Anda di halaman 1dari 3

Analisis Prosa Tradisional “Pak Kaduk”

Tema

Sikap manusia yang suka mengambil tindakan secara terburu-buru.

Persoalan

• Sikap tamak membawa mudarat

• Pemerintah akan menyusahkan rakyat jika tidak bertanggungjawab

Watak

• Watak utama – Pak Kaduk

• Watak sampingan – Raja Indera Seri

Plot

• Permulaan

Pak Kaduk hendak bersabung ayam. Dia meminta Mak Siti, isterinya membuat
baju kertas untuk dipakai semasa bersabung ayam.

• Perkembangan

Raja telah bertukar ayam sabung dengan Pak Kaduk. Mereka bersetuju untuk
bertaruh dengan nilai 50 rial.

• Perumitan

Ayam Pak Kaduk yang telah menjadi milik raja memenangi pertarungan itu. Pak
Kaduk yang terlalu gembira melompat-lompat hingga baju kertasnya telah koyak.

• Puncak
Pak Kaduk berasa malu kerana ditertawakan oleh orang ramai.

• Peleraian

Pak Kaduk berlari pulang ke rumah dan dimarahi oleh Mak Siti.

Latar

• Latar tempat

- Negeri Cempaka Sari

- Gelanggang tempat menyabung ayam

- Rumah Pak Kaduk

• Latar masa

Zaman pemerintahan raja yang berkuasa mutlak

• Latar masyarakat

- Rakyat yang suka membuang masa dengan berjudi

- Raja yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyat

Nilai

• Bijak

• Taat

• Bertanggungjawab

Pengajaran
• Kita mestilah berfikir secara rasional sebelum bertindak

• Raja mestilah bersikap adil terhadap rakyatnya

• Janganlah berjudi kerana perbuatan itu berdosa dan tidak mendatangkan


keuntungan.

Anda mungkin juga menyukai