Anda di halaman 1dari 2

Mahasiswa Universiti Brunei Darussalam

_______________________________________________________________________
_

Tuan,

MEMOHON MENCADANGKAN PENGGUNAAN SISTEM KUOTA KENDERAAN,


CUKAI KENDERAAN DAN CUKAI PERKHIDMATAN DAN BARANG

Merujuk perkara diatas, kami mahasiswi Universiti Brunei Darussalam ingin memohon
untuk mencadangkan beberapa perkara bagi memenuhi keperluan projek untuk kursus
yang kami ikuti iaitu PS3403 A Multidisciplinary Approach for A Sustainable
Environment. Permohonan yang dicadangkan ialah bagi penggunaan Sistem Kuota
Kenderaan (Vehicle Quota System) dan juga mencadangkan bagi mengenakan cukai
kenderaan (Motor Vehicle Tax) dan cukai perkhidmatan dan barang (Goods and Services
Tax) kepada pengguna.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, projek yang sedang kami jalankan adalah mengenai
“Tingkah Laku Pengguna di Negara Brunei Darussalam – Consumer Behaviour in Brunei
Darussalam”. Melalui projek ini, disini kami ingin memohon untuk mencadangkan
beberapa perkara seperti yang tersebut diatas yang mana di harap dapat membantu
kerajaan untuk memantau jumlah penggunaan kenderaan di jalanraya dan dapat
membantu menambah pendapatan Negara sekaligus mengenengahkan penggunaan
produk-produk tempatan.

3. Cadangan pertama ialah bagi penggunaan Sistem Kuota Kenderaan (Vehicle Quota
System) dan cukai kenderaan (Motor Vehicle Tax). Melalui sistem ini setiap pemilik
kenderaan adalah dikehendaki untuk memiliki Sijil Pengesahan Hak milik (Certificate of
Entitlement) yang membolehkan kenderaan itu untuk digunakan di jalanraya bagi
jangkamasa yang telah ditetapkan. Setelah tamat jangkamasa yang ditetapkan pengguna
hendaklah menghadapkan permohonan bagi Sijil Pengesahan Hak milik yang baru
sebelum dapat menggunakan kenderaan mereka.

4. Cadangan seterusnya ialah dengan mengenakan cukai perkhidmatan dan barang


(Goods and Services Tax) kepada pengguna. Melalui cara ini, cukai hanya akan
dikenakan keatas barang-barang yang diimpot sama ada bagi pihak persendirian mahupun
bagi pihak syarikat-syarikat yang berdaftar. Dengan mengenakan cukai ini, diharap dapat
menambah jumlah penggunaan produk-produk buatan tempatan dan sekaligus
menggalakkan syarikat-syarikat yang ada untuk menghasilkan produk buatan tempatan.

5. Akhir sekali, besarlah harapan kami jika pihak tuan sedia memberikan pertimbangan
terhadap cadangan-cadangan yang tersebut diatas dan membuat kajian terperinci tentang
cadangan-cadangan ini.
Akhir kata, segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Yang benar,

Anda mungkin juga menyukai