Anda di halaman 1dari 9

KERTAS MODEL ALA-UPSR 3

KERTAS 1 puluh minit

SKOR _______ 40 Lima

Tiap-tiap soalan diikuti tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 24 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Tukang kebun itu menggunakan __________ untuk menyabit rumput. A gergaji C parang B cangkul D sabit

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 2. __________ itu sedang menghidangkan minuman ringan kepada para penumpang. A Jurujual C Hartawan B Pramugari D Seniman Savita menerima sepucuk surat ___________ sahabat penanya. A pada C dari B dengan D daripada Semasa saya tiba tidak ada _____________ pun di sini. A apa-apa C mana-mana B siapa-siapa Puan Gan sekeluarga akan _____________ ke Paris untuk bercuti selama dua minggu. A terangkat C mengangkat B berangkat D diangkat

3.

4.

5.

6.

Saya __________ daripada tidur apabila mendengar bunyi bising di luar. A menjaga C terjaga B berjaga D penjagaan

Soalan 7 berdasarkan Gambar 2

7.

Gambar 2 Wanita itu _________ anak kecilnya menuju ke perhentian bas. A mendukung C mengelek B menjunjung Selepas makan Rina _______________ meja dan membasuh pinggan. A menggilap C mengelap B menggosok D menyapu Rajesh ____________Boon Tan adalah pemain bola sepak sekolah yang handal. A dan C namun B atau D serta

8.

9.

10. Mak cik mengusahakan jualan kerepek pisang ini secara ____________, kata Mak Cik Limah. A rendah-rendah C kecil-kecilan B seluas-luasnya D habis-habisan Soalan 11 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

11.

Banyak pohon kelapa tumbuh subur di _________ pantai. A tepi C dalam B atas D depan _____________ harikah ayah kamu ke Melaka? A Di mana C Apa B Berapa D Siapa Adik tidak mahu menelan ubat itu kerana sangat ______________. A pahit C payau B kelat D masin Kereta ayah ___________ selepas terlanggar tiang elektrik itu. A retak C pecah B remuk D hancur Cikgu Wasidah memang baik dan ________________ orangnya. A lemah longlai C lemah lembut B lemah semangat

12.

13.

14.

15.

Soalan 16 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 16. Tukang jahit itu menggunting kain dengan sebilah ______________. A pisau C parang B gunting D sabit Rafidah membeli se_____________ payung di pasar raya Gemilang. A kaki C pucuk B laras D buah Terdapat sebatang pokok mangga di _______________ rumahnya. A depan C bawah B atas

17.

18.

19.

Perlawanan hoki terpaksa dibatalkan ______________ hujan lebat. A setelah C kerana B apabila D sementara

Soalan 20 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5 20. Nenek sedang mengisi sarung bantal dengan ______________. A bebenang C dedaun B bebola D kekabu Datuk Zaki membeli lukisan yang mahal itu. ___________ hendak meletakkan di pejabatnya. A Dia C Beliau B Baginda D Anda Adakah ___________ bersetuju dengan cadangan saya ini? tanya Rohan kepada kawan-kawannya. A kalian C kami B kita D anda Usahlah ceritakan perkara ini kepada Fandi. Dia itu __________, kata Hisham kepada Iwan. A telinga lintah C mulut mura B mulut tempayan D banyak mulut Maria berasa ____________ apabila Nina menuduhnya mencuri buku ceritanya. A patah hati C ada hati B baik hati D kecil hati

21.

22.

23.

24.

Soalan 25 dan Soalan 26 Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris. 25. Halim sudah menjelaskan yuran pada minggu lepas. A menyudahkan C memberikan B membayar D menamatkan Ayah menggantikan tiang rumah yang sudah lapuk itu. A lama C longgar B usang D reput

26.

Soalan 27 Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris. 27. Anak kucing itu dikurung oleh adik di dalam sangkar. A dibiarkan C disimpan B dilepaskan D dibuang

Soalan 28 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 28. Bilakah kejadian itu berlaku, Hafiz? A Naim telah cedera dalam kejadian itu. B Kemalangan itu melibatkan dua orang murid sekolah kita. C Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang. D Kejadian itu berlaku di Jalan Pahang.

Soalan 29 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 29. Saya tidak setuju dengan cadangan Farid itu. A Mengapakah anda tidak bersetuju dengan cadangan Farid ini? B Apakah pandangan kamu terhadap cadangan Farid ini? C Apakah cadangan yang ingin kamu kemukakan? D Bagaimanakah cadangan ini dapat dilaksanakan?

Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 30. A B C D Wah, cantik anyaman ini! Hai, janganlah menangis lagi anakku! Aduh, cantik sungguh pemandangan dari bukit ini! Oh, malang betul nasib kanak-kanak itu!

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut. Molly: Kakak: Molly: Kakak: Molly: Kakak: Aduh, sakitnya perut saya! Mengapa Molly? Perut saya memulas-mulas, kakak. Mari kakak sapukan minyak. Nanti suruh ibu bawa ke klinik. Apa yang kamu makan tadi, Molly? Saya makan cendol yang dijual oleh penjaja di tepi jalan semasa pulang dari sekolah. Lebih kurang sejam kemudian, perut saya sakit. Entah-entah kamu keracunan makanan. Itulah kamu, sudah beberapa kali ibu pesan, jangan makan makanan yang tidak kita ketahui cara penyediaannya. Mungkin cara penyediaannya tidak bersih. Biasanya begitulah keracunan makanan berlaku. Betul cakap kakak. Saya berasa kesal kerana tidak mendengar pesanan ibu Lain kali jangan ulangi kesilapan yang sama. Mulai hari kamu bawa makanan yang disediakan oleh ibu untuk kamu makan di sekolah. Kebersihannya terjamin dan kamu pun boleh berjimat cermat. Betul juga kata-kata kakak. Sudahlah. Kakak hendak beritahu ibu agar membawa kamu ke klinik. C D sakit kepala demam

Molly: Kakak: Molly: Kakak: 31.

Apakah yang berlaku kepada Molly? A sakit perut B muntah-muntah

32.

Molly sakit perut mungkin sekali kerana... A dia tidak makan apa-apa kecuali cendol saja B dia tidak makan apa-apa C dia makan cendol di luar kawasan sekolah D dia keracunan makanan Apakah maksud kata pesanan berdasarkan dialog ini? A ingatan C amanat B nasihat D amaran Apakah nasihat yang diberi oleh kakak kepada Molly? A Jangan makan makanan yang tidak diketahui cara penyediaannya. B Jangan membeli makanan yang dijual di kantin. C Jangan lupa membawa makanan ke sekolah. D Makan makanan yang hanya disediakan oleh ibu. Semua yang berikut adalah kebaikan membawa bekalan ke sekolah, kecuali... A Kita dapat menabung wang belanja. B Makanan yang dibekalkan terjamin kebersihannya. C Kita dapat membelanjakan wang saku. D Kita dapat belajar berjimat cermat.

33.

34.

35.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca catatan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sabtu, 12 Jun 2007 7.30 pagi: Berkumpul di kantin sekolah. Sebanyak 38 orang murid Tahun Tiga dan Tahun Dua dan empat orang guru turut serta lawatan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 7.45 pagi. 10.30 pagi: Kami tiba di Kuala Lumpur. Kami berehat seketika di Taman KLCC. Kemudian kami melawat ke Petrosains yang terletak di Menara Berkembar Petronas. Di sini kami melawat ke beberapa bahagian. Kami berpeluang mengenali dinasour, kejadian gempa bumi, dan pembentukan petroleum melalui pameran Diorama Geomasa. 1.30 petang: Kami makan tengah hari di Taman Tasik Perdana. Seterusnya kami melawat ke Planetarium Negara dan Muzium Negara. Kami bersiar-siar di Dataran Merdeka sebelum pulang. 6.30 petang: Kami bertolak pulang selepas makan malam. Tiba pada pukul 10.00 malam. Walaupun letih, kami berasa amat seronok dan gembira.

36.

Pada pukul berapakah mereka bertolak ke Kuala Lumpur? A 8.00 pagi C 7.45 pagi B 7.15 pagi D 8.00 pagi Berapa orangkah yang menyertai lawatan ini? A 42 orang C 38 orang B 48 orang D 50 orang Mereka berpeluang melihat dinasour ... A di Muzium Negara. C B di Petrosains. D di Planetarium Negara. di Menara Berkembar Petrosains.

37.

38.

39.

Apakah tempat terakhir yang dilawati oleh mereka? A Muzium Negara C Taman Tasik Perdana B Dataran Merdeka D Planetarium Negara Pilih penyataan yang tidak benar. A Lawatan itu diadakan selama dua hari. B Semasa melawat ke Petrosains, mereka dapat mengetahui kejadian gempa bumi. C Petrosains terletak di Menara Berkembar Petronas. D Mereka makan tengah hari di Taman Tasik Perdana. SKOR _______ 60

40.

KERTAS MODEL ALA-UPSR 3

KERTAS 2 Satu jam lima puluh minit Kertas ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. Bahagian A [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [10 minit] Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah kata. 1. Sekolah anda mengadakan kegiatan secara gotong-royong. Gambarkan suasana kegiatan tersebut. ATAU 2. Tulis suatu karangan yang bertajuk Kebersihan Diri. Gunakan isi-isi penting yang diberikan sebagai panduan.
Isi Penting (a) Tahu cara-cara menjaga kebersihan diri. (b) Menggunakan sabun semasa mandi (c) Kita harus menggosok gigi tiga kali sehari. (d) Rambut dan pakaian haruslah sentiasa kemas

ATAU 3. Sekolah anda mengadakan temasya sukan tahunan. Catat peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang temasya sukan tersebut. Gunakan rangkaian kata di bawah ini sebagai panduan. menganjurkan - datang menyaksikan merasmikan kebolehan bersorak sokongan - diumumkan - juara - menyampaikah hadiah

Bahagian C [Masa yang dicadangkan: 20 minit] [20 minit] Tulis beberapa nilai murni yang dapat anda peroleh daipada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.
Malik dan Jamil adik beradik. Mereka tinggal bersama dengan ibu bapa mereka. Malik amat baik hati dan ringan tulang. Namun, Jamil bersikap sebaliknya. Setiap hari, mereka membantu ibu bapa mereka bersawah. Jamil kerap curi tulang. Pada waktu petang pula, Malik dan Jamil akan mencari kayu api di hutan. Suatu hari, ketika dalam perjalanan ke hutan untuk mencari kayu api, mereka bertembung dengan seekor harimau. Mereka ketakutan. Jamil terus memanjat sebatang pohon untuk menyelamatkan dirinya. Malik pula tidak dapat menyelamatkan dirinya. Tetapi, dia seorang pemuda yang berani dan bijak. Malik berlawan dengan harimau itu. Dia berjaya mengalahkan harimau itu. Jamil turun dari pokok itu. Dia berasa malu kepada abangnya. Dia meminta maaf daripada abangnya kerana bersikap mementingkan diri. Mulai hari itu, Jamil bertekad mengubah sikapnya.

Anda mungkin juga menyukai