Anda di halaman 1dari 2

DaIam sekumpuIan keciI,bincangkan kebaikan penuIisan dengan

mengaitkannya dengan topik yang baru diperbincangkan.



Secara amnya,penulisan dikaitkan dengan cetusan idea mahupun pengalaman
seseorang itu yang membawa kepada lahirnya sebuah karya yg dapat dikongsikan
dengan masyarakat.Karya yang dihasilkan berbentuk tulisan ataupun teks yg dibaca
oleh pembaca samada ianya mudah diIahami ataupun sebaliknya.Penulisan yg baik
dapat memudahkan pembaca untuk memberikan respon yang baik kepada karya
penulisannya.

Kebaikan penulisan yang pertama ianya dapat memberikan kepuasan kepada
penulisnya.SiIat yang suka menulis dijadikan hobi menyebabkan banyak karya-karya
penulisan dihasilkan.Penghasilan karya yang banyak menyebabkan rasa yang amat
berbaloi dikalangan penulis itu.Bahkan karya yang dihasilkan mereka hanya untuk
kepuasan semata-mata tanpa mengharapkan balasan mahupun ganjaran.Hal ini kerana
mereka lebih mengutamakan keseronokan menulis daripada keseronokan keuntungan
hasil jualan karya penulisan itu.

Kebaikan penulisan yang kedua ialah dapat menyampaikan maklumat.Penulis mampu
menyampaikan maklumat kepada pembaca samada dalam bentuk ilmiah mahupun
berbentuk isu-isu terkini iaitu dalam atau luar negara.Penulisan ilmiah disampaikan
dalam bentuk buku panduan,tips-tips menjadi seseorang yang berjaya sebagai
contohnya dan berbagai lagi.Manakala bagi isu-isu terkini pula dipaparkan melalui
pemberitaan seperti hiburan,sukan,ekonomi,bencana dan segalanya yang
baharu.Sebagai contohnya berita mengenai kemerosotan ekonomi ataupun kejadian
banjir yang berlaku.

Kebaikan penulisan yang ketiga ialah penulis dapat memberi pengajaran kepada yang
membaca.Penulisan jenis ini lebih kepada penceritaan mengenai masa hadapan,kesan-
kesan melakukan sesuatu mahupun berunsurkan nasihat.Hal ini kerana sesuatu
penulisan ini seringkali deselitkan unsur-unsur pengajaran yang boleh dijadikan
sebagai peringatan kepada pembaca pada masa yang akan datang.Sebagai contohnya
penggunaan dadah,ianya akan membawa kesan buruk kepada jangka masa
panjang.Selain itu. pengambilan dadah boleh membawa implikasi-imlikasi negatiI
pada masa akan datang.

Kebaikan penulisan yang keempat ialah dapat mengurangkan tekanan kepada
pembaca yang membaca hasil penulisan tertentu.Penulis yg baik dapat menghasilkan
karya yang dapat menarik minat pembaca.Gaya penulisannya yang menarik disulam
dengan lawak dan jenaka dapat membantu pembaca mengurangkan tekanan yang
dihadapinya.Selian itu,hasil graIik mahupun kecantikan sesuatu karya dapat menarik
minat pembaca,justeru dapat menghilangkan stress.

Kebaikan yang kelima ialah ianya dapat menyerlahkan kreativiti penulis.Melalui gaya
penulisan yang gratis dan menarik yang dihasilkan penulis dapat menggambarkan
kekretivitiIan sesorang penulis.Melalui pengolahannya dan mengindahkan ayat dapat
menimbulkan rasa minat pembaca untuk lebih membaca.Hal ini dapat menaikkan rasa
ingin mengetahui lebih mendalam sesebuah karya.Kesempurnaan penulisan akan
mendapat sambutan daripada pembaca.Hal ini kerana kejayaan sesusatu karya
bergantung kepada pembaca.semakin ramai yang membacanya,semakin tinggi mutu
pengikhtiraIan sesuatu penulisan tersebut.

Kesimpulannya,penulisan merupakan sesuatu bidang yang mempunyai banyak
kebaikannya.Penghayatan terhadap apa yang ditulis menyebabkan karya yang
dihasilkan amat bermutu tinggi.Selain itu,ianya juga menjadi sebahagian daripada alat
komunikasi dikalangan penulis dan pembaca untuk menyampaikan sesuatu.Oleh
itu,budaya memupuk sikap ingin menulis haruslah ditekankan oleh semua lapisan
masyarakat,hal ini bukan saja dapat memberi kepuasan kepada penulis,namun dapat
mencambahkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat

Anda mungkin juga menyukai