P. 1
Seuntai Kata Untuk Dirasa

Seuntai Kata Untuk Dirasa

4.7

|Views: 4,900|Likes:
Dipublikasikan oleh api-3828131

More info:

Published by: api-3828131 on Oct 18, 2008
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA

Panas usah membakar dada Suara usah menggegar sahaja Kalau benar membawa cita Di dalam senyap kumpulkan tenaga

Ayam bertelur sekampung tahu Mengapa mesti kita begitu Falsafah ubi diam berisi Mengapa tidak kita turuti?

Sekarang singkirkan semua bicara Sekarang kumpulkan tenaga raksasa Tiba saat berbunga mesra Serentak mara kita bersama

A. Samad Said

(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2, DBP)

Analisis Sajak “Seuntai Kata untuk Dirasa”

Maksud Bait 1 Bait 2 Berusahalah untuk mencapai cita-cita dan tidak sekadar bercakap sahaja. Kita perlu berusaha secara diam-diam dan tidak menghebohkan sesuatu hasil yang tidak seberapa. Sekarang ialah masa untuk berusaha dan kurangkan bercakap.

Bait 3 -

Tema Panduan untuk mengejar cita-cita

Persoalan • Berusaha untuk mengejar cita-cita

Perancangan yang teliti diperlukan untuk berjaya

Perlu lebih bekerja daripada lebih bercakap

Unsur Keindahan Bahasa • Pengulangan kata i. Rangkap 1 (di tengah-tengah) Panas usah membakar dada Suara usah menggegar sahaja

ii. Rangkap 3 (di awal baris - anafora) Sekarang singkirkan semua bicara Sekarang kumpulkan tenaga raksasa • Pengulangan bunyi vokal (asonansi) i. Kalau benar membawa cita

ii. Falsafah ubi diam berisi

Pengulangan bunyi konsonan (aliterasi) i. Tiba saat berbunga mesra ii. Serentak mara kita bersama

Nilai • gigih

berfikiran positif

bekerjasama

Pengajaran

Kita perlu gigih untuk mencapai cita-cita

Kita perlu kurangkan bercakap dan lebihkan bekerja.

Kita mestilah berfikiran positif dalam kehidupan.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->