Anda di halaman 1dari 14

1 Pemahaman Asas Masyarakat Terhadap Terminologi Hadith : Kajian Sekitar Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan (Noor Najihan

Jaafar, USIM)
Abstrak: Hadith Rasulullah s.a.w adalah merupakan sumber hukum yang kedua dalam Islam selepas Al-Quran. Peranannya amat penting setimpal dengan kedudukannya itu. Hadith merupakan tafsiran teori dan amali bagi Al- Quran dan peaksanaan realitinya bagi segala ajaran Al-Quran. Oleh itu, sebagai Muslim kita dituntut supaya sentiasa menjadikan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai pegangan serta panduan dalam menjalani kehidupan kita seharian. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan, meninjau sejauh mana pemahaman masyarakat awam terhadap terminologi Hadith. Kajian ini telah dijalankan di sekitar Bandar Baru Nilai. Antara persoalan yang bakal diajukan dalam kertas kerja ini adalah, meninjau pemahaman mereka terhadap peranan Hadith serta hubungkaitnya dengan Al- Quran, pengetahuan asas mereka terhadap kitab Hadith yang biasa diguna pakai oleh masyarakat awam seperti Kitab Hadith 40 Imam Nawawi, serta pengetahuan mereka terhadap kumpulan anti Hadith. Kajian ini amat penting, rentetan penularan golongan anti Hadith dan isu Haji Kahar yang mengaku dirinya sebagai Nabi. Hal demikian adalah kerana kurangnya pengetahuan berkaitan ilmu Hadith dalam diri individu itu sendiri. Kaedah temu ramah secara langsung terhadap 100 orang masyarakat awam dari pelbagai latar belakang pendidikan, seperti PMR, SPM, STPM, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda sekitar Bandar Baru Nilai telah dijalankan bagi mengumpul maklumat berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa, hampir sebahagian besar masyarakat yang mempunyai tahap pendidikan Sekolah Menengah, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mengetahui dengan yakin tentang persoalan asas yang berkaitan tentang terminologi Hadith berbanding dengan mereka yang mendapat pendidikan lebih tinggi seperti STPM, Diploma, dan IjazahSarjana Muda.

Kata Kunci: Terminologi Hadith

PENGERTIAN HADITH Pada topik ini, pengkaji akan cuba menghuraikan maksud perkataan Hadith. Huraian akan dijelaskan dari segi etimologi atau bahasa dan dari segi terminologi atau istilah. Dari Segi Etimologi Perkataan Hadith berasal dari perkataan Bahasa Arab yang merangkumi beberapa makna; baharu lawan qadim, berita atau khabar, kejadian atau peristiwa yang telah lama berlaku atau baru berlaku, perutusan atau perkataaan, kisah atau cerita. (Rohi Al- Balabaki: 2004) Menurut Fauzi Deraman (2008) perkataan Hadith diguna pakai dalam Al- Quran sebanyak 18 kali1, perkataan Hadithan sebanyak lima kali2, dan perkataan aHadith sebanyak lima kali3 juga. Penggunaan perkataan Hadith dalam Al- Quran secara umum membawa maksud yang sama dari segi bahasa. Antara maksud perkataan Hadith yang disebut dalam Al- Quran adalah: percakapan, perkataan atau kisah yang keluar dari mulut, cerita mengenai sejarah, ditujukan kepada Al- Quran sebagai kalam (perkataan) Allah, perkhabaran atau berita sama ada berhubung dengan soal keagamaan atau kedunian pada zaman silam atau masa kini. Dari Segi Estimologi Terdapat pelbagai definisi Hadith yang diberikan para muhaddithin. Antara makna perkataan Hadith dari segi istilah adalah:

Lihat al- Nisa; 4: 140; al- Anam; 6: 68, al- Araf; 7: 185, al- Kahfi; 18: 6, Thaha, 20: 9; Luqman, 31: 6; al- Ahzab, 33: 53; al- Zumar, 39: 23; al- Jathiah, 45: 6; al- Dhariyat, 51: 24; al- Tur, 52: 34; al- Najm, 53: 59; al- Waqiah, 56: 81; al- Qalam, 68: 44; al- Mursalat, 77: 50; al- Naziat, 79: 15; al- Buruj, 85: 17; alGhasiyah, 88: 1. 2 Lihat al- Nisa, 4: 42; 78, dan 87; Yusuf, 12: 111; al- Tahrim, 66: 3. 3 Lihat Yusuf, 12: 6, 21, dan 101; al- Muminun, 23: 44; Saba, 34: 19.

3 1- Imam Ibn- Hajar menghuraikan maksud Hadith adalah apa- apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Definisi ini berbentuk umum dan mujmal. Ulama kemudiannya memperincikan lagi maksud perktaan Hadith. 2- Ali Al- Qari (1975) pula mentakrifkan Hadith sebagai apa- apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. daripada sabdaan, perbuatan, taqrir, gerak dan diam, sama ada semasa jaga atau tidur. 3- Jamal al- Din al- Qasimi (1925) mendefinisikan Hadith sebagai apa- apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. daripada sabdaan, perbuataan, taqrir atau sifat. 4- Muhammad Ajaj Al- Khatib (1967) berpandangan bahawa Hadith adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi S.A.W. daripada perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat, sama ada sifat fizikal atau akhlak; sirah sama ada sebelum atau sesudah menjadi Rasul. Menurut Mustafa Al- Sibaiy (1988) takrifan ini merupakan takrifan kebanyakan para muhaddithin. Perkataan Hadith dalam takrifan ini sinonim dengan makna sunnah. Namun begitu sesetengah ulama cenderung untuk membezakan makna Hadith dan sunnah. Sayid Sulaiman Al- Nadwi menyatakan bahawa sunnah merupakan nama bagi perbuatan atau amalan Rasulullah s.a.w. yang diterima secara mutawatir sedangkan Hadith ialah periwayatan secara lafdhi bagi sabdaaan, perbuatan, dan keadaan Rasulullah s.a.w. KEDUDUKAN HADITH DALAM ISLAM Menurut Muhammad Ajaj Al- Khatib (1967) segala yang datang daripada Rasulullah s.a.w. sama ada untuk menguatkan apa yang ada pada hukum syarak, menjelaskan atau mentafsirkannya dinamakan Hadith Nabawi. Hadith ini sama ada bersumberkan wahyu daripada Allah s.w.t. atau melalui ijtihad Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. berfirman: "Tidaklah ia (Rasulullah s.a.w.) bercakap mengikut hawa nafsu, ia tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan (kepadanya)". (Al-Najm, 53: 3-4). Berdasarkan ayat ini, 3

4 jelaslah bahawa segala yang keluar daripada mulut Nabi s.a.w. itu adalah wahyu daripada Allah s.w.t. Ini membuktikan bahawa Hadith merupakan komponen kedua yang diturunkan Allah s.w.t. melalui Jibrail a.s., sementara komponen yang satu lagi adalah Al- Quran. Melihat kepada fungsi dan peranan Hadith, tidak mungkin umat Islam dapat memahami syariat serta hukum Islam sekiranya tidak merujuk kepada Hadith. Contoh yang paling mudah, syariat mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Terdapat banyak ayat AlQuran yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memerintahkan umat Islam agar mendirikan solat. Namun demikian umat Islam pasti tidak dapat menunaikan kewajipan ini sekiranya tidak merujuk kepada Hadith Nabi s.a.w. yang menjelaskan bilakah waktu solat itu dan bagaimanakah pula untuk melaksanankannya. Terdapat banyak lagi contoh yang menunjukkan bahawa umat Islam perlu berpegang kepada Hadith dalam melaksanakan kewajipan serta menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Hal in akan dibincangkan dalam topik seterusnya, iaitu peranan Hadith. Justeru kedudukan dan kepentingan Hadith dalam Islam tidak dapat disangkal lagi sekalipun sentiasa wujud golongan yang cuba menolaknya. PERANAN HADITH Menurut Muhammad Said Mansur (1993) Hadith mempunyai tiga peranan yang besar, iaitu: menyokong dan menguatkan hukum yang didatangkan oleh Al- Quran, mentafsir dan menjelaskan maksud Al- Quran, dan menerangkan hukum yang tiada dalam Al Quran.

Menyokong Dan Menguatkan Hukum Yang Didatangkan Oleh Al- Quran

5 Peranan ini berlaku sekiranya apa yang terkandung dalam Hadith adalah sama seperti apa yang ada pada Al- Quran. Sebagai contoh ayat mengenai persaudaraan dalam Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sebenarnya orang- orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara keduanya (yang bertelingkah) ..."(al- Hujurat, 49: 10). Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari pula menyokong dan menguatkan hubungan persaudaraan, sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: " Orang Islam itu saudara bagi orang Islam yang lain" Mentafsir Dan Menjelaskan Maksud Al- Quran Di sini Hadith berperanan sebagai penghurai dan penjelas kepada kandungan Al- Quran, sama ada dengan memperincikan yang umum, menjelaskan yang samar, mengkhususkan yang am, dan mengehadkan yang tiada had. Contoh Hadith yang memperincikan yang umum, seperti dalam firman Allah s.w.t. yang bermakasud: "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orangorang yang beriman, yang tertentu waktunya". (al- Nisa, 4: 103). Kemudian terdapat pula Hadith yang menyatakan cara, syarat, dan waktu secara terperinci, seperti apa yang diriwaykan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: "Apabila engkau berdiri betul, amaka takbirlah, kemudian bacalah mana- mana ayat yang mudah bagi kamu, kemudian rukuklah hingga tetap, kemudian engkau sujud hingga tetap, kemudian engkau duduk hingga tetap. Demikianlah seterusnya engkau lakukan dalam ibadah sembahyangmu". Maksud Hadith yang menjelaskan makna yang samar adalah ayat Al- Quran yang kelihatan samar, makna sebenar dalam konteks ayat tersebut berbeza dengan makna zahir dalam ayat, maka adanya Hadith Nabi s.a.w. yang menjelaskan makna yang sesuai 5

6 untuk diguna pakai dalam konteks ayat tersebut. Contohnya perkataan benang putih dan benang hitam dalam al- Baqarah, 2: 187, ia membawa maksud cahaya siang dan kegelapan malam, seperti mana yang diperjelaskan dalam Hadith Nabi s.aw. Manakala contoh Hadith yang mengkhususkan yang am adalah adalah dalan bab wasiat. Allah berfirman yang bermaksud: "Alah memerintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anakanak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan ". (al- Nisa, 4: 111). Hadis Nabi s.a.w. mengkhususkan pula golongan yang tidak berhak mewarisi harta seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Pembunuh tidak mendapat apa- apa dari harta pusaka orang yang dibunuhnya". (HR Imam Abu Daud) Begitu juga dengan contoh Hadith yang menghadkan ayat Al- Quran yang tiada had, seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka potonglah tangannya". (al- Maidah, 5: 58). Hadith telah membataskan jumlah atau kadar curian yang membolehkan seseorang pencuri dipotong tangannya, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud: "Tidak dipotong tangan seorang pencuri melainkan apabila ia mencuri barangan yang bernilai dinar atau lebih".

Menerangkan Hukum Baru Yang Tiada Dalam Al Quran.

7 Contohnya Hadith Rasulullah s.a.w. mengenai pengharaman memakan binatang liar yang bertaring seperti harimau, memakan binatang yang menyambar dengan paruh dan kuku tajam seperti helang, dan banyak lagi Hadith yang menjelaskan hukum yang tiadala disebut dalam Al-Quran. Bahagian ini menguatkan hujah bahawa Hadith merupakan sumber hukum yang kedua yang wajib kita sama- sama beramal dengannya. Demikianlah penjelasan pengkaji berhubung dengan takrif Hadith, kedudukan serta peranannya dalam pensyariatan Islam. Seterusnya pengkaji akan melaporkan dapatan kajian berhubung Kelas Pengajian Hadith yang dilaksanakan di masjid- masjid terpilih. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Temubual yang telah dijalankan kepada 100 orang responden sekitar kawasan Bandar Baru Nilai, telah mencakupi pelbagai latar belakang pendidikan. Tahap maksimum pendidikan mereka bolehlah dikategorikan kepada Pendidikan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Diploma, dan Ijazah Sarjana Muada. Daripada 100 orang responden, 5% berkelulusan PMR, 65% berkelulusan SPM, 10% berkelulusan STPM, 15% berkelulusan Diploma, dan 10% berkelulusan Ijazah Sarjana Muda. Sebanyak lima soalan pokok berkaitan dengan terminologI Hadith telah diajukan kepada kesemua responden. Ini bagi melihat dan menganalisa pemahaman asas mereka berkaitan dengan terminologI Hadith. Lima soalan yang telah diajukan tersebut adalah seperti berikut: S 1: Apakah maksud Hadith? S 2: S 3: S 4: S 5: Apakah perbezaaan antara Hadith dan Al- Quran? Mengapakah kita masih perlu berpegang kepada Hadith, sedangkan Al- Quran itu merangkumi dalamnya semua perkara? Apakah itu Hadith 40? Apakah itu anti- hadith? 7

Bagi analisa soalan pertama, iaitu maksud Hadith, responden telah memberikan lima jawapan yang pelbagai, iaitu: J1: J2: J3: J4: J5: Tak tahu dan tak pasti Pernah dengar, tetapi tak tahu nak jelaskan Perkara yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apa- apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Apa- apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan yang berkaitan dengannya Sebanyak 16% daripada responden tidak tahu dan tidak pasti maksud hadith. Manakala 20% daripada mereka pernah mendengar perkataan Hadith tatapi tidak tahu bagaimana menjelaskan maknanya. Sebanyak 20% responden pula mengatakan bahawa Hadith adalah apa- apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Manakala sebilangan besar responden memahami Hadith sebagai apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w., iaitu sebanyak 43%. Hanya 6% sahaja yang mengatakan bahawa Hadith adalah apa- apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan yang berkaitan dengannya. Jika dilihat dari aspek tahap pendididkan responden, 60% daripada mereka yang berkelulusan PMR dan 62% daripada mereka yang berkelulusan SPM mengatakan bahawa Hadith adalah perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Manakala 67% mereka yang berkelulusan Diploma menyatakan bahawa Hadith adalah apa- apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w., begitu juga dengan kesemua mereka yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, menyatakan bahawa Hadith adalah apa- apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. Bagi analisa soalan ke dua pula, iaitu perbezaan antara Al- Quran dan Hadith, responden juga telah memberikan lima jawapan yang pelbagai, iaitu: J1: Al- Quran daripada Allah s.w.t. dan disampaikan melalui Nabi Muhammad, manakala Hadith pula kata- kata, perbuatan, dan 8

9 taqrir Nabi Muhammad s.a.w. J2: J3: J4: J5: Al- Quran diturunkan oleh Allah s.w.t., manakala Hadith adalah amalan Tak tahu Tiada beza Al- Quran adalah ayat yang panjang, manakala Hadith adalah ayat yang pendek

Hanya sebanyak 19% responden sahaja yang dapat memberikan perbezaan yang jelas antra Al- Quran dan Hadith, dengan memberikan jawapan bahawa Al- Quran daripada Allah s.w.t. dan disampaikan melalui Nabi Muhammad, manakala Hadith pula kata- kata, perbuatan, dan taqrir Nabi Muhammad s.a.w. Manakala sebilangan besar responden yang mewakili 55% menjawab dengan jawapan yang kurang sempurna iatu, Al- Quran diturunkan oleh Allah s.w.t., manakala Hadith adalah amalan. Sebanyak 7% responden tidak tahu akan perbezaan antara Al- Quran dan Hadith. Manakala peratusan yang mengatakan tiada beza antara Al- Quran dan Hadith adalah 13%. Sebanyak 15% menjawab bahawa Al- Quran adalah ayat panjang dan Hadith adalah ayat pendek. Bagi mereka yang berkelulusan PMR pula, 60% mengatakan bahawa antara Al- Quran dan Hadith tiada beza, dan 40 % lagi tidak tahu apakah beza antara Al- Quran dan Hadith. Manakala bagi yang berkelulusan SPM, 70% mengatakan bahawa Al- Quran diturunkan oleh Allah s.w.t., manakala Hadith adalah amalan, 15% pula mengatakan bahawa Al- Quran adalah ayat yang panjang dan Hadith adalah ayat yang pendek., dan 8% tidak tahu perbezaan antara Al- Quran dan Hadith. Jawapan yang lebih positif diberikan oleh mereka yang berkelulusan STPM, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda. 30% daripada mereka yang berkelulusan STPM, 40% berkelulusan Diploma, dan 100% yang memegang Ijazah, memberikan jawapan yang tepat terhadap perbezaan antara AlQuran dan Hadith. Manakala 60% yang berkelulusan STPM dan 27% yang berkelulusan Diploma, memberikan jawapan yang kurang sempurna, iaitu Al- Quran diturunkan oleh Allah s.w.t., manakala Hadith adalah amalan. Namun begitu masih ada di kalangan 9

10 responden yang berkelulusan STPM dan Diploma yang mengatakan bahawa antara AlQuran dan Hadith tiada beza, dengan masing- maasing 2% dan 33%. Bagi analisa soalan ke tiga pula, iaitu sebab perlu berpegang kepada Hadith, responden hanya memberikan tiga jenis jawapan, iaitu: J1: J2: J2: Tak tahu dan tak pasti Tahu, tapi tak pasti Al- Quran umum tidak terperinci, manakala Hadith menerangkan lebih jelas akan maknanya Kebanyakan responden tidak dapat menjawab soalan ini., iaitu sebanyak 21% tidak tahu dan 47% tidak pasti sebab mengapa kita perlu berpegang kepada Hadith Nabi s.a.w. Selebihnya 32% tahu akan sebab mengapa Hadith diperlukan, iaitu bagi menerang dan menjelaskan apa yang terkandung dalam Al- Quran. Walau bagaimanapun jawapanjawapan yang diberikan adalah masih kurang sempurna. Rata- rata mereka yang hanya berpendidikan sekolah sekolah menengah tidak dapat menjawab soalan ini. Manakala mereka yang berkelulusan STPM, Diploma, dan Ijazah Sarjana dapat menjawab soalan ini walaupun tidak begitu sempurna. Bagi analisa soalan ke empat pula, iaitu mengenai Hadith 40, responden memberikan lima jenis jawapan, yang pelbagai, iaitu: J1: J2: J2: J4: J5: Tidak tahu Tahu, tapi tak pandai nak jelaskan Hadith yang jelas dan sohih Hadith yang patut orang ramai belajar dan amalkan Hadith Qudsi

Sebanyak 20% responden tidak tahu akan Hadith 40. Manakala 10% tahu akan Hadith 40, tetapi tidak tahu bagaimana ingin menjelaskannya. 25% mengatakan bahawa Hadith 10

11 40 adalah Hadith ynag jelas dan sohih hukumnya. 35% mengatakan bahawa Hadith 40 merupakan Hadith Qudsi, dan 15% mengatakan bahwa Hadith 40 adalah Hadith yang patut dipelajari dan difahami. Mereka yang berkelulusan PMR dan 23% daripada lulusan SPM tidak tahu akan Hadith 40. Manakala 23% daripada lulusan SPM menjawab bahawa Hadith 40 merupakan Hadith yang patut dipelajari dan difahami, 35% lagi menyamakan Hadith 40 dengan Hadith Qudsi. Kesemua lulusan Ijazah Sarjana Muda, 60% daripada lulusan STPM, dan 60% daripada lulusan Diploma menyatakan bahawa Hadith 40 adalah Hadith yang jelas dan sohih. Namun demikian jawapan itu masih kurang sempurna, kerana Hadith 40 merupakan kumpulan Hadith sohih yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi, yang merangkumi segala kaedah Islam, sehingga ulama menamakan kumpulan Hadith tersebut sebagai paksi putaran Islam, atau seperdua daripada Islam. Bagi analisa soalan ke lima pula, iaitu mengenai anti Hadith, responden hanya memberikan dua jenis jawapan sahaja, iaitu: J1: J2: Tidak tahu Mereka yang tolak Hadith dan berpegang kepada Al- Quran sahaja. Hanya 15% daripada responden tidak tahu akan makna anti Hadith, iaitu dari kalangan responden yang berkelulusan PMR dan 5% daripada mereka yang berkelulusan SPM. Manakala responden yang lain tahu akan makna anti hadith, iaitu kumpulan yang menolak Hadith, dan hanya berpegang kepada Al- Quran sahaja.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

11

12 Setelah data- data statistik dihuraikan, pengkaji di sini ingin membuat beberapa rumusan, seperti: 1- Melalui jawapan bagi soalan pertama, dapatlah disimpulkan bahawa, masyarakat umum yang hanya berkelulusan sekolah menengah, iaitu mereka yang berkelulusan PMR atau SPM, tidak dapat memberikan takrifan Hadith dengan sempurna. Mereka memahami Hadith itu hanya sebagai kata- kata daripada Nabi Muhammad s.a.w. atau sabdaan Nabi s.a.w. 2- Pengkaji berpendapat, senario ini berlaku kerana pada peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), pelajar hanya didedahkan kepada teks Hadith, tidak didedahkan kepada ulum Hadith. Disebabkan perkara terserbut, para pelajar ini tidak dapat memahami takrif Hadith dengan sempurna. Senario ini berbeza dengan mereka yang berkelulusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Mereka dapat memberikan takrifan Hadith dengan lebih sempurna, iaitu apa- apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini menggambarkan bahawa mereka yang berpendidikan tinggi mampu memberikan takrifan Hadith dengan sempurna. 3- Begitu juga dengan soalan ke dua, mereka yang hanya berkelulusan sekolah menengah tidak dapat membezakan antara Al- Quran dan Hadith, ada yang mengatakan bahawa Al- Quran itu ayat panjang dan Hadith adalah ayat pendek, ada yang mengatakan tiada perbezaan, dan ada yang menjawab Al- Quran diturunkan oleh Allah s.w.t., manakala Hadith adalah amalan. Ini berbeza dengan mereka yang mempunyai kelayakan pendididkan yang lebih tinggi, iaitu STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, kebanyakan daripada mereka boleh membezakan antara Al- Quran dan Hadith secara tepat, walaupun ada segelintir yang memberikan jawapan yang kurang sempurna. 4- Ini dikuatkan lagi dengan hasil jawapan bagi soalan ke tiga, iaitu sebab mengapa kita masih perlu berpegang kepada Hadith Nabi s.a.w sedangkan Al- Quran itu 12

13 sudah lengkap. Rata- rata mereka hanya berpendidikan sekolah menengah tidak dapat menjawab soalan ini. Manakala mereka yang berkelulusan STPM, Diploma, dan Ijazah Sarjana dapat menjawab soalan ini walaupun tidak begitu sempurna. Begitu juga dengan jawapan bagi soalan ke empat, iaitu mengenai pemahaman mereka Hadith 40. Jawapan yang diberikan secara keseluruhan menggambarkan mereka tidak pasti dengan apa yang dikatakan sebagai Hadith 40. Walaupun segelintir mengatakan bahawa Hadith 40 merupakan Hadith yang jelas dan sohih, namun jawapan tersebut masih kurang sempurna. Bagi soalan ke lima pula, sebilangan besar daripada responden tahu akan makna anti Hadith, mungkin kerana (pada pendapat pengkaji) perkataan anti itu jelas maksudnya iaitu tidak suka atau tolak, maka kesimpulan yang mudah dibuat, anti Hadith bermaksud menolak Hadith. Melihat kepada beberapa rumusan yang telah dibuat, pengkaji ingin mencadangkan beberapa perkara, seperti berikut: 1- Silibus Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), perlu kepada penambah baikan pada sub topik Hadith. Elemen asas ulum Hadith perlu diterapkan. 2- Pelajar- pelajar Sekolah Rendah perlulah mengikuti Kelas Kemahiran Asas AlQuran dan Fardu Ain (KAFA), bagi mendalami Ilmu Pendidikan Islam. 3- Sebagai umat Islam, kita perlu tahu akan Hadith Nabawi; terminologi dan ilmuilmu asas yang berkaitan dengannya, bagi menzahirkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini boleh direalisasikan melalui pelbagai medium pendidikan, seperti institusi- institusi pengajian, kelas- kelas agama yang tidak formal, bahan bacaan yang pelbagai, maklumat- maklumat daripada teknologi terkini, seperti internet, e- book, dan sebagainya. Justeru, tiada alasan bagi kita untuk mengatakan bahawa tiada peluang dan ruang bagi mempelajari ilmu Hadith. Dewasa ini, pelbagai medium yang boleh digunakan bagi mendapatkan ilmu- ilmu berkaitan, jika ingin dibandingkan dengan zaman para 13

14 sahabat Nabi a.s., mereka terpaksa berjalan kaki beribu batu bagi mendapatkan satusatu ilmu. Tetapi, kita pada hari ini, ilmu dihujung jari, hanya niat dan kehendak yang menggerakkan kita.

RUJUKAN Al- Khatib, Muhammad Ajaj. (1967). Usul Al- Hadith Ulumuh wa Mustalahu. Beirut: Dar Al- Fikir Al- Hadith. Al- Nadwi, Sayid Sulaiman. Tahqiq Makna Al- Sunah. Beirut: Dar- AL- Fikr. Al- Qari, Ali Al- Halawi. (1975). Syarh Nukhbatah Al- Fikar. Beirut: Dar Al- Kutub Al Ilmiah. Al- Qasimi, Muhammad Jamal Al- Din. (1925). Qawa`id Al- Tahdith fi- Funun Mustalah Al- Hadith. Damsyik. Fauzi Deraman. (2008). "Autoriti Hadis Dan Penjelasannya", Autoriti Hadis Menangani Gerakan Anti Hadis. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ibn Hajar Al- `Asqalani, Shihab Al- Din bin Ali. Fath Al- Bari bi Syarh Al- Bukhari. Mesir: Mustafa AL Babi Al- Halabi. Ibn Mansur, Muhammad Said. (1993). Manzilatu Al- Sunnah Min Al- Kitab. Kaherah: maktabah Wahbah.

14

Anda mungkin juga menyukai