Anda di halaman 1dari 4

Salam sejahtera & selamat pagi; Yang Berusaha, Puan Normadiah Bt Mohamed, Guru Besar SK (LKTP) Kemasul; Yang

Dihormati En.Razali Bin Ahmad Naib Yang Dipertua PIBG SK LKTP Kemasul; Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan SK LKTP Kemasul - En. Fadzil Bin Ahmad - Guru Penolong Kanan 1, En.Abdul Razak Bin Abdul Majeed- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid & Pn. Rohiah Bt Abu Bakar- Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum; Yang Dimuliakan, rakan-rakan seperjuangan guru-guru SK LKTP Kemasul, semua AJK PIBG dan seterusnya anak-anak murid SK LKTP Kemasul yang dikasihi sekalian.
Sidang hadirin yang dimuliakan.Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan ikuti Lagu Negeri Pahang, semua hadirin diminta berdiri. ************************************************************* Tujuh belas tahun rindu tersemat, Tanjung Aru tempat berjumpa, 16 Mei tarikh keramat, Sambutan Hari Guru jangan di lupa.

Syukur Alhamdulillah, puji-pujian kepada Allah SWT atas segala rahmatNya, pada hari ini, Jumaat, 16 JamadilAkhir 1432 Hijrah bersamaan 20 Mei 2011, kita berkumpul di dewan ini, untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2011. Untuk makluman semua hadirin, tema sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara. Istana kota sebelas langkat, Tempat baharu Nakhoda Pekan, Sama kata sama sepakat, Hari Guru mari raikan. Saya selaku pengacara majlis secara peribadi mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru & pendidik di SK LKTP Kemasul. Semoga sambutan Hari Guru yang kita raikan pada hari ini akan mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara kita dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti diri kita sebagai seorang guru yang memikul amanah besar daripada Allah SWT untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insan yang berjaya dan menjana tranformasi pendidikan negara. Kepada semua murid, terima kasih atas kehadiran pada hari ini untuk sama-

sama meraikan Hari Guru. Diharapkan pada hari ini, di samping memberikan ucapan dan hadiah kepada guru-guru, tunjukkanlah sikap dan akhlak yang baik, hormati dan sayangilah guru.
Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi

Putik baru mekar di laman, Kembang kudup kumbang terpikat; Hargai guru sepanjang zaman, Agar hidup beroleh berkat. Hadirin hadirat sekalian. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Perutusan Hari Guru 2011, iaitu perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dimulai dengan perutusan Hari Guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - Y.Bhg. Dato' Abd. Ghafar Bin Mahmud, yang akan disampaikan oleh Pn. Rohiah Bt Abu Bakar- GPK Ko-Kurikulum. Dipersilakan. ********************************* Terima kasih kepada Pn. Rohiah Bt Abu Bakar GPK Ko-Kurikulum yang telah menyampaikan perutusan Hari Guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sidang hadirin sekalian Seterusnya bacaan perutusan Hari Guru daripada Timb. Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, yang akan disampaikan oleh En. Fadzil Bin Ahmad, GPK 1. Dipersilakan. ******************************** Terima kasih diucapkan kepada En. Fazdil Bin Ahmad GPK 1, yang telah menyampaikan perutusan Hari Guru 2011 daripada YAB Timb.Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. ************************************

Hadirin hadirat yang dimuliakan,.petikan daripada puisi Guru Oh Guru karya Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang, Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Hadirin sekalian Majlis pagi ini diteruskan dengan ucapan Ketua Murid, mewakili murid-murid SK LKTP Kemasul sempena sambutan Hari Guru, yang akan disampaikan oleh adik Mohd Taufik Bin Basar Ketua Pengawas Sekolah, dipersilakan. ****************************************** Terima kasih adik Mohd Taufik Bin Basar, atas ucapan itu tadi. Hendak berburu ke luar kota, Seluas alam bumi terentang; Tanpa guru siapalah kita. Ibarat malam tanpa bintang. Seterusnya, majlis mempersilakan wakil AJK Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK LKTP Kemasul, En.Razali Bin Ahmad Naib YDP PIBG, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih kepada En. Razali Bin Ahmad NYDP PIBG, atas ucapan itu tadi. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP, NYDP dan AJK-AJK PIBG yang telah banyak memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan setiap program di sekolah ini. Semoga kerjasama antara guru dan PIBG sekolah ini akan berterusan. Hadirin hadirat sekalian, Bukan rumput sebarang rumput, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon ucapan alu-aluan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pn.Normadiah Bt Mohamed, Guru Besar SK LKTP Kemasul untuk menyampaikan ucapan dan amanat sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2011. Dipersilakan. *************************************************** Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar di atas ucapan dan amanat itu tadi. Semoga segala pesanan dan ingatan Guru Besar tadi dapat kita jadikan nasihat yang berguna. Seperti petikan puisi Allahyarham Datuk Usman Awang:Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Hadirin hadirat sekalian. Tibalah kita ke kemuncak acara pagi ini iaitu nyanyian lagu Guru Malaysia yang akan disampaikan oleh semua guru SK LKTP Kemasul yang akan diketuai oleh Guru Besar, Pn.Normadiah Bt Mohamed. Semua guru dijemput naik ke pentas. ********************************************* Terima kasih kepada semua guru yang telah bersama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia. Acara rasmi kita pada pagi ini berakhir di sini. Walau bagaimanapun, aktiviti sambutan Hari Guru kita akan diteruskan selepas ini dengan aktiviti sukaneka dan persembahan murid & guru pada pukul 11 pagi nanti. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai ada tersilap bicara, Kemaafan jua saya pohonkan. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam Hari Guru untuk semua, Selepas ini kita bersua lagi. Sekian. Wibillahhi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.