Anda di halaman 1dari 2

TAZKIRAH

Adab-Adab Pergaulan Lelaki Dan Perempuan

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana


terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan
adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap
serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita
perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama
ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli
belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-
aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan
prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-
lunas Islam lambat laun akan mengundang akan
kecelakaan.

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

• Ucapan yang makruf dan sopan


Firman Allah:
"Dan ucaplah kata-kata yang makruf."
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan
kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau
berbentuk sendaan dan sia-sia."

• Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki
dan wanita menundukkan pandangan masing-masing
khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak


Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah
bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau
tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada
wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

© MOHD AMIR FAISAL; 201 ; 2008-02-27


TAZKIRAH

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)


Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan
seorang wanita kecuali jika ia muhramnya."

• Menghindari tempat syubhat


Sabda Rasulullah SAW:
"Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu..." (Riwayat
Bukhari)
Adab khas untuk wanita

• Iltizam dengan pakaian Islam


Firman Allah:
"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak
perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka."
Dan firmanNya lagi:
"Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum
jahiliyyah bertabrruj."

• Serius dalam ucapan


Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam
percakapan.
Firman Alla :
"Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan
memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan
mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu."

• Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan
lenggok yang menggoda. Firman Allah:
"Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik
perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan."

© MOHD AMIR FAISAL; 201 ; 2008-02-27

Anda mungkin juga menyukai