Anda di halaman 1dari 6

Analisis Kesalahan Bahasa

1. diberi. 2.

Dalam kertas Bahasa Melayu STPM, asepk ini dikemukakan dalam bahagian D.

Anda dikehendaki membetulkan kesalahan sistem bahasa pada satu contoh teks yang

Dalam soalan jenis ini, calon akan dikehendaki:

i. mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam petikan ii. menjelaskan sebab-sebab kesalahan berkenaan iii. membuat pembetulan Melakukan tiga perkara dalam satu teks wacana memerlukan anda menggunakan kaedah-kaedah sendiri untuk memudahkan kerja. Misalnya, anda menanda terus di atas kertas soalan kesalahan-kesalahan dengan pen pelbagai warna, misalnya merah, biru atau hitam. Hal ini penting kerana anda perlu membahagikan fokus kepada unsur-unsur bahasa seperti berikut: i. ejaan dan tanda baca ii. kosa kata iii. imbuhan iv struktur frasa dan struktur ayat 3. Para pelajar perlu terlebih dahulu mengetahui jenis-jenis kesalahan yang berlaku

di sesebuah wacana: hal Ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Jenis kesalahan 1. keselarasan vokal akibat pengaruh dialek kata tiga suku kata tertutup akibat kekecualian bagi kata pinjam serantau 2. Ejaan kata pinjaman: akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang sudah mantap

Contoh kesalahan sibar, hibuh, sebok, sinarai ,kelumpok, celotih, kelungsung ,calun, pelancung, awit, bunglun

pembetulan sebar, heboh, sibuk, senarai, kelompok, celoteh, kelongsong, calon, pelancong, awet, bunglon

plan, gran, klas teknoloji, otomotik, karban, oksijen,

pelan, geran, kelas teknologi, automatik, karbon, oksigen

kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual ejaan. ejaan kata khusus yang mengunakan nombor 3. Ejaan kata terbitan:

abad ke20 tahun 60an

abad ke-20 tahun 60-an

mengaru, mensenaraikan

menggaru, menyenaraikan

awalan meN-, peN-, beRakhiran -kan, -i 4. Ejaan Kata Majmuk kata majmuk yang dieja sebagai stau perkataan kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan kata majmuk yang mendapat apitan jawatan kuasa, antara bangsa, bagai mana ambilalih, ibubapa, kuatkuasa menguat kuasakan, menganak tirikan, menemu dugai jawatankuasa, antarabangsa, bagaimana ambil alih, ibu bapa, kuat kuasa menguatkuasakan, menganaktirikan, menemuduga

Kosa Kata 1.Pemilihan kosa kata (merangkumi aspek diksi dengan maksud ujaran). Antara yang perlu diberi perhatian adalah perkara-perkara berikut: i. kata-kata yang mempunyai konotasi ii. penggunaan bentuk jamak iii. kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri iv. penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama v. penggunaaan kata yang tidak tepat 2.Kata-kata yang mempunyai konotasi berkait rapat pula dengan aspek semantik dan denotasi.. Misalnya kata `terlibat' dengan `terbabit' dan kata `kesan' dan `akibat'. 3.Penggunaan kata majmuk yang tidak betul seperti mereka-mereka ini, bangunanbangunan yang tinggi-tinggi, enam orang pelajar-pelajar

4. Penggunaan kata ganti nama diri. perlu dikaitan dengan kesantunan bahasa. Penggunaan betul ganti nama diri dia dengan beliau, awak dengan `datuk, anda dengan awak, dan sebagainya. 5.Penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama. Penggunaan kata hubung ada yang tidak sesuai dengan fungsi keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainya. Contoh: Perlawanan bola keranjang dibatalkan apabila hujan lebat. (Kata hubung `apabila' iala kata hubung yang menerangkan waktu, sedangkan yang dimaksudkan ialah `sebab' pembatalan mesyuarat berkenaan. Kata hubung yang sesuai ialah `kerana'.) Contoh: Kamu boleh pergi jika kamu berkelakuan baik. Kata jika kurang sesuai kerana ia menunjukkan maksud `kemungkinan'. pada hal ayat ini menyatakan syarat untuk diberi cuti. Oleh itu, kata `sekiranya' atau `dengan syarat' lebih baik untuk menggantikan kata `jika'. 6.Penggunaan kata tidak tepat. Jenis ini ketara sekali kesilapannya. Contoh: Pada pendapatan saya, kita perlu menggandakan usaha jika mahu mendapat lebih keuntungan. 7.Imbuhan. Lihat contoh kesalahan-kesalahan pada imbuhan di bawah yang merupakan kelaziman. 1 Pelajar baru berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dalam ikrar mereka. Berjanji ialah kata kerja tak transitif tetapi ayat merupakan ayat transitif. Oleh itu, imbuhan yang betul ialah menjanjikan. 2. Sebagai suami, Ali inginkan perhatian yang secukupnya daripada Halimah. Ingin ialah kata adjektif dan memerlukan kata depan `akan' 3. Cadangan untuk memperbesarkan pejabat akan menelan belanja RM1juta. `memper' ialah imbuhan kata kerja transitif dan tidak perlu akhiran `kan' untiuk menjadikan kata adjektif besar sebagai kata kerja transitif.

4. Hakim telah menjatuhkan pengedarkan dadah itu dengan hukuman gantung mandatori. Akhir `-kan' menunjukkan bahawa `pengedar dadah' itu dijatuhkan tetapi maksud ayat ialah `hukuman gantung mandatori' dijatuhkan ke atas `pengedar dadah'. 8.Frasa dan Ayat

Perhatikan contoh-contoh ayat di bawah mengenai kesalahan frasa dan ayat yang kerap ditemui. i. Dia menyerahkan buku banknya kepada anaknya kerana dia amat percayakan anak bongsunya itu. ii. Nenek saya amat suka buah-buahan tempata seperti mangga, betik, jambu, dan nanas. iii. Turut menghadiri perjumpaan itu ialah Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajan. iv. Masalah itu mereka bincangkan hingga satu penyelesaian ditemui. v. Surat rayuan itu saya belum sempat baca lagi; tunggu esok. kesalahan i. amat percayakan anak bongsunya itu. Sebab kata adjektif `percaya' tidak mendapat akhiran tetapi diikuti oleh sendi nama `akan' ii. amat suka buah-buahan tempatan kata adjektif `suka' perlu diikuti oleh kata sendi `akan' iii.Turut menghadiri perjumpaan itu Struktur ayat tidak sesuai dengan struktur struktur subjek-predikat bahasa Melayu Yang turut menghadiri perjumpaan itu ialah menteri Besar dan ketuaketua jabatan kerajaan atau Menteri Besar dan ketuaketua jabatan kerajaan turut menghadiri perjumpaan itu. iv. masalah itu mereka bincangkan Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri ketiga tidak sesuai v. Saya belum sempat baca lagi Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri pertama tidak sesuai. belum sempat saya baca lagi masalah itu dibincangkan oleh mereka amat suka akan buahbuahan tempatan contoh amat percaya akan anak bongsunya itu.

Nota Tambahan PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D (ANALISIS KESALAHAN BAHASA) Salah satu soalan yang terdapat dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM ialah soalan Analisis Kesalahan Bahasa, iaitu terletak dalam Bahagian D. Dalam soalan ini, satu bahan rangsangan petikan akan dikemukakan dan dalam petikan tersebut mengandungi beberapa kesalahan bahasa. Tujuan soalan ini dikemukakan adalah untuk menguji tahap penguasaan calon terhadap sistem bahasa Melayu terutama dari aspek morfologi dan sintaksis. Penilaian analisis kesalahan bahasa berasaskan Calon dikehendaki menganalisis petikan tersebut dan mengenal pasti tiga perkara yang berikut; # mengenal pasti kesalahan bahasa 1m # menjelaskan sebab kesalahan 1m # membuat pembetulan kesalahan 1m Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 15 markah dan calon hendaklah mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 kesalahan bahasa dalam petikan. Keupayaan calon untuk mendapatkan markah yang cemerlang bergantung pada penguasaan topik sistem bahasa Melayu dalam Kertas Satu iaitu tajuk Morfologi dan Sintaksis. Konsep kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa sama ada ejaan, perkataan, susunan klausa/frasa dan ayat. Jenis-jenis kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada: 1. Kesalahan ejaan: (i) ejaan kata asli bahasa Melayu (ii) ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa serumpun (iii) ejaan kata majmuk (termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap penggunaannya - 15 perkataan) 2. Kesalahan morfologi (i) Kata sendi nama (ii) Kata bilangan (iii) Kata pemeri (iv) Frasa kerja (frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif) (v) Hukum D-M (vi) Frasa yang lewah 3. Kesalahan sintaksis: (i) Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat) (ii) Ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri ke-3) (iii) Struktur ayat tidak tepat (iv) Ayat yang kabur/ menyimpang makna

4. Kesalahan tanda baca: (i) tanda sempang (-) (ii) noktah bertindih dan sebagainya .