Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN MANUSIA

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 KPD 3016 UJIAN 1

NAMA NO. MATRIK KUMPULAN PENSYARAH

: : : :

SANDRA MERU D20091035087 KPD 3016 (AT16-A), TEAM 1 DR. RAZAK ABD. SAMAD BIN YAHYA

UJIAN 1 Dalam kertas kerjanya yang bertajuk Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains terhadap Perubahan Kurikulum, Prof Datuk T. Subahan Mohd Meerah telah mengemukakan beberapa faktor yang mempengarohi senario pembelajaran sains di Malaysia. Setiap faktor yang beliau bincangkan mempunyai kepentingan dan yang tersendiri kepada pihak yang berkenaan (stakeholders). Anda dikehendaki meneliti kembali kertas kerja berkenaan dan kemudian pilih DUA (2) faktor penting yang pada pandangan anda sangat mempengaruhi perkembangan pendidikan sains di Malaysia. Bincangkan dengan menyatakan TIGA (3) alasan yang membuat anda memilih DUA faktor berkenaan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SAINS DI MALAYSIA. 1. Kesediaan pelajar untuk belajar. Faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan sains di Malaysia ialah kesediaan pelajar untuk belajar. Setiap pelajar mempunyai tahap kesediaan untuk belajar yang berbeza-beza. Kesediaan pelajar pula bergantung kepada keupaayaan mereka untuk menyesuaikan konsep awal sains yang dimiliki dengan konsep sains yang diajar di sekolah serta dapat menggunakan teknik-teknik belajar yang sesuai bagi memperoleh keputusan yang cemerlang. Sebelum bermulanya sesuatu pembelajaran, pelajar seharusnya membaca serba sedikit dan memahami terlebih dahulu topik tersebut walaupun belum dapat memahami dengan sepenuhnya. Apabila guru menerangkan pembelajara tersebut sewaktu kelas, pelajar dapat memperbaiki pemahaman awal mereka dan dapat menguasai pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar juga seharusnya cuba untuk menanam minat dalam matapelajaran sains. Tanpa minat, pelajar akan mula merasa bosan untuk belajar pembelajaran-pembelajaran yang akan datang. Seterusnya, pelajar seharusnya mempunyai teknik-teknik belajar dan ulangkaji yang sesuai. Kebanyakkan

unit-unit pembelajaran dalam sains melibatkan proses sesuatu fenomena dan persamaan yang agak rumit. Oleh itu, pelajar harus mengetahui cara-cara untuk belajar dengan membuat peta konsep untuk meringkaskan setiap pembelajaran dan memudahkan pelajar untuk membuat pandangan umum bagi sesuatu topik.

2. Kesediaan guru untuk membimbing pelajar. Selain itu, perkembangan pendidikan sains di Malaysia dipengaruhi oleh kesediaan guru untuk membimbing pelajar. Guru-guru perlu memahami tanggapan awal pelajar tentang sesuatu konsep sains yang bakal diajar. Guru-guru juga harus memahami konsep sains dengan jelas selaras dengan konsep sains yang diterima oleh sainis sebelum menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar. Keadaan ini perlu bagi mengelakkan percanggahan antara apa yang diajar dengan konsepp yang diterima oleh pelajar. Guru seharusnya bersedia menerima idea baru dan mampu melaksakannya di bilik darjah. Berdasarakan kajian yang telah dijalankan, guru-guru mengalami kerumitan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Hai ini adalah kerana mereka tidak menerima latihan yang mencukupi dalam melaksanakan pendekatan ini. Kursus orientasi yang diberikan kepada guru-guru juga tidak berkesan, guru-guru seharusnya mengaplikasikan semua kursus-kursus yang diberikan kepada mereka di sekolah. Disamping itu, guru-guru juga seharusnya mengamalkan strategi pengajaran baru yang ditetapkan dalam KBSM. Mereka sepatutnya melaksanakn pelbagai perubahan dalam bentuk gaya pengajaran untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Mereka juga sepatutnya bersedia untuk melaksanakan komponen-komponen penting yang ditentukan oleh pembina kurikulum seperti penerapan nilai-nilai murni dalam penggunaan strategi pengajaran KBSM. Seterusnya, guru-guru seharusnya mengambil berat tentang sistem peperiksaan dan komponen-komponen yang dinilai dalam peperksaan. Mereka sepatutnya membuat adaptasi dalam melaksanakn komponen kurikulum mengikut kehendak peperiksaan. Kesediaan guru untuk mengajar penting untuk membimbing pelajar ke arah perkembangan pendidikan sains di Malaysia.