Anda di halaman 1dari 2

Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan.

Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan
kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak
berdosa ini dibuang merata-rata.
Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.
Antaranya ialah
Selain itu, pihak berkuasa harus memberi hukuman yang lebih berat ke atas mereka yang
bersalah. Tindakan ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut untuk membuang bayi.
Sehubungan dengan itu, mereka akan berhati-hati semasa memilih kawan dan mengelakkan
hubungan yang melampaui batasan agama. Malahan, mereka mengamalkan gaya hidup sihat.
Kejadian mengandung tanpa nikah dan masalah pembuangan bayi pasti dapat dielakkan.
Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal
yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak
mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang negatiI, Hal ini demikian kerana
mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan
haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat dibendung. Natijahnya, mereka akan
mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat
Timur.
Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh
menconteng arang` ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan
Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang
mengandung. Pusat ini boleh berIungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan
mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di
samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli
masyarakat yang berguna.
Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berIungsi menjaga setiap bayi yang
tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak
berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank
bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil anak semula sebelum diberikan kepada
pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan lebih terjamin
berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan.
Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi.
Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan
kata lain, graIik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar` seseorang yang pernah membuang
anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi kesedaran
seperti Adab Bergaul` dan Dosa-dosa Besar`, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaI
dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada
melakukan noda dan dosa.
Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua
pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan
Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT)
perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana
mencegah itu lebih baik daripada mengubati`.

Anda mungkin juga menyukai