid. Semasa merancang dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk murid pemulihan, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa aspek seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Umur murid Masalah bahasa yang dihadapi oleh murid. Tahap keupayaan intelek murid. Jangka masa bahan digunakan. Penggunaan secara individu, kumpulan kecil atau secara kelas.

Apabila anda menghasilkan bahan bantu mengajar, anda harus memastikan bahawa bahan sumber tersebut menepati beberapa ciri-ciri seperti berikut: i. ii. Menarik dari segi warna, saiz, bentuk dan bentuk 3D. Berkesan dan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak di sampaikan. iii. iv. Kos penghasilan adalah tidak terlalu tinggi. Tidak membahayakan pelajar dan selamat digunakan.

Kepentingan BBM 1. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

2. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar 3. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal 4. Member pengalaman sebanar yang boleh meransangkan aktivii sendiri di kalangan pelajar. 5. Dapat membina pemikiran yang berterusan 6. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar 7. Boleh member pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam Kamaruddin Hj. Husin.. 1. Memberi rangsangan dan minat murid-murid 2. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. 3. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan mereka lebih kekal. 4. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam 5. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata 6. Mendorong murid-murid menyiasat agar dapat menambahkan lagi bacaan murid2.

Tujuan Kemahiran Metematik Berfungsi. 1. Mengembangkan kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya, pembelajaran dan kehidupan. 2. Menangani masalah kemahiran yang terpisah. 3. Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan 4. Menjadikan kehidupan pelajar lebih bermakna semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan.

5. Melahirkan individu yang memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik dalam komuniti, kehidupan harian dan kerjaya. Kemahiran matematik berfungsi dalam kehidupan: 1. Mengurus kewangan keluarga- menyediakan belanjawan 2. Mengurus rumahtangga mengira peebelanjaan rumah 3. Mempamerkan cara kerja dan sikap yang betul- memahami arahan secara lisan dan tulisan 4. Membeli dan menyediakan makanan merancang bagi menyediakan makanan berkhasiat 5. Membeli dan menjaga pakaian- merancang perbelanjaan untuk pakaian dan menggunakan mesin basuh 6. Keyakinan diri menganalisis tahap kemahiran dan menganalisis diri 7. Bergaul dengan komuniti membuat perancangan perjalanan 8. Kemahiran menyelesaikan masalah meggunakan strategi dan penyelesaian yang berkesan. 9. Kesihatan menggunakan jangka suhu

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen yang mengandungi perkaraperkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orangorang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda. Rajah 8.1 Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

OBJEKTIF 1. Pra Nombor

KANDUNGAN Membolehkan murid: 1.1 menamakan objek 1.2 menentukan kumpulan objek Klasifikasi objek melalui: 1.1.1 bentuk 1.1.2 saiz 1.1.3 warna Perbandingan objek 1.2.1 panjang/ pendek 1.2.2 besar/kecil 1.2.3 tinggi/ rendah 1.2.4 tebal/ nipis 1.2.5 berat/ ringan 1.2.6 banyak/ sedikit 1.2.7 sama banyak/ tidak sama banyak 1.2.8 kumpulan lebih/ kurang

2. Nombor Bulat

Membolehkan murid: menamakan nombor membilang nombor menentukan nilai nombor menulis nombor menggunakan nombor

2.1.1 nombor 2.2.1 bilang tertib menaik/menurun 2.2.2 rangkaian nombor 2.3.1 nombor mempunyai kuantiti 2.3.2 Perbandingan nilai nombor 2.4.1 Simbol nombor 2.4.2 Penulisan nombor dalam perkataan 2.5.1 Nombor dalam kehidupan harian

3. Operasi tambah

Membolehkan murid: 3.1 menyatakan situasi tambah dalam bahasa harian 3.2 menambah sebarang dua nombor 3.3 menulis ayat matematik bagi operasi tambah 3.4 melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah 3.5 menyatakan secara spontan fakta asas tambah 3.6 menambah sebarang tiga nombor 3.7 membina cerita

3.1.1 Penyatuan dua kumpulan 3.1.2 Penambahan dengan membilang semua 3.2.1 Dalam lingkungan fakta asas 3.2.2 Sebarang dua nombor a. tanpa mengumpul semula b. dengan mengumpul semula 3.3.1 Pengenalan simbol (+) dan (=) 3.3.2 Ayat matematik bagi operasi tambah a. Bentuk ayat matematik b. Bentuk lazim 3.4.1 Penekanan kepada