Anda di halaman 1dari 4

UNIT 7 Sinopsis

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Saudara / saudari, dalam unit ini anda akan mempelajari tiga tajuk dalam bidang teknologi maklumat, iaitu Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK), Multimedia Dalam Pendidikan dan Integrasi Aplikasi. Anda akan mempelajari tentang konsep penggunaan komputer dalam pendidikan, strategi penggunaan komputer dan konsep serta penghasilan koswer multimedia pendidikan. Seterusnya anda akan mempelajari tentang konsep pengintegrasian perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan penggunaannya. Hasil Pembelajaran Di akhir bab ini anda akan dapat 1. 2. 3. 4. 5. 6. menerangkan konsep dan pengertian PPBK; menyatakan dengan jelas jenis-jenis PPBK; membuat penilaian terhadap sebuah koswer tentang satu mata pelajaran. menyenaraikan keperluan perisian dan perkakasan multimedia; membina sebuah perisian kursus tentang satu unit mata pelajaran; dan mengintegrasikan sekurang-kurangnya tiga perisian aplikasi untuk satu unit pelajaran.

TAJUK 1

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Perkembangan pesat teknologi digital dalam kehidupan harian terutamanya dalam sektor ekonomi telah mempengaruhi bidang pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Pengaruh komputer dalam pendidikan di Malaysia telah bermula pada tahun 1980an lagi. Fenomena ini terus berkembang serta menpengaruhi dalam setiap aspek pendidikan dengan pesat telah kemunculan agenda sekolah bestari. Kemunculan program pendidikan sekolah bestari telah meluaskan lagi konsep PPBK dan multimedia dalam pendidikan. Kedua-dua konsep ini telah mengubah corak serta strategi instruksi (pengajaran) dan pembelajaran. Terlebih dahulu kita lihat peranan komputer seperti yang dikemukakan oleh Taylor (1983). Peranan komputer boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu tool, tutor dan tutee.

1-7

1.1

Pengertian PPBK

Sebelum kemunculan istilah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer atau ringkasnya disebut PPBK, saudara mungkin telah biasa dengan istilah seperti Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based Instruction (CBI), Computer Based Learning (CBL), Computer Assisted Learning (CAL), Computer Mediated Communication (CMC) dan pelbagai istilah lagi berkaitan dengannya. Tetapi apakah sebenarnya PPBK itu?. Menurut Baharuddin, Rio Sumarni dan Manimegalai (2002) ianya adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. PPBK boleh digunakan oleh guru untuk proses pengajarannya dan oleh murid dalam proses pembelajaran mereka. PPBK adalah penggunaan teknologi komputer bagi mempelajari sesuatu unit pembelajaran secara langkah demi langkah. Penggunaan komputer boleh dilakukan untuk keseluruhan proses pengajaran atau pada bahagianbahagian tertentu dalam proses pengajaran. Oleh itu, PPBK merupakan satu program terancang menggunakan komputer dalam proses pengajaran pembelajaran. Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dalam proses menguasai sesuatu maklumat serta kemahiran.

1.2

Jenis-jenis PPBK

Selepas anda mengetahui tentang konsep PPBK, sekarang kita lihat pula bagaimana PPBK ini boleh disampaikan kepada pelajar. Jadi di sini terdapat beberapa jenis PPBK antaranya adalah jenis Tutorial, Latih tubi, Simulasi, Permainan, Penemuan dan Ujian. Sekarang kita lihat jenis-jenis ini satu persatu:Tutorial Tutorial digunakan dalam proses penyampaian atau untuk kita mempersembahkan pelajaran baru kepada pelajar. Tutorial akan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sesuatu konsep atau prinsip tentang sesuatu perkara. Latih tubi PPBK jenis ini pula boleh digunakan untuk menilai serta memperkukuhkan pelajaran yang telah disampaikan kepada pelajar. Dalam latih tubi soalan diberikan untuk mengukur pengetahuan pelajar dan soalan-soalan ini akan dapat memperkukuhkan penguasaan pelajar dalam sesuatu Simulasi Simulasi digunakan apabila sesuatu keadaan atau situasi yang sebenar perlu dilakukan dalam proses pengajaran. Sesuatu konsep, prosedur atau keadaan yang memerlukan penglibatan pelajar supaya pelajar akan dapat menguasai pengalaman yang sebenar dan seakan-akan sebenar. Simulasi boleh dilakukan untuk pelajaran yang memerlukan kos yang tinggi dan merbahaya seperti menjalankan eksperimen yang merbahaya dengan menggunakan bahan kimia.

2-7

Permainan PPBK bercorak ini dapat meningkatkan motivasi pelajar. Permainan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu fakta dan strategi melalui pelbagai corak permainan serta dapat mengasah minda pelajar. Pelajar akan memperlajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran sambil berseronok serta melalui pertandingan sama ada dengan komputer atau dengan rakan. Penemuan Dalam penemuan pelajar akan melaksanakan strategi ini secara cuba jaya. Pelajar cuba untuk menguji hipotesis dan menilai tekaan-tekaan yang mereka buat. Strategi ini menggunakan pendekatan induktif. Ujian Dalam PPBK ujian pelajar akan diberi dengan pelbagai bentuk soalan yang disusun secara teratur dan sistematik. Pelajar akan menguji kefahaman mereka dalam menguasai sesuatu topik itu. Soalan-soalan yang banyak akan memberi peluang kepada 1.3 Penilaian dan Pemilihan Perisian Kursus

Penilaian penting untuk memastikan perisian kursus (koswer) itu benar-benar berkualiti. Baharuddin, Rio Sumarni dan Manimegalai (2002) menyatakan penilaian boleh dijalankan dalam dua bentuk, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif penting kerana ia dapat mengelakkan daripada masalah besar yang hanya akan dikenal pasti selepas sesuatu perisian dibangunkan. Penilaian formatif boleh dilakukan pada setiap masa dan boleh menjimatkan kos dan masa membangunkan perisian kursus itu. Penilaian ini boleh berbentuk temu bual, pemerhatian serta ulasan. Penilaian sumatif pula boleh dilakukan pada akhir proses reka bentu perisian kursus itu selesai. Tujuannya adalah untuk menilai dan seterusnaya membuat modifikasi atau perubahan terhadap perisian kursus itu. Penilaian ini boleh dilakukan menggunakan instrumen seperti soal selidik. Pelbagai jenis soal selidik untuk menilai koswer boleh anda baca dalam buku-buku komputer dalam pendidikan dan juga layari Internet. 1.4 PPBK Merentas Kurikulum

Perkembangan pesat komputer dalam pendidikan di Malaysia telah membuktikan bahawa komputer bukan sahaja berpotensi untuk digunakan untuk tujuan pengurusan pendidikan sahaja, tetapi boleh juga digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran. Sekarang anda telah melihat sendiri bagaimana komputer boleh digunakan dalam pelbagai mata pelajaran dan bukan sahaja untuk memantapkan kemahiran literasi komputer sahaja. Sekarang ini komputer boleh digunakan untuk membantu serta mempercepatkan proses pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Komputer boleh digunakan untuk meningkatkan kefahaman pelajar serta memperkukuhkan kemahiran mereka dalam aspek tertentu. Komputer akan lebih berkesan lagi untuk menyampaikan isi kandungan pelbagai mata pelajaran jika ianya selari dengan teoriteori pembelajaran.

3-7

1.5

Trend dan Pembudayaan TMK Dalam Pendidikan

Teknologi maklumat dan komunikasi sudah menjadi kebiasaan kepada kita. Anda mungkin mempunyai komputer bermultimedia dan lengkap dengan capaian Internet. Anda juga mungkin telah biasa dengan e-mel, kumpulan perbincangan dan pemindahan fail melalui Internet. Sekarang ini anda juga mungkin mempunyai telefon tangan dan sudah biasa dengan sistem pesanan ringkas (SMS). Inilah senario yang berlaku sekarang dan memperlihatkan tentang pengaruh TMK dalam kehidupan kita. Bagaimana pula trend ini berlaku dalam persekitaran pendidikan kita. Dewasa ini sistem komputer sudah menjadi kebiasaan kepada guru-guru. Guru tidak lagi takut atau phobia dengan komputer. Penggunaan disket, CD dan sistem rangkaian, koswer, penggunaan alat pengarangan dan portal pendidikan sudah menjadi perkara biasa. Sekolah-sekolah sudah dilengkapi dengan makmal yang canggih dan bukan lagi bilik darjah yang dibuah suai menjadikan makmal komputer yang hanya dilengkapi dengan beberapa buah komputer. Trend sekarang dapat kita lihat bagaimana Kementerian Pendidikan telah cuba untuk memperkenalkan pendidikan bestari melalui penggunaan Internet dan e-Pembelajaran. Program e-Pembelajaran akan menjadikan sistem pendidikan kita lebih banyak menggunakan elemen-elemen teknologi digital. Tetapi sebagai guru apa sahaja pendekatan terkini kita tidak harus lupa tentang prinsip-prinsip teknologi instruksional dan pendekatan teori pembelajaran. Latihan 1. 2. Anda boleh menceritakan pengalaman anda dalam mengajar subjek anda menggunakan komputer Bagaimana pendidikan sekolah bestari boleh dikaitkan dengan penggunaan komputer? Adakah komputer berlaianan dengan pengajaran secara konvensional? Rumusan

1.6

Kesimpulan daripada penerangan serta perbincangan kita di atas dapatlah dikatakan bahawa perkembangan teknologi komputer dalam pendidikan akan terus berkembang pesat. Perkembangan pesat teknologi digital akan terus memberi suntikan kepada sektor pendidikan. Teknologi komputer akan menjadi pengupaya penting dalam proses pendidikan. Teknologi ini penting untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi menghadapi era maklumat.

4-7

Anda mungkin juga menyukai