Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 28 SEPTEMBER 2011

1. Ketibaan Perasmi Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia dengan diiringi oleh Puan Pengetua , barisan Pentadbir masuk ke Dewan Seri Semekar. 2. Majlis dimulakan mengambil tempat dengan nyanyian lagu Negaraku Mohon para hadirin

3. Ucapan aluan pengacara majlis MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG, MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA, PEMANIS KATA SELAMAT DATANG, AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA. MENCARI TIMBA SI ANAK DARA, DI BAWAH SARANG BURUNG TEMPUA, SALAM SEMBAH PEMBUKA ACARA, SELAMAT DATANG UNTUK SEMUA. Bismillahirrahmannirrahim Yang Dihormati En Soong Beng Khoon Penyelaras Barisan Nasional DUN Rawang, Wakil Timbalan Menteri Kewangan Yang Dihormati En Saufi bin Shafie..YDP PIBG SMK Rawang Yang Berusaha PuaN Normah bt Omar Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang Yang Berusaha Pn Ho Yip Leong Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Berusaha Pn. Hjh NorAzian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang berusaha Encik C. Ravichaandran Penolong Kanan Kokurikulum, Yang Berusaha Pn. Mahani bt Abd Rahmann Penolong Kanan Petang Ketua ketua bidang, Barisan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang Dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Satu Malaysia

1 Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul di pagi yang indah ini untuk sama sama memeriahkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK. Rawang Guru guru dan pelajar pelajar yang dihormati sekalian , TETAK BULUH KAJANG SEPULUH, LAKSANA DITITING KIAS IBARAT, ANGKAT TANGAN JEMARI SEPULUH, DOA DIPOHON MAJLIS DIBERKAT. Dengan ini, dijemput dengan segala hormatnya Yang Berbahagia Ustaz Zulkifli Bin Samah untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Amin Ya rabbal alamin.. Terima kasih di ucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz. Semoga dengan doa yang dipanjatkan tadi, majlis kita pada hari ini akan sentiasa di bawah lindungan payung rahmatNya. Hadirin sekalian, 4. Gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah yang melibatkan penyertaan semua pelajar. Aktiviti kokurikulum merupakan lanjutan daripada kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah dan bertujuan mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari terutama yang berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah. Justeru, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum yang diadakan pada tahun ini adalah khusus untuk menghargai sumbangan dan jasa para pelajar SMK Rawang yang telah membantu menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri malah ada juga di peringkat kebangsaan dengan pencapaian pencapaian cemerlang yang telah diraih. Di samping itu majlis ini juga bertujuan memberi penghargaan kepada Ahli Majlis Sukan , Pengawas Sukan dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti kokurikulum di sekolah ini. Adalah menjadi harapan pihak sekolah dengan memberikan pengiktirafan melalui Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum ini, para pelajar yang lain akan juga turut bersemangat untuk mengenal potensi diri dan cuba menyerlahkan bakat terpendam yang ada dalam diri mereka pada masa akan datang, seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan dalam aktiviti aktiviti luar bilik darjah yang positif dan berfaedah. Para hadirin yang dihormati, PAKAIAN DIPAKAI CANTIK BERSERI, MAJLIS KERAIAN KITA SEMUA,

MAJLIS KITA TAKKAN BERSERI, TANPA UCAPAN PUAN PENGETUA Meneruskan acara, majlis dengan ini mempersilakan Yang berusaha Pn. Normah binti Omar, Pengetua SMK. Rawang untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Demikianlah ucapan yang telah disampaikan oleh Yang berusaha Pn. Normah binti Omar, Pengetua SMK. Rawang. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. HARUM SEGAR KEMBANGNYA MELATI, MAKIN TAK SABAR RASANYA HATI. Kini sampailah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu ucapan dan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SEMEKAR 2011. Pihak majlis dengan penuh bangganya menjemput Yang Dihormati EN Soong Beng Khoo, Wakil Timbalan Meneteri Kewangan, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SEMEKAR 2011. Dengan berakhirnya ucapan persmian sebentar tadi, maka dengan ini rasmilah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SEMEKAR 2011 Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Soong Beng Khoon kerana telah sudi menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan majlis kita pada hari ini.

Guru guru dan para pelajar yang dihormati sekalian Sebelum kita ke acara penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum marilah kita bersama sama menyaksikan persembahan montaj aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pencapaian pelajar sepanjang tahun 2011 dan persembahan tarian 1 Malaysia. Persembahan montaj tadi telah disediakan oleh Encik Shaharizan dan Encik Azani manakala persembahan tarian tadi adalah di bawah bimbingaan Pn. Sunita. Syabas diucapkan.

Seterusnya

PENYAMPAIAN ANUGERAH KOKURIKULUM