Anda di halaman 1dari 9

TUTORIAL MINGGU 2

PENGUNAAN PAPAN TULIS.


Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p & p di bilik darjah.
Secara tradisi.
1. Memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan
gambarajah ditempat yang sesuai.
2. Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan
sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru
dengan tepat tetapi juga dapat menarik mereka mengikuti pelajarannya.
PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik
perhatian.
1. Guru cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambarajah.
2. Tulisan dan gambarajah hendaklah jelas kelihatan.
3. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan
atau penekanan.
4. Aktiviti penggunaan hendaklah dipelbagaikan. Selain daripada melukis dan
menulis, boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gambar yang
digunakan sebagai alat bantu mengajar.
5. Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan,
melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.
6. Masa penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti p & p. Penggunaan
papan tulis yang berlebihan akan membuatkan pelajar merasa bosan.
OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak
mudah memahami daripada guru hanya bercakap dengan tanpa menulis.
2. Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru
dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam
P&P.
3. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara
bersistematik. Kanak-kanak mudah faham kerana guru dapat memberi
penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu
4. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer
dan ABM yang lain. Kanak-kanak tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti
P&P sahaja.
5. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat
pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan.
6. Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. ni
akan menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.
KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti
proses P&P secara satu per satu kerana guru memberi penerangan secara
berperingkat.
2. Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi
pelajaranbaru.
3. Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat kerana penerangan
guru adalah secara mudah dan berperingkat.
4. Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan. Contohnya tidak terikat dengansatu
ABM sahaja.
5. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Guru menulis dengan
jelas, terang dan dibantu dengan proses yang mudah dan tepat. Contohnya
untuk menulis huruf. a dilakukan secara langkah demi langkah.
6. Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik. Kanak-kanak boleh terlibat secara
aktif dalam P&P contohnya memberi peluang kepada mereka untuk menulis di
papan tulis
7. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.
Mudahuntuk kanak-kanak untuk mengingati apa yang diajar.

PENGELOLAAN BILIK DARJAH
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. a juga merupakan
medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid
atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh
guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang
untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru
yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH.
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru
mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak
fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru
Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks
yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik
darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai
semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran
yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

FAKTOR- FAKTOR PENGURUSAN BILIK DARJAH.
[

1)Manusia.
Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan
perhubungan murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling
interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka.
2)Kebendaan.
Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam
bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja,
alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan
kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran.
3)Operasi.
Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid
dalam bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.

ASPEK- ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH.
i sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah.
Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. anya berkaitan dengan pengurusan
fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.
Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan
pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran,
dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan
oleh guru.
Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi,
merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk
murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan
sempurna.
[12]

Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak


wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan
kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian.
Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi
mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. klim
dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan
murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus
dengan berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang
kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang
diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat
mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara
mereka dengan guru dan sesama mereka.
ari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu
sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR,
setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-
sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih dinamik
Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan
fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak
dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting
harus diawasi oleh guru.

PENUTUP DAN MEMBUAT KESIMPULAN
Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan
lancar, kemahiran penutuppelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah
memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan meninggaalkan kesan
yang berkesan dilubuk hati para pelajar.
1. .a merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran.
2. Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan
dalambahagian penutup ini.
3. Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari
dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada
mereka
4. i samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk
menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
telah dilaksanakan.
5. Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap
pelajaran yang berikutnya.
Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif dan penutup social.
Penutup Kognitif
1. Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah
dipelajari.
2. a boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan danpengukuhan.
Cara meIaksana.
1. Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah
2. dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan gulung.
3. Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada
pelajar-pelajar.
4. Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.
5. Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.
Penutup SosiaI.
a. Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-
pelajar supaya mereka ingin terus belajar.
b. Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik
peneguhan Misalnya ;"Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua
masalah luas dengan memuaskan. alam pelajaran yang akan datang,
cikgu akan mengajar kamu topik isipadu
PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP
1. 3.1.Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran
2. pelajar yang baru dipelajari pada peringkat perkembangan.
3. Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan harus dirancang
4. dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan dengan licin dan
berkesan.
5. i samping penutup kognitif, penutup sosial juga harus disediakan untuk
6. peringkat akhir pelajaran.Kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan yang
hendak dijalankan dalam kelas, tempoh masa untuk melaksanakan penutup
kognitif dan penutup sosial tidak harus melebihi 5 minit.
7. Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan tujuan
untuk mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.
KESAN PENUTUP KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
-Jika objektif-objektif penutup dapat dicapai dengan memuaskan, maka beberapa
kesannya dapat diperlihatkan seperti berikut :-
1. Melalui aktiviti susulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran atau
konsep yang baru dikuasai.
2. engan menggunakan kesimpulan kognitif, pelajar-pelajar dapat membuat
rumusan terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.
3. engan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi pelajar suatu
perasaan pencapaian, mereka telah dimotovasikan supaya terus berusaha dan
mencuba.
4. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran
yang ditentukan. Keputusan penilaian ini akan membolehkan guru membuat
pengubahsuaian untuk rancangan pelajaran yang akan datang.






BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENUTUP



Komponen dan Kriteria Kemahiran Penutup
Ada
(sesuai)
Ada
(Tidak sesuai)
Tidak
ada
Perkaitan kognitif
1. Membuat rumusan
2. Mengulangi isi-isi penting
3. Menjalankan aktiviti penilaian

4. Mencadangkan aktiviti susulan
5. Menjalankan aktiviti pengukuhan
Perkaitan sosial
1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar
2.Memberi peneguhan posoitif
3. Mewujudkan perasaan ingin tahu
4. Memotivasikan perasaan ingin belajar
5. Mengaitkan dengan pelajaran yang akan
datang

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan