Anda di halaman 1dari 1

Persediaan Firma dan Pengusaha terhadap E-Dagang Pada zaman globalisasi ini, perdagangan tanpa sempadan atau E-dagang

semakin berkembang maju di negara kita. Hal ini memudahkan pengguna dan peniaga untuk melakukan aktiviti jual beli.Terdapat beberapa persediaan yang harus dilakukan oleh firma dan pengusaha perniagaan bagi menghadapi pasaran globalisasi yang kompetetif. Persediaan yang pertama ialah pengurusan dan pemasaran yang sistematik. Hal ini kerana, aktiviti perdagangan tanpa sempadan dilakukan di dalam talian internet. Contohnya, firma dan pengusaha haruslah menyediakan laman sesawang yang menjadi medium bagi para pengguna membeli produk jualan mereka. Oleh yang demikian, para pengusaha haruslah meningkatkan teknologi bagi menghadapi pasaran globalisasi yang kompetetif. Selain itu, para pengusaha haruslah membangunkan rangkaian telekomunikasi. Hal ini untuk mengelakkan para pengguna daripada membuat bayaran berganda untuk sesuatu produk. Contohnya, para pengusaha menggunakan perkhidmatan Maybank2u ketika melakukan transaksi pembayaran dengan pengguna. Oleh yang demikian, para pengusaha haruslah bersedia dari segi segi sistem pembayaran bagi mengelakkan bayaran berganda. Tambahan pula,para pengusaha haruslah memastikan kualiti barang yang dijual memuaskan hati pengguna. Hal ini kerana, melalui perdagangan tanpa sempadan ini, pengguna hanya melihat produk jualan melalui katalog sahaja dan dapat melihat kualiti luaran sahaja bak kata pepatah indah khabar dari rupa.Oleh itu, para pengusaha haruslah menjual produk yang berkualiti tinggi bagi menarik minat pengguna seterusnya dapat menghadapi pasaran globalisasi yang kompetetif. Bantuan kewangan juga merupakan persediaan yang perlu dilakukan oleh firma dan pengusaha. Hal ini kerana, daripada bantuan kewangan tersebut para pengusaha boleh mendapat modal yang besar sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini membolehkan para pengusaha membeli teknologi daripada luar untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Oleh itu, bantuan kewangan merupakan salah satu persediaan oleh firma dan para pengusaha bagi menghadapi globalisasi yang kompetetif. Konklusinya, firma dan pengusaha perlu bersedia dan seiring dengan era serba canggih ini bagi memajukan perniagaan mereka.