Anda di halaman 1dari 17

MENCARI SEDEKAH YANG UTAMA

‫ أي‬،‫ يا رسول ال‬:‫ جاء رجل إلى النبي صلى ال عليه وسلم فقال‬:‫عن أبي هريرة رضي ال عنه قال‬
‫ ول تمهل حتى‬،‫ تخشى الفقر وتأمل الغنى‬،‫ (أن تصدق وأنت صحيح شحيح‬:‫الصدقة أعظم أجرا؟ قال‬
‫ وقد كان لفلن‬،‫ ولفلن كذا‬،‫ لفلن كذا‬:‫ قلت‬،‫(إذا بلغت الحلقوم‬.
Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu
bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan
takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu
katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan
itu. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sedekah merupakah salah satu hukum yang disyariatkan sejak umat yang terdahulu.
Antara matlamat utamanya ialah mensucikan hati dari sifat bakhil dan
membersihkan harta daripada terambil hak-hak orang lain. Kedua-dua matlamat ini
merujuk kepada orang yang bersedekah. Manakala matlamat sedekah dengan
merujuk kepada penerima ialah membersihkan hati mereka dari kedengkian
terhadap orang kaya dan membantu kehidupan mereka yang susah dan tidak
berada.

Hadis di atas lebih merujuk kepada mensucikan hati pemberi sedekah dari sifat
bakhil. Nasihat dan panduan daripada Rasulullah s.a.w. supaya umatnya mengikiskan
dari hati mereka sifat tamak kepada harta dan cinta dunia.

Sahabat sangat bersungguh-sungguh dalam mencari sesuatu yang utama kerana


limpahan rahmat dan keberkatan ada di sebaliknya. Mereka sentiasa bertanya
sesuatu yang terbaik dan ganjaran yang maksimun. Daripada sini, kita mengatakan
merekalah golongan yang terbaik kerana sentiasa mencari-cari keutamaan.

Sesuatu kebajikan janganlah ditangguhkan kerana kesudahan perjalanan di dunia


tidak diketahui. Walaupun kita mempunyai kesihatan yang baik, tidak sepatutnya
leka dengan keadaan yang selesa. Kesenangan harta juga tidak berkekalan. Dalam
ruang kekayaan yang ada, mestilah direbut segala pahala yang dijanjikan Allah.

Harta diciptakan Allah supaya menusia memanfaatkannya dalam menjalani tugas


sebagai hamba-Nya dan khalifah di bumi ini. Harta dijadikan untuk dibelanjakan pada
jalannya. Setiap manusia mempunyai keperluan yang tidak berada pada satu
peringkat sebagaimana harta yang ada pada setiap orang tidak sama. Melalui
kerjasama dalam bentuk infaq seperti sedekah dan zakat jurang ketidaksamaan itu
dapat didekatkan.

Kebakhilan dengan harta boleh membinasakan diri begitu juga sikap boros dan
membazir. Yang terbaik adalah bersederhana. Allah s.a.w. berfirman:

‫طهَا ُكلّ الْ َبسْطِ فَ َت ْقعُدَ مَلُومًا َمحْسُورًا‬


ْ ُ‫ج َعلْ َي َدكَ َمغْلُولَةً إِلَى عُ ُن ِقكَ َولَ تَ ْبس‬
ْ ‫َولَ َت‬
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula
engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan
tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (al-Isra’: 29(

Sifat bakhil dilarang kerana ia menyekat harta daripada memainkan peranannya iaitu
memenuhi keperluan manusia. Sementara boros dilarang kerana ia adalah satu
bentuk penggunaan harta yang tidak bermatlamat.

Sedekah yang diberikan di ambang maut tidak mempunyai apa-apa kelebihan apatah
lagi jika orang lain bersedekah untuk pihaknya. Semuanya tidak mempunyai makna
kerana dalam keadaan demikian harta itu tidak lagi menjadi miliknya tetapi milik
warisnya. Dalam hal ini Allah s.w.t. mengingatkan:

َ ّ‫جلٍ قَرِيبٍ فَأَصّد‬


‫ق‬ َ َ‫وَأَنْ ِفقُوا مِنْ مَا رَ َزقْنَاكُمْ مِنْ قَ ْبلِ أَنْ يَأْتِيَ َأحَ َدكُمُ ا ْل َموْتُ فَ َيقُولَ َربّ َل ْولَ َأخّرْتَنِي إِلَى أ‬
َ‫وََأكُنْ مِنَ الصّاِلحِين‬
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak)
maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah
baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit
sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-
orang yang soleh. (al-Munafiqun: 10(

Pada masa itu sedekah itu bukan dilakukannya sendiri tetapi dilakukan oleh warisnya
dengan hartanya.

Dalam hadis ini juga Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan gangguan yang biasa dialami
oleh orang yang bersedekah iaitu mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran.
Gangguan ini tidak lain dan tidak bukan dari syaitan yang sentiasa membisikkan
kejahatan dalam hati manusia. Semuanya akan dapat diatasi dengan meyakini
ganjaran yang dijanjikan Allah. Sedekah tidak akan menjadikan seseorang itu faqir
malah kebakhilan akan membinasakan diri manusia dan hartanya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda:

(:‫ ويقول الخر‬،‫ اللهم أعط منفقا خلفا‬:‫ فيقول أحدهما‬،‫ إل ملكان ينزلن‬،‫ما من يوم يصبح العباد فيه‬
‫(اللهم أعط ممسكا تلفا‬.
"Pada setiap hari manusia berada pada waktu pagi dua malaikat turun lalu seorang
daripada mereka mengucapkan: "Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang
melakukan infaq" dan seorang lagi pula mengucapkan: "Berikanlah kebinasaan
kepada orang yang menahan diri dari membelanjakan harta."

Biasanya dalam keadaan kesenangan dan sihat manusia sering melupakan


kehidupan akhirat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan kepada kita supaya
sentiasa mengingati kematian dan bersedia untuk menghadapinya.
GANGGUAN TERHADAP KEIMANAN DAN CARA-CARA
MENOLAKNYA

‫ من خلق كذا؟‬:‫ "يأتي الشيطان أحدكم فيقول‬: ‫ قال رسول ال‬:‫عن أبي هريرة رضي ال عنه قال‬
‫ آمنت‬:‫ وفي لفظ "فليقل‬."ِ‫ وَلْ َينْتَه‬،‫ من خلق ال؟ فإذا بلغه فليستعذ بال‬:‫من خلق كذا؟ حتى يقول‬
‫بال ورسله" متفق عليه‬.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Syaitan mendatangi
salah seorang daripada kamu lalu membisikkan: siapakah yang menciptakan ini,
siapakah yang menciptakan itu? Sehingga dia membisikkan lagi: siapakah yang
menciptakan Allah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila sampai pada tahap ini,
hendaklah dia berlindung dengan Allah dan hendaklah dia memberhentikannya.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat yang lain: hendaklah dia
berkata: Aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.

Hadis ini menjelaskan syaitan mengganggu manusia dengan kebatilan, sama ada
was-was ke dalam hatinya atau melalui syaitan dari jenis manusia. Syaitan sentiasa
menyerang manusia yang tidak mempunyai mata hati tentang soalan sebegini. Inilah
tugas utama syaitan yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Begitu juga
golongan sesat yang merupakan syaitan dari kalangan manusia mencampakkan
keraguan dan kebatilan kepada orang-orang tidak teguh keimanannya.

Seorang mukmin mestilah menghentikan was-was tersebut dari terus


mengganggunya kerana segala yang ada akan berakhir. Hanya Allah yang kekal
abadi, Dialah yang pertama, tidak sesuatu yang mendahului-Nya dan Dialah yang
terakhir yang tidak sesuatu selepas-Nya. Dialah yang mengadakan sekalian makhluk,
waktu dan tempat. Oleh itu, menjadi kewajipan mukmin untuk menghentikan soalan-
soalan meragukan yang akan membawa kepada menafikan kekuasaan Allah s.w.t.

Gangguan dalam bentuk was-was ini tidak lain hanya untuk mengurangkan dan
melemahkan iman seseorang yang akhirnya tewas dan tersungkur dalam lembah
keraguan dan kesyirikan. Malah was-was seperti ini mestilah dilawan dengan
keyakinan bahawa Dialah Allah yang Maha berkuasa yang mempunyai kekuasaan
mutlak. Keimanan kepada Allah dan RasulNya mestilah diteguhkan dengan cara
membenarkan apa sahaja yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis sahih
Rasulullah s.a.w.

Baginda diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan Allah s.w.t. dari gangguan
syaitan. Allah s.w.t. berfirman:

ْ َ‫ وَأَعُوذُ ِبكَ َربّ أَنْ ي‬. ِ‫َوقُلْ َربّ أَعُوذُ ِبكَ مِنْ َهمَزَاتِ الشّيَاطِين‬
ِ‫حضُرُون‬
Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-
syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu
tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 97-98)

Dalam hal, selain dari meminta perlindungan dari syaitan, seorang muslim mesti
menggunakan sebaik-baiknya akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk
merenung dan memikirkan kejadian Allah s.w.t. Kewujudan Allah s.w.t. tidak dapat
dijangkau oleh akal kita yang lemah ini. Sebaliknya fikiran kita hendaklah dipusatkan
kepada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang terbentang luas di hadapan kita;
malah pada diri kita sendiri terdapat bukti keagungan Allah s.w.t. Renunglah ayat-
ayat al-Qur’an, semuanya menyuruh kita berfikir bukan meragui. Keyakinan tidak
akan dibina dengan syak wasangka, waham dan pemikiran yang singkat. Keimanan
dituntut agar diperbaharui, bukan diruntuhkan. Allah s.w.t. berfirman:

ٌ‫شهِيد‬
َ ٍ‫شيْء‬
َ ّ‫سهِمْ حَتّى يَتَبَيّنَ َل ُهمْ أَنّهُ ا ْلحَقّ َأوَلَمْ َي ْكفِ بِرَ ّبكَ أَنّهُ عَلَى ُكل‬
ِ ُ‫لْفَاقِ َوفِي أَ ْنف‬
َ ‫سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي ا‬
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata
tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah
ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa
Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat: 53)

ِ ُ‫ َوفِي أَ ْنف‬. ‫َوفِي الَْ ْرضِ آَيَاتٌ لِ ْلمُوقِنِين‬


َ‫سكُمْ َأفَلَ تُ ْبصِرُون‬
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah)
bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga pada
diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-
dalil dan bukti itu)? (al-Zariyat:20-21)

Rasulullah s.a.w. yang merupakan doktor yang mengubat jiwa manusia dan iman
mereka telah menggariskan beberapa jalan untuk menghindari dari gangguan
syaitan-syaitan ini. Pertama, berhenti dari melayani gangguan ini. Kedua meminta
perlindungan dari Allah. Ketiga, meneguhkan diri dengan menyatakan keimanan
terhadap Allah.

Ketiga-tiga perkara ini merupakan benteng yang menangkis dari sebarang bentuk
kesangsian terhadap keimanan dan segala kesesatan. Oleh itu ia mesti diberi
perhatian dan penekanan yang penting. Kesimpulannya, hadis ini termasuk di bawah
prinsip meneguhkan dan memperkasakan keimanan.

MEMANTAPKAN KEIMANAN DENGAN ISTIQAMAH


‫ قعل لي فعي السعلم‬،‫ قلت "يعا رسعول ال‬:‫ععن سعفيان بعن عبعد ال الثّقفعي قال‬
‫ ثم استقم" رواه مسلم‬،‫ آمنت بال‬:‫ قل‬:‫ قال‬.‫قولً ل أسأل عنه أحداً بعدك‬.
Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi berkata bahawasaya berkata:
Wahai Rasulullah! Katakanlah kepadaku satu perkataan tentang Islam
yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain. Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Ucapkanlah ‘aku beriman dengan Allah’ kemudian
beristiqamahlah." (hadis riwayat Muslim)

Sahabat ini bertanyakan kepada baginda satu ucapan yang


menghimpunkan segala kebaikan dan faedah yang membawa
kejayaan abadi. Rasulullah s.a.w. telah dikurniakan oleh Allah s.w.t
kemampuan untuk menyampaikan ucapan yang ringkas tetapi
mengandungi maksud yang padat. Baginda menasihatkannya tentang
beriman dengan Allah s.w.t. yang merangkumi keseluruhan aqidah,
amalan hati, penyerahan diri kepadaNya dengan perbuatan-perbuatan
secara berterusan sampai akhir hayat yang dikatakan sebagai
istiqamah. Hal ini selari dengan maksud al-Qur’an:

‫علَيْهِمُ الْمَلَئِكَةُ أَل َتخَافُوا وَل َتحْزَنُوا‬


َ ُ‫إِنّ الّذِينَ قَالُوا رَبّنَا الُّ ثُمّ اسْ َتقَامُوا تَتَنَ ّزل‬
َ‫َوأَ ْبشِرُوا بِالْجَنّةِ الّتِي كُنتُمْ تُوعَدُون‬
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan
berkata; ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap teguh di atas
jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhid, maka tidak ada
kebimbangan terhadap mereka dan mereka tidak pula akan berduka
cita. (Al-Ahqaf: 13(

Keimanan dan istiqamah ini akan menatijahkan keselamatan dari


segala bahaya dan memperolehi keredhaan Allah dengan memasuki
syurga. Nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah jelas menyatakan bahawa
iman meliputi aqidah yang benar, amalan hati seperti keinginan
kepada kebaikan dan membenci kejahatan, perbuatan anggota fizikal
seperti solat, zakat, haji, menolong orang lain dan sebagainya.

Hadis ini menegaskan makna ayat di atas iaitu keimanan hendaklah


dinyatakan dengan ucapan dan juga tubuh badan. Iman tidak memadai
dengan keyakinan di dalam hati tanpa diisytiharkan dan didakwahkan
kepada orang lain. Begitu juga iman bukan sekadar ucapan yang
bermain di bibir tetapi merangkumi amalan hati, lidah dan tubuh
badan. Pada diri muslim ini zahirnya erti keimanan kepada Allah.
Pernyataan sebagai beriman kepada Allah mestilah ditegaskan dan
sentiasa diteguhkan.

Keteguhan dalam keimanan akan menentukan ketepatan dalam


amalan-amalan iaitu dengan mengikhlaskan diri kepada Allah serta
melakukannya menurut petunjuk Rasulullah s.a.w. Amalan-amalan ini
akan menjadi lebih sempurna apabila dilakukan dengan penuh
istiqamah dan keteguhan baik dalam apa jua kebaikan. Halangan-
halangan yang berlaku kepada seseorang tidak akan menyekatnya dari
terus mengabdikan diri kepada Allah baik ketika sakit atau sihat,
senang atau susah, dalam perjalanan atau di tempat sendiri.
Ringkasnya, kita katakan, istiqamah merupakan tanda kesempurnaan
amalan mukmin yang merangkumi hati, ucapan dan perbuatan.

Istiqamah menuntut seseorang itu menerima segala ajaran Islam


mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa
mengurangkan, menambahkan sesuatu yang bukan daripadanya,
meminda-minda atau menukar ganti dengan yang lain. Sebagaimana
yang diperintah itulah yang dilaksanakan.

ْ‫َفلِ َذِلكَ فَادْعُ وَاسْ َتقِمْ كَمَا أُمِ ْرتَ وَلَ تَتّبِعْ أَهْوَاءَهُم‬
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai
Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah
engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka. (Al-
Syura:15(

Dan sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ قال رسعول ال صعلى ال‬:‫ قال‬.‫ععن أبعي هريرة‬


‫ واعلموا أنه لن‬.‫عليه وسلم "قاربوا وسددوا‬
!‫ يا ر سول ال‬:‫ين جو أ حد من كم بعمله" قالوا‬
‫ إل أن يتغمدنعي ال‬.‫ول أنعت؟ قال "ول أنعا‬
‫"برحة منه وفضل‬.
Hendaklah kamu bersederhana dan tetap lurus beristiqamah dan
ketahuilah seorangpun dari kalangan kamu tidak terselamat(dari
neraka) dengan amalannya. Lalu sahabat bertanya: Anda juga wahai
Rasulullah?, baginda menjawab: Ya, tidak juga saya melainkan Allah
menyelimutiku dengan rahmat dan limpahan-Nya.(hadis riwayat
Muslim)
Apa yang penting kita mesti berusaha sedaya usaha kita dalam
keadaan mengharapkan rahmat dan kurniaan Allah s.w.t. kerana kita
tidak ditugaskan dengan sesuatu hukum melainkan dalam batas
kemampuan kita. Sifat berterusan patut dikekalkan dan itu lebih baik
daripada amalan yang banyak kerana semangat yang yang berkobar-
kobar yang kemudiannya sepi tanpa penerusan. Ibarat air paip yang
kecil lebih baik daripada curahan air setangki yang kemudiannya
kering tidak ada walaupun setitik.

ْ‫فَا ّتقُوا الَّ مَا اسْتَطَ ْعتُم‬


Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu (Al-
Taghabun: 16(

َ‫سلِمُون‬
ْ ُ‫يَا أَيّهَا الّذِينَ آَمَنُوا ا ّتقُوا الَّ حَقّ ُتقَاتِهِ وَلَ تَمُوتُنّ إِلّ َوأَنْ ُتمْ م‬
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati
melainkan dalam keadaan Islam. (Ali `Imran: 106(

Ketaqwaan perlu diusahakan dan dikekalkan sehingga akhir usia kita


sehinggalah kita meninggal dunia dengan penuh keimanan dan
ketakwaan. Kehidupan ini mesti ditempuhi dalam keadaan
mengharapkan rahmat Allah dan rasa takut kepada-NYa. Tidak ada
jalan lain untuk memperolehi husnul khatimah kecuali dengan
meneguhkan keimanan dan beristiqamah di atas jalan hidayat dan
taqwa selagi hayat dikandung badan.

MEMBINA KEKUATAN DIRI DAN UMAT


‫ «المؤمن القوي خير وأحب إلى ال‬:‫قال رسول ال صلى ال عليه وسلم‬
‫ واستعن بال‬،‫ احرص على ما ينفعـك‬،‫ وفي كلٍ خيـر‬،‫من المؤمن الضعيف‬
‫ ولكـن‬،‫ لو أنـي فعلت كذا لكان كذا‬:‫ فل تقـل‬،‫ وإن أصـابك شيـء‬،‫ول تعجـز‬
‫ فإن لو تفتح عمل الشيطان‬،‫ ما قدر ال وما شاء فعل‬:‫قل‬
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan
lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-
masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara
yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada
Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan
kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi
ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang
Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau’ itu membuka peluang
syaitan bertindak." (hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad(

Seorang mukmin yang sejati memiliki keperibadian yang unggul. Dia


dapat menghimpunkan dalam dirinya segala sifat-sifat kebaikan. Dia
seorang yang berilmu, penyantun, penyabar, kuat, berani, pemurah,
menjaga kehormatan diri, sanggup berjuang dan lain-lain lagi.

Hadis ini menegaskan salah satu sifat tersebut iaitu kekuatan.


Kekuatan seorang mukmin tergambar dalam pemikiran, keimanan,
keazaman, kehendak dan kesihatannya. Dengan memiliki kekuatan
seseorang itu akan dapat melaksanakan segala perintah Allah dan
menahan dirinya dari melanggar larangan-Nya di samping dia
berusaha untuk menghalang sebarang maksiat yang berlaku di
hadapannya. Sekiranya dia hanya berdiam diri terhadap kemungkaran
di hadapannya tentu sekali keimanannya belum cukup kuat.

‫عن أبي سعيد قال سعت رسول ال صلى ال عليه‬


‫وسسسلم يقول "مسسن رأى منكسسم منكرا فليغيه‬
‫ ومسن ل يسستطع‬.‫ فإن ل يسستطع فبلسسانه‬.‫بيده‬
‫ وذلك أضعف اليان‬.‫"فبقلبه‬.
Daripada Abu Sa`id katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia
mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka
hendaklah dengan lidahnya dan sesiapa yang tidak mampu maka
dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat
Muslim(

Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya supaya melengkapkan diri dengan


kekuatan dan menyuruh umatnya sentiasa berdoa supaya terhindar
dari sifat lemah:

‫عن أنس بن مالك يقول‬:


:‫ّ عليسسه وسسسلم يقول‬
‫ّ صسسلى ال‬
‫كان رسسسول ال‬
،‫"اللهسم إنسي أعوذ بسك مسن العجسز والكسسل‬
‫ وأعوذ بسسك مسسن عذاب‬،‫والبسس والبخسسل والرم‬
‫ وأعوذ بك من فتنة اليا والمات‬،‫"القب‬.
Daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. selalu berdoa: Ya Allah, aku
berlindung dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat penakut,
kebakhilan, tua yang nyayuk. Dan aku berlindung dengan daripada
azab kubur, dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan
dan kematian. (Hadis riwayat Abu Daud (

Kekuatan amatlah penting dalam kehidupan setiap individu muslim


dan mereka sebagai satu umat. Oleh itu mereka dituntut untuk
menyediakan dan mempersiapkan segala bentuk kekuatan untuk
mendepani segala cabaran. Allah s.w.t. berfirman:

‫َاطِس‬‫ِب‬‫ِنس ر‬
ْ ‫َم‬‫ٍ و‬
‫ّة‬‫ُو‬
‫ِنس ق‬
ْ‫ْ م‬ ‫ُم‬‫ْت‬
‫َع‬‫َط‬
‫اسست‬
ْ ‫ُمس مَا‬
َْ‫ّوا ل‬ ‫ِد‬
‫َأع‬ ‫و‬
‫ِنس‬
ْ ‫ِينَس م‬
‫َر‬
‫َخ‬‫َآ‬
‫ُمْس و‬
‫ّك‬‫ُو‬
‫َد‬‫َع‬
‫ِّ و‬
‫ّ ال‬ ‫ُو‬
‫َد‬‫ِهِس ع‬
‫ُونَس ب‬
‫ِب‬‫ْه‬
‫ُر‬‫ِ ت‬‫ْل‬
‫َي‬‫ال‬
ْ
‫ِنس‬
ْ ‫ُوا م‬ ‫ِق‬
‫ْف‬‫ُن‬
‫َمَا ت‬‫ُمْس و‬
‫ُه‬‫َم‬
‫ْل‬‫َع‬
‫ُّ ي‬
‫ُمُس ال‬‫ُون‬
َ ‫َم‬‫ْل‬
‫َع‬‫َ ت‬
‫ِمْس ل‬
‫ُون‬
ِ ‫د‬
‫ُون‬
َ ‫َم‬
‫ْل‬‫ُظ‬
‫َ ت‬‫ْ ل‬‫ُم‬
‫ْت‬‫َأن‬‫ْ و‬‫ُم‬
‫ْك‬‫َي‬
‫ّ إل‬‫َف‬‫ُو‬
‫ِ ي‬‫ِ ال‬
ّ ‫ِيل‬‫َب‬
‫ِ س‬‫ٍ ف‬‫ْء‬‫َي‬
‫ش‬
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh( segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan
dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu
serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang
kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." (al-Anfal: 60(

Jalan yang mesti dilalui untuk menjana kekuatan diri


‘Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat
kepada kamu’ memberi isyarat betapa perlunya individu muslim
mencari sumber kekuatan dirinya.

Antara sumber kekuatan yang boleh disebutkan di sini ialah:

Pertama, mengikhlaskan niat dalam segala tindak tanduk. Keikhlasan


akan memberi kekuatan dan memudahkan kita melaksanakan perintah
Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan-Nya.

Kedua, menafikan semua kekuatan selain dari kekuatan Allah. Inilah


yang sering dilafazkan oleh seorang mukmin dengan zikirnya:

‫ل حول ول قوة ل بال‬


Ketiga, melengkapkan dengan ilmu terutamanya ilmu al-Qur’an,
tafsir, hadis, tauhid dan sirah. Termasuk juga dalam sumber kekuatan
ialah ilmu-ilmu yang membantu kita membangunkan sumber insan dan
menguruskan kehidupan dunia.

Keempat, melakukan amalan soleh sama ada dalam bentuk ibadat


atau memberi khidmat kepada masyarakat, atau menunaikan
kewajipan terhadap Allah, diri sendiri dan juga kepada orang lain.
Amalan soleh mempunyai makna yang luas merangkumi setiap
perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t dan
mendatangkan keredaan-Nya. walaupun berbudi kepada tanah atau
belas kasihan kepada haiwan.

Kelima, tidak merasa lemah dalam menghadapi apa-apa situasi.

Keenam, mencari sumber rezki yang halal supaya tidak bergantung


dengan orang lain. Dengan mempunyai pendapatan dan pencarian
hidup yang sendiri, seseorang itu dapat menghindarkan diri dari
meminta-minta dan meraih simpati daripada orang lain. Semuanya itu
bertentangan dengan sifat kekuatan yang dikehendaki oleh hadis ini.
Mencari rezki bererti menunaikan hak diri sendiri, ahli keluarga yang
kita wajib menyediakan nafkah perbelanjaan untuk mereka. Dengan
mempunyai harta kita dapat menunaikan hak-hak kehartaan seperti
zakat, sedekah dan memberi pinjaman kepada orang yang
memerlukan iaitu al-qardh al-hasan. Selain itu, kita dapat
meneyelamatkan diri kita dari harta yang tidak halal kerana itu akan
menjejaskan hubungan kita dengan Allah yang maha kuat dan
perkasa, tempat kembali segala kekuatan dan tidak kekuatan yang
sebenarnya melainkan kekuatan-Nya.
Hadis ini memberi pengajaran bagaimana merawat penyakit-penyakit
jiwa bagi menghalang ketidaktepatan, keraguan dan kerisauan. Apabila
kita tersasar dari mencapai matlamat yang telah dirancangkan, tidak
sepatutnya kita menyesal kerana apa yang kita usahakan itu tetap
dikira sebagai usaha kita. Kegagalan seharusnya dibaiki dengan
perancangan yang lebih teliti dan efektif, bukan dengan cara
mengandai-andaikan apa yang telah berlalu.

Kesimpulannya, hadis ini memberi dorongan kepada kita


menghimpunkan antara kekuatan rohani, fizikal, jiwa dan emosi
kemudian mengaitkan kesemua perkara ini dengan keimanan kepada
Allah s.w.t. dan menyerahkan kepada qadha’ dan qadar.

Kerjasama mestilah diwujudkan dalam masyarakat Islam. Orang


mukmin yang kuat perlu mengerakkan saudara mereka yang lemah
supaya sama-sama bergading bahu membina dan memperkasakan
kekuatan umat.

MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT DENGAN BERCUCUK TANAM

‫ مـا مـن مسـلم يغرس‬:‫ قال رسـول ال صـلى ال عليـه وسـلم‬:‫عـن أنـس قال‬
‫ ومـا أكـل‬.‫ ومـا سـرق له منـه صـدقة‬.‫غرسـا إل كان مـا أكـل منـه له صـدقة‬
‫ وما أكلت الطير فهو له صدقة‬.‫السبع منه فهو له صدقة‬.
Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada
seorang muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan
pertanian lalu burung, manusia atau binatang memakan daripadanya
kecuali akan menjadi sedekah untuknya. (hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Hadis ini menjelaskan kepentingan bekerja sebagai petani sebagai


satu aktiviti ekonomi. Rasulullah s.a.w. menyebutkan ganjaran pahala
yang akan diperolehi apabila orang lain atau makhluk-makhluk lain
mendapatkan manfaat daripadanya. Dua faedah yang diperolehinya,
pertama dia dapat menikmati hasil tanaman dan kedua pahala di
akhirat.

Bahkan di dalam riwayat lain disebutkan ganjaran pahala ini akan


berterusan hingga hari akhirat.

Orang yang mengusahakan tanah mendapat pahala dengan sebab


penyertaannya dalam kegiatan memakmurkan bumi yang merupakan
salah satu tugas khalifah. Dia bukan hidup untuk dirinya sahaja tetapi
bekerja untuk kebaikan masyarakatnya. Dengan segala
kemampuannya, dia tampil untuk melakukan kebajikan dalam bentuk
menghijaukan bumi.

Manfaat pokok bukannya diperolehi dalam tempoh terdekat.


Kemungkinan orang yang menanamnya tidak sempat merasai
hasilnya. Bagaimanapun dia menanam bukan semata-mata untuk
dirinya tetapi untuk generasi akan datang. Sama ada pokoknya akan
menghasilkan buah atau tidak, dia mestilah optimis dengan usahanya
terhadap tanaman. Hal ini ditegaskan oleh sebuah hadis yang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:

‫إن قامت الساعة وبيد أحدكم فسيلة فإن استطاع أن ل يقوم حتى يغرسها‬
‫فليفعل‬
"Apabila berlaku kiamat dalam keadaan di tangan kamu ada anak
pokok maka hendaklah dia menanamnya.(hadis riwayat Ahmad)

Pengajaran hadis

Hadis ini juga mengisyaratkan satu bentuk wakaf iaitu mewakaf usaha
kita dengan cara menanam pokok yang memberi manfaat kepada
semua. Pahala akan terus didapati selagi pokok tersebut dapat
dimanfaatkan. Hal ini sama dengan kaedah wakaf. Bezanya wakaf itu
lebih bersifat kepada milik peribadi yang diserahkan untuk kegunaan
umum atau pihak tertentu.

Selain itu, hadis ini memberi panduan kepada kita bagaimana untuk
memastikan diri kita terus memperolehi ganjaran walaupun setelah
meninggal dunia. Hasil usaha kita yang memberi manfaat kepada
orang lain akan mendatangkan ganjaran pahala selagi ianya terus ada
dan dimanfaatkan. Ada kalanya orang akan menyebut-nyebutkan
usaha yang pernah kita lakukan sebagai menyatakan terima kasih
kepada kita serta mendoakan untuk kita. Inilah yang dimaksudkan
umur yang panjang ; masih dikenang dan diingat walaupun kita telah
meninggal dunia.

Hadis ini juga mendidik individu yang mempunyai tanaman yang dicuri
buahnya oleh orang lain atau habis dimakan binatang akan mendapat
kurnia Allah s.w.t. dalam bentuk ganjaran pahala. Kurniaan ini lebih
bersifat abadi dan kekal berbanding dengan harta dunia kerana itulah
yang amat diperlukan di akhirat kelak. Dia tidak akan merasa kecewa
atau marah sebaliknya dia akan terus berusaha supaya semua
makhluk akan mendapat kebaikan dari titik peluhnya. Allah s.w.t.
berfirman:

‫مَا عِنْدَكُمْع َي ْنفَدُ وَمَا عِنْدَ الِّ بَاقٍع َولَ َنجْزِيَنّ الّذِينَع صَعبَرُوا َأجْ َرهُمْع ِب َأحْسَعنِ مَا‬
َ‫كَانُوا يَعْ َملُون‬
"Apa yang di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah
kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-
orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah
mereka kerjakan". (al-Nahl: 96)
Begitu juga hadis ini mengajar kita untuk berbudi
kepada tanah dengan mengusahakannya di
samping menyatakan kepada kita kelebihan
memberi makan kepada setiap yang bernyawa
berdasarkan kepada hadis:
‫في كل كبد رطبة أجر‬.
"Pada setiap yang bernyawa itu ada ganjaran pahala." (al-Bukhari)
Di dalam al-Quran banyak disebutkan bimbingan supaya mengambil
petunjuk daripada kekuasaan dan penciptaan Allah yang
menghidupkan bumi dengan tanaman-tanaman. Dengan melibatkan
diri dalam pertanian seseorang akan lebih memerhati hakikat dan
hikmat di sebalik kejadian Allah s.w.t. Dengan itu, imannya sentiasa
diperbaharui dan ditingkatkan.

MEMBINA ISTANA DI SYURGA

‫ (معن بنعى مسعجدا يبتغعي بعه‬:‫ إنعي سعمعت النعبي صعلى ال عليعه وسعلم يقول‬،‫ععن عثمان بعن عفان يقول‬
‫ بنى ال له مثله في الجنة‬،‫(وجه ال‬.
Daripada Uthman bin`Affan katanya sesungguhnya saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan
membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga. (al-Bukhari: 439, Muslim: 533(

Setiap orang mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri yang indah dan selesa
supaya dia mendapat merehatkan diri dan mendapatkan ketenangan. Bagaimana
pun sesetengah orang, disebabkan kemampuan kewangan yang tidak mencukupi
tidak dapat memenuhi impiannya. Yang hanya dimiliki adalah tenaga. Membina
masjid dalam hadis di atas merangkumi pembinaan dengan modal benda dan modal
tenaga manusia. Masing-masing mempunyai peranan dan sumbangan.

Di sini Rasulullah s.a.w. menarik perhatian umatnya supaya melihat ke hadapan yang
lebih jauh lagi. Bagaimana sepatutnya setiap mukmin itu memiliki istananya sendiri
di dalam syurga. Kekecewaan dengan kehidupan dunia tidak sepatutnya menghalang
seseorang berusaha untuk kehidupan akhirat.

Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana
istana di dunia. Keindahan dan kemewahan syurga yang tidak dapat dibayangkan

Hadis ini mengandungi isyarat supaya orang mukmin mengingati negeri asal sendiri.
Dari mana kita datang ke situlah kita akan kembali. Oleh kerana itu, Allah s.w.t.
sentiasa menyeru hamba-hamba-Nya kepada kembali ke syurga. Allah s.w.t.
berfirman:

ٍ‫وَالُّ يَدْعُو إِلَى دَارِ السّلَمِ وَ َيهْدِي مَنْ َيشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْ َتقِيم‬
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke
tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk
hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). (surah Yunus: 25(

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. menyebutkan tujuan pembinaan masjid.
Masjid hendaklah dibina sebagai tanda mengingati Allah, memakmurkannya dengan
ibadat dan ketaqwaan bukan untuk berbangga dan bermegah-megah. Sabda
baginda:

‫ سمعت رَ سُول الِّ صَلَى الُّ عَلَيْ هِ وَسلّمْ يقول ((من بنى مسجداً يذكر فيه‬:َ‫عن عمر بن الخطاب؛ قَال‬
‫ بنى الّ له بيتاً في الجنة‬،‫((اسم ال‬.
Daripada Umar bin al-al-Khattab katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Sesiapa yang membina masjid yang diingati padanya nama Allah, Allah
akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Ibn Majah, no: 735(

Sebagaimana jumlah tidak menjadi syarat dalam bersedekah begitu juga dalam
pembinaan masjid, saiz bukan menjadi ukuran tetapi keikhlasan. Sabda baginda:

‫ أو‬،‫عن جابر بْن عَبْد الّ؛ أن َرسُول الِّ صَلَى الُّ عَلَ ْيهِ وَسلّمْ قال ((من بنى مسجداً ل كمفحص قطاة‬
‫ بنى الّ له بيتاً في الجنة‬،‫((أصغر‬.
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang
membina masjid kerana sebesar sarang burung atau lebih kecil lagi, Allah akan
binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Ibn Majah, no: 738(

Hadis ini bukan untuk menyatakan saiz sebesar itu bagi masjid kerana ruang sekadar
itu tidak boleh untuk bersembahyang padanya. Apa yang ditekankan oleh hadis ini
ialah pahala membina masjid tetap sabit walaupun masjid itu kecil, biar sebanyak
mana sumbangan kita.

Hadis-hadis di atas juga mengisyaratkan di sebalik pahala sebegitu besar ini adanya
peranan institusi masjid dalam sesebuah masyarakat. Oleh kerana itulah, setibanya
Rasulullah s.a.w. ke Madinah, baginda merencanakan untuk mendirikan masjid
sebagai pusat kegiatan umat Islam. Setelah mempersaudarakan antara Muhajirin dan
Ansar, baginda mengukuhkan lagi ikatan masyarakat baru itu dengan tautan aqidah,
syariat dan akhlak. Semua ini terpancar dari roh dan sinar masjid. Persaudaraan
bertambah erat dengan pertemuan sesama sendiri sekurang-kurang lima kali sehari
tanpa ada pembeza dari segi darjat, keturunan dan kekayaan. Semuanya sama-sama
datang sebagai hamba Allah. Mereka berada di peringkat yang sama dalam
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Bermula dari masjid dapat dirancang pelbagai
kegiatan keilmuan, perekonomian dan kemasyarakatan.

Selain itu, ada beberapa hadis yang lain menyebutkan amalan-amalan lain yang
membolehkan seseorang itu mendapat istana di dalam syurga. Antaranya ialah
sembahyang sunat rawatib.

‫ سعمعت رسعول ال صعلى ال عليعه وسعلم يقول "معن صعلى اثنتعي عشرة ركععة فعي‬:‫ععن أم حبيبعة تقول‬
‫ بني له بهن بيت في الجنة‬،‫"يوم وليلة‬.
Daripada Ummu Habibah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa bersembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, dibina untuknya
sebuah rumah di dalam syurga. (Muslim, no: 728(

Dalam riwayat Aishah 12 belas rakaat itu adalah sunat rawatib.

‫ مَ نْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَ َتىْ عَشْ َرةَ َر ْكعَةً بَنَى‬:َ‫ضىَ الُّ عَ ْنهَا عَ نِ النّ ِبىّ صلى ال عليه وسلم قَال‬ ِ ‫عَ نْ عَائِشَةَ َر‬
‫ظهْرِ وَ َر ْكعَتَيْنِع َبعْدَ ا ْل َمغْرِبِع وَ َر ْكعَتَيْنِع‬
ّ ‫ظهْرِ وَ َر ْكعَتَيْنِع َبعْدَ ال‬
ّ ‫جلّ لَهُع بَيْتاً فِى ا ْلجَنّةِ أَرْبَعاً قَ ْبلَ ال‬
َ َ‫الُّ عَزّ و‬
ِ‫» َبعْدَ ا ْل ِعشَاءِ وَ َر ْكعَتَيْنِ قَ ْبلَ ا ْلفَجْر‬
Daripada `Aishah daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa sentiasa melazimi
sembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, Allah s.w.t. akan binakan
untuknya sebuah rumah di dalam syurga. 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat selepas
zuhur, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya’ dan 2 rakaat sebelum subuh.
(riwayat al-Nasai’i no: 1795, al-Tirmizi, no: 414,Ibn Majah, no: 1140(

Amalan lain yang membolehkan kita memperolehi rumah di dalam syurga ialah
meninggalkan perbalahan, berdusta dan melazimkan diri dengan akhlak yang mulia.

‫ " أنا زعي مٌ ببيتٍ في ربض الجنة لمن ترك‬:‫ قال رسول الّ صلى الّ عليه وسلم‬:‫عن أبي أمامة قال‬
‫ وبععبيتٍ فععي أعلى‬،ً‫ لمععن ترك الكذب وإن كان مازحا‬،‫ وبععبيتٍ فععي وسععط الجنععة‬،‫المراء وإن كان محقّا‬
‫"الجنة لمن حسّن خلقه‬.
Daripada Abi Umamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya menjadi penjamin
terhadap rumah di pinggir syurga kepada orang meninggalkan perbalahan walaupun
dia yang betul, terhadap rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang
meninggalkan berdusta walaupun dalam bergurau senda dan terhadap rumah di
bahagian atas syurga bagi sesiapa yang memperelokkan pekertinya. (Abu Daud, no:
4800(

Anda mungkin juga menyukai