Anda di halaman 1dari 10

ABSTRAK

Abad ke-20, suatu abad bangsa serumpun Melayu yang berani, bukan sekadar memerdekakan
pertiwi, tetapi maju mewarnai kehidupan dengan bentuk dan isi. Memasuki abad ke-21, dunia
bahasa dan persuratan Melayu yang mengagumkan barat dan timur sejak ratusan tahun itu,
bagaikan kehilangan keyakinan dan keupayaan. Keunikan bahasa dan persuratannya tadi mulai
kehilangan selera pada lidah bangsanya sendiri. unia Melayu (yang teras induknya kepada
bangsa serumpun Melayu dan keperibumian), seharusnya bijak menaIsirkan perubahan.
Bangsanya tidak harus terperangkap dengan menerima taIsiran secara total tentang globalisasi,
liberalisasi dan pasca-modenisme. Mereka kena berwaspada dan menaruh keyakinan dan
komitmen terhadap kemajuan baru dan pada masa yang sama mengangkat peradaban bangsa
sendiri. Globalisasi dengan siIat kesarwajagatannya tidak bermakna akan menelan segala
peradaban dan kebudayaan orang lain, kerana tidak semua tamadun akan terjerut mati oleh
Amerika dan Barat, kecuali bangsanya sendiri mahu dirinya dijadikan mangsa.

2.1 Pengenalan
apat mengetahui sejarah perkembangan, peranan dan sumbangan bahasa Melayu ke arah
pembentukan bahasa rasmi negara sebagai suatu identiti unggul yang dimiliki oleh masyarakat
majmuknya dan negara Malaysia yang berdaulat. Skop analisis dan pembentangan hanya
ditumpuhkan kepada sejarah perkembangan bahasa melayu selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan. Peringkat-peringkat perkembangan tersebut ialah Proses Pemupukan Bahasa,
Proses Pembinaan Bahasa dan yang ketiga Proses Pemantapan Bahasa.
ari tahun 1972 hingga sekarang kita mencapai kejayaan besar apabila kita menyampaikan
pendidikan dalam bahasa Melayu. Apabila bahasa Melayu ditukar dengan bahasa Inggeris, maka
pendidikan akan sukar dicapai oleh orang Melayu luar bandar dan mereka yang tidak menguasai
bahasa Inggeris di bandar. Ini berlawanan dengan Iitrah manusia bahawa belajar melalui bahasa
sendiri itu lebih berkesan. apatan-dapatan kajian itu membuktikan bahawa belajar melalui
bahasa ibunda adalah lebih cepat dan berkesan.
2.2 Faktor-faktor Penyebab Bahasa Melayu Sukar Bersaing Dengan Bahasa Lain
1. Ketidakyakinan Akan Kemampuan Bahasa Melayu
Isu dan permasalahan bahasa Melayu (dan persuratan) bergantung kepada warga atau bangsa
pendukung dan jumlah penuturnya. Sistem pendidikan kebangsaan di unia Melayu sebenarnya
sudah tiba ke kemuncak kejayaannya (terutama di Malaysia dan Indonesia), maka rasa pesimistis
tidak patut timbul. Geobudaya bahasa Melayu yang luas dan majoriti penuturnya menghampiri
300 juta di rantau Melayu-Polinesia (Asia Tenggara, bahagian barat Lautan Hindi dan PasiIik),
adalah Iaktor kekuatan yang tersendiri. Apa yang diperlukan adalah permuaIakatan, kesepakatan
dan kerjasama dalam bertindak dan mengatur program penyebarluasannya. Bahasa,
kesusasteraan dan kebudayaan rumpun Melayu memikul khazanah besar sejarah bangsanya yang
harus menjadi pemangkin, penebus maruah, pembina IalsaIah, Iikiran, nilai, sikap dan jati diri
umat besarnya. Kemahawangsaan peradaban Melayu dalam bahasa, sastera dan budaya yang
sekian lama menyirati IalsaIah, pandangan hidup, sistem nilai dan adat, kesenian, amalan dan
harapan itu, memiliki keupayaan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa dan
sastera bangsa-bangsa dunia. Bahasa dan persuratan Melayu menunggu pelan tindakan dan
perancangan strategik penyebarluasannya secara bersama, pragmatik dan konkrit. Rumpun
Melayu jangan takut mengambil bahagian mengimbangi perkembangan peradaban dunia.
Lumrah pandangan umum bahawa negara Malaysia yang maju akan terbina apabila rakyat
Malaysia seluruhnya menjadi bangsa yang maju. Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu akan
menjadi maju sekiranya bangsa Malaysia sudah maju. alam hal ini, kita semua sependapat
bahawa bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu tinggi dan dimanIaatkan. Kita juga
seIahaman bahawa gagasan pembinaan bangsa Malaysia menjadi bangsa maju yang berilmu
tinggi haruslah berteraskan tradisi dan budaya dalam acuan tersendiri, iaitu berlandaskan bahasa
Melayu. Namun, tentulah lebih bermakna, jika kemajuan bahasa, sastera dan budaya adalah
seiring dengan kejayaan serta kemajuan yang dicapai oleh bangsa dan negara dalam pencapaian
kemajuan ekonomi.
i Malaysia, Indonesia dan Brunei arussalam, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
nasional sudah mencapai tahap bahasa ilmu, kejayaannya menyerap dan menyebarkan ilmu-ilmu
baru, ratusan ribu istilah telah digubal, kukuh sebagai bahasa pemerintahan dalam urusan
pengurusan dan pentadbiran, bahasa komunikasi rakyat dan sebagainya. Bahasa Melayu (istilah
supranasional untuk versi dan variasi kepada bahasa Indonesia, bahasa Malaysia, bahasa Melayu
Brunei dan bahasa Melayu Singapura, wilayah-wilayah selatan Thailand, Filipina dan
semenanjung Indo-China) sudah kuat di Malaysia, Indonesia dan Brunei arussalam dan
rantaunya sendiri. Bahasa Melayu adalah bahasa pengikat tamadun rantau, bahasa pembangunan
nusa bangsa sewilayah, dan bahasa pemersatu rakyat yang mengisi keperluan-keperluan baru
dalam membina tamadun masing-masing bangsa. Kewujudan bermacam Iorum kebahasaan dan
persuratan perlu diperkukuh dan diperluaskan pengaruhnya, manakala gerakan psikologi dan
kesedaran bahasa melalui pelbagai program dan gerakan pelbagai institusi itu seharusnya bukan
sahaja menjana rasa cintai bahasa dengan semangat nasionalisme dan patriotisme, bahkan
disemai cita-cita besar menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa besar dunia.
2. Sanjungan Terhadap Keupayaan dan Kemajuan Barat
Bangsa serumpun Melayu menoleh ke Barat dikatakan kerana mahu menguasai kemajuan sains
dan teknologi atau memajukan perindustrian. unia Melayu harus tahu memilih yang terbaik dan
bagaimana memperoleh serta memajukannya. Selain daripada menerima, umat Melayu perlu ikut
memberi. Maknanya mereka perlu mempunyai keluwesan dan keterbukaan mencitrakan dan
mengglobalisasikan milik yang terbaik termasuk kekayaan bahasa, sastera dan budayanya.
Apakah sikap ini adalah buaian mimpi dan retorik semata-mata? Apakah umat Melayu itu tiada
keyakinan terhadap keutuhan, keampuhan, kemurnian dan keluhuran nilai-nilai peradaban
sendiri lalu semuanya mahu dicedok dari Barat. Wajah Asia yang ada pada rumpun Melayu tetap
akan mengalir searus dan seiring dalam kemajuan peradaban timur dan senario Asia tadi.
Keyakinan terhadap kebersamaan kebudayaan inilah yang harus menunjangi setiap usaha. Umat
Melayu perlu mencitrakan bahasa dan persuratan mereka itu ke peringkat antarabangsa. unia
mahu mengenali bahasa dan sastera Melayu sebagaimana dibuktikan institusi pengajian dan
pusat-pusat penyelidikan mereka yang memahami, menghormati aspirasi, cita rasa dan jati diri
rumpun Melayu dan peradabannya.
Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, apa yang
berlaku kini, telah wujudnya keserongan persepsi` terhadap keperluan bangsa atau negara
memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap seperti segala-galanya` dan pegangan ini
akan memusnahkan kemajuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, Brunei dan
Singapura atau bahasa nasional Indonesia. Suatu waktu akan pula menimbulkan kesan psikologi
atau persepsi negatiI di kalangan mereka yang mempelajari bahasa Melayu di negara-negara luar
rantau Melayu. Kejayaan asar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam jentera pentadbiran,
dalam sistem pendidikan, perundangan dan dalam beberapa domain utama kehidupan
masyarakat Malaysia selama ini bisa ternaIi dengan mudah. Persepsi tentang bahasa mesti jelas.
Keperluan menguasai bahasa Inggeris adalah keperluan untuk merujuk dan memperoleh sumber
pengetahuan yang tertulis melaluinya atau sebagai bahasa komunikasi. Bahasa Inggeris juga
tidak dinaIikan perlu bagi kelompok yang berkeperluan di bidang diplomatik, dagang, korporat,
atau perniagaan antarabangsa. Malahan manusia unia Melayu juga perlu menguasai bahasa
Arab kerana hubungan dengan Islam dan Asia Barat atau menggarap ilmu-ilmu dari tamadun
Islam, bahasa Sepanyol kerana kepentingan dagang dengan negara Amerika Latin, Bahasa
Perancis, Jerman, Rusia, Mandarin atau sebagainya kerana rakan dagang tradisional akan
bertukar kepada rakan dagang baru. Cuma yang harus jelas bahawa bahasa-bahasa asing
diperlukan mengikut konteks kepentingan dan keperluan penggunaan.
. Pengaruh Politik Pemimpin dalam Penggubalan Dasar
Persepsi baru telah timbul akibat kekeliruan kepentingan politik atau keputusan politik yang pula
mempengaruhi pendirian masyarakat, sehingga masyarakat jadi bingung`, misalnya di Malaysia
masyarakat tertanya-tanya ke mana Malaysia dalam persoalan bahasa negaranya? Apakah
bilingualisme` atau dualisme` yang mahu dipromosikan suatu gejala yang hampir sama sedang
meruntuhkan kebudayaaan kebangsaan dengan mempromosikan kembali pluralisme`,
parallelisme`, laisez Iaire` dan tindakan tanpa batas yang membezakan sesuatu yang
kebangsaan` dengan sesuatu yang kesukuan` atau etnis. alam amalan berbahasa, dasar
dualisme` dan parallelisme` mungkin sesuai sewaktu acara-acara antarabangsa tetapi tidak
dalam acara-acara rasmi kebangsaan. Gagasan pemerkasaan bahasa di peringkat nasional adalah
suatu perkara yang seharusnya tidak timbul lagi. Bahasa dan persuratan Melayu sudah lama
punyai martabat dan sudah zaman berzaman perkasanya. Isu pemerkasaan mungkin sesuai dan
perlu dalam konteks pemerkasaannya ke peringkat antarabangsa. Semakan semula perlu
dilakukan terhadap usaha-usaha selama ini, tentang matlamat strategik dan Iungsi utama bahasa
Melayu bagi maksud dalam negeri dan bagi maksud luar negeri, apakah masih berterusan atau
sebaliknya.
Aspirasi memperkasakan bahasa Melayu sehingga ke tahap global amat terlalu besar. Bahasa
Melayu kena ditonjolkan upayanya yang terbukti sejak zaman berzaman itu dalam gambaran
cakerawala minda Melayu, pemikiran, kreativiti dan aktiviti besar umat Melayu. Secara positiI
bahasa Melayu hendaklah dilihat keseluruhan peranannya dalam semua bidang kehidupan dan
cara pergerakan umatnya yang meliputi akal budi, daya cipta dan wawasan dalam memenuhi
tuntutan kemasyarakatan atau persekitaran dengan segala keperluan, termasuk politik, ekonomi
dan sosial. Apalagi, bahasa Melayu tidak boleh tidak hendaklah menunjukkan kekuatan
pemikiran umatnya dalam pencapaian ilmu pengetahuan tinggi melalui persuratan,
kesusasteraan, dan IalsaIah, dan mampu menjadi perantara yang membina lambang atau citra
yang menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan dan warisan peradabannya.
Apabila pembangunan peradaban yang berIokus kepada perkembangan Iizikal termasuk
kemajuan teknologi inIormasi melanda dunia mulai akhir abad ke-20 yang lalu, bahasa Melayu
berhadapan dengan masalah :
(a) dapatkah bahasa Melayu itu menjadi sebahagian daripada elemen yang membangunkan
teknologi tersebut dengan mengisi pelbagai maklumat yang terkandung dalam aneka jenis TMK
(ICT) benar-benar sejajar dengan hasrat untuk mensejagatkan bahasa serumpun Melayu itu.
Teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, cekap dan
pantas untuk tujuan tersebut;
(b) dalam kesibukan masing-masing negara serantau membina intelektualisme yang tinggi dalam
pelbagai bidang, apakah ada kesediaan kumpulan intelek dan ilmuwan bukan sekadar benar-
benar mampu, tetapi bersedia mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana maklumat
pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini;
(c) bagaimanakah situasi keupayaan negara peneraju seperti Malaysia dan Indonesia bersiap
siaga selain mendampingi dan menyepadukan diri dengan TMK (ICT), berusaha
menggerakkannya sebagai wahana pengembangan yang setanding dengan kedudukan bahasa-
bahasa utama lain di dunia.
i Malaysia, para bahasawan, pemikir dan budayawan amat bimbang dengan kerapnya terjadi
perubahan terhadap pendekatan pelaksanaan dasar bahasanya. Fungsi bahasa dalam sistem
pendidikan negara merupakan sesuatu yang utama, kerana kesan dan akibat jangka panjangnya.
BM sebagai bahasa rasmi perlu dipermantap dan dipertingkatkan kualitinya; diperkukuh sebagai
bahasa perpaduan; diperluaskan Iungsinya sebagai bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan
dan perkhidmatan kewangan; dipertingkatkan sebagai bahasa kebangsaan di sektor swasta,
korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); diperluas dan dipertingkatkan sebagai bahasa
ilmu tinggi, sains dan teknologi, komunikasi canggih, bahasa media elektronik; bahkan terus
diperkembang sebagai bahasa kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, agama dan IalsaIah (BP:
1997). Cuba diteliti sejauh manakah kecuaian` pihak berkuasa menjaga dan mengawalnya bagi
mengekalkan martabat dan keperkasaannya selama ini?.
Suatu waktu di Malaysia banyak dibahaskan tentang penulisan dan penterjemahan ilmu dalam
bahasa Melayu yang masih kekurangan dan perlu dipergiatkan. Negara industri seperti Jepun,
Korea, Perancis, Jerman, Rusia, Itali dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan
pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap,
tetapi kita kelihatan tidak berupaya berlangkah seiring dengan mereka. Mereka mempertahankan
kewibawaan bahasa mereka dan sentiasa mementingkan bahasa mereka sebagai bahasa sains dan
bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya situasi mutakhir dirantau ini telah
banyak menimbulkan keraguan terhadap keyakinan, keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu tinggi. Cuba bayangkan apakah akibat jangka panjangnya, kalau sistem
pendidikan nasional berubah dasar bahasa pengantarnya kepada bahasa Inggeris. Institusiinstitusi
pengajian tinggi akan mengubah dasar mereka terhadap bahasa dan muncul paradigma yang
menganggap ilmu hanya mampu diungkapkan dalam bahasa Inggeris itu. Lingkaran Iikiran dan
perasaan bangsa akan ikut betukar kepada persepsi yang lebih kepada yang asing bukannya
amalan positiI kepada bahasa negara sendiri. Kedaulatan bahasa Melayu tidak akan dapat
dipertahan dan diperkukuh walhal bahasa Melayu itu sudah terbukti kemampuannya menjadi
bahasa ilmu, sains dan teknologi. Ketaksuban bahawa bahasa Inggerislah yang akan menjadikan
maju mundurnya sesebuah bangsa akan merugikan peradaban sendiri.
i rantau kita seharusnya tugas pengukuhan BM boleh dilihat dalam dua aspek. Pertama,
pemantapan dan pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional dan bahasa rasmi yang
mempunyai nilai ekonomi serta bahasa perpaduan bangsa yang benar-benar diamalkan oleh
seluruh masyarakat tanpa dipengaruhi prejudis dan sentimen etnis serta politik perkauman yang
sempit. Kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa yang merentasi variasi dan versi kebangsaan itu,
sesegera yang mungkin di bawa melangkah keluar atau mengukuhkan kerberadaannya di pentas
antarabangsa dalam era globalisasi dengan langkah penuh hikmah lagi bijak. Aspek kedua itu
adalah tugas kerjasama keserumpunan dan antarabangsanya. Aspirasi ini tidak akan tercapai
selagi minda dan perasaan umatnya dikongkong oleh pemikiran orang lain, dihantui oleh
ketidakpastian dan ketakutan. Permasalahan antarabangsanya banyak bergantung kepada
permasalahan senario di peringkat nasionalnya. unia Melayu sendiri perlukan kepada suatu
keyakinan - keyakinan yang bermula dari penyelesaian isu dan permasalahan dalaman.

Penutup
unia Melayu seperti negara-negara lain di benua lain sedang diasak dan digasak oleh arus
globalisasi dan liberalisasi. Impak dan dampak yang paling ketara ialah tantangan yang dihadapi
oleh bahasa, sastera dan budayanya. Jika bahasa dan kesusasteraan nasional Malaysia, Indonesia
dan Brunei semakin melemah, natijah daripada globalisasi budaya, maka akan lemahlah
bangsabangsa serumpun Melayu di Asia Tenggara ini. Maka, menjadi tanggungjawab bersama
untuk negara-negara berbahasa Melayu membangunkan negara danmembina bangsa yang utuh,
ampuh dan luhur menerusi bidang kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan, kerana ketiga-tiga
elemen itu merupakan aspek dominan dan integral, Iundamental kepada peradaban. emi
menyongsong arus globalisasi yang kini mengasak setiap aspek kehidupan budaya rantau, maka
molek sekali aspek-aspek bahasa, sastera dan budaya diampuh dan diluhurkan, sehingga
kekuatan itu menyumbang kepada kesatuan, persatuan dan perpaduan dalam citra peradaban
serantau.
Sesuatu peradaban itu pula antara lainnya didukung oleh keampuhan dan kekuatan bahasa dan
persuratannya. engan mengambil kira situasi, kekuatan dan keupayaan keserumpunan bangsa,
maka tidak mustahil peranan bahasa Melayu sebagai bahasa bangsa-bangsa merdeka dan sebagai
bahasa serantau yang dimiliki bersama, kedudukannya akan lebih merakyat, terlembaga dan
terserlah di peringkat negara, serantau dan antarabangsa. Gerakan membangunkan sesuatu
peradaban umat yang tahan diuji pastinya mempunyai sejarah dan latar perencanaan yang kukuh
meskipun berbeza. Forum yang diiktiraI wacananya merupakan tapak tempat benih pemikiran
disemai dan idea bercambah. Maka untuk itu Iorum di pelbagai peringkat untuk mencanai dan
melestari idea daripada para pemimpin ilmu, cendekiawan dan karyawan sentiasa diperlukan.
Idea hendaklah didukung dan disokong oleh idealisme`.
Mereka berunding dan bertukar-tukar pandangan untuk merancang dan merangka strategi
pengembangan bahasa dan persuratan Melayu. Pengukuhan seharusnya dilakukan dari masa ke
semasa. Kecemerlangan bahasa, sastera dan budaya rumpun Melayu sebagai pancaran peradaban
bangsa-bangsa atau kesatuan umat dan manusia dunia Melayu pada alaI ini bukan sekadar harus
berlegar di kalangan umat berbahasa Melayu di rantau Asia Tenggara sahaja, malah menuntut
kesediaan umatnya melangkahi sempadan yang lebih luas, hinggalah merentasi segala usaha
bersepadu untuk meletakkannya di pentas dunia. Segala macam isu dan masalahnya hendaklah
diselesaikan dengan bijak dan penuh komitmen.
Kepantasan perkembangan kemajuan dunia sepatutnya menyegerakan kebangkitan umat Melayu
besar. Bangsa serumpun Melayu boleh menjadi salah satu kabilah dunia yang ikut disegani
dengan kehadirannya dalam politik dan peranan ekonomi antarabangsa dan menjadi lebih wajar
sekiranya diiringi dengan medukung bersamanya cita-cita pengembangan kebudayaan terutama
pengajian bahasa dan persuratan yang lebih besar. Gerakan ini perlu dilakukan dengan keazaman
politik, sedar dan secara langsung, selari dengan sumbangan signiIikan bangsa dan negara-
negara berbahasa Melayu itu dalam Iorum-Iorum antarabangsa. Kemajuan dan kepesatan
perkembangan ekonomi yang berlaku di kebanyakan negara berbahasa Melayu atau di dunia
Melayu kini merupakan kesempatan ke arah mendorongkan kemajuan peradabannya dengan
suatu dinamika baru antara lainnya ketinggian pemikiran bahasa dan persuratannya melalui
pengantarabangsaan Bahasa Melayu.










































RU1UKAN



Awang Sariyan. 1996. Warna dan Suasana. Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.
Kuala Lumpur: BP.

Bengkel Khas, 1997. 'Penegasan Semula Dasar Bahasa (Dokumen Terhad 11 Mac 1997: BP.
CITRA, 2004. Kuala Lumpur: BP.

Collins, James T., 1998. Malay, World Language: A Short History, Kuala Lumpur: BP.

Hassan Ahmad, r., 2000. Imbasan. Kuala Lumpur: BP.

Hassan Ahmad, r., 2008. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Salah Satu Bahasa yang
Berpengaruh di Dunia`. Ucaptama di Seminar Memperkasakan Bahasa Melayu, anjuran
BP Wilayah Utara dan Institut Perguruan Ipoh: 15 April 2008.

Mohd Najib Tun Razak, ato` Sri, Perdana Menteri Malaysia, 2010. 'Ke Arah Negara
Berpendapatan Tinggi dan Mafu`. Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015 (RMKe
10), Ucapan di ewan Rakyat, 10 Jun 2010.

Russel Jones, 1990. Sefarah Bahasa Melayu. Pensefarahan Bahasa Melayu di Malaysia.
Kuala Lumpur: ewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Slametmuljana, 1964. Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara. Jakarta: PN Balai pustaka.

Soenjono ardjowidjojo, 2002. Bahasa Asing Sebagai Bahasa Pengantar Dalam Sistem
Pendidikan (Bahasa dan Sastera, Volume 20 Nomor 1 Edisi Januari Maret).
epartemen Pendidikan Nasional, Pusat Bahasa, Jakarta.

Sasaran Kerja Utama (SKU) BP, 1996-2000, 2001-2005 (okumen Terhad).

Zainal Kling, 2002. 'Struktur Pemikiran Ismail Hussein. Kertas kerja Persidangan
Antarabangsa Pemikiran Ismail Hussein, GAPENA, Alor Setar, Kedah, 18-20 Oktober
2002.

Anda mungkin juga menyukai