Anda di halaman 1dari 1

Pencemaran sungai merupakan satu isu yang hangat diperdebatkan di seluruh negara.

Walaupun mengetahui punca pencemaran sungai berlaku namun pencemaran sungai sukar dikawal dan puncanya sukar dielakkan. Hal ini dapat dilihat apabila satu demi satu sungai di Malaysia diketegorikan tahap 4 dan 5. Sekiranya hal ini berterusan manusia akan menerima kesan yang amat dahsyat kerana sungai amat penting kepada kehidupan manusia. Salah satu kepentingan sungai kepada manusia ialah sebagai sumber bekalan air bersih untuk kegunaan domestik. Hal ini terbukti apabila petempatan manusia kebanyakannya berada di tepi sungai untuk memudahkan mereka mendapatkan sumber air bersih. Kini, di era moden pula manusia tidak lagi memelihara sungai kerana kononnya manusia boleh memproses air yang kotor menjadi bersih. Walaubagaimanapun, Seterusnya, sungai yang bersih penting untuk aktiviti ekonomi manusia. Aktiviti ekonomi di sini merujuk kepada pertanian dan perikanan. Aktiviti perikanan misalnya memerkukan sungai yang bersih kerana sungai yang bersih pasti akan terdapat hidupan akuatik seperti ikan. ikan dalam sungai membekalkan sumber protein yang tinggi kepada manusia. Apabila sungai tercemar hidupan akuatik di dalamnya akan mati dan mungkin hanya diganti dengan sepsis ikan baru yang tidak selamat untuk dimakan. Sungai yang bersih juga penting untuk keberterusan akuakultur. Hal ini kerana aktiviti akuakultur memerlukan sumber air daripada sungai yang bersih untuk memastikan pembesaran dan kesihatan ikan yang diternaknya. Aktiviti pertanian pula memerlukan sumber air sungai yang bersih untuk mengairi kawasan penanaman padi. Air sungai yang tercemar teruk boleh menyebebkan hasil pertanian merosot. Selanjutnya, sungai yang bersih penting sebagai tempat manusia melakukan aktiviti reakreasi. Hal ini kerana nilai estetika sungai itu mengambil kira kebersihan dan kejernihan air sungai itu sendiri. Hal ini berkait rapat dengan nilai pelancongan pada sungai. Cuba bayangkan jika sungai Kelang yang tercemar itu bersih dan airnya jernih pasti ada bot yang akan untuk disewakan untuk melihat keindahan sepanjang sungai. Sungai juga berfungsi sebagai jalan pengangkutan air. Jika kita lihat dari aspek luaran kita tidak melihat kaitan antara sungai bersih untuk pengangkutan air. Tetapi jika difikirkan secara rasional mahukah kita menaiki bot sekiranya air sungainya tercemar dan berbau busuk? Sudah pasti jawapannya tidak. Contoh sungai yang menjadi pengangkutan air ialah sungai padas dan sungai Kinabatangan.