Anda di halaman 1dari 4

Januari 2011

VOL. # Satu ISSUE #1

CATATAN LENSA SMKTTJ


LIGHT, CAMERA, CAPTURE
Januari 2011 03 Januari : Hari pertama persekolahan bagi seluruh sekolah diPantai Barat Semenanjung Malaysia termasuklah SMK Taman 02 Januari: Hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 telah berjalan dengan sempurna. Sebanyak 10 kelas tingkatan 1 dan satu kelas peralihan telah dibuka untuk pelajar yang baru melangkah kea lam sekolah menengah.

Sebelum urusan pembayaran yuran dan pengambilan buku teks, satu Tuanku Jaafar. Walaupun dengan dipimpin oleh orang nombor taklimat ringkas telah diberi oleh GPK HEM, Tuan haji Zakaria bin Ismail. dua, Encik Akashah bin Ismail, perjalanan hari pertama persekolahan berjalan lancar tanpa tonggak utama kerana Puan Hajah Zaleha binti Siran telah bersara mulai 31 Disember 2010. Seperti biasa majlis dimulakan dengan bacaan doa serta lagu Negaraku diikuti oleh penganugerahan sijil kepada pelajar cemerlang PMR 2010.

26 Januari: Acara Merentas Desa telah diadakan untuk semua pelajar SMK Taman Tuanku Jaafar. Acara ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMKTTJ, Encik Hamed dengan melepaskan pelajar perempuan kelas 2. Acara juga dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan sepanjang berlangsungnya kejohanan merentas desa, hujan renyai-renyai telah membasahi para peserta.

They can because they think they can ~Virgil~

Februari 2011

VOL. # Satu ISSUE #1

FEBRUARI

19 Februari: Satu majlis jamuan suai mesra telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SMKTTJ untuk meraikan kehadiran tenaga pengajar serta staf baru tahun 2011. Jamuan ringkas ini bertujuan untuk mengeratkan tali persahabatan dan bersamasama berganding bahu meningkatkan kecemerlangan SMKTTJ

18 Februari 2011: Sambutan Maulidurrasul telah berlangsung dalam situasa serba sederhana bertempat di Dataran SMK Taman Tuanku Jaafar. Majlis memperingati Junjungan Besar Rasulullah S.A.W ini dimulakan dengan alunan marhaban yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Nizam dan seterusnya semua warga SMKTTJ beragama Islam berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

21 Februari: Majlis penyerahan cek bernilai RM700.00 telah dilakukan oleh GPK Akademik, Encik Akashah bin Ismail kepada peserta Kelab Pengguna yang telah menjadi Naib Juara peringkat Negeri Sembilan. Pertandingan yang telah menghimpunkan sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan di port Dickson ini bertemakan Barangan Kitar Semula Yang Boleh Dikomersialkan Memperkenalkan teknik Decoupage, Hanafi, Haziq, Aina dan Farah telah mempersembahkan satu persembahan menarik di hadapan juri.

Mac 2011

VOL. # ONE ISSUE #1

Mac
08 hingga 10 Mac 2011
Kejohanan bola sepak peringkat Daerah Seremban 2 telah dijalankan di padang SMK Taman Tuanku Jaafar. Kejohanan selama 3 hari ini juga telah menggunakan padang SM Teknik Ampangan untuk menampung jumlah pasukan yang banyak. Perlawanan terbahagi kepada dua kategori iaitu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Bagi pasukan bawah 15 tahun, johan ialah SMKA Persekutuan Labu dan pasukan bawah 18 tahun dijulang oleh SM Teknik Ampangan. SMKTTJ (B18) telah menduduki tempat ke dua bagi daerah Seremban 2.

23 Mac 2011 Hari yang dinantikan sekian lama telah tiba. Hari ini adalah hari bersejarah buat pelajar lepasan SPM 2010. Seawal jam 1000 pagi mereka telah menunggu dengan sabar untuk mengambil keputusan masing-masing. Pelajar terbaik dengan keputusan 10A telah diumumkan iaitu Heamanta dari kelas 5 Amanah. Bagi pelajar lain yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah buat anda semua.

Mac 2011

VOL. # Satu ISSUE #1

26 Mac 2011 Sejarah berulang semula apabila Dewan Utiliti telah dibuka untuk berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 dan Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2011. Apa yang menjadi sejarahnya ialah, mesyuarat kali ini telah dikendalikan oleh Encik Akashah bin Ismail, Guru Penolong Kanan 1 SMK Taman Tuanku Jaafar kerana sekolah masih menanti ketibaan pengetua baru. Kehadiran Tuan Haji Musa bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Seremban telah menyerikan majlis kali ini. Pelajar cemerlang PMR dan SPM tahun 2010 telah diraikan dengan penganugerahan sijil dan wang tunai. Buat pertama kalinya juga, guru dan staf SMKTTJ telah memakai baju batik rasmi sekolah yang berwarna biru. Suasana tampak lebih ceria dan berseri walaupun tanpa nakhodanya.